Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, February 5, 2016

040216: Hadiah kahwin untuk officemate dah sampai!

Thanks GoShop sebab hantar hadiah yang dibeli sebelum hari kejadian.

Disebabkan hari sebelumnya GDex ada membuat penghantaran tudung Neng Geulis yang aku beli kat GoShop tapi tak berjaya, jadinya pagi sebelum aku keluar bekerja semalam, dah siap-siap tulis pesanan kat kertas dan tampal kat pintu... minta dorang letak je barang tu dalam bakul yang aku sediakan akt luar rumah tu... siap signature lagi tau kot-kot dia nak ambil sebagai bukti barang dah dihantar. Aku no hal je asalkan barang aku sampai. Nak tunggu aku ada kat rumah time dorang hantar barang, memang tak la kan, hari bekerja kot.

Tengahari aku dah check tracking no GDex sekali lagi, status delivered. So terus tanya mr.abe if dia dah ambil barang tu. Risau la juga kan kalau lama-lama ada kat luar, mana la tahu ada mata yang memerhati dan mengambil kesempatan. Bila baliknya, nampak 2 barang aku dah sampai dalam 2 kotak berlainan. Dan pesanan bertulis aku dah tak ada kat pintu, tak tahulah mr.abe buang or orang GDex yang ambil. Hihihi...

Malam tu terus buka kotak yang aku nak bagi hadiah tu sebab nak keluarkan tax invoice dalam tu. Sambil snap gambar sikit sebagai bukti barang dah diterima oleh aku. Nak update officemate yang lain yang bersama-sama menyumbang wang ringgit untuk beli hadiah ni.


Dhia Nur Syamsina beria dah posing sebelah hadiah :)





Pssttt: mr.abe boleh ingat kami nak ke Kuantan hari ni... silap hari... hahaha!

Monday, February 17, 2014

150214: Selamat Pengantin Baru Ima...

tahniah buat kedua-dua kawanku, ima dan ajie di atas perkahwinan korang... ni antara gambar yang sempat di ambil...



2 2 ni tengah nebes... :P


ha salam tangah suami tu...

sarung cincin ke jari isteri...

sarung cincin ke jari suami...

2 orang yg depan bakal ibu... bagi aura kat pengantin baru ni... kikiki...

ima dengan kami...

nak meraikan 2 orang sebelah penagntin sebenarnya gambar ni...

kesian mama dengan adik-adik aku kena tunggu aku habis reunion dengan kawan-kawan...

ceh, boleh pula budak ni menyelit kat gambar kitorang tau...





Pssttt: selamat semuanya... yang penting aku nampak gemuk gler... HAHAHA! 37 weeks!





Monday, November 25, 2013

231113: Thanks Imot!

sabtu lepas meluangkan masa sepetang dengan kawanku, cik imot... kesian penat-penat balik kerja, terus datang ambil aku untuk pergi kat the store sg buloh tu je ha... boleh je nak pergi seorang tapi bila ada teman ni rasa seronok sikit kan... mr.abe tak kisah aku keluar asalkan berteman katanya... HEHEHE...

tujuan perginya sebab nak beli pakaian untuk aku pergi kenduri weekend ni... oleh sebab kain baju kurung dah macam sendat je dengan perut aku ni, so terpaksalah beli pakaian yang baru yang lebih longgar... KIKIKI... dah beli pakaian, kena beli selendang pula... cari yang murah-murah jela, gaji pun belum lagi kan... teringin nak cari sandal tapi nanti risau sakit kaki je sebab kaki ni makin hari rasa makin membengkak... so rasanya pakai kasut mr.cardin aku tu jela... lari sikit la gayanya tapi orang boleh paham la kan dengan keadaan aku camni... HIHI...

sebelum membeli, kitorang pergi makan dulu kat richman cafe... dah agak kenyang sebab kat rumah dah makan tapi kena la consider perut member yang baru balik dari office kan, tentulah lapar... so aku order char kuew tiaw kononnya, tapi yang sampai kuew tiaw goreng... HAHAHA... makan then sembang-sembang sebab dah agak lama tak jumpa... last masa majlis kahwin aku dulu lah... padahal cik imot ni duduk dekat je kan, area kepong tu je... tapi sebab masing-masing busy, tak terjumpa lah...

