Monday, May 21, 2012

190512: Kelate gomo Sime Darby FC


HEHEHE... kelantan menang ke atas sime darby fc 1-0...

siapa yang tak terbaca lagi pasal hal aku nak ke stadium ni, sila klik sini dan baca...

yes3! berbaloi pergi ke stadium walaupun berlaku perkara yang tak disangka-sangka... gler betul aku boleh tinggal tiket masuk ke stadium dalam kereta? tak pepasal mr.abe kena berpatah balik untuk ambil tiket tu... nasib baiklah kitorang pergi naik lrt dari lrt cheras, imagine kalau kitorang parking kereta kat lrt yang lagi jauh ke kan? memang terus balik la...










dek kerana kecuaian aku tu, kami masuk agak lambat... then tahu la kan, memang payah nak dapt seat la ha... berpeluh-peluh aku mem follow kan diri di belakang mr.abe mencari seat untuk kami... dapat! tapi untuk itu aku kena panjat turun dari celah pagar kat stadium tu... hadoiii... gayat nak mampus! rasa menggigil jugalah bila keayuan terpaksa diketepikan seketika... ceewahhh... nasib time nak kuar dari tempat tu, senang pula la aku memanjat naik... ternyata gayat tu menyeramkan ooo...

kami dapat seat kat bahagian paling atas tingkat dua stadium... so tak terlalu tinggi or terlalu duk bahagian bawah... tahu jela ore-ore kelate kan memang bersemangat bab sorak-menyorak ni... terlebih sorakan kadang-kadang tu...

seronok tengok banyak kapal terbang kertas melayang-layang dari atas turun ke bawah... HIHI... yang mercun pun ada juga... oh, yang itu tak patut dicontohi... kena perbaiki sikap yang itu ye wahai penyokong-penyokong sekalian...

pekak jugalah telinga aku ha sementara nak tunggu game habis... HUHUHU... mengantuk pun ada juga sebab sangat-sangat panas bila orang ramai camtu... tiket dijual lebih dari bilangan seat kat stadium, camtulah jadinya...

happening yang amat bila ramai-ramai buat ombak... berulang-ulang kali... memang sporting habis la semua... weee... sepanduk macam-macam jenis pun ada... sempat jugalah merakam sedikit video untuk kenang-kenangan di bawa balik ke rumah... bergema satu stadium... mr.abe tak dilupakan, snap gambar orang tengah bersemangat bersorak!





Pssttt: pengalaman yang menarik buat pertama kali aku ke stadium menyaksikan perlawanan bola...

No comments: