Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

100515: Melawat Adik Sepupu di HUSM Kubang Kerian


Sepupu aku ni baru berumur 4 tahun kalau tak silap (boleh pula tak sure)... dia ddisahkan menghidap leukimia tahap 2... sekarang tengah menjalani rawatan di HUSM Kubang Kerian... semoga Nik Iman cepat sihat... kesian tengok dia macam bosan duduk di wad... menangis bila kami nak balik...

Kesian juga kepada anak-anak mak cik aku ni yang kat rumah sebab dah lama berjauhan dengan maknya... masa aku balik kampung ni, salah seorang demam sebab rindu agaknya... sedih tapi apa yang aku mampu buat, tolong sekadarnya sahaja...





Pssttt: Sabar ye Mok Na, tak tertanggung rasa pengorbanan seorang ibu untuk menjaga anak yang sakit dan di masa yang sama berjauhan dengan anak-anak yang lain...

Friday, April 17, 2015

150415: Kena saman parking plop!

Baru balik dari klinik dan dapat MC, so mr.abe ajak pergi makan sebab dah hampir tengahari belum makan... jadinya kami singgah la di TSB Sg Buloh. Pusing-pusing tak tahu nak makan katne, sekali decided ke Old Town White Coffee...

Mula-mula mr.abe ajak makan kat luar je sebab katanya senang nak tengok kalau ada MBSA yang datang menyaman tapi sebab rasa hot sangat cuacanya, ajak makan kat dalam juga... sedap-sedap makan terkejut sebab mr.abe bangun tiba-tiba meluru keluar... adehhh... menyaman dah...

Pasrah je aku ni... terus je sambung makan... then mr.abe kembali dengan bengang sambil membebel lagi... KIKIKI... lantaklah malas nak fikir... bila tengok saman, hanya perlu bayar rm10 kalau dibayar dalam masa 24 jam... ape lagi, terus jela gi bayar kan... geram pulak rasa even rm10, boleh buat duit makan tu... HUHU...





Pssttt: ok, stop membebel kat blog... esok birthday mr.abe...

Monday, May 19, 2014

090414: Cucuk 1 bulan Dhia...

lepas beberapa hari balik dari kampung, dapat call dari kk sg buloh bertanyakan butir-butiran kelahiran my baby... nurse tanya juga berpantang di mana, daftar kelahiran kat kk mana, ada nurse datang melawat ke tak masa dalam pantang, macam-macam lagi la... aku jawab la soalan-soalan nurse tu... then nurse bagitau boleh datang checkup kat sana untuk 1 bulan punya, lepas tu kena continue kat kk daerah yang sepatutnya seperti dalam alamat rumah aku...

tarikh: 09/04/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk sg buloh

pada tarikh tu pergilah aku ditemani mama untuk checkup dan cucuk 1 bulan dhia mengikut jadual imunisasi yang kkm keluarkan... so untuk 1 bulan punya suntikan hepatitis b dos 2... dos 1 dah diberi selepas lahir bersama-sama dengan bcg... meraung jugalah kejap si dhia tu kena cucuk kat paha, tapi tak lama pun... budak baik la katakan... asalkan pujuk dengan susu badan, settle kerja!


berjumpa dengan doc juga untuk review perkembangan dhia... alhamdulillah semua ok... cuma doc cakap lambatnya bcg dhia nak jadi, tak bernanah pun lagi... tapi doc cakap tak perlu risau, maybe lambat sikit kesannya dengan dhia... HUHU...

untuk next checkup, aku pergi buat appointment untuk follow up checkup dhia kat kk paya jaras je memandangkan lokasi lagi dekat berbanding kk kelana jaya tu...

tarikh: 14/05/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk paya jaras





Pssttt: masuk je kerja semula selepas 2 bulan bercuti, terus apply cuti untuk checkup dhia yang seterusnya...

Tuesday, May 6, 2014

Pengalaman semasa bersalin...

kepada korang-korang yang belum baca kisah aku sebelum masuknya ke stage labour room ni, silalah baca pengalaman sakit perut sebelum bersalin...

sebelum sampai ke labour room, aku cuma rasa katil aku kena tolak je... then berhenti, nurse minta aku pindah ke katil dalam labour room... macam-macam bunyi la yang datang... dengar orang meneran kat bilik sebelah... tambah dengan nurse tengah siapkan peralatan yang patut... mulut aku tak habis-habis tanya mana hubby aku dekat nurse yang ada... katanya ada dekat luar, nanti bila aku dah nak bersalin dorang akan panggil... tapi aku memang dah nak bersalin rasanya, apalah salah panggil je terus...

dengar doc tanya soalan macam-macam kat aku... blur-blur nak menjawab dengan aku tengah sakit tu... ak patut betul dorang ni menanya soalan dalam keadaan pesakit dah nak bersalin kot... macamlah tak ada rekod yang dorang boleh refer, padahal soalan-soalan tu dah ditanya kat aku sebelum ni... bila dah habis kecoh-kecoh dorang buat kerja, eh tetiba senyap... aku tengok dorang macam relax je... tunggu apa lagi wahai nurse dan doc, bukan korang bawa aku ke labour room untuk bersalin ke?

then aku bagitau la dorang yang aku dah tak tahan, rasa nak teran sangat-sangat dah... bila dorang check dengarlah dorang cakap macam dah nampak rambut baby je ni... ha? kelam-kabut dorang pergi panggil doc yang pergi sambut kelahiran kat bilik lain... then nurse tu masuk ngan seorang sister, katanya doc kat bilik lain dulu... sister tu yang akan sambut katanya... aku tak kesah doc or sister, bagi aku lebih baik sister yang ada pengalaman dari doc baru yang baru nak berpengalaman...

dorang ada bagi instruction cara-cara nak teran, tapi macam dengar tak dengar... aku cuma ingat apa yang nenek aku ajar je... so itu la yang aku buat... bila contraction datang, tarik nafas dan teran, kepala angkat dan rapatkan ke arah perut masa meneran, jangan angkat punggung, tangan kekal pegang buku lali kaki... sekali teran dengar sister cakap dah nampak kepala baby... time tu juga my hubby masuk dan dia pergi ke tepi katil untuk bagi semangat... tapi tak hirau dah kat dia time tu, fokus aku nak keluarkan baby je cepat-cepat...

