Dibiarkan dulu kot ada budak2 yang saja2 cakap camtu...tapi aku ngan family aku yang tengah berbuka puasa berhenti makan and terus berlari ke tingkap bila terdengar bunyi alarm kereta...
Masa tu la nampak ada seseorang tengah berlari mengejar someone... Lepas tu sorang lagi...then sorang lagi...
Bermulalah episod pencuri dibelasah... Yang itu aku tak nampak, tapi itulah yang diceritakan oleh sepupu yang bergegas turun untuk tengok dengan lebih dekat apa yang terjadi...
Katanya lembik orang tu kena belasah sampai takleh bangun... Macam yang dah diagak, tak lama lepas tu, bunyilah siren dari kereta polis...
Lip lap lip lap lampu kereta polis tu... Lama jugalah dorang duk soal siasat dengan orang ramai...
Rasanya siapa yang terdengar jeritan tu mesti tak jadi nak makan...lebih berminat nak tahu apa yang tengah terjadi... Itu sebab la kot sampai berlari2 orang turun...x kira lelaki atau perempuan... Dengan kain pelikat, kain sarung je ha... Punyalah prihatin penduduk kat sini...
Dengarnya baru je habis azan maghrib, pencuri tu beroperasi... Time tu tengah nak buka mangga motosikal yang besar tu ha... Apa ntah namanya...kebetulan ada orang yang tertengok...
Pula tu, depan surau je ha... Hadoiii, berani betul... Dengarnya lagi sorang daripada pencuri yang datang dengan motor tu dapat larikan diri... Kiranya yang kena tangkap, yang tengah bertungkus-lumus buka solek motor tu la...
Kesian... Tapi siapa suruh buat jahat... Pula tu di bulan ramadhan... Tak pasal2 beraya dalam lokap... Oh, untuk pengetahuan pencuri tu lelaki melayu... Nampak sangat tak puasa la tu...
Memang penduduk kat sini tengah berjaga2 pasal kecurian motor dan juga kereta dipecah masuk ni... Kadang2 bila berlakunya perkara camni la baru nak nampak kerjasama antara penduduk tu... Hihihi...
Apa2 pun alhamdulillah... Pencuri dapat ditangkap... Dan yang berjaya larikan diri tu konpem akan ditangkap nanti...
Pssttt: doakan perjalanan aku sekeluarga untuk balik ke kampung pagi ni berjalan lancar... Aminnn...
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 comment:
hayooo
bahaya gak neh...huhu
idaa!
bawa kete memolek! =]
Post a Comment