lepas beberapa hari balik dari kampung, dapat call dari kk sg buloh bertanyakan butir-butiran kelahiran my baby... nurse tanya juga berpantang di mana, daftar kelahiran kat kk mana, ada nurse datang melawat ke tak masa dalam pantang, macam-macam lagi la... aku jawab la soalan-soalan nurse tu... then nurse bagitau boleh datang checkup kat sana untuk 1 bulan punya, lepas tu kena continue kat kk daerah yang sepatutnya seperti dalam alamat rumah aku...
tarikh: 09/04/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk sg buloh
pada tarikh tu pergilah aku ditemani mama untuk checkup dan cucuk 1 bulan dhia mengikut jadual imunisasi yang kkm keluarkan... so untuk 1 bulan punya suntikan hepatitis b dos 2... dos 1 dah diberi selepas lahir bersama-sama dengan bcg... meraung jugalah kejap si dhia tu kena cucuk kat paha, tapi tak lama pun... budak baik la katakan... asalkan pujuk dengan susu badan, settle kerja!
berjumpa dengan doc juga untuk review perkembangan dhia... alhamdulillah semua ok... cuma doc cakap lambatnya bcg dhia nak jadi, tak bernanah pun lagi... tapi doc cakap tak perlu risau, maybe lambat sikit kesannya dengan dhia... HUHU...
untuk next checkup, aku pergi buat appointment untuk follow up checkup dhia kat kk paya jaras je memandangkan lokasi lagi dekat berbanding kk kelana jaya tu...
tarikh: 14/05/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk paya jaras
Pssttt: masuk je kerja semula selepas 2 bulan bercuti, terus apply cuti untuk checkup dhia yang seterusnya...
No comments:
Post a Comment