2 kali teran yang next tu baru keluar semuanya... time tu rasa macam satu perasaan lega yang amat sangat... tak termampu ucap apa-apa... nampak my hubby cakap "dah kuar baby kita yang..." tengok jam pukul 12.50 pagi... 6/3/2014...

dengar suara baby menangis... nurse datang tanya jantina baby apa, aku cakap perempuan... then lepas tu sister datang letakkan baby atas dada... rasa nak menangis pegang my baby time tu... terasa indah sangat moment tu... aku akan ingat sampai bila-bila... next baby pun aku nak moment yang tu datang camtu juga... lepas tu nurse ambil semula untuk cucikan baby dan buat apa yang patut sementara aku menjalani proses mengeluarkan uri, dijahit dan ditukarkan baju yang bersih... my hubby kena keluar semula tunggu kat luar, nanti nurse panggil untuk ambil uri je nanti...oh ye, dapat minum air milo secawan rasa macam dah lama gler tak minum air... thanks nurse tolong buatkan air...

bila uri dah selesai dikeluarkan, masa untuk dijahit pun tiba...tengah dijahit tu baby pun dibawa masuk untuk disusukan tapi dek aku belum siap dijahit, aku cuma dapat tengok jela dan pegang jari-jari halus my baby... kesian dia menangis nak susu... bila dah siap dan nurse keluar untuk bagi masa untuk aku berdua je dengan baby, baby merajuk la pula... dia taknak susu... so aku peluk jela dia yang tengah tidur tu... my hubby pun dapat masuk sekejap je untuk ambil uri, dah kena balik... tak boleh tunggu dah nurse cakap... kena datang esok la pula time waktu melawat...

sejam lepas tu, aku dibawa ke wad... bermulalah kisah aku sebagai seorang ummi malam tu walaupun badan masih sakit-sakit... ikutkan badan memang tak larat serba-serbi time tu tapi tengok ibu-ibu lain yang semacam aku juga menahan sakit but still kuat nak uruskan anak yang menangis malam-malam, aku pun dapat semangat tu juga...





Pssttt: as a woman, me must proud! HAHAHA!


Wednesday, February 26, 2014

Bila baby nak keluar ni?

38 minggu 4 hari...

HUHU... mr.abe setiap hari bagitau yang dia rasa makin tak sabar nak tengok baby keluar... nak peluk-peluk, nak gomol-gomol katanya... alahai, bukan ayahnya saja tak sabar, ummi dia pun sama ni... cuak, excited, tak sabar... semua rasa ada ni...

tambahan pula bila tergolong dalam gdm case, sangat risau makin lama baby kat dalam, makin besar dia nanti... last tahu berat baby dah nak 3kg, time tu baru masuk 8 bulan kalau tak silap... time tu juga last checkup kat hospital, so bila continue checkup kat klinik je, tak adalah doc kat klinik check dah berapa berat baby...

masih boleh datang kerja, adalah rasa sakit sikit-sikit... tapi tahankan aje la... cuma dah tak drive sendiri sekarang, my mama yang tolong hantarkan alang-alang dia kuar pagi untuk hantar adik-adik aku pergi sekolah... so tumpang sekali la... semalam terpaksa drive sendiri sebab bangun lambat, my mama tak boleh tunggu sebab sekolah kan masuk awal... tawakal jela time drive... tak bawa laju pun... memang agak tak selesa sebab rasa macam bagi tekanan kat perut... nasib baby tak meragam kat dalam... cuma kaki je terasa macam nak cramp...

hari-hari kat office lepas buat kerja sikit, sibuk menggoogle macam-macam pasal kandungan... baca blog-blog lain untuk tahu pengalaman dorang especially time nak bersalin... seronok, seram semua adalah... kadang-kadang tak boleh nak gambar pun macam yang dorang describe tu sebab belum rasa lagi...

contraction? tak tahulah aku dah merasa ke belum even false contraction ke tak kan... pengalaman pertama la katakan... semua macam blur-blur je lagi...

apa tanda-tanda yang aku ada rasa sekarang?

yang paling banyak aku rasa ialah perut asyik mengeras... malam lagi kerap... sakit la juga kadang-kadang tu kan... pastu asyik ulang-alik masuk toilet sebab nak buang air kecil... kerap juga rasa macam nak membuang tapi bila bertapa kat toilet, tak nak la pula... KIKIKI... memang stress... nak meneran takut, kang lain jadinya... bontot kalau dah duduk, pastu nak bangun... hadoiii... memang menguji ketahanan mental sungguh rasanya... sakit yang amat... siap boleh dengar tulang-tulang bontot aku setiap kali gagah nak berdiri... pinggang pun sakit-sakit... kaki bengkak tak payah cakap la, kadang-kadang jalan macam penguin... rasa satu badan dah macam bengkak-bengkak...

banyak lagi la kalau bab nak mengadu ni kan... tahan sendiri jela... nak mengadu lebih-lebih dengan mr.abe tak dapat, dia cepat panik... pastu mula la dia tak boleh buat kerja... aku pula yang naik serabut nanti... so baik diam je... time nak tidur jela manja-manja sikit mengadu sakit situ sakit sini... minta tolong urutkan belakang... usap perut tak nak bagi rasa gatal... tidur nak berbantalkan lengan la... macam-macam la time tu... pastu bila terjaga pagi, dah menjauh perginya aku dari dia, panas punya pasal... tak nak dekat dengan mr.abe sebab dia boleh siap berselimut ha musim-musim panas camni... HAHAHA...





