Monday, August 18, 2014

130814: Dhia's First Solid Food

anak ummi dah besar kan? dah tak sabar nak tunggu 6 bulan ye untuk makan? HUHU...

terpaksa awalkan untuk bagi solid food untuk dhia sebab dia sangat-sangat berminat nak makan dah... kesian pula ummi tengoknya... 5 bulan seminggu umur dhia masa mula-mula suapkan puri...





dengan bantuan baby bullet, alhamdulillah aku decided untuk bagi makan apple puree dulu... sikit je pun baginya sebab buat sebuji epal kecil je... bagi rasa-rasa orang kata...





Pssttt: sekarang dalam menu makan avocado puree... will be follow by pear puree, banana puree, peas puree... semuanya aku dah siapkan semalam dan berada di dalam freeze... menu sampai 5/9/2014 which is sehari sebelum masuk 6 bulan :)

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014!!!

alhamdulillah... akhirnya tercapai hasrat nak berpuasa sebulan di bulan ramadhan... so dapat raya dengan happy... kebetulan raya tahun ni kat kampung mak mertua den di negeri sembilan... happening macam raya kat kelantan juga, lega hati... cuma perut je buat perangai berangin-angin dek tekak gatal nak minum ais time raya kan... hambek!!!

oleh sebab raya jatuh pada hari isnin, ramailah manusia yang berpusu-pusu balik kampung lepas kerja hari jumaat tu... dengar berita macam semut beratur jadinya... sabtu pun macam tu la... nasib baik mr.abe cakap nak balik hari ahad sebab dekat je nak balik beraya kali ni... kami gerak lepas zuhur camtu la kalau tak silap, then sampai agak awal sebab jalan tak adalah jem sangat dah... sempat berbuka hari terakhir ramadhan di kampung...

pagi raya hari pertama, bangun awal la juga siapkan dhia dan diri sendiri... mr.abe belakang kira, dia boleh siapkan diri sendiri kan... itupun tak sempat nak bersiap, dah orang balik sembahyang raya... so bermaaf-maafan jela sekadar yang siap... lepas bermaafan baru sambung bersiap then makan-makan... tapi sebelum tu kenyangkan dhia dulu... HEHEHE...

raya kedua kitorang buat bbq di malam hari... meriah yang amat ha... dengan bunyi mercun lagi... tapi tak terlawan dek bunga api berdas-das yang pak teh sponsor... bertambah meriah kawasan felda tu dengan bungaa api berwarna warni kek langit...

raya ketiga bermalas-malasan di rumah je sambil tengok cerita yang ada kat tv... memang tak terasa nak pergi beraya sebab cuaca panas... makan apa yang ada kat rumah tu pun dah kenyang yang amat rasanya... nak melayan si dhia tu lagi... time dhia tido jela dapat berehat betul-betul... bila dah bangun, memang kena layan... sabar ajolah anak den sorang tu... manja...

raya keempat, kami dah nak balik... bersiap-siap, makan semua... dalam tengahari kami bertolak balik... dan alhamdulillah dalam pukul 3 sampai kat rumah... jalan tak sesak sangat... syukur sangat sebab risau dhia meragam je kalau lama-lama sangat... oleh sebab mama belum balik dari kampung, kena masak la juga dengan kepayahan dhia asyik nak berdukung tu... kalau tak kebulur ooo... KIKIKI...

raya kelima, still kena masak sebab mama dan lain-lain sampai dah petang... lepas sarapan paginya tu, ajak mr.abe ke tnb dan syabas sebab nak tukar nama bil... punyalah pemalas kan, dah 2 tahun snp rumah siap, baru nak gi tukar nama... nasiblah owner lama tak tanya...mencari tempatnya dah satu hal, sekali pergi tnb petaling jaya salah la pula... aku ingatkan ikut alamat kat dalam bil kan, rupanya kena gi cawangan kl punya kata akak tnb tu... leceh betul... ambil borang je dulu, then cuba yang syabas pula... cari punya cari tak jumpa... mr.abe cakap pergi yang hq terus jela, aku ok je... nasib la jumpa yang hq punya... pergi kaunter tanya, nasiblah betul dan boleh buat proses tukar nama tu... deposit rm70 je sebab tak ada potong air pun selama tak bertukar nama tu... nanti tengok la bil air bulan depan dah bertukar nama ke belum... yag bangganya sebab bil air kami still free sampai sekarang... alhamdulillah... jadinya bil tnb dengan iwk jela belum bertukar nama... tengah cari date untuk pergi setelkan lagi 2 bil tu... huuu...

raya keenam dan ketujuh, menghabiskan masa di rumah je melayan keluarga...

raya kelapan? dah kembali bekerja... kembali busy tapi nak juga post update ni... HAHAHA!





Pssttt: selamat hari raya uolsss!!!

Thursday, July 10, 2014

Plan for your annual leave kata boss...

