Wednesday, February 26, 2014
Bila baby nak keluar ni?
HUHU... mr.abe setiap hari bagitau yang dia rasa makin tak sabar nak tengok baby keluar... nak peluk-peluk, nak gomol-gomol katanya... alahai, bukan ayahnya saja tak sabar, ummi dia pun sama ni... cuak, excited, tak sabar... semua rasa ada ni...
tambahan pula bila tergolong dalam gdm case, sangat risau makin lama baby kat dalam, makin besar dia nanti... last tahu berat baby dah nak 3kg, time tu baru masuk 8 bulan kalau tak silap... time tu juga last checkup kat hospital, so bila continue checkup kat klinik je, tak adalah doc kat klinik check dah berapa berat baby...
masih boleh datang kerja, adalah rasa sakit sikit-sikit... tapi tahankan aje la... cuma dah tak drive sendiri sekarang, my mama yang tolong hantarkan alang-alang dia kuar pagi untuk hantar adik-adik aku pergi sekolah... so tumpang sekali la... semalam terpaksa drive sendiri sebab bangun lambat, my mama tak boleh tunggu sebab sekolah kan masuk awal... tawakal jela time drive... tak bawa laju pun... memang agak tak selesa sebab rasa macam bagi tekanan kat perut... nasib baby tak meragam kat dalam... cuma kaki je terasa macam nak cramp...
hari-hari kat office lepas buat kerja sikit, sibuk menggoogle macam-macam pasal kandungan... baca blog-blog lain untuk tahu pengalaman dorang especially time nak bersalin... seronok, seram semua adalah... kadang-kadang tak boleh nak gambar pun macam yang dorang describe tu sebab belum rasa lagi...
contraction? tak tahulah aku dah merasa ke belum even false contraction ke tak kan... pengalaman pertama la katakan... semua macam blur-blur je lagi...
apa tanda-tanda yang aku ada rasa sekarang?
yang paling banyak aku rasa ialah perut asyik mengeras... malam lagi kerap... sakit la juga kadang-kadang tu kan... pastu asyik ulang-alik masuk toilet sebab nak buang air kecil... kerap juga rasa macam nak membuang tapi bila bertapa kat toilet, tak nak la pula... KIKIKI... memang stress... nak meneran takut, kang lain jadinya... bontot kalau dah duduk, pastu nak bangun... hadoiii... memang menguji ketahanan mental sungguh rasanya... sakit yang amat... siap boleh dengar tulang-tulang bontot aku setiap kali gagah nak berdiri... pinggang pun sakit-sakit... kaki bengkak tak payah cakap la, kadang-kadang jalan macam penguin... rasa satu badan dah macam bengkak-bengkak...
banyak lagi la kalau bab nak mengadu ni kan... tahan sendiri jela... nak mengadu lebih-lebih dengan mr.abe tak dapat, dia cepat panik... pastu mula la dia tak boleh buat kerja... aku pula yang naik serabut nanti... so baik diam je... time nak tidur jela manja-manja sikit mengadu sakit situ sakit sini... minta tolong urutkan belakang... usap perut tak nak bagi rasa gatal... tidur nak berbantalkan lengan la... macam-macam la time tu... pastu bila terjaga pagi, dah menjauh perginya aku dari dia, panas punya pasal... tak nak dekat dengan mr.abe sebab dia boleh siap berselimut ha musim-musim panas camni... HAHAHA...
Pssttt: still mengharap dapat bersalin sebelum due date... tak nak kena induce...
Monday, February 24, 2014
38 minggu 2 hari...
dek kerana diri aku ni kena gdm time mengandung, rasa macam nak deliver cepat-cepat... tak sanggup nak menyerah diri kat doktor if minggu depan pun belum ada tanda-tanda nak bersalin... doktor dah pesan, tak boleh lebih due date, nanti bahaya kat baby dalam perut... kena datang sehari sebelum due date... itu yang berharap sangat dapat bersalin sebelum due date sampai...
seram sungguh bila fikir-fikir... setiap jam kalau tak rasa baby gerak, aku dah cuak... duk panggil-panggil baby kat dalam perut ni... gosok-gosok perut... picit-picit la... tekan-tekan... semata-mata nak baby respons... bila perut rasa mengeras or berombak-ombak bila baby gerak, baru lega rasa hati... maksudnya dia ok kat dalam... selalu pesan kat baby, kalau rasa tak selesa dah, rasa nak keluar, tolonglah bagi isyarat kat ummi dia ni tanda-tanda yang jelas supaya ada reason yang kuat untuk aku pergi ke dewan bersalin hospital secepat mungkin... takkan la setiap kali rasa sakit sikit, terus nak pergi hospital kan, nanti doktor menyampah pula tengok muka... HAHAHA!
bila kat office, senang sikit nak kira pergerakan baby sebab pen ada je atas meja... rasa gerak je, tanda pukul berapa... bila dah cukup or lebih 10 kali dari masa baby patut gerak tu, senang hati la... tapi bila kat rumah, macam rajin pula nak pegang pen ngan kertas kan... so main agak-agak je... tu yang asyik tak senang hati... HUHU...