Pssttt: still mengharap dapat bersalin sebelum due date... tak nak kena induce...

Monday, February 24, 2014

38 minggu 2 hari...

wah seksanya penantian... hari-hari duk tunggu apa la tanda-tanda yang jadi akt aku supaya ada reason nak ke hospital... KIKIKI... rasa tak sabar dah nak tengok my baby keluar... tapi bila terfikir suasana kat dewan bersalin aritu, adoiii... seriau pun ada... cuak tak payah cakap la kan, dah macam-macam benda aku cuba buat supaya tak terfikir sangat... tapi bila datang sakit perut kekadang tu, wah rasa nak menangis pun ada... yang datang kejap-kejap gitu pun terasa dah sakitnya, agak-agak bila nak dekat bersalin nanti, aku tak tahulah kesakitan tu tahap berapa dah... HUHU...

dek kerana diri aku ni kena gdm time mengandung, rasa macam nak deliver cepat-cepat... tak sanggup nak menyerah diri kat doktor if minggu depan pun belum ada tanda-tanda nak bersalin... doktor dah pesan, tak boleh lebih due date, nanti bahaya kat baby dalam perut... kena datang sehari sebelum due date... itu yang berharap sangat dapat bersalin sebelum due date sampai...

seram sungguh bila fikir-fikir... setiap jam kalau tak rasa baby gerak, aku dah cuak... duk panggil-panggil baby kat dalam perut ni... gosok-gosok perut... picit-picit la... tekan-tekan... semata-mata nak baby respons... bila perut rasa mengeras or berombak-ombak bila baby gerak, baru lega rasa hati... maksudnya dia ok kat dalam... selalu pesan kat baby, kalau rasa tak selesa dah, rasa nak keluar, tolonglah bagi isyarat kat ummi dia ni tanda-tanda yang jelas supaya ada reason yang kuat untuk aku pergi ke dewan bersalin hospital secepat mungkin... takkan la setiap kali rasa sakit sikit, terus nak pergi hospital kan, nanti doktor menyampah pula tengok muka... HAHAHA!

bila kat office, senang sikit nak kira pergerakan baby sebab pen ada je atas meja... rasa gerak je, tanda pukul berapa... bila dah cukup or lebih 10 kali dari masa baby patut gerak tu, senang hati la... tapi bila kat rumah, macam rajin pula nak pegang pen ngan kertas kan... so main agak-agak je... tu yang asyik tak senang hati... HUHU...





Pssttt: doakan semuanya selamat ye korang... takut... bila mengadu dengan mr.abe, asyik suruh relax-relax je... macam dia pula yang rasa semuanya... :P

Wednesday, February 12, 2014

110214: Loya di minggu 36 preggy...

semalam kandungan aku masuk 36 minggu 3 hari... tapi sejak beberapa hari kebelakangan ni, sakit kepala menjadi-jadi... pastu tekak dah loya semula... dah plan malamnya kalau bangun pagi rasa berat je kepala, nak ambil mc je...

so paginya bila bangun, kepala still rasa berat... maybe sebab tak cukup tidur sangat... beberapa jam je... bila dah terjaga pagi-pagi buta, dah tak boleh nak sambung tidur semula... bermasalah la gitu sebab akan bagi efek kat bacaan hemoglobin aku yang tak penah nak naik sampai 11 tau setiap kali checkup... sedih... doc asyik tegur je pasal Hb aku tu...

dah confirm nak mc, terus hantar mesej dekat officemate dan bos untuk update pasal ketidaksihatan aku tu... HEHE... lepas tu siap call my mama tolong belikan nasi untuk aku sarapan alang-alang mama keluar untuk hantar adik aku pergi sekolah kan... sebab terasa lapar gler tu... nak masak macam tak larat...

bila mama dah balik, aku ke rumah mama untuk bersarapan... nasib la sebelah rumah je... KIKIKI... habis sebungkus nasi lemak... rasa tak begitu selesa sangat tekak time tu... so mama suruh pergi mandi, nak bawa aku pergi klinik untuk ambil mc pula...

lepas siap sementara menunggu mama bersiap, aku minta adik aku si ayuni untuk tolong urutkn belakang sekejap sebab terasa tak selesa amat... angin banyak kot rasanya, jadi tak larat sangat...muka pun dah pucat mama cakap... tak sampai seminit dia tolong urutkan, mama yang tengah lalu-lalang depan kitorang yang duk sendawa... KIKIKI... maybe sebab angin dah keluar kot, macam kena tolak-tolak je nasi lemak yang aku makan sebelumnya tu... terus aku lari gi toilet la... tak sempat masuk toilet betul2, depan pintu toilet juga aku dah termuntah semua yang aku makan tu... kesian my mama sebab tolong cucikan muntah aku pula... hadoiii... itulah pengorbanan seorang ibu kan? tak berkira dengan anaknya...

