Friday, February 8, 2013

Kami pun bercuti CNY juga... :P

HUHU... terasa lamanya tak balik kampung... sekarang ni pun mood bukan kat tempat kerja dah ha... dah fikir-fikir nak balik rumah cepat dan siapkan apa yang patut before gerak balik malam ni... nak lipat kain, kemas pakaian yang nak bawa balik...

masak untuk bawa bekal tu takleh lupa... confirm-confirm akan sangkut kat karak tu ha... kak wan dah bagi pinjam smart tag, so dah pesan kat mr.abe suh pergi topup touch n go... nampak sangat kami ni jarang-jarang guna touch n go kan? 

lagi? hurmmm... kalau sempat nak iron uniform kerja terus... nanti balik sini takdelah kalut ribut even jumaat minggu depan dah nak balik ke sini semula kan... tapi sabtu keesokannya tu macam busy ngan nak hadiri kenduri kahwin, then mr.abe ada appointment dengan client... so ahad ingatnya nak rehat je kat rumah sebelum sambung bekerja hari isnin...

dah pesan kat mr.abe suh tidur je lepas solat jumaat nanti... sebab dia yang akn drive malam ni kan... tapi of course la aku lagi penat sebab sekarang bekerja then malam sambung berjaga untuk temankan mr.abe memandu... abah dan ayuni, kami bagi peluang rehat je kat belakang sebab abah cakap isnin minggu depan dia nak balik dah ke sini semula dengan mama dan adik-adik...

aku dan mr.abe akan stay sampai khamis... jumaat pagi baru bergerak balik ke sini... ada jemputan kahwin saudara-mara mr.abe lagi yang nak kena hadiri... luangkan masa dengan family aku dan family mr.abe kat kampung tu lagi... bila balik kampung je, inilah rutin kami sejak berkahwin ni... mesti balik jumpa family dua-dua belah... adil dan saksama... selalunya selang-seli tidur... hari ni kat rumah mek aku, esok kat rumah mek dia then seterusnya sampailah hari balik... oh ye, plus rumah tok ayoh mr.abe juga... tiga rumah kena ulang-alik... nasib la kira dekat-dekat la kan... HIHI...





Pssttt: semoga perjalanan kami malam ini lancar dan selamat dan diberikan kesabaran menempuhi waktu-waktu jem... HUHU...



No comments: