Saturday, October 30, 2010

Bergembira Bersama Keluarga HR...



pagi2 lagi aku dah terjaga... aku tengok kat tingkap hujan tengah lebat... after solat pun still xde tanda nak reda... aishhh, jadi ke tak dorang ni dengan plan dorang tu... tak jadi pun aku tak kesah tapi kesah la juga sebab dah bagi rm10 untuk bahagian aku join program family bagi HR department... huhu... rm10 pun berkira ke? mesti...


8.45 pagi aku dah sampai kat caltex depan kawasan perumahan aku... ditemani my mama after bawa mama pergi beli sarapan pagi... lagipun mama kea bawa balik my wugie sebab aku tumpang kereta member je...

9.20 pagi baru aku nampak kelibat dorang2 tu masuk ke caltex berderet2 3 buah kereta... aku pun naik la kat salah satu dari kereta tu... naik kembara menemani 2 orang anak dara yang lain... yang lain sudah berfamili... segan plak rasanya... kitorang pun meneruskan perjalanan ke detinasi yang hendak dituju...

kitorang sampai ke ulu yam xtau la pukul berapa... eh, ke ulu yam ke kitorang pergi tu? hahaha... baru nak bagitau kan? aah, dorang plan picnic ke ulu yam... kehadiran aku macam menyerikan keadaan la...

sampai2 je terus mengangkut semua barang2 and kitorang turun ke pondok yang telah kak wan tempah... apa lagi, teruslah buat apa yang sepatutnya...

tengah duk buat persiapan, datang la lagi keluarga2 yang lain... tiba2 rasa mengganggu pula program mereka... tapi aku cuba tak merasa rendah diri sangat sebab dorang sangat sempoi... tambah lak ada geng, si zaliza from SHE department... kitorang ni dah jadi keluarga angkat la gitu ha...

dah puas baham2 kerang bakar, ayam bakar, ikan bakar, bihun, sandwich... terasa nak berendam jadi badak dalam air la kan... tunggu la aku dengan liza untuk sesiapa merasmikan acara masuk dalam air... dalam kul 12 gitu la baru kitorang memasukkan diri kitorang ni dalam air... weee... sejuk...



(gambar akan diupdate kemudian)



dah puas bermain air, kitorang pun bergerak balik... eh tak... kitorang menuju ke arah subang... singgah bermain boling 1 game kat mana entah... tapi dalam kawasan golf... aku dah berkira2 sebab time tu duit rasanya ada rm30 jek dalam dompet... nasiblah dorang nak main 1 game je... hihi...





Pssttt: malamnya aku bawa my family makan2 di aiman seafood yang terletak di kampung melayu...huhu... maybe akan ada entri pasal ni... next time ok...




Friday, October 29, 2010

Kemalangan Telahpun Berlaku Pada "Mereka"...



waaa... broadband aku bengkok! my lappy tertiarap! dorang telah mengalami kemalangan yang tidak disengajakan pada pagi2 buta tadi...


camni ceritanya...

kitorang tengah tidur... my mama, 2 orang adik aku telah mengecilkan badan mereka untuk tidur bersama aku malam tadi... biasa pun selalu gak macam tu... tapi entah kenapa pagi tadi tanpa diduga aku terjaga sebab dengar bunyi macam benda jatuh... dah macam bunyi kut bunyinya... aku fikir adik aku si ada tu yang jatuh sebab dia dah banyak kali jatuh katil bila tidur dengan kakak dia si ayuni tu...

terjagalah aku ni, terus bangun! "aik, si intan ni ada je atas katil... habis apa yang jatuh?"

wuuu... dalam kesamaran gelap2 pagi kul 2 lebih tu, aku nampak my mama tengah angkat my lappy yang tertiarap atas lantai... aku tergamam dah... dalam hati, "habislah lappy aku ni... dah la usang, terhempas plak..." tapi muka aku budget relax sambil bangun buka lampu dan tengok apa yang jadi... muka agak tegang bila mama pegang broadband aku... erk! bengkok!

my mama macam selalu, kalau dah nampak muka straight aku confirm agak gelabah... boleh nampak dari raut wajah mama kesayanganku tu... terus keluar dari bilik aku, bawa sekali si kecil alya...