sampai sekarang tak tahu lagi aku dah ada contraction ke tak... memang ada kadang-kadang rasa sakit sangat bila baby mengeras, tapi duk mengeluh macam tu jela... bajet bukan contraction kot... HEHE... then malam-malam semakin tak selesa untuk tidur, tak lena jadinya... asyik terjaga sebab nak kencing, membuang... kadang-kadang terjaga rasa basah-basah, tapi rasanya maybe disebabkan keputihan yang semakin menjadi-jadi jela kot...

tak sabar nak tunggu checkup minggu depan... if belum ditakdirkan bersalin awal la... nak tengok bacaan scan ok ke x... paling risau sekarang ni kalau ada leaking air ketuban jela kan... hope semuanya ok dah berjalan lancar terutamanya time nak bersalin nanti... sampai sekarang tak tahu bila nak start minum air selusuh tu... seingat yang nenek melur pesan, minum bila perut terasa sakit... maksudnya bila contraction la kan... aduh, bila tu...





Pssttt: maybe minggu depan bolehla start minum air selusuh kan? nak kena make sure mesti bersalin paling lewat on due date... if tak habislah aku kena czer paksaan nanti dek gdm punya pasal... HEHE...

Wednesday, February 5, 2014

KK Kelana Jaya la pula... Boleh tak nak KK Paya Jaras je?

pagi tadi pergi checkup pregnancy untuk week 35 kat kk sg buloh... giliran yang first, so kul 9 dah siap... alhamdulillah la, sampai office pukul 9.15... cepat pagi ni sikit...

tapi masa dalam bilik tengah ambil darah kat lengan, nurse tu bagitau pasal kes patient yang buat report kat kementerian pasal kk sg buloh punya perkhidmatan lembab dan crowded sampai minta nurse-nurse dekat situ berhenti kerja... bila check rekod, rupanya patient luar kawasan lebih ramai dari patient yang dalam lingkungan kawasan dorang... jadinya kk sg buloh dah buat decision untuk tak ambil lagi patient daerah lain kat situ untuk checkup...

sob3... kalau ikut alamat rumah, aku daerah petaling which is tergolong dalam kategori luar kawasan kk sg buloh... nurse bagitau disebabkan aku dah di akhir-akhir pregnancy, so dikecualikan sekejap untuk habiskan checkup dekat kk sg buloh je... tapi after dah deliver, kena lapor kelahiran baby dan checkup baby kat kk kelana jaya katanya... ha? kat ceruk mana pun aku tak tahu la... tapi yang pasni mesti sangat-sangat menyusahkan nanti...

tapi nurse tu ada cakap pasal kk paya jaras juga... cuma tak terang panjang lebar pasal tu... asyik bagitau pasal problem dorang dengan kk kelana jaya... HUHU... aku mengiyakan aje la... siapa tak panas hati kan bila ada orang complaint sampai macam tu sekali...

then dijadikan cerita, bila sampai office, aku pun membuat carian google dekat mana la letaknya kk kelana jaya tu... pastu baca blog-blog pengalaman bakal2 ibu yang checkup kat situ... wah banyaknya masalah dari apa yang aku baca tu... lagi lembab servisnya disebabkan ramai orang... camne ni?

google lagi kk daerah petaling... nampak kk paya jaras pun tersenarai dekat situ... jadinya macam nak kena tanya nurse lagi la bila next checkup nanti boleh tak kalau aku nak lapor kelahiran baby kat kk tu je... at least lebih dekat and aku tahu kat mana... pernah follow my mama masa checkup adik aku yang bongsu dulu...

ni belum bagitau kat mr.abe pasal ni... mesti dia bising... HEHEHE...





Pssttt: mr.abe cakap mata dia bengkak sebelah... alahai kesian... skodeng awek kat luar ler tu... KIKIKI :P

Wednesday, January 22, 2014

Sebelah cucuk ambil darah, sebelah lagi dos ke-2 kancing gigi...

lenguh tangan arini... nak angkat tangan pun rasa tak ada tenaga...tapi tetap datang kerja kot... ala... nak cuti... tak sabar tunggu rabu minggu depan, checkup akt hospital appintment pukul 10 pagi, so ada alasan kukuh nak minta MC... then direct cuti keesokannya sampai 3 feb sebab raya cina... seronok dapat cuti? seronok!!! HAHAHA...

bsp result semalam boleh tahan lagi la... 4.1, 5.3, 6.0, 6.6... tang malam hampir ke borderline juga ha... tengok result minggu depan pula macam mana... minta-minta tak ada yang hampir or lebih borderline... kalau tak memang doktor kat hospital tu paksa ambil insulin injection la nanti... takmo!!!

oleh sebab minggu depan checkup kat hospital, so doc akt kk kata tak payah scan la arini... dia tanya pergerakan baby ok ke tak... then vitamin ada lagi ke... sembang-sembang jela...





Pssttt: sedang makan limau raya cina... alahai manisnya...