Pssttt: doakan semuanya selamat ye korang... takut... bila mengadu dengan mr.abe, asyik suruh relax-relax je... macam dia pula yang rasa semuanya... :P
Wednesday, February 5, 2014
KK Kelana Jaya la pula... Boleh tak nak KK Paya Jaras je?
tapi masa dalam bilik tengah ambil darah kat lengan, nurse tu bagitau pasal kes patient yang buat report kat kementerian pasal kk sg buloh punya perkhidmatan lembab dan crowded sampai minta nurse-nurse dekat situ berhenti kerja... bila check rekod, rupanya patient luar kawasan lebih ramai dari patient yang dalam lingkungan kawasan dorang... jadinya kk sg buloh dah buat decision untuk tak ambil lagi patient daerah lain kat situ untuk checkup...
sob3... kalau ikut alamat rumah, aku daerah petaling which is tergolong dalam kategori luar kawasan kk sg buloh... nurse bagitau disebabkan aku dah di akhir-akhir pregnancy, so dikecualikan sekejap untuk habiskan checkup dekat kk sg buloh je... tapi after dah deliver, kena lapor kelahiran baby dan checkup baby kat kk kelana jaya katanya... ha? kat ceruk mana pun aku tak tahu la... tapi yang pasni mesti sangat-sangat menyusahkan nanti...
tapi nurse tu ada cakap pasal kk paya jaras juga... cuma tak terang panjang lebar pasal tu... asyik bagitau pasal problem dorang dengan kk kelana jaya... HUHU... aku mengiyakan aje la... siapa tak panas hati kan bila ada orang complaint sampai macam tu sekali...
then dijadikan cerita, bila sampai office, aku pun membuat carian google dekat mana la letaknya kk kelana jaya tu... pastu baca blog-blog pengalaman bakal2 ibu yang checkup kat situ... wah banyaknya masalah dari apa yang aku baca tu... lagi lembab servisnya disebabkan ramai orang... camne ni?
google lagi kk daerah petaling... nampak kk paya jaras pun tersenarai dekat situ... jadinya macam nak kena tanya nurse lagi la bila next checkup nanti boleh tak kalau aku nak lapor kelahiran baby kat kk tu je... at least lebih dekat and aku tahu kat mana... pernah follow my mama masa checkup adik aku yang bongsu dulu...
ni belum bagitau kat mr.abe pasal ni... mesti dia bising... HEHEHE...
Pssttt: mr.abe cakap mata dia bengkak sebelah... alahai kesian... skodeng awek kat luar ler tu... KIKIKI :P
Tuesday, January 28, 2014
Excited punya pasal...
pagi tadi terjaga, then terus mesej mr.abe tanya dah sampai ke belum... tak ada reply... aishhh, tertidur ke dalam bas... kang sampai ke kuala perlis pula nanti... kalau sampai sana tak apa lagi, abg zul boleh pergi jemput lagi sebab masih dekat, tapi kalau dah patah balik kl guane kire? HAHA... rasa tak sedap hati, terus aku call pula... cepat je mr.abe angkat... then tanya apa yang patut... katanya baru sampai dalam 10 minit kat stesen bas kangar tapi phone buat hal... tak dapat unlock phone... jadinya nak baca mesej, nak reply mesej, nak call abg zul semua tak dapat... alahai kesiannya hubby aku... so aku tolong telefonkan kak ida bagitau yang dia dah sampai tapi phone ada problem nak call tak boleh...
lepas tu, aku call mr.abe semula untuk dengar luahan baran dia kat phone dia tu... menahan ketawa la aku sebab katanya kalau aku tak call sikit je lagi time dia tengah marah-marah tu, memang dia dah nak campak phone masuk longkang sebab bengang gler katanya... that's my hubby... tak boleh kawal emosi kalau tengah baran... HIHIHI... baru nak pergi mandi, tiba-tiba mesej masuk... mr.abe kata dah boleh unlock phone... alhamdulillah la aku cakap akt dia... nasib tak sempat hempas lagi phone tu kan... kalau tak sia-sia...
sampai kat office tadi, mesej dengan mr.abe sekejap... katanya tengah sembang-sembang dengan abg nal dan abg zul... dalam pukul 9 pagi dorang nak gerak pergi padang besar untuk memulakan misi shopping dia tu...
"Abg otw gi pdg bsr ngan abg zul ngan abg nal"
excited punya pasal, dah tak ingat nak berehat dulu dah... terus nak serbu... :P
Pssttt: biarlah mr.abe happy-happy menghabiskan duit dia kat sana... dah penat cari duit kan untuk persediaan sambut our baby, so apa salahnya dia beli apa yang dia suka sangat-sangat... lepas ni jersey dalam almari bertingket-tingket lagi la ni...
Monday, January 13, 2014
110114-120114: Dating bertiga dalam bas :)
lenguh bontot tak payah cakap la kan even vip seat pun... kaki pun jadi bengkak berjam-jam duk dalam bas... penuh kesabaran demi menemani mr.abe untuk balik ke kampung sehari dua... kalau ikutkan hati tak kuasa memenatkan diri sebab isnin kerja lagi tapi berkorban sikit la untuk kesayangan hati...
sepanjang perjalanan hujan je memanjang... sampai pun dalam hujan... dan berterusan la hujan sampailah pagi ahad, hujan stop... tak hujan sampailah kami naik bas untuk balik ke KL dan sampai KL pagi tadi pun tak hujan... bukan main lagi ye... kitorang nak berjalan-jalan pun tak boleh dek hujan... HUHU... tapi sempat juga curi masa lari ke Jeli sekejap untuk tengok mek ngan tok ayoh aku dan mek mr.abe sebelum bergegas ke Tanah Merah semula untuk urusan havoc sangat tu dengan tok ayoh mr.abe...
balik ke kampung naik bas darul naim... balik ke kl pula naik bas perdana... next time ada lagi tak nak cuba bas yang lain? HOHOHO...
