Sunday, October 24, 2010

Mekaseh Korang...



23/10/2010...
8 am - 12 am

thanks to ima & amal...

thanks untuk masa yang korang spend untuk aku... walaupun kejap je tapi sekurang2nya kurang rasa lonely kat hati aku ni... hope kita boleh spend masa lagi lain hari...

berjaya juga rasa mbo cinema kat manjalara tu... best2... rasa nak pergi lagi lain kali...





to amal, good luck tomorrow punya interview... kalau kau dapat, boleh spend masa lagi dengan kau...






to ima, good luck juga dengan interview kau... hati2 dating hari ini ye... kesian kau ketiduran dalam panggung walaupun orang lain tengah syok gelak sakan... ngeh2...






thanks gurlz...






Pssttt: tertanya2 apa khabar dia sekarang...



Thursday, October 21, 2010

shIdA AlOnE kembali...



sedih sangat nak taip tajuk entri kat atas ni...
rasa macam down gler!
tapi itulah yang sebenarnya...


alone sebab aku dah tak dipedulikan oleh dia yang aku sayang...
tapi hati aku masih mengharapkannya kerana bagi aku, dia tetap dia yang aku kenal...
cuma keadaan yang merubah segalanya...
semoga dia gembira selalu walaupun hati aku sedih...


aku ni macam orang yang bodoh je kan?
tapi memang bodoh pun...
sebab tu tak pandai nak jaga hubungan yang aku bina...
kalau aku pandai mesti dia tak macam tu...





selingan kerja:

hari ni turn aku buat second time nya untuk present "one day at a time" masa assembly department aku... dari hari isnin lepas lagi manager aku dah "on" balik assembly department setiap hari! wooo... sebelum ni setiap hari isnin je... huhu... xpela, mengikut perkiraan aku, turn setiap orang dalam department aku ni ialah selang minggu... maknanya 2 minggu sekali...





"Learn to say NO to yourself as well as to other people"

venga says:
Our inability to say NO to yourself will cause us to be overloaded with a lot of trivial matters.





Pssttt: dia masih mendiamkan diri... sesungguhnya hatiku sangat perit dengan situasi ini... feel alone...

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

Ku Tak Ingin Begini Jadinya...



salah aku?



ye...
sememangnya semua yang berlaku adalah salahku...



semua ini terjadi kerana silapku...
yang datang dari diriku yang tidak sempurna ini...



sememangnya diriku bukan yang terbaik
bukan yang terbaik untuk lelaki yang telah menghadirkan perasaan cinta dihatiku...
bukan yang terbaik untuk lelaki yang telah aku cintai sepenuh hatiku...



kenapa mesti aku yang kecewa?



kenapa mesti aku yang bersedih?



kenapa mesti aku yang berduka?



kenapa mesti aku yang ditinggalkan?



ku tak ingin begini jadinya...



mengapa tidak dirimu memaafkan diriku?
mengapa tidak diriku diberi peluang?



mengapa tidak kita bersama menjayakan sebuah perhubungan?



sesungguhnya
diriku sangat menyayangimu...



Ya Tuhan,
bukan begini yang ku harapkan terjadi...





Pssttt: diriku bukan yang terbaik...

Wednesday, October 13, 2010