jumaat malam minggu lepas, tengah syok-syok tidur tu my abah datang kejut bagitahu mek macam sakit teruk kat kampung... dari apa yang diberitahu oleh mak cik kat kampung la kan... so kami decided untuk balik ke kampung malam tu juga... mr.abe tak follow balik memandangkan dah cukup-cukup orang untuk isi dalam 2 buah kereta... kereta aku dan kereta mama... semua family aku balik, then 2 orang sepupu aku ikut sekali... mr.abe dah cakap dia boleh balik nanti if keadaan mek makin teruk katanya...
so lepas berkemas, dalam 2.30 pagi sabtu, kami bergerak balik... tak ikut jalan yang selalu kami guna, kitorang guna highway ikut gerik... sampai kat kampung dalam pukul 9 pagi... lebih kurang jugalah masa perjalanan dengan laluan biasa gua musang tu...
sampai je kat kampung, semua meluru jumpa mek... salam... peluk... sedih tengok mek camtu... tak bermaya... nak angkat badan tak boleh, baring je... suppose aritu ada appointment klinik pakar untuk rawatan mek yang dikatakan kena strok... tapi mama dan mak cik-mak cik yang ada bawa pergi berurut... alhamdulillah sebab anak-anak mek masih ingat mek saat-saat tua camtu... diusungnya mek ke kereta sebab mek dah tak boleh berjalan... kitorang yang kat rumah ni hanya mampu menunggu dan berdoa moga-moga mek makin baik keadaannya... kesian tengok mek tak dapat makan sebab asyik muntah...
dah agak petang baru mek balik... tengok keadaan mek agak bersemangat sikit... dia minta makan, macam berebut pula nak bawakan makanan untuk mek... sediakan bekas muntah juga kalau-kalau mek muntah macam selalu... tapi alhamdulillah tak muntah... tak banyak pun mek makan, setakat 3 mulut camtu je... then minum air... mek kata rasa sihat sikit dari sebelumnya, dah mampu bangunkan badan sendiri perlahan-lahan... kalau sebelum ni nak bangun, kena ada orang ampukan belakang mek... sepanjang 2 hari kat kampung, sempat suapkan bubur nasi untuk mek... sedih sangat tengok keadaan macam tu... macam manalah keadaan aku bila dah tua nanti...
tak dapat stay lama sebab balik tergesa-gesa camtu tak ada apply cuti pun... dah janji dengan mek akan balik lagi beberapa hari cuti sekolah nanti untuk jenguk mek... mama pula minggu depan akan balik ke kampung untuk jaga mek sepanjang cuti sekolah 2 minggu tu...
jadinya kena cari pengasuh sementara lah untuk dhia... dah ada orang sudi jaga untuk beberapa hari tapi ada 2 hari yang tak dapat jaga sebab dia akan balik ke kampung juga... terpaksalah aku minta cuti untuk jaga dhia sendiri... maknanya kena cancel la plan balik kampung minggu depan dengan mr.abe sebab kena save cuti untuk emergency case macam ni kan... HUHU...
Pssttt: belum discuss dengan mr.abe, hope dia faham...
No comments:
Post a Comment