![]() |
| baby yang asyik tak duk diam dalam ni... :) |
![]() |
| wah sembabnya mata... :P |
![]() |
| mr.abe yang selalu control kemachoan tapi main candy crush pun boleh berperang... :P |
Pssttt: bila tak tahu, curious sangat nak tahu... tapi bila dah tahu kebenaran yg memeritkan, rasa macam kalau aku tak tahu lagi baik!
Thursday, December 26, 2013
251213: Dating dengan Mr. Abe ditemani adik ipar :P
tiba-tiba pagi semalam, my mama in-law call mr.abe minta kami bawa adik bongsu dia jalan-jalan sebab ahad ni dia nak balik ke kelantan semula dah... dia datang sempena cuti sekolah dari last week untuk jumpa mama tapi mama pun busy sebab kerja kan, tak dapat nak teman dia sangat...
mula-mula mr.abe cakap gi tengok wayang dulu, pastu baru jemput adik dia datang rumah... tapi tengah otw nak pergi tengok wayang, tiba-tiba mr.abe cakap pergi ambil adik dia dulu la, pastu pergi tengok wayang sama-sama... at least ada juga aktiviti untuk dia dari terus bawa balik rumah je... aku setuju je, tak kisah mana-mana pun asalkan niat nak tengok wayang tercapai... macam mengidam la plak nak tengok wayang... HAHA!
dah pergi ambil adik dia kat cheras, alang-alang kami ke viva mall je... dahla mencari parking dah dekat sejam, bila naik nak beli tiket, ramai pula orang tengah beratur... aku faham sangat dah dengan mr.abe punya perangai, dia kurang sabar bab tunggu menunggu ni... so dia cakap cancel tengok wayang... jom gi lepak rumah c.su dia kat ampang... sedikit kecewa tapi still ada harapan la sebab masih awal kan... boleh pujuk lagi mr.abe nanti...
bila sampai depan rumah c.su, eh berkunci pula... tanya dengan jiran sebelah, katanya balik ke melaka... so melepak la dalam sejam kat rumah jiran tu... memang kami kenal la juga... dah puas sembang-sembang, mr.abe ajak balik rumah... dalam kereta, aku bagi cadangan untuk pergi tengok dekat tesco manjalara pula... lagipun nak beli beberapa barang keperluan... nasib baik mr.abe setuju... mula-mula dia macam taknak sebab katanya mesti ramai juga sebab cui christmas kan... aku cakap rasanya tak kot... kalau ramai pun orang datang shopping dalam tesco, tengok wayang tak ada la sangat...
HEHEHE... tekaan aku betul... so dapat tengok wayang sebelum bersalin... HAHA! padahal kat rumah pun dah macam hari-hari tengok wayang kot... my baby suka je... wah, macam tahu-tahu pula... kitorang tengok the hobbit sebab rasanya semalam last tayangan kot... separuh jugalah dari hall tu penuh, ingatkan dah tak ada orang nak tengok sebab semalam cerita baru jackie chan keluar kan... fully booked tu aku tengok tiket-tiketnya... takpelah, aku tunggu download jela cerita tu nanti...
even tengok wayang bertiga, eh berempat... dating tetap dating dengan mr.abe dalam wayang... bukan selalu dapat tengok mr.abe romantik... :P
Pssttt: balik rumah terus gi rumah mama, tanya ada lagi tak kari ayam yang mama buat tengahari tadi... teringin sebab tak sempat nak makan... nasib baik ada lagi... :)
Monday, October 28, 2013
Makan naan cheese pukul 2 pagi... :)
habis sekeping roti yang dah dipotong 4 bahagian tu... kuah pun sedap gler rasanya... rasa tak cukup pula... memang mengidam betul rasa time tu... dari bangun rasa mengantuk, sampai hilang rasa mengantuk sebab dah dapat makan... cuma agak kecewa tak rasa sangat cheese kat dalam roti naan tu...
malam ni nak naan cheese lagi la, tapi beli kat tempat lain pula... maybe dapat yang cheese banyak pula kan... HEHEHE... teringat naan cheese yang paling banyak cheese pernah makan, kat mapley bangi... memang cheese sangat, terbaik...
Pssttt: naan cheese... naan cheese... naan cheese... :)
Thursday, October 10, 2013
091013: Baby malu... :P
aku tanya mr.abe, nanti masa kena masuk jumpa doktor, dia nak follow sekali ke aku masuk sorang? dia cakap nak masuk sekali la... aku ok jela, rasa lega la juga dia tetap nak ambil tau perkembangan even mulut dia cakap tak nak ikut dah aku datang checkup sebab buang masa menunggu lama-lama... KIKIKI...
bila nombor aku dipanggil, jalan la masuk bilik doktor... dari muka pintu dah nampak muka doktor tersenyum... lepas tu nampak nurse dan nurse pelatih lelaki ada 2 orang kat dalam tu juga... lepas doktor membebel sikit pasal diet aku dari result bsp tu, dia minta aku baring untuk scan baby... tirai tutup... yang ada nurse perempuan seorang, doktor tu, dan mr.abe...
doktor cakap dia akan explain dekat mr.abe dulu sebelum tunjuk dekat aku... rasa lega bila dengar doktor sebut pasal heartbeat ok, saiz dah semua yang berkaitan tu... rasa tak sabar plak untuk aku tengok... doktor cakap tak dapat nak tengok jantina lagi sebab even dia dah cuba untuk buat baby buka kaki, baby teap tak nak buka kakinya... HEHE... aku tak kesah, yang penting my baby sihat... lagipun baru 4 bulan lebih, nanti tunggu dalam 5 bulan, mungkin time tu lagi jelas kan untuk tengok lelaki ke perempuan...