Tuesday, December 24, 2013

Update: BSP Result 2013


kalau ikutkan calendar untuk buat test bsp, semalam yang last la untuk tahun ni... next test on 7/1/2014 pula... macam jauh je bunyinya tu kan... 2013... 2014... padahal next 2 weeks je pun... KIKIKI...

so kat atas ni result yang aku dah compile gitu ha... dari minggu pertama aku kena buat bsp, which is masa tu aku still tak faham sebenarnya camne nak buat test ni dengan betul... sebab tu la nampak kan result yang color merah tu ada 2... nurse cakap lepas makan, tunggu 2 jam then test lagi... memang aku tunggu 2 jam, tapi sebelum test boleh agi aku curi-curi makan... tak boleh blah betul... tak pasal-pasal kena marah dengan nurse sebabkan tu je...

untuk membiasakan diri dengan menu diet (diet ke?), ambil masa 3 kali test juga la bacaan yang aku dapat ada yang tak cantik... sepanjang time tu, setiap kali checkup asyik kena bagi peringatan je kena ambil suntikan insulin kalau bacaan still tak bagus... seriau bab nak cucuk perut sendiri ni, terus berusaha control makan apa yang patut... sedaya-upaya ha... bila dah start dapat bacaan yang cantik yakni tak lebih dari had level maksimum yang nurse bagi tu, dah happy gler...

tapi biasalah manusia ni... cepat lupa... tak tahan godaan pun ada... kadang-kadang terlanggar juga diet-diet yang aku dah cuba tu... jangan makan manis sangat, tapi kadang-kadang makan juga... HUHU...





Pssttt: perut ni makin hari rasa makin berat... petang ni ada checkup, hope sangat berat tak naik mendadak macam last checkup 2 minggu lepas... cannot accept dah berat sekarang ni pun... tak pernah-pernah berat aku camni sekali... HAHA!

Saturday, December 21, 2013

My baby dah 29 minggu dalam perut ummi... :)

Alhamdulillah... hari ni kandungan aku dah masuk 29 minggu...

semakin kuat baby menendang sekarang... asal malam je time tunggu mr.abe balik, mesti aku bersembang dengan my baby ni...macam-macam respon la yang aku dapat... paling tak berapa biasa sekarang bila baby tendang agak atas perut... kadang-kadang terkejut yang amat sebab selalu rasa kat area bawah pusat je... HIHI...

Bila berbaring, baby selalu mengeras... maybe tak selesa kot sebab kulit perut macam menegang kan... benjol-benjol la perut aku dibuatnya... HEHE... bila mengiring pula, terasa macam baby tengah buat aksi akrobatik jek sebab atas bawah kiri kanan perut terasa ada pergerakan... kelakar sangat...

my baby agak sensitif dengan bunyi sekarang... mr.abe suka pasang cerita aksi sebelum tidur, so bila ada adegan tembak ke meletup ke... dapat rasa baby terkejut... bila bagitau mr.abe, dia kata biarkan... nanti bila keluar senang sikit dia dah biasa bising-bising... haishhh, macam-macam ayahnya pun...

Tadi tengah kusyuk tengok update kat fb, x sedar menunduk lama sangat... maybe baby terasa tak selesa sebab perut kena hempap, kuat dia tendang... sakit yang amat rasanya kat ari-ari... terus gelabah sekejap... dahla duk sorang kat rumah, jangan buat hal pula nak sakit perut time tu... cuba bertenang then duduk berlunjur... beberapa minit lepas tu rasa sakit tu hilang dah... lega sangat...



Pssttt: hari selasa nanti ada checkup lagi... harapnya bacaan bsp aku ok dan berat tak naik banyak sangat macam aritu... HUHU

Tuesday, November 19, 2013

051113: Result BSP cantik lagi :)

4.1
4.9
4.6
6.6

6.6 tu nyaris-nyaris dah kan? HAHA... tu sebab makan sate 1 cucuk... selalu sebab hari selasa yang kena buat bsp, petang tu memang menu nasi kerabu dari pasar malam.. selalunya tak adalah tinggi camtu, paling tinggi pun naik sampai 5.4 je dari result bsp sebelum ni...

bila jumpa doktor kat hospital, doktor cakap bagus dah pandai diet sendiri... so dia berpuas hati dengan result bsp tu katanya, next checkup dia up lagi 2 bulan, bukannya sebulan macam sebelum ni... maknanya bulan Januari tahun depan la...

hari ni time untuk buat bsp lagi sebab esok ada checkup kat kk... pagi ni punya result, macam sebelum-sebelum ni, 4.1 :)

tengoklah result bsp lagi 3 kali nanti... will be update soon...





Pssttt: my baby selalu tendang kuat-kuat bila ummi dia ni tengok cerita suspen or aksi... HIHIHI...


Wednesday, October 23, 2013

Berapa banyak nak kena cucuk la ni...

HUHU... checkup hari ni ingatkan dapatlah balik office sebelum pukul 10 pagi, tapi rupanya lepas pukul 10 jgk ha sampainya... dapat giliran yang first dah, tapi prosesnya kena tambah la pula... kena buat injection kancing gigi, lepas tu ujian darah untuk HIV test...

dah macam kena round klinik tu 2 kali la ha... 1st round macam biasa... timbang... naik 2 kilo la pula, normal tak? normal la kot, nurse tak ada bising pun... HIHIHI... lepas tu pergi bilik untuk ambil darah... next ke makmal untuk ujian air kencing... lepas tu masuk jumpa doktor... oleh sebab aku ni kes gdm, lepas jumpa doktor, kena jumpa nurse pula... disuruhnya ambil injection kancing gigi ngan HIV tu la ha... tu yang jadi dua round tu... lenguh tangan kiri ni... jari, lengan, bahu... lengkap 3 bahagian kena cucuk...

hari ni tak ada scan detail pun, just doktor scan sekejap untuk tengok heartbeat... nanti lagi 2 minggu la baru detail scan kat hospital... minta-minta boleh nampak la jantina time tu... excited ni... appointment kat klinik pula lagi sebulan...