HOHOHO... duk tengok calendar yang company punya ni berulang-kali... ada balance cuti 11 hari lagi yang kena habiskan dalam tahun ni juga... bila ye nak apply? setiap bulan kena spend cuti untuk pergi klinik, checkup dhia... ada 5 hari la untuk checkup dhia sampai bulan 12 nanti... tapi macam banyak sangat nak guna 5 hari semata-mata untuk pergi klinik kan? dahla raya puasa tahun ni tak balik kelantan, so raya haji nak kena guna cuti untuk balik sana lagi...

perancangannya?

nak buat appointment checkup dhia sebelah petang... so boleh halfday je... untuk bulan 8,9,10,11,12... total cuti yang akan digunakan ialah 2.5 hari... half dari 5 hari yang akan dikorbankan kalau follow plan asalnya...

11 - 2.5 = 8.5 hari

raya haji jatuh pada hari ahad, jadinya isnin dah memang declare sebagai public holiday kan sebab ganti public holiday tu... jadinya nak kena guna 4 hari kat situ... 7,8,9,10 Oktober kena ambil cuti... raya puas-puas kat kampung, nak melawat saudara-saudara yang berlambak time tu la juga... HEHE...

8.5 - 4 = 4.5 hari

simpan untuk emergency leave... kalau tak ada emergency, habiskan pada bulan 12 la kot...





Pssttt: perancangan je...

Thursday, June 12, 2014

110614: Cucuk 3 bulan Dhia...

semalam punya cerita...

tarikh: 11/06/2014
hari: rabu
masa: 10 pagi
tempat: kk paya jaras

sampai ke kk hampir pukul 10 pagi... ambil nombor dan tunggu... oh ye, buat pap smear juga semalam... first time dalam hidup buat ujian pap smear, wah seramnya rasa... HUHU... tunggu la sebulan lagi kot tanya apa result... sementara aku dalam bilik untuk selesaikan ujian pap smear tu, boleh dengar si dhia menangis kat luar... alahai ayah dhia... tak reti sangat memujuk anak dara dia lagi...

dah tengahari barulah tiba giliran dhia untuk checkup... kesian ganggu dhia tengah tidur after punya payah nak tidurkan dia sebelum tu... berat dhia dah naik dari 5.4kg last checkup bulan sebelumnya jadi 6.2kg dah sekarang... berat tak untuk baby 3 bulan? KIKIKI... sihat anak ummi... panjang dah bertambah 3cm dari sebelum ni, jadi 62cm... besarnya anak ummi... HIHIHI...

next checkup:

tarikh: 16/07/2014
hari: rabu
masa: 10 pagi
tempat: kk paya jaras

kena cucuk 3 bulan, menangis la dhia... kesiannya... tak sanggup bila tengok anak menangis... pujuk-pujuk dhia ok sekejap. then bila terasa lagi sakit kena cucuk tu, merengek pula... alahai anakku, sabarlah ye... dhia kan kuat macam ummi...

kadang-kadang terfikir macam mana ada segelintir ibu-ibu yang sanggup dera anak-anak kecil camtu kan? kalau dah start bersekolah tu, tak heran dahla kalau ada yang rotan ke cubit ke sebab dah besar budaknya... dah start nak membuas orang tua kata... cakap mulut tak dengar, tangan-tangankan aje kasi faham sikit yang kita tengah marah dengan perkara-perkara tak betul yang anak-anak dah buat tu... mengajar namanya... tapi kalau ada yang cakap pukul baby tu mengajar juga tak tahulah dari mana dia belajar... HEHEHE...

melalut pula... dah habis checkup di kk, tak terus balik rumah... kami ke rumah ciksu mr.abe di ampang... tujuan asal nak mengurut tangan aku yang dah membengkak uratnya... barulah tangan orang buat kerja rumah... HAHAHA... then lepak-lepak sampai malam-malam sikit barulah bergerak balik ke rumah...





Pssttt: dhia demam kena cucuk malamnya... kesian anak ummi... :(

Wednesday, June 4, 2014

Apehal Lazada taknak refund shipping fee ni?

Hello Noor Shahida Mohd Said,
We'd love to hear what you think of our customer service. Please take a moment to answer one simple question by clicking either link below:

How would you rate the support you received?

Good, I'm satisfied
Bad, I'm unsatisfied
This ticket has been rated as Bad, I'm unsatisfied

With the following comment:

I already received refund of my items (RM62.80) but not the shipping fee. Why? The items are not ship out yet, suppose should refund my shipping fee too. Even in email send to me already stated that my refund should be RM77.80 which is what I had paid. ----------------------------------------------- Ahmad Syukri, Jun 01 12:50 PM: Dear Noor Shahida, We received your refund request for order number 303895292. The total amount due for refund is RM77.80, and is currently being processed by the relevant department. Please allow 3 to 5 working days for the refund to be reflected in your account, depending on your bank. Should you require further assistance please feel free to revert to us. Thank you for your patience and understanding in providing us with the opportunity to be of service to you. Thank you for shopping at Lazada Malaysia. Syukri Transaction Associate Lazada Malaysia www.lazada.com.my