"arghhh... cepat2 try on lappy..." aku cakap dalam hati jela... dah la nak on lappy tu pun ada caranya... pen... garfu... semua ada dalam bilik aku tu untuk buat prosedur menghidupkan my lappy...

alhamdulillah, hidup lagi lappy tu walaupun mengalami hentakan yang amat kuat tanpa bantuan daya serapan seperti carpet ke... tilam ke... hanya lantai simen yang berlapik tikar getah... huuu... nak ketawa pun ada tengok broadband aku tu... bengkok... tapi try la cucuk pada my lappy... sekali lagi alhamdulillah still dapat detect ke"broadband"an tu...

hehe... pagi tadi aku bagitau my mama yang broadband kena hantar kedai kot... bengkok xleh nak betulkan... hihi... my mama pun kata esok pergi sama2 tengok camne... gelak2 aku dengan ayuni dengar cerita my mama yang gelisah lepas keluar dari bilik aku pagi tadi... risau aku marah katanya... tambah lak pagi tadi masa bersiap aku senyap je, tak bersembang dengan my mama yang tengah memasak untuk bekal aku... actually tak tahu pun apa yang mama bekalkan untuk aku ni... lunch nanti baru tau... hihi...

aku tak marah pun dengan my mama, memang tak sengaja la kot tersepak meja tu sampai terbalik harta pusaka yang banyak berjasa sepanjang aku study 3 tahun kat ukm... tak apa mama, benda dah jadi... pasal broadband tu jela maybe ada masalah sikit... nanti akan diselesaikan...

tak sempat nak snap gambar broadband aku yang telah bengkok itu... nantilah, di lain entri...





Pssttt: goodluck again to him for today's paper... sorry menyemakkan inbox dengan my message yang merepek je pagi2 buta tadi...


Thursday, October 28, 2010

Sakit Dan Rasa Malas Teramat...



hari ni dah masuk hari ketiga gastrik aku ni... semalam pergi klinik, doktor bagi ubat je... siap pesan aku makan on time... doktor tu ingat aku diet apa? xde masa nak diet sekarang ni... makan je cuma selera tu kadang2 xde... nak buat camne kan?


my colleague suruh minta mc je ha... tapi aishhh, berat plak rasanya... dah la aku ni baru kerja, belum confirm lagi... dah macam2 nanti bos aku fikir... " belum confirm dah ada banyak masalah kedatangan..." aku rasa la bos aku akan fikir camtu...

tambah lak hari tu aku dah minta satu hari unpaid leave sebab nak balik kampung raya haji ni... bukan saja2 ok... company ni yang bagi cuti sehari je untuk raya haji, mana cukup... siapa yang kampung memang stay area sini xpela...

adoiii... nak buat kerja pun tak senang dengan sakit camni... rasa macam nak gi jumpa doktor tu sekali lagi dan minta mc... tapi tak boleh... task skang belum settle, dah datang task baru... pening2... user yang request plak hanya tahu benda tu nak siap cepat... bukan nak faham aku ni budak baru la wei kat company ni...

sekarang baru aku tahu pentingnya documentation untuk sesuatu projek... sebab... bila aku dah kena sambung projek dari previous staff yang dah resigned, ha... terkapai2 aku nak faham... dah ambil masa untuk faham benda tu... tu satu hal... tiba2 dah jalan kerja tu cantik je ada plak timbul masalah... aku rasa macam senang je sebenarnya kalau dapat cari sebab kenapa jadi masalah tu, tapi aku tak dapat cari kat celah mana orang tu sorok benda tu... bengang kot...

haha... hari ni aku tak buka lagi projek aku tu... sebab utama, mood belum ada... second, ketua aku macam tak datang je hari ni... third, macam dah tahu je aku takkan jumpa walaupun dah cuba ikut 'treasure hunt' projek ni satu persatu... actually, aku mengharapkan orang tu akan bermurah hati memberitahu kitorang mana dia sorok benda tersembunyi tu... hehe... agak2 ada harapan tak?





Pssttt: hari ni dia ada 2nd paper untuk final exam... wish him goodluck...


Monday, October 25, 2010

Bukan Niatku Bertindak Begitu...

aku tak faham la...

nampak baik luaran tapi dalaman? huh! ada udang di sebalik batu! huhu... itulah manusia... suka mengambil kesempatan atas permasalahan orang lain untuk kepentingan sendiri...

boleh aku anggap dalam situasi yang berlaku terhadap diri aku sekarang, aku adalah mangsanya?

apa2 pun, bukan niat aku nak sakitkan hati sesiapa... dan begitu juga sebaliknya... tolonglah jangan sakitkan hati aku yang dah sedia sakit ni... setiap tindakanku hanyalah kerana untuk mempertahankan...





Pssttt: wahai pengubat hatiku, yakinlah padaku...

Sunday, October 24, 2010

Mekaseh Korang...



23/10/2010...
8 am - 12 am

thanks to ima & amal...

thanks untuk masa yang korang spend untuk aku... walaupun kejap je tapi sekurang2nya kurang rasa lonely kat hati aku ni... hope kita boleh spend masa lagi lain hari...

berjaya juga rasa mbo cinema kat manjalara tu... best2... rasa nak pergi lagi lain kali...





to amal, good luck tomorrow punya interview... kalau kau dapat, boleh spend masa lagi dengan kau...






to ima, good luck juga dengan interview kau... hati2 dating hari ini ye... kesian kau ketiduran dalam panggung walaupun orang lain tengah syok gelak sakan... ngeh2...






thanks gurlz...






Pssttt: tertanya2 apa khabar dia sekarang...