Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen dah bubar, PRU13 bila lagi?

03/04/2013; parlimen dah dibubarkan...
jadinya, bila tarikh penamaan calon, seterusnya tarikh mengundi?

ada gak tanya-tanya officemate yang dah pernah mengundi, katanya tak lama, dalam 2 minggu... tapi ada gak yang cakap lagi 2 minggu penamaan calon, pastu mengundinya 2 minggu seterusnya... yang ni dapat adari komen di facebook... lama tu... logik ke parlimen terbubar lama macam tu sekali ek?

tak sabar nak mengundi la ni... first time orang kata... debar-debar pun ada... bukannya tak pernah merasa mengundi sebelum ni kan, ada je kat uni dulu... tapi of course la mengundi untuk negara ni lagi mencabar berbanding mengundi untuk uni... lagi besar cabarannya... lagi besar kemungkinan... undi kita tu penentu siapa yang berhak mentadbir negara ni untuk penggal pemerintahan seterusnya...

lagi satu sebabnya yang jadi tertanya-tanya ni sebab my hubby ada kat kampung sekarang... buatnya dia cakap nak stay sampai lepas mengundi, wah lamanya kena tinggal... takutlah sorang-sorang kat rumah... 2 hari ni tidur memang tak lena, penakut punya pasal, tidur pun kena on lampu... HAHA!





Pssttt: dear, bila dear nak balik sini? rindunya...

Monday, March 25, 2013

240313: McD di hari Ahad :)

tengok iklan dekat fb pasal beef burger kat McD...tapi bila ke McD, lain yang aku order... HAHAHA... setia dengan ayam goreng spicy McD!

bawa juga dua orang adik aku, si yaya dan si ada... ada tak banyak kerenah sebab dia tengah demam... yaya tu mengada bukan sikit tapi banyak... kat rumah cakap nak ayam kokok setiap kali tengok cerita upin ipin tu ha... tapi bila sampai McD, aiskrim sundae kon tu yang dia nak... bila tak nak beli, buat muka kat depan kaunter tanda merajuk... KIKIKI...

so kat bawah ni gambar yaya puas dapat makan aiskrim... mainan, ayam, fries, semuanya dia tolak tepi...

misai...misai...misai...

jilat sampai habis tau...

kaklong nak?

ada dan abe loh nya...





Pssttt: kenyang betul dapat makan McD... 

Friday, October 28, 2011

FB Shared: Andai lelaki Tahu...


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


FB Shared: Ragam Bercinta


kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.



♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.


Wednesday, October 19, 2011

FB Shared: Bagaimana Menyayangi Seseorang Hingga Hujung Usia

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

Friday, October 8, 2010

Terasa Insaf...

Kenapa pula rasa insaf tiba2 yek?




actually aku baru lepas baca entri kat justkhai... lama gak tak buka blog tu... oleh sebab aku add si khai ni kat yahoo aku sebagai my connection, aku boleh la baca update terbaru dia. Update pasal "Hancurnya sebuah kebahagiaan kerana Facebook" betul2 menarik perhatian aku untuk klik masuk ke blog khai.

Korang boleh baca kalau nak tahu lebih lanjut apa yang dibebelkan oleh khai kat situ...

tapi kat sini aku nak petik sedikit kata2 khai:














Pssttt
: apa komen korang ye?