weekend yang lalu, tak banyak aktiviti gembira... kemas rumah pun tak sempat rasanya... aishhh... bangun pagi uruskan mr.abe, adik-adik, tengok tv... then tengahari keluar untuk pergi melawat abah di hospital uitm kampus sungai buloh...
sabtunya pergi melawat abah, lepak-lepak bersembang then keluar... pergi ke cheras untuk bawa parent in-law aku untuk datang melawat abah... melawat sampai habis waktu melawat... so sebelum hantar mereka balik, pergi makan kat restoren balines kat kampung melayu sungai buloh tu je... tertidur aku ha dalam kereta sebab penat sangat rasanya menunggu orang sakit ni kan... sampai semula ke rumah dah pukul 12 tengah malam... dek tak rasa selesa, tengah-tengah malam aku mandi ha, baru lena tidur... kroh3 sampai pagi... kebetulan pula abc, sedap la tidurnya... KIKIKI...
ahad pula, pergi melawat lagi... maklong aku datang dengan anak dia untuk melawat... then petangnya mak cik mr.abe pula yang datang... pun dah habis waktu melawat baru keluar dari wad... ingat nak terus balik rumah sebab arini kan nak kerja, lagipun badan memang terasa penat sangat... boleh pula mr.abe nak ke ampang sekejap sebab ada makan-makan sikit dekat rumah jiran mak cik mr.abe ni ha... bawa la alya sekali... punya seronok dia bermain anak patung sampai ajak balik pun tak nak... menangis-nangis bila kitorang nak masukkan dia dalam kereta... aduhhh... sangatlah penat nak melayan kerenah budak-budak ni bila badan pun dah penat kan? ni belum ada anak sendiri lagi ni... HUHU...
biar je mr.abe drive sengsorang, aku dengan alya dah ketiduran dalam kereta... celik je mata dah sampai ke rumah... dua kali direct mandi tengah malam sebab nak bagi lena tidur... tidur rumah mama sebab mama tak balik rumah jaga abah kat hospital...
5.30 jam aku berbunyi untuk bangun pagi, then dengar mama ketuk pintu... kesian mama, risaunya kalau mama pula yang jatuh sakit nanti... moga-moga mama sihat aje...
Pssttt: arini mungkin tak pergi melawat abah sebab rasanya badan sangat-sangat penat...
No comments:
Post a Comment