lepas dah habis beli barang yang aku nak, kitorang masuk kat kawasan the store untuk tengok barang-barnag baby pula... tengok je la sebab barang-barang asas baby kebanyakannya dah beli...cuma adalah tertinggal beberapa benda lagi... so nanti senang bila mr.abe free, kitorang boleh sambung pergi cari barangan baby lagi sebelum bersalin nanti... kena ingatkan sentiasa supaya tak boros membeli, maklum ajelah kan, baby cepat membesar... so selalu ingatkan diri beli barang-barang asas sekadar mencukupi je dulu... nak beli tambahan tu bila baby dah keluar nanti...

dah siap berjalan, baru terasa penatnya... sakit belakang pun dah terasa-rasa sangat... balik la rumah rehat-rehat kejap sambil sambung sembang lagi... cik imot tak boleh lepak lelama sangat sebab dia ada janji dengan kawan dia lagi malamnya...





Pssttt: orang yang baik hati ni ramai orang suka... kan imot?


Monday, June 10, 2013

080613: Jauhnya Mersing...

alhamdulillah... perjalanan yag aku rasakan amat jauh masa gi Mersing sabtu aritu... sebab? satunya sebab tak pernah sampai sana, so rasa macam jauh la sangat kan... then banyak sangat persinggahan... lepas ima dan ajie ambil kami kat rumah, ke KL dulu untuk pickup kiki dan komeng... pastu ke lcct pula untuk hantar komeng sebab dia dah nak balik sabah, isnin dah start mengajar kan, tak sempat la nak join kami untuk pergi kenduri kat mersing... lepas tu kami singgah ke bangi pula untuk pickup cik tat... lepas tu barulah sambung perjalanan yang sebenar ke mersing...

fuh! mana tak rasa jauh kan? KIKIKI...

dari pukul 8 pagi la camtu kan aku kuar, pukul 1 pagi camtu baru sampai ke rumah semula... nasiblah esoknya still cuti... dah selesai urusan makan kenduri si dayah, menyinggah lagi ke rumah eypul kejap untuk kenal-kenal rumah, lepas tu melepak di pantai mersing pula... 6.30 camtu baru gerak balik kl, tapi semapt menyinggah kat muadzam syah untuk makan... lepas hantar kiki dan tat kat bangi barulah sambung perjalanan balik ke sungai buloh... kesian kat ajie sebab dia yang drive pergi dan juga balik... HAHA!

si yaya yang aku bawa sekali, nasib baik tak meragam cuma dia mengamuk kejap-kejap sebab abg ipar kesayangan dia mengacau... HIHI... hanginlah juga aku sekejap dengan my hubby tu, suka sangat mengacau si yaya tu bagi menangis la, bagi bengang la... sabo jela...

tido tido tido jela kerja mr.abe...


ima dan ajie jadi driver kami untuk 1 hari...

kiki dan tat



so kat bawah ni gambar kami dengan pengantin...












oleh sebab kami sampai dah dekat pukul 2 petag, so kami tahan dulu pengantin untuk sesi bergambar sebelum lepaskan dorang untuk pergi outdoor photoshoot... jahat kan kami? kami datang dari jauh ooo... KIKIKI...

bawah ni my gambar dengan mr.abe di pantai sri mersing...

ops! terselit my lil sis, yaya... suka dia dapat main kat playground kat pantai tu... :)

muka orang penat sebab duduk je dalam kereta tak buat pape... hihihi...



yang ni pic mr.abe dan yaya time singgah makan...






Pssttt: yaya budak paling gembira sebab dia dapat jalan-jalan... tak sebut pasal mama langsung... ape la yaya ni...

Thursday, June 6, 2013

010613: Selamat Pengantin Baru Emy & Dayah

dah selamat lagi 2 orang kawan aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka... oleh sebab dua-dua buat tarikh yang sama, jadinya dapat pergi 1 je majlis kerana masalah jarak yang jauh... so plannya pergi majlis yang di maran, pahang iaitu majlis emy@maran... minggu ni ingatnya nak ke majlis dayah pula yang sebelah lelaki di mersing, johor... masih dalam perbincangan memandangkan my abah kena masuk wad dah esok sebab tarikh operation bypass jantung adalah selasa nanti... dapat pergi or tak dapat pergi, hope kawanku faham la ye...



ini gambar kami masa di majlis maran...







Pssttt: kami suka ais-krim... arini nak beli ais-krim kacang lagi la...