tapi aku tahu yang mr.abe mengharapkan anak lelaki... cuma aku selalu ingatkan dia supaya terima seadanya... yang penting baby selamat... risau sebab gdm ni high risk untuk pregnancy... so yang paling penting, baby selamat je...
next appointment untuk jumpa doktor di hospital lagi sebulan... 2 minggu lagi checkup dia kk... nampaknya rutin checkup akan bertukar sebulan di kk, sebulan lagi di hospital sebab doktor nak monitor setiap 2 minggu... then bsp pun kena buat setiap 2 minggu sebelum hari checkup...
bila balik rumah after keluar dating sambil shopping kat tesco dengan mr.abe, cerita la kat my mama pasal baby tu... mama cakap kalau baby kepit kaki tak nak buka, perempuan la tu... sebab perempuan kan pemalu orangnya... HIHIHI... tengok muka mr.abe, tak ada ekspresi... maybe frust la kot... keputusan yang betulnya belum tahu lagi, so ada harapan lagi la kan...
Pssttt: mr.abe tidur awal malamnya, maybe penat teman aku seharian dah... masa tidur tu aku terjaga ayam sekejap sebab rasa macam perut kena tindih... rupanya mr.abe yang letakkan telinga dia kat my perut... then dengar dia tergelak sambil cakap apa ntah, tak ingat... sayang rupanya mr.abe dengan baby... :)
Tuesday, May 7, 2013
060513: Mr. Abe happy dapat PS3 :)
alkisahnya, my bonus untuk last year punya dah masuk masa dia kat kampung. so, aku bagitau la dah boleh belikan dia ps3 yang dia nak sangat tu... so, ahad malam lepas mengundi, terus dia balik ke KL dengan bas. pagi sabtu tu, subuh-subuh dah menunggu bas mr.abe sampai kat putra... kesian, demam...selesema... sampai rumah dia terus sambung tidur...
paginya sikit, bila aku pun dah bangun siapkan sarapan, ajak dia makan sekali... tanya semula, nak pergi juga ke lowyat? sebab kan selangor cuti, so boleh pergi awal... kalau tak kena tunggu weekend la bila tak bekerja... dengan muka tak larat, dia cakap jom pergi... terus pergi mandi, then tunggu aku bersiap pula... tak jadi ajak epan sekali sebab masa mr.abe pergi rumah mama, katanya belum bangun lagi... pukul 11 pagi macam tu, kami bergerak... oleh sebab mr.abe asyik bersin jek, tak larat katanya... jadi aku lah yang kena drive...
sampai je kat lowyat, dah ok sikit condition mr.abe, terus kami pergi tanya kedai yang ada jual ps3 crack... mostly tak ada sebab keluaran terbaru ps3 semuanya dah tak boleh crack dorang kata... kalau ada yang jual ps3 lama, ada kedai yang boleh tolong crack... so kami melilau lagi, sampailah jumpa satu kedai ni... dia cakap dia still ada stock ps3 yang crack punya... kami pun apa lagi, terus la deal... beli external hard disk tambahan, then bagi kat dia untuk install game ikut list yang mr.abe dah bagi... katanya around pukul 6 siaplah... jadi kami cuba riki-riki harga kat kedai lain pula... ternyata keputusan untuk ambil kat kedai tadi yang paling terbaik... tempat lain ada juga bila kami dah tanya banyak kedai, tapi agak mahal katanya... lebih mahal dari harga yang kami dapat kat kedai tadi... aku bayar deposit, then selebihnya bila semuanya dah siap...
pergi la shopping baju sikit... tak banyak yang berkenan, kasut banyak la yang aku suka tapi sebab dah beli kat ou beberapa hari yang lepas, so tutup mata je... tak boleh membazir duit bonus ni, kot tiba-tiba ada emergency, boleh guna kan... dapat 2 helai baju je, itupun lepas dah mendapat kelulusan dari mr.abe... maklumlah, dia sangat cerewet... kalau yang dia tak berkenan, dia cakap jangan pakai tu maknanya janganlah pakai sampai bila-bila dah... HAHA!
dah puas jalan-jalan, makan-makan, mr.abe pun dah kembali lemah tak bermaya badannya... dia duduk je berehat sementara aku sambung melilau tengok gadget pula... seronok je tengok, tapi harganya pun seronok juga... kami pergi semula ke kedai ps3 tu untuk tengok dah siap ke belum... masih ada game yang tak habis download, so mr.abe sempat test bermain kat situ dulu...
Pssttt: mr.abe tak tidur malam tadi bermain ps3... kena marah la dengan aku kan? bese ni! macam budak-budak kaki games!
Saturday, May 4, 2013
010513: Iron Man 3
Heh! Baru nak update... Ni pun sebab boring gler dah xtau nak buat apa sorang-sorang kat umah ni... Tengah tunggu mesin basuh stop. KIKIKI...
Mr.abe dah blk ke kampung untuk mengundi dari hari rabu aritu... Dia naik bas malam, so sempat gi menghantar dia ditemani my mama sebab risau nak bawa kereta sorang malam-malam... Bas dahla pukul 9.30 kan... HUHU...