Pssttt: tak menyempat je nak pergi check gigi sebab habis checkup je dah lewat... bahagian gigi untuk check ibu mengandung sampai pukul 11.30 je kalau tak silap... nak menunggu tak la kan, nanti tak pasal-pasal kena ambil unpaid leave sebab lebih dari jam yang dibolehkan guna timeslip...

221013: Result BSP nampak cantik dah ni... :)


alhamdulillah... result bsp yang aku buat semalam nampak cantik je ha... angka 4 semuanya untuk keempat-empat kalinya...

4.1
4.9
4.4
4.9

mungkin sebab aku tak makan sangat... paginya sebab dah puasa di malam hari... then sarapan dengan bihun goreng je... lepas tu lunch tak makan nasi, roti wholemeal dengan sambal dan tuna je... lepas tu untuk dinner makan nasi kerabu yang aku beli kat pasar malam...

HUHU... dah rutin dah nasi kerabu di hari selasa... bsp aku pun kena buat setiap 2 minggu sekali, hari selasa... kena la dengan hari pasar malam kat tempat aku tu... semalam makan rasa tak cukup sebungkus... maybe sebab tengahari tak makan nasi kot... dah macam kebulur... KIKIKI...

lepas ambil bsp keempat lepas dinner tu, sempat mesej mr.abe minta belikan burger untuk supper... wah gitu... tak sihat betul makannya... lepas makan terus nak tidur pula tu... lagi la kan... semalam tak rasa sangat baby gerak, kejap-kejap je... malam masa nak tidur pun tak rasa... siangnya tu perut aku rasa sakit kat bahagian pusat, tak tahu kenapa... mama cakap baby nak membesar, lega la sikit...





Pssttt: seronoknya rasa baby bergerak dalam perut... macam ni rupanya rasa bila mengandung kan?

Thursday, October 10, 2013

091013: Baby malu... :P

HIHIHI... hilang rasa penat, nak marah bagai masa menunggu giliran untuk berjumpa doktor semalam lepas dah masuk bilik doktor... kalau ikutkan agak lama la juga menunggu kan... appointment pukul 10 tapi lepas habiskan masa kat bahagian pendaftaran, lepas tu menunggu lagi giliran kat bahagian klinik o&g hospital sungai buloh tu, rasanya tengahari baru sampai giliran aku... mr.abe dah bising-bising... memang orang lan pun boleh dengar dia membebel... adoiii, sabar jela...

aku tanya mr.abe, nanti masa kena masuk jumpa doktor, dia nak follow sekali ke aku masuk sorang? dia cakap nak masuk sekali la... aku ok jela, rasa lega la juga dia tetap nak ambil tau perkembangan even mulut dia cakap tak nak ikut dah aku datang checkup sebab buang masa menunggu lama-lama... KIKIKI...

bila nombor aku dipanggil, jalan la masuk bilik doktor... dari muka pintu dah nampak muka doktor tersenyum... lepas tu nampak nurse dan nurse pelatih lelaki ada 2 orang kat dalam tu juga... lepas doktor membebel sikit pasal diet aku dari result bsp tu, dia minta aku baring untuk scan baby... tirai tutup... yang ada nurse perempuan seorang, doktor tu, dan mr.abe...

doktor cakap dia akan explain dekat mr.abe dulu sebelum tunjuk dekat aku... rasa lega bila dengar doktor sebut pasal heartbeat ok, saiz dah semua yang berkaitan tu... rasa tak sabar plak untuk aku tengok... doktor cakap tak dapat nak tengok jantina lagi sebab even dia dah cuba untuk buat baby buka kaki, baby teap tak nak buka kakinya... HEHE... aku tak kesah, yang penting my baby sihat... lagipun baru 4 bulan lebih, nanti tunggu dalam 5 bulan, mungkin time tu lagi jelas kan untuk tengok lelaki ke perempuan...

tapi aku tahu yang mr.abe mengharapkan anak lelaki... cuma aku selalu ingatkan dia supaya terima seadanya... yang penting baby selamat... risau sebab gdm ni high risk untuk pregnancy... so yang paling penting, baby selamat je...

next appointment untuk jumpa doktor di hospital lagi sebulan... 2 minggu lagi checkup dia kk... nampaknya rutin checkup akan bertukar sebulan di kk, sebulan lagi di hospital sebab doktor nak monitor setiap 2 minggu... then bsp pun kena buat setiap 2 minggu sebelum hari checkup...

bila balik rumah after keluar dating sambil shopping kat tesco dengan mr.abe, cerita la kat my mama pasal baby tu... mama cakap kalau baby kepit kaki tak nak buka, perempuan la tu... sebab perempuan kan pemalu orangnya... HIHIHI... tengok muka mr.abe, tak ada ekspresi... maybe frust la kot... keputusan yang betulnya belum tahu lagi, so ada harapan lagi la kan...





