Monday, September 6, 2010

Kenapa Perlu Unblock Semula?



pernyataan:
my ex-bf unblock fb aku semula setelah sekian lama di'block' oleh dia...



persoalan:
apa kes?

adakah kerana nak memberitahu bahawasanya dia sedang berbahagia dengan isteri yang baru sebulan dikahwininya?

atau

rasa tercabar bila aku dengan dia saling komen di post member tapi kami saling tak dapat nak baca apa yang dikomen? maybe dia terfikir adakah aku tengah mengutuk dia masa tu? haha...

atau

adakah dia sudah sedar bahawa dirinya itu sangat tidak munasabah berbuat demikian selama ini... kerana sepatutnya pihak yang berhak untuk mem'block' fb ialah aku! hihi...



maybe juga dia akan block aku semula lepas ni... tapi kena tunggu 48 jam dari masa dia unblock tu la... hope xde berlaku apa2 la sepanjang masa tu... aku tidak mahu bertanggungjawab atas kesulitan yang bakal timbul... titik!



aku block fb dia?

nope rasanya... aku mahu bersikap rasional aka profesional untuk situasi ini... aku redha mendapat ujian sebegini rupa kerana aku mampu untuk mengharungi ujian ini... masa akan menjadi peneman aku bagi mencapai matlamat yang aku idamkan...



chaiyok shida!





Pssttt: hahaha... psl fb pun boleh jadikan satu entri ke? biasalah, xde idea...

Sunday, September 5, 2010

Luahanku Pada Hati...



lepas berbuka tadi aku hantar mesej kat my bf...
mesej minta maaf atas khilafku...
tapi still xde respons dari dia...
marah sangat kot kat aku ni...
(sedih)

sekarang ni dah pukul 11 malam...
hati aku rasa touching pasal sesuatu...
tapi lebih touching bila hati ni masih belum kuat...
lemahnya hati ni...

camne nak join tentera gini yek?
haha!





orang kata:


bila kita ditimpa sesuatu ujian, maknanya kita mampu menempuhi ujian tu...
sebab Allah tahu segalaNya...

kita takkan ditimpa ujian tu kalau tak mampu mengharunginya...
sebab Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...



setiap musibah yang timbul ada penawarnya... bergantung kepada kita untuk berusaha mencari penawar tersebut... dan mungkin penawar tersebut memerlukan masa untuk dijumpai... di situlah terletaknya kesabaran yang tinggi dalam diri setiap manusia...





hati...
sangat penting...
tanpa hati tiadalah belas...
tapi kadang2 hati bisa memusnahkan...
ikutkan hati badan binasa...



hati...
tersimpannya perasaan...
perasaan cinta mahupun benci...
semuanya lahir tanpa kita sedari...
menjadi penyeri duniawi semata...



hati...
aku luahkan pada hati...
kerana hati yang bisa berhubung...
dengan jiwa yang dicetuskan dari perasaan...
akan ku selit dihujung kotak hati...





Pssttt: tabahlah wahai hati...

Saturday, September 4, 2010

Berkenalan Dengan Mejaku...




hehehe...
jom2 berkenalan dengan meja aku...



nampak macam ada planner kerja atas meja tu kan?
hehe...
padahal duk plan mende lain dari kerja...
nak tahu ke?
ala secret la ok...



ada tepon tapi aku tak pernah jawab mana2 panggilan lagi...
risau pekerja lain duk tanya mende yang aku tak tahu lagi...
xpe, aku tak angkat nanti panggilan tu akan tersambung ke telefon budak department aku yang lain...
bukan apa korang, duk dengar dorang menjawab pertanyaan tu pun macam memeningkan kepala je...
bukan semua pekerja tahu semua perkara...
kadang2 aku duk dengar dorang2 ni mengajar satu2 apa yang kena buat...
bila menyala je ada panggilan, cepat2 buat tak perasan...
nasib baik phone ni aku dah slowkan bunyi...
hikhik...
jahat tak?



ha, ni full meja kerja aku...
macam kedudukan gali kubu je bentuknya...
L shape...
haha...
still nampak kosong lagi...
nanti dah banyak kerja mesti bersepah macam meja colleagues aku yang lain...
weee...










akhirnya...










my pic!



aku sorang je kot yang berbungkus dalam office...
aku tak faham la pasal apa dorang tak sejuk dengan aircond...
hehe, saja nak promote aircond keluaran oyl...
haha...