Oleh sebab 1 Mei adalah cuti umum, dah beli tiket awal-awal untuk tengok iron man 3 kat OU... Nak dijadikan cerita, kami stuck dalam jem lebih kurg sejam juga la... Lepas tu parking pula tak ada... Macam biasa, mr.abe sangat tak menyabar, marah-marah dah sebab asyik tak jumpa mana nak parking...
Bila mr.abe cakap nak turun parking kat bawah, terus minta dia drop aku kat pintu gsc... Jam pun dah nak ke waktu kami untuk tengok wayang... Pergi ke kaunter untuk ambil tiket yang dah dibeli tu, terus beratur untuk beli popcorn...
Orang sangatlah ramai... Cutilah katakan... Nasib mr.abe sampai cepat, kiranya masuk panggung tak perlu tengok iklan lama-lama la... Biasalah gsc kan... HEHE...
Keseluruhan cerita adalah best even awalnya agak slow sikit... Tapi bila sampai bahagian action, menarik... Siap orang boleh gelak-gelak lagi... So enjoy la... Siap kena berlari pergi toilet kejap sebab minum air banyak sangat... Nasib sempat catch up semula cerita... HUHU...
Pssttt: beli 2 tiket gsc dapat voucher glitters ngan zalora...tapi x guna pun... HAHA!
Tuesday, April 23, 2013
180413: Happy 26th Birthday My Dear...
![]() |
| ikan ni memang dah dikerat dua sebab periuk tak muat nak letak seekor ikan siakap terus... yang perang-perang tu la bahagian bawah yang hangit tu... tapi sedap ooo... :P |
![]() |
| tambahan menu, kentang sambal sebab kat dapur ada sebiji je lagi kentang... so lebih baik masak daripada dia buruk je kan... |
| cake from me... :) |
| ni kek yang mama beli... :) |
| hepi besday my dear... |
| 28hb ni birthday yaya pula... |
| mama, boboy, ada, yaya |
| semuanya ada... :) boboy sesat takde dalam gambar ni... |
| yaya dengan abe loh nya... |
Sunday, April 14, 2013
Ikan tiga rasa + nasi goreng sardin + tasik biru
Oleh sebab awal sarapan, ada banyak masa sebelum masak untuk lunch... Lepak-lepak, pastu mandi... Lepas tu baru masuk dapur semula untuk masak siakap tiga rasa untuk lunch... Mr.abe cakap sedap... Weee...
Lepas zuhur, teman mr.abe pergi beli tiket bas kat putra... Tinggal 1hb je, 2,3,4hb dah habis... Lepas tu gerak ke ampang untuk pergi potong rambut pula... Elok benar la,rimas btol tengok rambut dia yang panjang dah tu...
Pssttt: penatnya hari ni... Buat jagung rebus je untuk dinner...
130413: Kari ikan tongkol + terung goreng + cucur udang
Tapi mostly untuk perempuan yang bergelar isteri, masa ni la nak masaknya... Bukannya hari biasa tak masak, cuma time weekend ni, tak adalah terkejar sangat masa tu...
Jadi pagi semalam, bangun agak lambat... Pukul 10 masih atas katil, malas betul nak bangun... Tapi dengar pula mr.abe tanya, tak masak lagi ke? Ha? Salah dengar ke apa ni... HAHAHA...
Selalunya payah mr.abe nak bangun awal, tapi dah lapar sangat la tu kan... Mula-mula tak tahu nak masak apa untuk sarapan, tapi teringat janji nak buat cucur udang, bahan pun dah ada, so terus la buat... Sekilo tepung terus, boleh simpan dalam peti dan goreng bila nak.
Dah siap makan sarapan cucur udang, terus sambung memasak untuk makan tengahari pula... Tu la, bangun lambat lagi, kan terkejar-kejar juga jadinya... HEHE...
Ada lagi baki ikan tongkol, so buat kari je... Lepas tu goreng terung... Nasib tak banyak gorengnya, sebab aku sorang je makan terung tu, mr.abe tak suka terung... Banyak betul yang dia tak suka, sebab tu malas nak masak...
Lepas makan, mr.abe keluar sebab dia nak gi main bola. Aku pula dah mesej mana kawan yang single lagi, so boleh ajak keluar juga... :P Maran yang reply dulu. Dia call, macam tahu je aku tengah boring. So dia ajak teman dia gi OU... Cari beberapa barang untuk persiapan perkahwinan dia tak lama lagi...
Sampai rumah dah maghrib. Bersiap apa yang patut sebab ada appointment dengan agen insuran pula malamnya... Mr.abe pun sampai umah dah pukul 8 camtu,so panaskan lauk kari je untuk dia makan.
Aku? Dah kenyang sangat-sangat... Sebelum keluar dah makan,sampai OU makan lagi... Penuh perut... Alhamdulillah...
Pssttt: best kan kalau kita masak, suami kita suka... :)
Monday, April 8, 2013
070413: Rindu terubat sudah... :)
berkira-kira dekat traffic light tu, nak u-turn then tunggu kat area teksi tu je, tapi risau mr.abe bawa barang berat la plak... kang membebel mulut dia pagi-pagi... so, aku pun masuk la ke parking... baru je matikan enjin kereta, mr.abe dah call tanya kat mana... sebab dia tunggu deakt area teksi tu... hadoiii... geram pula aku... so terpaksa la bayar parking RM3 juga even tak sampai 5 minit parking... sabar jela... nasib mr.abe patah balik ke kereta, so tak payah la pergi ambil dia kat sana walaupun sebenarnya lalu situ juga kan untuk keluar... HIHI...