Pssttt: mr.abe tidur awal malamnya, maybe penat teman aku seharian dah... masa tidur tu aku terjaga ayam sekejap sebab rasa macam perut kena tindih... rupanya mr.abe yang letakkan telinga dia kat my perut... then dengar dia tergelak sambil cakap apa ntah, tak ingat... sayang rupanya mr.abe dengan baby... :)



Tuesday, October 8, 2013

Tak boleh makan nasi lemak dah lepas ni!

arini kena buat bsp lagi... tapi semalam dah gatal jari pergi buat sendiri, alhamdulillah cantik bacaan yang aku dapat... siap tulis apa yang aku makan ha... kononnya boleh la detect makanan apa yang aku boleh makan, tak boleh makan...

pagi tadi buat bsp kat klinik, bacaan sebelum breakfast bagus, 4.3... HEHE... then ada appointment dengan dietition... dia monitor result bsp aku, dia cakap bagus la ni dapat kawal pemakanan... suka sekejap... then dia cerita pasal makanan yang aku boleh ambil dan tak boleh... siap demo berapa banyak amaunnya... alahai sikit sangat... nanti aku follow la mana yang patut... KIKIKI...

lepas tu, pergi jumpa doktor untuk tukar appointment checkup sebab esok ada appointment dekat hospital... so doktor bagi next appointment lagi 2 minggu katanya... aku OK jela... yang penting nak tahu result checkup kat hospital nanti macamana...

sampai dekat office agak awal, sebelum pukul 10... kalau ikutkan masa lepas aku breakfast tadi, dah kena buat bsp semula... oh ye, kan dah beli glucometer, sok buat sendiri la... alamak! tinggi pula kali ni... 7.2... ni semua sebab makan nasi lemak... HUHU... dah terfikir2 nak tipu ke tak ye dalam buku merah tu... takpelah, tulis je... tengok pula result bsp after lunch nanti macam mana... minta-minta turun la semula... dalam pukul 3 petang nanti la aku check lagi...





Pssttt: lepas ni tak nak makan nasi lemak dah...

Saturday, October 5, 2013

Dah beli glucometer!

Akhirnya aku beli juga glucose meter... Sebab taknak ulang-alik ke klinik semata-mata nak buat ujian bsp... So, lepas ni dah boleh buat sendiri...
Harga lepas diskaun RM95. Tambah beli test strip, RM50 harganya... Ada 25 keping je dalamnya... Mahal kan? Xpela, demi my baby...
Beli cotton tu sekotak, RM6.50 je, ada 100 keping... Then, lancet tu beli extra 25 batang lagi, sebatang 30 sen... So, total? Kira la sendiri... HUHU...
Sampai je rumah tadi, terus test. Membazir 2 test strip sebab duk mengetes meter tu jadi ke tak...
Result? 3.9! Alamak... Kurang dari 4.0, so cepat-cepat makan... Kesian my baby...

Pssttt: doakan result bsp minggu depan cantik... Taknak ambil insulin...

Thursday, September 26, 2013

Result BSP 1 & 2

oleh sebab aku ada diabetes background yakni dari family history (abah), so masa awal antenatal checkup aku dah kena minum air gula... masa tu pregnant 14 week. result darah aku kandungan gula ternyata tinggi, 9.0 kalau tak silap... so aku kena buat bsp...

bsp yang pertama, result memang tak cantik... maybe sebab aku tak faham sangat kot... nurse cakap makan stop pukul ni datang check darah lepas 2 jam... tp boleh plak aku makan gula-gula sebelum check darah tu... HAHA... so antara 4 kali test bsp yang pertama tu, yang paling tinggi 8.0 (tengahari), follow dengan sebelum tidur punya, 7.1... yang pagi dan petang rendah bacaannya, yang time ni memang follow betul-betul punya... bila checkup keesokannya, doktor minta aku buat bsp kali kedua seminggu lepasnya...

bsp kali kedua, pagi cantik sebab malamnya puasa, tengahari cantik juga, petang cantik juga... sebelum tidur yang tak cantik... 7.0... eh, silap...9.0 kot... tapi kat buku merah aku tulis 7.0... HUHU... actually ak dah stop makan pukul 6.30 petang... suppose 2 jam lepas tu buat test darah la kan... tapi kebetulan aku dan mr.abe keluar malamnya... then tetiba dia nak makan mcd... wah sedap! taknak makan rasa rugi la kan, takkan nak tengok je mr.abe dan yaya makan... so aku jamah la sikit... sikit je aku rasa... then bila balik rumah, aku pinjam alat test darah ayah aku la untuk check, tapi aku rest rasanya sejam gitu... bip2 bunyi alat tu, mak aihhh!!! 15.5! cuak sekejap... my mama cakap tunggu lagi sejam, test semula... so sejam kemudian, aku test lagi... 9.0! menurun la sikit tapi still dah lebih dari bacaan yang doktor nak... yang eloknya 4-6.7 je... sebab takut sangat doktor bising, aku tulis la 7.0... HEHEHE...

checkup keesokannya, doktor compare result kedua-dua bsp aku... dia cakap patutnya aku dah kena ambil insulin sebab bacaan tak cantik sangat dan dah kena detect dengan gdm ni time awal pregnancy... cuak dah aku... menahan je dengar nada suara doktor tu macam tinggi sikit... apa la doktor ni... dia siap cakap kalau amik insulin kena bersalin awal, time 36 weeks... HUHU... then dia suruh baring sekejap untuk check heartbeat baby... dia tunjuk heartbeat, nampak la sekejap baby gerak-gerak... rasa seronok je... aku dalam week 16, so doktor tanya dah rasa baby gerak? aku cakap belum la kot... dia cakap takpe, nanti tengok dalam week 18 pula... aku angguk je... pastu doktor buat surat refer hospital untuk buat appointment detail scan pula... lagi cuak dibuatnya...

lepas habis checkup, terus pergi ke hospital sungai buloh bahagian o&g tu... ramai betul orang... ntah apa-apa masalah la yang dorang kena, ingatkan aku la yang bermasalah sangat... tunggu lama la juga kan, mata asyik tengok jam sebab nak kena masuk office lagi lepas tu... pukul 11 pagi camtu baru sampai turn aku ha... appointment lagi 2 minggu, sehari sebelum datang kena buat sekali lagi bsp... aku dah bagitau yang tarikh appointment tu sama dengan tarikh checkup kat kk, tapi nurse tu cakap, datang kat hospital... baiklah... nanti la aku inform kk time buat bsp nanti... tapi dah plan nak beli alat check darah tu sendiri sebab malas nak pergi kk... ke nak tunggu result hospital, baru inform kk? rasanya yang tu lagi baik kot...

sampai kat office pukul 11.33 pagi... nasib baiklah dekat je dengan office kan...