Monday, May 27, 2013

250513: Dua je yang sempat...

majlis im&hanis + majlis kawan mr.abe

tahniah kepada kawan-kawan aku yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 25/05/2013 yang lalu... tapi hanya sempat pergi yang dekat-dekat je... yang kat perak, johor, kedah tu, minta maaf sangat-sangat... dah hujung bulan lagipun, jadi payah sikit la nak berjalan jauh-jauh kan... harap korang semua memahami la... tapi doa untuk kawan-kawan aku yang sudah masuk ke alam perkahwinan ni sentiasa ada... moga semuanya cepat dapat anak tau... dimurahkan rezeki hendaknya...





Pssttt: next week pun terpaksa pergi satu majlis je... yang lain tak sempat... minta maaf awal-awal...

Friday, April 26, 2013

Fire drill untuk tahun 2013 :|

lebih kurang pukul 10:20 pagi tadi, 11:40 baru habis latihan kebakaran... penat berdiri dalam cuaca panas masih terasa... berpeluh tak payah cakap la kan, rasa masam je uniform ni ha... nasib baik la orang lain pun macam tu juga...

bukanlah tak pernah merasa berdiri tengah panas lama-lama ni... sangat-sangat dah biasa sebenarnya masa dalam palapes dulu... tapi itulah kan, bila badan dah adapt dengan satu keadaan yang menyelesakan, so bila berpanas sikit pun amatlah terasa...

Ya Allah, betapa kita ni hamba yang amat lemah sebenarnya... lepas tu suka merungut... bila panas merungut, bila sejuk merungut... tak tahulah keadaan camne baru kita ni tak merungut kan? HUHU... kadang-kadang eloklah kita bermuhasabah diri... apa lagi di hari Jumaat yang penuh keberkatan ni...

tapi masa tengah berdiri tadi, dah memang terasa bahang sangat seluar yang aku pakai ni sebab warna hitam kan... bila bergerak-gerak lagi terasa panas... duk kipas-kipas muka sebab berpeluh lagi... tapi bila aku cuba relax, keadaan berpeluh ka hidung dengan atas mulut ni dah boleh diatasi... bahang panas pun tak adalah terasa sangat... cuma letih la kan sebab berdiri je... nak duduk pun lantai panas juga...

jadi kesimpulannya, untuk semua dugaan yang Allah turunkan kepada hambaNya, ada jalan penyelesaian... tapi dengan syarat, kita kena ikhtiar dahulu... barulah berserah kepadaNya...





Pssttt: paham tak korang kaitan cerita aku tu?

Friday, March 15, 2013

Terima kasih Kak Wan... :)


alhamdulillah kenyang...
terima kasih ye kak wan sebab belanja lunch arini sempena my birthday today... 
dah 25 tahun tau... KIKIKI...



gambar dengan kak maznah je yang sempat ambil...

makan spagetti dengan jus epal kasturi...





Pssttt: sebelum balik office, dapat tapau cheese cake lagi... wah sedap3... nak balik makan kat rumah dengan mr.abe... :P



Monday, February 18, 2013

160213: Berjumpa kejap aje kan...

dah habis study ni, jumpa kawan-kawan jarang dah... nak kata busy, busy la juga... jarak pun ye gak, dah merata-rata dorang ni... tapi yang dekat-dekat kita pun belum tentu dapat berjumpa kan? HEHEHE...

so sabtu aritu, aku attend wedding sorang dari kawan palapes, syik di kampung sungai penchala... kat situ dapatlah berjumpa beberapa orang kawan yang lain... dayah with fiance, kiki, wani, isyad, eypul, ajie... yang ajie ngan isyad ni slalu la jgk jumpa kan... yang lain tu rasanya dah lama tak jumpa... tapi jumpa pun sekejap je sebab ada hal lain lepas tu... tak dapat nak lepak lama-lama...

ada 2 je gambar yang dapat dari camera aku...







Pssttt: kami in black! Mr. & Mrs. Abe :P

Thursday, January 31, 2013

250113: Sukanya kalau ada halaman sendiri, boleh tanam banyak bunga!

hanya hari jumaat je kami mampu buat camni... pergi tengok bunga-bunga yang macam-macam colour... tapi masa kami pergi ni, banyak pokok limau jek, dah nak raya cina kan...










Pssttt: masuk kerja semula pukul 2.30 petang tapi pukul 3 petang dah keluar semula, balik rumah... emergency case... kebocoran... wah sangat malu!