sampai kat rumah, aku dah busy siapkan sarapan... goreng mee, buat air nescafe panas... sekali bila dah siap, cari mr.abe tak jumpa... rupanya dia dah berselimut kat atas katil, mengantuk benar rupanya... katanya nanti dia makan sebab dia nak tidur, dalam bas tak selesa nak tidur... apa lagi, dengan aku sekali la sambung tidur, bangun awal di hari ahad, memang sangat merugikan... :P
bangun semula dah pukul 10 lebih, mr.abe still belum bangun... aku biarkan je dulu... aku pilih baju yang nak pakai untuk keluar dating... opss! dating la pula... malamnya masa mr.abe dah naik bas, diajak isterinya ini untuk tengok wayang... weee...seronok... so baiklah aku siapkan pakaian dulu sebelum dia bangun... tahu jela kan, aku bersiap agak lama la juga... so kalau dia siap dulu, malas nak dengar dia berleter... potpetpotpet... KIKIKI...
bila mr.abe dah bangun, dia makan, minum, layan si yaya yang datang menyibuk tu... pastu mandi, bersiap semua... macam biasanya la juga, even dah buat preparation, mesti lambat juga siap, mr.abe yang siap dulu... HUHU... so kadar menyiapkan diri semakin laju, akhirnya siap juga ala kadar sajelah... :P
kami keluar pukul 12 tengahari camtu, ingat nak tengok wayang kat mbo di kepong village mall je tapi sebab mr.abe nak bermain bola petangnya, kami ke ampang je terus... tengok wayang di mbo uo ampang... after tu jalan-jalan kejap, then ke rumah mak cik mr.abe berdekatan situ je...
dah agak lama tak ke sana agaknya, c.su agak terkejut sebab katanya baru je dia sebut nama aku, dah muncul... sambil-sambil dia duk mengait buah mempelam, dia terus teringat kat aku sebab katanya aku suka sangat mempelam tu masa pregnant aritu... HIHIHI... yup, tapi skang tak pregnant pun suka juga... ditanya lagi kenapa tak bawa si yaya sekali sebab dia sangat suka tengok keletah adik aku tu... HAHAHA... kitorang kuar dating, mana boleh bawa pengacau... :P
petangnya mr.abe kelaur bermain bola kat padang dengan kawan-kawan dia, so aku tinggal kat rumah c.su melayan running man... tergelak-gelak la aku dengan c.su... dengan bibik sekali melayan... bila mr.abe balik, kali tak terus balik ke sungai buloh sebab nak layan tengok abpbh kat situ je dulu, after habis barulah kami berambus...
sampai kat rumah dah pukul 1 pagi... bersiap untuk tidur... i love it when come tu bedtime :P
Pssttt: ternyata suamiku adalah penyeri hidup aku sekarang ni... moga-moga akan hadir insan kecil yang akan menjadi penyeri hidup kami pula nanti...
Wednesday, April 3, 2013
Parlimen dah bubar, PRU13 bila lagi?
jadinya, bila tarikh penamaan calon, seterusnya tarikh mengundi?
ada gak tanya-tanya officemate yang dah pernah mengundi, katanya tak lama, dalam 2 minggu... tapi ada gak yang cakap lagi 2 minggu penamaan calon, pastu mengundinya 2 minggu seterusnya... yang ni dapat adari komen di facebook... lama tu... logik ke parlimen terbubar lama macam tu sekali ek?
tak sabar nak mengundi la ni... first time orang kata... debar-debar pun ada... bukannya tak pernah merasa mengundi sebelum ni kan, ada je kat uni dulu... tapi of course la mengundi untuk negara ni lagi mencabar berbanding mengundi untuk uni... lagi besar cabarannya... lagi besar kemungkinan... undi kita tu penentu siapa yang berhak mentadbir negara ni untuk penggal pemerintahan seterusnya...
lagi satu sebabnya yang jadi tertanya-tanya ni sebab my hubby ada kat kampung sekarang... buatnya dia cakap nak stay sampai lepas mengundi, wah lamanya kena tinggal... takutlah sorang-sorang kat rumah... 2 hari ni tidur memang tak lena, penakut punya pasal, tidur pun kena on lampu... HAHA!
Pssttt: dear, bila dear nak balik sini? rindunya...
Tuesday, April 2, 2013
Hepi Besday Ayang!!! Amboi garangnya... :P
![]() |
| tulis atas kertas ni je ke dear? hihihi... x romantik macam dalam tv tapi nampak tak keikhlasan tu? muahx3! (simpan kertas ni) |
![]() |
| casio for me :) |
Monday, April 1, 2013
Bilanya aku ada masuk contest ni ek?
18/03/13 aritu, ada dapat email dari sanofi... then semalam masa sampai ke rumah, ada la sticky note pos laju ha... minta aku pergi ambil kat pejabat pos serahan sungai buloh... tapi sebab aku kerja dan malas nak keluar sekejap ke sana, minta je mr.abe tolong ambilkan... HEHEHE... dia pun pergi la ambil arini kot ada dokument penting ke kan, rupanya hadiah dari sanofi tu ha...
balik nanti la baru tengok apa yang aku dapat...
Pssttt: dahla malam ni mr.abe nak balik kampung, aku lak terpaksa balik rumah lewat sikit sebab nak go live system... dear tunggu ayg balik rumah dulu ye... :(
Update: macam-macam ada dalam beg tu... pencuci lactacyd, pengilat kuku, pengurut lenguh-lenguh, penyepit celah kuku kaki, tuala muka, span mandi bla3...
