Wednesday, October 6, 2010

Terima Kasih Cayang Untuk SMS Itu...


alhamdulillah... dah beberapa hari aku tak mendengar khabar dari my bf... tapi malam ni ada sms yang masuk ke phone aku... ingatkan someone post ke tag ke kat fb aku tu, sebab tu masuk mesej kan... jadinya aku buat tak tahu jela... tapi bila aku tengok,

"eh? betul ke my bf yang sms ni?" dalam hati aku jela...

mula2 macam teragak2 nak membalasnya... maybe tersalah hantar sms ke kan... sebabnya my bf tengah busy sangat sekarang... tapi cuba jela... lega rasanya bila dia reply semula... kiranya betullah sms tu untuk aku... hehe... suka2...

korang pernah rasa tak macam tak biasa untuk berkomunikasi semula (sms) bila dah beberapa hari tak contact? aku maksudkan dengan bf or gf korang la...

ha... camtulah aku rasa... serba tak kena... nak balas gitu rasa macam perlu ke aku tanya pasal ni dulu? ke nak tanya pasal tu? ke diam je ek?

rasa macam mula2 kenal pun ada... malu2 gitu... segan sikit... haha... mengada and gedik je dengar kan?





Pssttt: terima kasih sangat untuk sms malam ni walaupun sekejap cuma... sangat menghargainya...

Tuesday, October 5, 2010

Nangis Beb!



Huhu... malam ni aku melayan lagu saja... tadi aku gi pasar malam dekat rumah aku ni... dapat la beli dua cd lagu... apa lagi, balik terus on la...

hah! mahu sentap jantung, hati, jiwa, semualah bila dengar lagu2 ni... rasa syahdu, sayu, sedih... semuanya berbaur... ternyata aku tengah tak betul sekarang... semua perkara yang aku buat ada je yang tak betulnya... perkara macam ni la yang paling aku benci berlaku dalam hidup aku... tambah2 lagi bila terasa keadaan aku ni tak memberi efek apa2 pada seseorang tu...

fikiran aku yang terlalu sensitif atau hati aku yang paling keras?


menangis...
cumalah hatiku...

belum terubat kelukaan...
telahpun berganti kedukaan...




Pssttt: hatiku menyayangimu tetapi adakah dirimu sebaliknya?

Monday, October 4, 2010

Pelikatmu...



pelikat...

mungkin "engkau" saja yang memahami perasaanku...
kerna sesungguhnya aku tidak berdaya...



pelikat...

mungkin "engkau" saja pendengar setia tangisan malamku...
kerna sesungguhnya aku mudah tersentuh...



pelikat...

mungkin "engkau" saja peneman mimpiku...
kerna sesungguhnya aku mahu bahagia...





kehadiranmu semakin menjauh bersama harumanmu yang semakin menghilang...
ketahuilah aku sangat mendambakan dirimu di dalam hidupku...





~luahanku untuk pemilik pelikat~





Pssttt: kesunyian mengganggu lakonan ceriaku...

Friday, October 1, 2010

Sekali Lagi Terpulang... Haha...



Terpulang?

kata2 tu pernah aku dengar dari seseorang sebelum ni... semakin lama makin kerap aku dengar... sampailah aku dah tak dengar perkataan tu keluar dari seorang insan yang bergelar lelaki...

tapi...

perkataan tu dah kembali menghantui diri aku... terpulang? hahaha... sakitnya jiwa aku dengar perkataan tu... senang bagi insan yang mengungkapkan perkataan tu tapi perit bagi insan yang mendengarnya... event perkataan tu hanya la pada tulisan...

bak kata diri aku sendiri, apa yang kita baca takkan sama dengan apa yang cuba disampaikan si penulis... sebab kita membaca dengan intonasi kita sendiri... kita tak tahu bagaimana intonasi si penulis semasa menulis...

banyak tafsiran yang kita boleh tafsirkan dari pembacaan kita tu... maybe pemahaman kita tu betul tapi maybe juga salah!

jadinya, luahan secara berdepan antara diua insan tu adalah yang terbaik... tapi dari pengalaman lama, cara ni selalunya akan melalui risiko yang tinggi... tambah2 plak kalau dua insan tu "panas"

faham tak?

orang tua pernah berkata:
manusia ni terdiri dari 4 sifat... tanah, air, api dan angin...

anak pertama = tanah
anak kedua = air
anak ketiga = api
anak keempat = angin

selalunya orang tua dulu2 akan tanya si perempuan tu anak keberapa dan si lelaki anak keberapa... kalau "panas" memang tak digalakkan berkahwin... katanya takkan kekal...

tanah + tanah = ok dan tak ok gak
tanah + air = ok sebab air dapat sebati dengan tanah
tanah + api = tak digalakkan sebab tanah boleh terbakar
tanah + angin = ok sebab angin dapat sejukkan tanah

air + tanah = ok sebab tanah dengan air dapat sebati
air + air = ok dan tak ok gak
air + api = ok sebab air boleh padamkan api
air + angin = ok dan tak ok sebab angin leh wat air jadi berombak... tsunami?

api + tanah = berjaga2 jangan sampai tanah terbakar...
api + air = natural...
api + api = oh no! hangus la jadinya...
api + angin = bahaya... angin boleh marakkan lagi api... jaga2...

angin + tanah = semoga sejuklah tanah...
angin + air = jangan kasi air berombak sudahlah...
angin + api = jauhkan angin dari api...
angin + angin = jom lawan siapa leh jadi taufan... hahaha...

anak kelima dan seterusnya pula tergolong dalam kategori apa? well, anak kelima akan kembali ke kategori tanah dan begitulah seterusnya... ha, korang kira la sendiri...

boleh pakai juga la petua ni...

sebagai contoh yang aku boleh lihat sendiri pada ahli keluarga sendiri la... both my parent anak ketiga... memang berapi kalau bergaduh tu... huhu... air... air...

then adik beradik2 aku sendiri... aku (tanah) dengan adik ketiga aku (api) agak berapi sebab adik aku tu jenis baran, pastu suka bakar aku sampai terbakar dah tanah aku... hihi... tapi adik kedua aku (air) rapat dengan adik ketiga (api)... dorang tu kalau tengok tak macam adik beradik rapat macam kawan2...

pendek kata jenis yang paling perlu berwaspada ialah api dan angin... sebab dua kategori ni boleh jadi penyebab... tapi insyaallah dengan adanya ilmu agama yang dididik sejak kecil, semua petua yang diperturunkan ni tak menjadi halangan...

jangan risau ok? chill!





Pssttt: Terpulang la pada diri masing2 untuk percaya atau tidak. petua orang dulu2... sekadar untuk share dengan korang, maybe ada yang tak tahu lagi...

Setia Seorang Perempuan Dan Seorang Lelaki



...
sesungguhnya
...



seorang perempuan
mengetahui
dan mungkin akan mengetahui
bahawasanya
setia
seorang perempuan
hanyalah kepada
seorang lelaki
dan
seorang lelaki
tidak semestinya setia
hanya kepada
seorang perempuan
walaupun
seorang perempuan
telah menjadi milik yang sah
seorang lelaki



...
tetapi
sesungguhnya
...



seorang perempuan
jauh ke dalam naluri hati
amat berharap
bahawasanya
seorang lelaki
yang dicintai sepenuh hati
seorang perempuan
akan setia
hanya kepada
diri
seorang perempuan
sahaja

...





Pssttt: sesungguhnya aku juga seorang perempuan...