Monday, January 21, 2013

180113: Kami yang sampai dulu...

perjumpaan di IKEA pukul 8 malam untuk menshopping barang untuk dijadikan hadiah perkahwinan...
ahli yang terlibat: aku n mr.abe, ayus n MA (awie), isyad, ima

dah of course, orang yang jauh la yang sampai dulu dari yang dekat-dekat kan?
aku habis kerja terus mr.abe ambil dan gerak ke IKEA dengan mengharungi jalan jem...
so, kamilah dulu yang dinner...



jemput makan...

mr.abe dengan air epal kegemarannya...

spagetti yang habis dulu, diikuti chicken wings, pastu baru meatball...





Pssttt: sekarang ni dah makin kurang nak makan meatball IKEA... chicken wing je yang best skang...

Monday, December 17, 2012

Turn Maran pula...

tahniah kepada sorang lagi kawan aku ni... emy aka maran... dah bergelar tunangan orang sabtu lepas dan bakal menjadi isteri tahun hadapan... insyaallah before my due date...so aku boleh datang! 

tahniahx3...



p/s: ambil dari fb yg ayus post di group...





Pssttt: tahu pun dah lepas... majuk la juga kejap...

Thursday, December 13, 2012

Dah ada geng mommy to be kat office... :)

congrats yana!

alhamdulillah... termakbul juga impian member aku yang sorang ni untuk pregnant terus after kahwin... bersukaan la encik suami ye?

baru lepas calling2 di phone office tadi, seronok betul dengar suara yang tengah berkongsi cerita tu... HEHEHE... sebulan lebih je beza dengan kandungan aku sekarang ni... so nampaknya dapat member mommy to be la kat office... lalalalalala...





p/s: cilok dari fb





Pssttt: hepi hepi hepi for my friend...

Tuesday, October 16, 2012

121012: Yummyyyy!!!!

Jumaat lepas masa rehat tengahari, kami berlima (aku, kak wan, kak maznah, kak ina, yana) lunch dekat are apaya jaras, makan nasi padang... HOHOHO... sedappp!!!

otw balik ke office, kami singgah drive thru di McD beli vanilla cone sorang satu... yang best, kak ina belanja! sebab dia kata pedas and cuaca tengah panas... HAHA!

kak wan punya eskrem x nampak dalam gambar sebab dia yang drive!





Pssttt: jumaat ni lunch kat mana plak ek?

Tuesday, September 25, 2012

220912: Sekali lagi jadi pengantin baru... ^_^

Alhamdulillah...

akhirnya selesai juga majlis persandingan aku dengan mr.abe... walaupun malam sebelum tiba hari aku bersanding tu sangat-sangat memenatkan, banyak betul aku nak kena handle... dah tak macam pengantin, macam mak pengantin... HAHA! pagi sebelum mekap pun sama juga... ke hulu ke hilir bagi arahan sebab bila dah start mekap, kiranya mulut nak mengarah pun dah kena off... HIHI... tapi aku bersyukur sangat semuanya berjalan dengan baik...

thanks kepada semua yang sudi datang ke majlis persandingan kami... terima kasih banyak-banyak...

bawah ni beberapa gambar dari camera amal, pengapit aku... official pictures maybe akan dapat lagi 2 minggu... tak sabarnya rasa nak tengok gambar-gambar masa pernikahan dan persandingan kitorang... cepat ye mr.op...








kompang

gula-gula, bunga, duit syiling

makan beradab
potong pulut kuning





Pssttt: ada yang cakap nak datang, tapi tak nampak pun... sampai hati...

Monday, August 6, 2012

Kad jemputan dah edar? W.I.P

Sabar ye kawan-kawanku yang dah mula bertanya pasal kad jemputan persandingan aku dan mr.abe...

HIHI... ni la perangai kan, nampak macam tarikh sanding tu macam jauh je lagi, so buat lengah-lengah je... lepas raya... lepas raya...

Kad jemputan kami kecil kiut gitu, takde la plak nak buat sebesar kertas A4 then lipat 3 tu yang selalu orang kaya-kaya buat tu, kami buat suku dari kertas A4, pastu lipat 2 lagi... achaner tu?

KIKIKI... bukan kedekut tp nk memudahkan korang... ikutkan macam nak wat sekeping macam poskad je... tapi masa nak tempah tu dalam mood nak beraya, so pilih yang macam kad raya punya design... HAHAHA...

W.I.P... work in progress!

Kad yang ditempah dah siap, kami baru je ambil last week tau... buat awal sebab risau tak sempat nak post kat kawan-kawan yang jauh... tambah lak balik kampung raya nanti nak edarkan kat orang kampung...

Gambar yang sempat aku snap masa proses memasukkan dalam sampul itu hari...



Pssttt: Dah start edar da pun...