Monday, October 4, 2010

Pelikatmu...



pelikat...

mungkin "engkau" saja yang memahami perasaanku...
kerna sesungguhnya aku tidak berdaya...



pelikat...

mungkin "engkau" saja pendengar setia tangisan malamku...
kerna sesungguhnya aku mudah tersentuh...



pelikat...

mungkin "engkau" saja peneman mimpiku...
kerna sesungguhnya aku mahu bahagia...





kehadiranmu semakin menjauh bersama harumanmu yang semakin menghilang...
ketahuilah aku sangat mendambakan dirimu di dalam hidupku...





~luahanku untuk pemilik pelikat~





Pssttt: kesunyian mengganggu lakonan ceriaku...

Friday, October 1, 2010

Sekali Lagi Terpulang... Haha...



Terpulang?

kata2 tu pernah aku dengar dari seseorang sebelum ni... semakin lama makin kerap aku dengar... sampailah aku dah tak dengar perkataan tu keluar dari seorang insan yang bergelar lelaki...

tapi...

perkataan tu dah kembali menghantui diri aku... terpulang? hahaha... sakitnya jiwa aku dengar perkataan tu... senang bagi insan yang mengungkapkan perkataan tu tapi perit bagi insan yang mendengarnya... event perkataan tu hanya la pada tulisan...

bak kata diri aku sendiri, apa yang kita baca takkan sama dengan apa yang cuba disampaikan si penulis... sebab kita membaca dengan intonasi kita sendiri... kita tak tahu bagaimana intonasi si penulis semasa menulis...

banyak tafsiran yang kita boleh tafsirkan dari pembacaan kita tu... maybe pemahaman kita tu betul tapi maybe juga salah!

jadinya, luahan secara berdepan antara diua insan tu adalah yang terbaik... tapi dari pengalaman lama, cara ni selalunya akan melalui risiko yang tinggi... tambah2 plak kalau dua insan tu "panas"

faham tak?

orang tua pernah berkata:
manusia ni terdiri dari 4 sifat... tanah, air, api dan angin...

anak pertama = tanah
anak kedua = air
anak ketiga = api
anak keempat = angin

selalunya orang tua dulu2 akan tanya si perempuan tu anak keberapa dan si lelaki anak keberapa... kalau "panas" memang tak digalakkan berkahwin... katanya takkan kekal...

tanah + tanah = ok dan tak ok gak
tanah + air = ok sebab air dapat sebati dengan tanah
tanah + api = tak digalakkan sebab tanah boleh terbakar
tanah + angin = ok sebab angin dapat sejukkan tanah

air + tanah = ok sebab tanah dengan air dapat sebati
air + air = ok dan tak ok gak
air + api = ok sebab air boleh padamkan api
air + angin = ok dan tak ok sebab angin leh wat air jadi berombak... tsunami?

api + tanah = berjaga2 jangan sampai tanah terbakar...
api + air = natural...
api + api = oh no! hangus la jadinya...
api + angin = bahaya... angin boleh marakkan lagi api... jaga2...

angin + tanah = semoga sejuklah tanah...
angin + air = jangan kasi air berombak sudahlah...
angin + api = jauhkan angin dari api...
angin + angin = jom lawan siapa leh jadi taufan... hahaha...

anak kelima dan seterusnya pula tergolong dalam kategori apa? well, anak kelima akan kembali ke kategori tanah dan begitulah seterusnya... ha, korang kira la sendiri...

boleh pakai juga la petua ni...

sebagai contoh yang aku boleh lihat sendiri pada ahli keluarga sendiri la... both my parent anak ketiga... memang berapi kalau bergaduh tu... huhu... air... air...

then adik beradik2 aku sendiri... aku (tanah) dengan adik ketiga aku (api) agak berapi sebab adik aku tu jenis baran, pastu suka bakar aku sampai terbakar dah tanah aku... hihi... tapi adik kedua aku (air) rapat dengan adik ketiga (api)... dorang tu kalau tengok tak macam adik beradik rapat macam kawan2...

pendek kata jenis yang paling perlu berwaspada ialah api dan angin... sebab dua kategori ni boleh jadi penyebab... tapi insyaallah dengan adanya ilmu agama yang dididik sejak kecil, semua petua yang diperturunkan ni tak menjadi halangan...

jangan risau ok? chill!





Pssttt: Terpulang la pada diri masing2 untuk percaya atau tidak. petua orang dulu2... sekadar untuk share dengan korang, maybe ada yang tak tahu lagi...