300313 - 310313: Gemas - Johol - Labu - Ulu Beranang - HomeSweetHome
lepas my hubby selesai menonton perlawanan bola (apa lawan apa ntah), kitorang bersiap then bertolak ke cheras untuk ambil mama dan papa merangkap mertua aku tu sebelum bertolak balik ke gemas...tengah malam camtu la kot rasanya bertolak dari bandar sri permaisuri... mula-mula segar lagi mata ni, tapi lama kelamaan, terus terlelap... penat kot sebab jumaat tu bekerja kan, pastu mengurut pula... HUHU... lagi la terasa penatnya...
sampai kat rumah wan dah pukul 2 lebih kalau tak silap... mula-mulanya nak terus sambung tidur je, tapi diajak makan la plak ha... apo lagi... kekenyangan sampai tak leh nak tidur la plak jadinya... ntah pukul berapa baru kami terlelap...
30/03/13...
terjaga paginya dah pukul 9 lebih... terkejar-kejar aku jadinya... dengan nak mengiron bajunya lagi...nak mandi lagi... kejutkan mr.abe lagi... bersiapnya lagi... rasa macam tak mandi, berpoloh den dibueknyo... KIKIKI...
dalam pukul 11 pagi camtu, kami bertolak dari rumah wan ke johol... sedang elok sampai ke rumah kenduri di johol tengahari dengan panas teriknya... makan apa yang patut, pengantin pun sampai... even rasa teringin sangat nak makan lauk-lauk kenduri tu, tapi dek kena pantang makan tu semua, sabarkan diri ajolah ha...
dah siap tengok pengantin, berkenalan dengan saudara-mara mr.abe sebelah johol...tengok mak mertua dan my hubby berkaraoke sakan, bukan main agi ha... nak dekat pukul 3 petang camtu, kami bertolak ke labu la plak... ke rumah pak tam dan mak tam... malamnya ada buat party birthday anak dorang...
sebab rasa bahang sangat, jadi penat... tak kira panas, tetap terlelap depan tv... bangun-bangun dah nak maghrib, sempat lepak-lepak kejap sebelum mandi dan bersiap untuk party after isyak... syok ada ramai budak-budak... pakcik dan makcik dari bagan lalang pun datang... paklong maklong dari beranang pun datang juga... makin meriah la jadinya... still kena tahan perut dari makan bbq ayam dan daging... makan la nasi lemak tanpa telur dan lontong... alhamdulillah kenyang...
plan after habis party nak bertolak ke ulu beranang terus ke rumah paklong dan maklong... tapi dek dah penat sangat rasanya, tak jadi... tunggu keesokannya ajelah... duk layan tengok movie sampai tak perasan dah lewat pagi baru tidur...
31/03/13...
terbangun lambat juga, 9 pagi... HEHEHE... tapi yang paling awal terjaga la... sarapan, mandi, bersiap then terus bertolak ke ulu beranang... dah pukul 11 lebih masa tu... jadi sampai ke rumah paklong sham elok-elok untuk makan tengahari... dapat plak nampak ada sambal ikan, apa lagi ha... bantai la... HAHA!
rehat, sembang-sembang, dah pukul 4 lebih... dah kena bergerak untuk balik pula... jalan agak jem sebab hari isnin dah hari bersekolah semula kan, so stuck kejap dalam jem kat kajang tu... alhamdulillah sempat sampai ke cheras before lagi teruk stuck dalam jem... sekadar hantar je parent in-law, dah tak larat nak singgah lagi, mr.abe pun dah kepenatan sangat drive... so terus je balik ke rumah...
Pssttt: malam nanti mr.abe nak balik ke kampung... aduhhh, tak pernah lagi kena tinggal ni... :(
Tuesday, February 19, 2013
Lewat ke dah lekat semula ke?
aku jawab: ha? entahla...belum kot...
then dia ada cerita pasal pengalaman dia... lepas dia gugur, dia datang bulan sekali je then tak datang dah... dia ingat mungkin tu normal untuk orang yang gugur, so dia buat tak kesah sangat... tapi tiba-tiba dia gugur semula, barulah dia tahu yang dia pregnant semula lepas gugur tu... tapi sebab dia tak tahu, so semua aktiviti dia seperti biasa la macam orang tak pregnant... katanya mungkin sebab itu la dia gugur kali ke-2...
aishhh... seram plak bila fikir semula... dahla kebelakangan ni rasa semacam jek... perut rasa sakit... ada juga rasa tak sedap tekak ni... pastu mr.abe ada cakap yang badan badan dah nampak makin berisi semula... mana taknyer, seminggu kat kampung selera betul rasanya... makan macam-macam... ingatkan sebab mood balik kampung yang buat selera sangat tu bila makan, tapi balik sini pun macam sama je... asyik nak makan je...
risaunya... macam-macam dalam kepala ni... pertamanya, terus teringat masa mula-mula dapat tahu pregnant yang baru je keguguran akhir bulan 12 aritu... tanda-tandanya macam ni la... makan banyak, badan naik, last sekali rasa mual-mual... dah lekat semula ke? suppose this week aku kena period kalau ikut pada kiraan aku la... tapi belum lagi ni...
kalau lekat semula, camne? boleh bertahan ke? ke akan gugur lagi?
tadi ada google kat internet, baca pengalaman orang yang pernah mengalami keguguran macam aku ni... nampaknya dorang pun macam aku... risau akan jadi benda yang sama ke tak if pregnant semula dalam tempoh yang doktor sarankan untuk tak mengandung lagi... 3-6 bulan... lama kan? if untuk orang macam aku yang teringin sangat nak ada baby sendiri, rasa lama sangat... sebab tu la timbulnya persoalan camni... kuat ke tak kuat if pregnant semula awal dari tempoh tu? apa lagi kurang dari 3 bulan?