Pssttt: tak sabar nak dapat colleague baru lepas raya ni... hope my friend tu dapat... chaiyok ima!

Thursday, September 2, 2010

Menghitung Hari Untuk Pulang Beraya...



esok sehari lagi kerja untuk minggu ni... pastu minggu depan kerja lagi... isnin, selasa, rabu... okeh! khamis dah cuti... plan dengan family khamis pagi lepas sahur baru nak gerak ke kelantan... tapi petang tadi mama cakap  hari rabu tu orang dah tengok anak bulan... so kemungkinan khamis pagi dah raya... 

so? 

maknanya maybe lepas berbuka hari rabu tu, kitorang akan bertolak balik la... 

malam? camne aku nak drive malam2 ek? mata dah la jenis silau dengan lampu jalan... risau mengantuk lagi... siang kan kerja... selalu pun malam2 memang stok mengantuk awal je... haishhh... hope everything gonna be ok... semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan kami nanti...

aku boleh banyangkan kalau betul la khamis dah raya, memang penuh la jalan raya dengan perantau2 dari kelantan untuk pulang ke kampung masing2... jalan confirm jam!

sebagai alternatif, maybe kami akan ikut plus... pergi ke gerik dahulu, then masuk lebuhraya timur barat tembus ke jeli... hihi... jeli kan my kampung... tapi memakan masa yang agak banyak juga la... tapi rasanya sama je kalau ikut gua musang pun, nanti nak kena masuk jalan dabong untuk tembus ke jeli terus... kalau ikut kuala krai, memang bersusun la kereta2 kat jalan-raya...

oh ye, mama cakap gak maybe pakcik aku, pok mudo dan family dia akan bergerak saing dengan kami nanti... kalau betul camtu, kebarangkalian untuk kami ikut plan ke gerik - jeli lebih tinggi sebab dorang memang selalu ikut jalan tu...

cuma yang menjadi kerisauan aku ialah jalan gerik-jeli tu sebab jalan tu gelap... kawasan gajah plak tu... bergerak plak malam... mesti drive dengan berhati2 la gini... huhu... agak2 berapa jam la baru kami akan sampai ke destinasi kami ye?





Pssttt: hari ahad dah mesti berkemas siap2... nanti minggu depan dah tak sempat untuk buat semua tu...bilangan ahli keluarga yang ramai memerlukan masa berkemas yang lama juga supaya barang2 mencukupi dan tiada yang tertinggal...

Simpan Rindu Untuk Kemudian Hari...




"simpan2 la rindu tu untuk kemudian hari... jauh perjalanan lagi..."



huhu... jauh perjalanan lagi kalau riwayat hidup pun masih jauh kan? kalau tak jauh camne?

dunia sekarang tak macam dulu... semua perkara cepat je berlaku... hidup mati pun sama... tak semua orang akan bernasib baik...

tapi bila kita rasa kita kurang bernasib baik, bandingkan diri kita dengan orang yang lagi tak bernasib baik... selalu kan orang kata begitu? tapi yang menghadapinya tu yang menanggung semuanya...

kalaulah kat dunia ni kita tak sempat mengecapi semua impian yang kita harapkan camne ye? haha... mesti rasa rugi kan? tak menggunakan masa yang Allah bagi kepada setiap hambaNya dengan sebaik-baiknya...

kesian... huhu...





Pssttt: mengimpikan sebuah kebahagiaan...