Setia Seorang Perempuan Dan Seorang Lelaki



...
sesungguhnya
...



seorang perempuan
mengetahui
dan mungkin akan mengetahui
bahawasanya
setia
seorang perempuan
hanyalah kepada
seorang lelaki
dan
seorang lelaki
tidak semestinya setia
hanya kepada
seorang perempuan
walaupun
seorang perempuan
telah menjadi milik yang sah
seorang lelaki



...
tetapi
sesungguhnya
...



seorang perempuan
jauh ke dalam naluri hati
amat berharap
bahawasanya
seorang lelaki
yang dicintai sepenuh hati
seorang perempuan
akan setia
hanya kepada
diri
seorang perempuan
sahaja

...





Pssttt: sesungguhnya aku juga seorang perempuan...

Thursday, September 30, 2010

Kembali Meng"update"!


yup2... dah lamanya rasa tak buka blog aku ni... maknanya dah lama juga la aku tak update blog ni ye? dah sampai sebulan tak? lebih kurang la kan...



kenapa ya?

maybe sebab aku masih membiasakan diri dengan suasana baru kot... suasana alam pekerjaan... kerja pun baru sebulan lebih...



alhamdulillah, dah merasa dua kali gaji da... yang first tu xdelah full gaji, kali ni baru full... full pon dah tolak epf ngan socso, hurmmm... baru aku tau betapa bernilainya duit sekarang ni...

eh2, jangan salah paham... memang aku dah tau sebelum ni tapi bila aku tengah melalui alam pekerjaan ni, lagi la aku tau... baru la mula berkira2 nak buat bajet untuk belanja bulanan la... nak bayar tu, bayar ni... (kereta, minyak kereta, bil telefon, bil broadband dsb)... simpan berapa banyak... bagi kat parent banyak mana... belanja family tu mesti... pendek kata lepas habis perkiraan perbelanjaan yang aku buat ni, macam tak ada pun bahagian belanja untuk diri aku sangat... xpela... bersyukur dengan apa yang ada... dengan apa yang aku dah perolehi sekarang... tapi impian aku masih belum tercapai... still mengharap dan menunggu saat tu tiba... semoga harapan dan penantian aku berbaloi...

aminnn...





okeh! selesai dah mukadimah entri update blog yang dah lama menyepi tanpa coretan terbaru dan pembaca yang sudi membaca kongsian cerita aku ni... hehe... terima kasih kepada korang...

banyak peristiwa or sesuatu yang aku rasa nak share tapi tak sempat pun nak share lagi dengan korang... pasal open house kat rumah aku... pergi beraya kat rumah ayus dengan ima, isyad dan mira... pergolakan perasaan aku... keadaan family aku... macam2 lagi la... tapi macam tak sempat pula nak menaip semua tu... tapi maybe kalau aku dah ada masa yang agak free, akan aku update entri2 pasal tu...

actually aku baru balik dari belanja my family makan bihun sup kat arae sungai buloh tu... huhu... nanti plan nak bawak my mama dan adik2 makan meatball kat ikea... dorang tak pernah rasa lagi meatball tu... hope dorang suka la nanti... ye la kan, boleh tahan juga mahalnya... meatball dia pun dah semakin kecil... maybe sebab dah ramai sangat orang suka makan, tu yang berani buat semakin kecil saiz bebola daging tu...

yang ni ada sedikit gambar aku kuar makan dengan my mama, abah dan my adik (ayuni, boboy, ada dan alya) minggu lepas rasanya... hehe...



(tenet slow, nanti dah ok aku upload... asyik failed jek dari tadi)



yang kuar makan tadi aku tak teringat nak snap2 pon... xpela... makan meatball nanti mesti snap punya... hari ahad ni kot...

minggu lepas juga minggu open house... nasib rumah aku dah buat open house minggu sebelumnya lagi... kalau tak mesti clash dengan orang lain punya open house... oleh sebab sekarang ni aku dah macam jadi " anak mama", so aku la yang jadi peneman setia mama aku pergi beraya... haha... memang tak sempat nak kurus la gini...

hari sabtu minggu lepas plan nak pergi markas terbuka kat ukm... tapi cancel last minute sebab ima tak sihat... pastu hari ahad pergi open house rumah ayus... pergi berempat la dengan ima, isyad dan mira... oleh sebab adanya gps mira tu, senang la nak mencari rumah ayus... rupanya agak dekat juga la... after batu caves sikit je... sebelum zoo... sebab tu lorong rumah ayus namanya lorong rusa... hihi... kitorang kot yang paling lama lepak kat rumah ayus... banyak makanan... ngeh2...