tapi menurut apa yang doktor yang buat dnc kat aku aritu cakap... insyaallah tak ada apa-apa masalah if pregnant semula kurang dari tempoh yang kebanyakan doktor sarankan tu... semua tu terpulang pada diri kita... kita kuat ke tak...
teringinnya nak ada baby cepat-cepat... bila kita teringin sangat ni, orang kata payah la nak dapat... sebab Allah nak uji kesabaran kita kan? tapi bila mende yang kita taknak, itu la yang senang dapat...
mr.abe cakap dia risau if aku pregnant semula cepat sangat... dia risau if aku belum cukup sihat untuk pregnant semula... aku faham keprihatinan dia, tapi aku juga faham yang dia sebenarnya risau aku gugur lagi, nanti harapan dia musnah sekali lagi... kesian mr.abe... dia teringin sangat nak ada anak cepat-cepat sebab dia memang suka ngan budak apa lagi budak kecil... tapi bila aku gugur aritu, dia dah jarang sebut pasal anak... :(
lepas gugur tu aku selalu berdoa, if aku period as usual, then it's ok... aku redha belum ada rezeki lagi untuk kali kedua... yang juga bermaksud aku belum cukup sihat untuk mengandung semula... tapi kalau aku dah cukup sihat, aku doa sangat rezeki kami berdua ada... untuk aku mengandung semula dan dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah untuk suami aku yang tersayang...
tapi aku sentiasa berharap rezeki kami untuk ada anak itu ada secepat yang boleh... mudah-mudahan rezeki tu dapat mengeratkan lagi perhubungan kami berdua... aminnn...
Pssttt: menunggu tu satu penyiksaan... tapi andai ada kesabaran, kebahagiaan menanti...
Monday, February 18, 2013
080213 - 150213: Balik kampung!!!
bertolak dari rumah untuk pulang ke kampung... plan asal nak bergerak lepas maghrib, tapi sebab busy mengemas, memasak, mandi, solat, makan, punggah barang... akhirnya pukul 9 malam camtu la baru kitorang bertolak... aku, mr.abe, abah dan ayuni... oleh sebab kepenatan, aku tertidur... niat nak lelap kejap je bagi hilang penat, tapi bila jaga je dah sampai area merapoh... kesian mr.abe drive sengsorang... :(
![]() |
| jalan jem bila masuk bentong, mana tak buat aku ngantuk camtu... |
09/02/2013
kami sampai di shell gua musang around pukul 1.30 pagi camtu la... isi minyak kereta... abah ajak lepak minum dulu dekat kedai tepi jalan... meriah je tengoknya dengan kereta orang-orang yang balik ke kampung yang lain... penuh asenye kat shell tu... ingat nak minum je, tapi dah terorder maggi sup... yang sampainya maggi celup... HAHAHA... tapi sedaplah juga...
![]() |
| rasa terliur bila tengok gambar ni semula... |
sambung semula perjalan sejam lepas tu kalau tak salah aku... tak berapa nak mengingat bila mata mengantuk ni kan... kami lalu jalan dabong - jeli... jalan alternatif yang dah jadi laluan utama untuk perantau yang nak balik area jeli... sebab lagi dekat, tak perlu lalu k.krai yang sangat jauh tu baru sampai ke kampung kami... nak dekat pukul 4 pagi baru kami sampai kat rumah makcik aku sebab jalan situ berkabus teruk bila malam hari... tak berani nak bagi mr.abe pecut kat jalan camtu... risau juga ada binatang ke yang melintas jalan kan... HUHU... sampai je terus lelap kejap before bangun untuk sarapan...
tengahari la juga baru aku dan mr.abe balik ke rumah nenek dia... culik alya sekejap sebab mama dan lain-lain keluar gi kenduri di bachok... alya mengikut aje bila ajak nak gi rumah nenek mr.abe sebab situ banyak keropok, gula-gula, mainan bagai... lepak je tak pergi mana aritu sebab rasa penat sampai tertidur tengok mr.abe main game dengan adik ipar aku, naim...
malamnya, aku ke rumah nenek aku pula... singgah sekejap je sebab mr.abe ajak hadiri majlis doa selamat sebelum hantar alya semula kat mama...
![]() |
| banyak gler aku makan! |
15/02/2013
plan nak bertolak balik ke kl pagi ditolak mr.abe... dia nak balik petang... menurut perintah la kan... hujan merata-rata...
bertolak pukul 4.30 petang... sampai dalam pukul 10 malam... sempat lagi kami singgah kedai tengok bola... oh ye, kami sesat tau kat jalan kuala balah ke dabong tu... aku terlepas tengok jalan kejap je, mr.abe dah wat kami sesat... dia tak masuk simpang yang sepatutnya tapi terus je ke depan... wah cuak gak kitorang sebab tengok jalan macam lain je dari selalu... rasanya dah 2 km kami sesat baru patah balik semula cari jalan yang betul... HAHA, camne la mr.abe ni kalau dia balik sorang-sorang kan? mesti kena sorok dek bunian... :P
kalau ikut jadual aku, raya puasa ni baru aku balik semula ke kampung... tapi mr.abe duk suruh aku tuakr tempat mengundi, balik mengundi kat kampung... malasnya...
































