Sunday, July 31, 2011

Fobia dengan bola ke apa?

Baru nak update pasal perlawanan bola hari khamis yang lepas... Betul2 malas sangat nak buka lappy dan mengupdate perkara2 camni... Huhu...

Aku ni bukannya dalam kategori peminat bola sepak ye kawan2... Sebab aku ni macam ada satu penyakit berdebar2, seram, takut... kalau tengok perlawanan camni...

Macam masa aku lepak dengan maran, isyad dan rozek untuk tengok match antara malaysia dengan singapura tu la... Gler berdebar even sekadar tengok orang bermain bola kot... macam aku pula yang tengah berkejar2 tendang bola... tu dalam tv... Kalau depan2? Huhu...

Bila masa dah nak habis, lagi la aku tak boleh tengok...nak pandang skrin layar yang dipasang kat kedai makan tu pun aku dah tak sanggup kot... Dah gaya macam tengok cerita hantu yang seram gler da... Kikiki...

Apa2 pun kalau kawan2 nak ajak aku tengok bola tu, aku ok je kalau xde apa2... tapi jangan berharap aku akan layan macam mana korang layan bola la... Hehehe... nama pemain pun aku tak kenal kot... Yang mana famous selalu juga masuk tv ke radio ke...or selalu aku dengar orang duk sebut nama tu, aku kenal la orangnya yang mana satu... Ngeh3...





Pssttt: geram yang teramat sebab masa balik tengok ms wugiey dah penuh dengan corak2 hasil tembakan burung2 yang terkenal kat bandar baru sungai buloh tu... Tak memasal aku kena mandikan dia tengah2 malam... Huwaaa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 24, 2011

Al-Fatihah untuk arwah sahabatku...

Ya Allah, daripadaMu kami datang, kepadaMu jua kami kembali...

Al-Fatihah buat sahabatku, Ku Mimi Khaireeyah yang telah kembali menemui Allah yang Maha Esa...

Baru minggu lepas berniat untuk melawat arwah di hospital selepas dimasukkan ke ICU kerana penyakit SLE, tapi dikejutkan dengan berita kematiannya... Sekelip mata andai itu dah tersurat...





Pssttt: takziah untuk keluarga arwah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, July 19, 2011

Mengantuk!


pagi2 dah ngantuk? this is not a good attitude... come on shida, buka mata tu luas2!

hurmmm... so sleepy...

tapi serius aku mengharapkan ada panggilan telefon sekarang ni, sekurang2nya aku takkan mengantuk melayan problem dorang... huhuhu...





Pssttt: please.......................

Monday, July 18, 2011

Mari Membaca Novel...





rasanya tengah terpengaruh dengan morning sharing untuk department aku la kot, sampai aku terbeli novel english... almaklum la, sekarang ni kitorang tengah gilir2 baca chapter by chapter satu novel yang tak berapa tebal bertajuk fish... novel ni pun aku tak sabar nak tahu kesudahannya...

sebelum beli novel kat atas tu, mata dah tangkap satu novel keluaran alaf 21 karya norhayati berahim yang tebal gler wei... tapi bila tengok harga mahal, plus aku kalau novel malay memang sehari boleh habis punya... terus tukar niat... kalau novel english ni memang akan mengambil masa beberapa hari, ntah2 bulan kot untuk habiskan... tambah lak, novel ni 2 in 1... so dapat baca dua cerita yang berlainan dah kat situ... terbaik!

harga novel ni rm24.90... sesiapa yang berkenan, boleh usya kat mph bookstore k...





Pssttt: wish me goodluck to finish my reading...

"Tak sabar dah ni nak habiskan tengok City Hunter..."




hohoho... my lee min ho yang kiut lagi miut! apsal dorang2 semua ni comel ek? jeles betul!

now aku tengah dalam proses nak habiskan menonton drama korea, city hunter... semalam baru habiskan episod 16... total episode = 20, so another 4 episode left... tak sabar sungguh! bukan apa, jadual harian aku akan lari sikit bila dah datang penyakit layan korean drama ni... hahaha... maybe this week semua episod dah boleh habiskan kot... cepat2 la dramacrazy update drama ni... banyak lagi website yang boleh tengok online ni tapi untuk drama ni aku tengok kat website ni after merajuk dengan mysoju sebab videonya problem... hehehe...

drama city hunter ni cerita aksi, nama pun city hunter kan... tapi tetap ada romance yang mengukuhkan lagi cerita ni... hehehe... pasal ada action tu yang aku agak excited nak tengok... sebab kalau romance saja, tu memang dah sinonim dengan mana2 drama korea kan...

hero drama ni ialah lee min ho... heroin pula park min young... aku tak berapa suka nama untuk watak hero dalam drama ni, so aku lebih prefer mention min ho je... tapi untuk heroin nama dalam drama ni ialah kim na na.. hahaha, yang ni aku suka namanya... lebih2 agi bila dengar min ho panggil "kim na na..." dengan ekspressi muka dia tu... comel jek!

huhu... terasa nak cerita semua yang aku dah tengok tapi nanti tak syok la korang2 yang belum tengok tu... untuk yang peminat drama korea jela, yang tak minat jangan nak kutuk2 siapa yang minat... tak baik tau... hihihi...

k la, update ni pun kat office, dari pagi duk start menaip, tapi sekarang baru nak publish... so, agak2 kalau aku nak cerita, confirm malam nanti baru siap...





Pssttt: lee min ho... kim na na...