nak dijadikan cerita dah lama tak keluar dengan member2 ni kan... tiba2 je ter"plan" nak gi tengok wayang... main2 je sebenanrnya tapi entah macam mana sampai la pula kitorang kat jusco kepong... memang dah tahu situ port chinese je duk tengok wayang tapi tu jela yang paling dekat dengan rumah kitorang... lagipun dah malam... nanti lambat pula sampai rumah...

nak tahu kitorang tengok cerita apa? haha... of course la cerita cina... ish, lupa pula tajuknya... tapi ingat la nama hero tu, chen zhen... ha... cerita pasal penjajahan gitu la tapi sebab movie ni action kungfu gitu, best woo... kitorang plak duk barisan kedua depan... semangat kan? nak wat camne, belakang penuh dengan orang da... memang berbaloi dengan harga tiket rm12 walaupun tgv (sebab seat kecil berbanding gsc)... apa2 pun, thanks tu isyad sebab belanja kitorang tengok wayang... weee...

next time boleh la kita berempat keluar lagi yek? isyad belanja... hahaha... siapa nak ikut?



hurmmm... nak update pasal apa pula ye?

rasanya stop kat sini jela dulu... memori full, payah nak recall balik memory kat kepala aku ni... rasa macam banyk nak taip tapi tak kuar2... next time ok? da...





Pssttt: dah lama tak update pasal my teddy... nak buat camne, khabar dia pun payah nak tahu da sekarang... huhu...


Tuesday, September 14, 2010

Aidilfitri 2010 Ku Ke Gitu?


selamat hari raya kepada semua kawan2 dan sesiapa yang membaca...

macam mana raya tahun ni? mesti best kan? aku? biasa2 saja... agak kurang best berbanding tahun lepas... aku pun tak tahu kenapa... maybe sebab masalah kekeluargaan yang melanda keluarga aku kat kampung tu kot... maybe juga terasa diri ini kosong... maybe juga perasaan aku sahaja... hehe...

tapi bukan aku seorang yang terasa kekurangan sesuatu di hari raya tahun ni... adik2 aku pun turut rasa yang sama... perasaan berkobar2 pada awalnya nak balik ke kampung dan bersuka2an dengan sanak-saudara bertukar bila sampai kat kampung... payahnya nak jaga hubungan kekeluargaan yang harmoni kan? huhu...

bayangkan la, punya la suasana beraya tu xde sangat tahun ni, gambar raya pun xde korang tau tak? rasa jeles bila tengok gambar raya member2 kat fb... seingat aku, aku sempat bergambar dengan my mama saja masa raya aritu... itupun 2 keping kot...

maybe akan ada gambar raya untuk keluarga aku nanti... tapi itupun aku tak pasti juga... nak bergambar satu family memang tak sempat dah sebab tak cukup ahli... my adik si bear tu terus balik ke kuantan...

touching je rasa bila fikirkan semula...

8/9/2010 ~ after habis kerja terus gerak balik ke kampung... kitorang bergerak dalam pukul 6 petang dan sampai dalam pukul 3.30 pagi... dek kepenatan dan kemengantukan, banyak kali terlelap beb... kalau tak kerana ada adik aku di sebelah yang teman aku drive, maybe arwah kot aku skang...



9/9/2010 ~ buat persiapan raya... actually sambut kepulangan sedara yang lain...

10/9/2010 ~ selamat hari raya aidilfitri... ikut my abah dan mama beraya 5 buah rumah...

11/9/2010 ~ relax je kat kampung...

12/9/2010 ~ pergi kenduri pertunangan sedara di area tok bali dan pasir puteh...

13/9/2010 ~ relax je kat kampung...

14/9/2010 ~ bergerak pulang ke rumah semula... gerak dalam pukul 11 pagi dan sampai pukul 7.30 malam... alhamdulillah semuanya lancar sebab bergera siang... lepas ni memang nak bali siang je... malam tak nampak sangat kot... hehe...



my cyg? huhu... jarang benar dengar khabar darinya sekarang... tapi firasatku rasa dia sangat happy raya tahun ni... bagus untuk dia...





Pssttt: semain lama semain jauh sangat rasanya... hahaha... apalah takdir hidup aku kan?