Pssttt: doakan my baby baik-baik saja... kesian kat dia...

Friday, September 20, 2013

Luahanku di hari Jumaat...

setiap kali lepas solat, cuma teringat nak doa untuk baby je... sedih sebab tak tahu baby sihat ke tak... tambah pula dengan keadaan tak sihat macam ni... macam-macam dalam kepala... nak makan ubat pun serba-salah rasanya... tapi tak makan ubat, lambat pula nak baik... demam panas aritu memang tawakal sangat-sangat makan ubat sebab badan terlampau panas... macam mana la baby nak membesar dengan baik kalau diri kita ni sakit kan? bila tanya doktor, dia cakap ok je makan ubat tapi bila tanya orang lain ramai pula cakap jangan makan ubat... kita yang tak ada pengalaman ni rasa tersepit sangat... cuma boleh berserah je dengan Allah... tak apa sakit tu untuk diri aku ni tapi minta-minta baby tak rasa sakit kat dalam... hurmmm...

sekarang ni tambah pula dengan kena gdm ataupun bahasa senangnya kencing manis time pregnant... family history, so nampaknya aku pun dah terkena... doktor suruh diet untuk kawal kandungan gula dalam darah aku sendiri... nak diet macam mana pun aku tak tahu lah... dengan tengah ada selera macam ni, bila fikir pasal tu terpaksa kurangkan mana yang patut... kadang-kadang rasa takut nak makan... tutup mata je nampak kuih-kuih kegemaran... doktor cakap kalau aku masih tak dapat kawal kandungan gula aku sendiri, nanti terpaksa ambil suntikan insulin setiap hari... sangat aku nak elakkan...

dari carian aku kat google, gdm ni bahaya... untuk ibu dan juga baby... banyak sangat kesannya... kadang-kadang terfikir, banyaknya dugaan yang Allah bagi untuk aku... kenapa orang lain nampak senang je mengandung... tak ada apa-apa masalah... dari rasa mual yang buat aku tak larat bangun sampai terpaksa ambil cuti tanpa gaji... demam, batuk, selesema (tengah musim ramai orang sakit)... ni kena kencing manis time mengandung pula... macam mana nak harungi ni? semoga aku lebih kuat dengan dugaan-dugaan ni...





Pssttt: anak ummi sihat tak kat dalam tu?

Monday, June 24, 2013

Berjerebu luar sana tu kan?

mesti ramai yang alami masalah pedih mata, sakit tekak, batuk-batuk, susah nak bernafas... banyak algi la yang seangkatan dengan simpton-simpton ni... semuanya sebab jerebu... dah macam musim pun jerebu ni, setahun sekali mesti ada... haishhh...

kelmarin bila bangun pagi, aku tengok kat luar macam berkabus pun ada... langit macam blur-blur... rupanya jerebu dah sampai ke kawasan aku dah... tapi tetap kena keluar sebab nak pergi riki kedai untuk beli baju raya... pastu basuh kereta dan vakum... last sekali beli lauk kat kedai aceh... sakit-sakit tekak aku ni even dah tahan tak bernafas sangat kan... gler cool sbb tahan-tahan nafas... penutup mulut malas beli, tu la jadinya... mata pun pedih je... bila dah balik rumah, terus tak nak keluar-keluar dah... tapi still dalam rumah tu boleh bau macam bau asap camtu ha... make sure minum air masak dalam kuantiti yang banyak ye korang... aku pun tengah cuba ni... tapi dari pagi tadi, sebotol pun belum habis... HEEEEE...

kelmarin gak my adik ipar sakit perut... dia rasa macam nak bersalin tapi bila pergi hospital, doktor cakap bukaan tak ada lagi... so dia cucuk painkiller je... kalau ikutkan due dia bulan depan, lebih kurang sebulan lagi la tarikhnya... tiba-tiba teringat kat pregnancy aku dulu... suppose due pun bulan 7 juga... HUHU... belum ada rezeki, Allah nak bagi peluang berhoneymoon lagi dengan mr.abe... KIKIKI...

sabtu? tak ada pergi mana rasanya... aku duduk kat rumah je layan program-program ka tv tu... dah puas tengok tv, aku tengok movie... batman collection... HEHE...

jumaat lepas balik kerja, pergi jemput mr.abe kat rumah, then ke kuang... makan steamboat bbq... makan la banyak-banyak, ada orang belanja kan... then seronok sebab tak payah masak... usya tayangan movie kat mbo, ada masa yang sesuai untuk kitorg tengok... so mr.abe ajak pergi tengok wayang la kan... kami tengok world war z... best3... seronok berdating dengan husband sendiri... :P





Pssttt: tak sabar nak tunggu ahad... nak pergi short honeymoon...