Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Chinese Gender Predictor kata...

HEHEHE... saja-saja mencuba predict baby gender guna chinese gender predictor...scan dengan doc aritu katanya girl, tapi sekali jela... tak ada try tanya doc lain dah pastu... yang ini aku dapat girl ngan boy... HAHA! tengoklah keluar nanti yang mana betul...

rupanya kalau ikut chinese month, umur aku dah 27 ye? itu kalau aku pilih predict gender baby guna due date la... tapi kalau aku pilih ikut conception date, umur aku 26 pula... yang penting makin tua dari umur sekarang... KIKIKI... tapi tak faham apsal result tak sama antara guna calculation based on conception date dengan due date tu... due date memang akan dapat 1 tarikh jela based on calculation dari tarikh first period last kan... so result baby is boy... tapi conception date maybe tak sure bila ovulasi yang betulnya berlaku, aku cuba sebarang tarikh dari awal sampai akhir bulan Jun ( first day last period 1/6/2013), tetap dapat result baby is girl...KIKIKI...

masa berkumpul dengan family mr.abe time menguruskan jenazah dan tahlil datuk saudara kat klang aritu pun macam-macam tekaan yang kitorang dapat... ada yang cakap akan dapat baby boy... baby girl... sebab tengok perut camtu camni, muka camtu camni... macam-macam orang tua ni kan... petua pelbagai...

mr.abe pula excited je muka bila ada yang sebut kitorang akan dapat baby boy... alahai kesiannya hubby aku ni... mengharap sangat dia nak baby boy untuk anak first... tapi aku sentiasa ingatkan jangan berharap sangat, nanti kecewa... kena terima apa je rezeki yang Allah dah tentukan untuk kami... :)



Predict Your Baby's Sex




Kalau kira mengikut conception date (aku ambil 2 weeks after first day of menstrual)...


The Chinese chart says you're having a girl!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 26 and the Chinese lunar month in which you conceived was May. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound



Kalau kira mengikut due date...


The Chinese chart says you're having a boy!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 27 and the Chinese lunar month in which you conceived was October. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound





Pssttt: boy ke girl, tetap anak ummi ngan ayah...

Thursday, January 9, 2014

060114: Cabutan hadiah Christmas 2013

oleh kerana hujung tahun 2013 ramai sangat colleagues aku yang menghabiskan cuti dorang, so program menukar-nukar hadiah Christmas ditunda ke awal tahun 2014... so kat bawah ni antara gambar yang berjaya diambil...

kitorang ada berapa belas orang je semuanya, so ini jela hadiah yang terkumpul...

dalam kepala terfikir nak hadiah paling besar tu tapi tak jadi nak pegang pun...

alahai... ambil jela mana-mana hadiah pun...











ambil gambar dulu before buka hadiah

masing-masing tunjuk hadiah apa yang dapat


my boss yang bernasib baik dapat lucky draw...

acson punya tupperware





Pssttt: rasa macam pucat je muka aku dalam gambar...


Thursday, December 26, 2013

251213: Dating dengan Mr. Abe ditemani adik ipar :P

dah lama tak keluar dating dengan mr.abe... setakat keluar beli barnag dapur kat tesco setiap bulan tu rasanya tak consider sebagai dating la kan... HEHEHE... oleh sebab semalam cuti, dah bagitau awal-awal nak pergi tengok wayang... dah lama rasanya tak keluar tengok wayang... mr.abe ok je...

tiba-tiba pagi semalam, my mama in-law call mr.abe minta kami bawa adik bongsu dia jalan-jalan sebab ahad ni dia nak balik ke kelantan semula dah... dia datang sempena cuti sekolah dari last week untuk jumpa mama tapi mama pun busy sebab kerja kan, tak dapat nak teman dia sangat...

mula-mula mr.abe cakap gi tengok wayang dulu, pastu baru jemput adik dia datang rumah... tapi tengah otw nak pergi tengok wayang, tiba-tiba mr.abe cakap pergi ambil adik dia dulu la, pastu pergi tengok wayang sama-sama... at least ada juga aktiviti untuk dia dari terus bawa balik rumah je... aku setuju je, tak kisah mana-mana pun asalkan niat nak tengok wayang tercapai... macam mengidam la plak nak tengok wayang... HAHA!

dah pergi ambil adik dia kat cheras, alang-alang kami ke viva mall je... dahla mencari parking dah dekat sejam, bila naik nak beli tiket, ramai pula orang tengah beratur... aku faham sangat dah dengan mr.abe punya perangai, dia kurang sabar bab tunggu menunggu ni... so dia cakap cancel tengok wayang... jom gi lepak rumah c.su dia kat ampang... sedikit kecewa tapi still ada harapan la sebab masih awal kan... boleh pujuk lagi mr.abe nanti...

bila sampai depan rumah c.su, eh berkunci pula... tanya dengan jiran sebelah, katanya balik ke melaka... so melepak la dalam sejam kat rumah jiran tu... memang kami kenal la juga... dah puas sembang-sembang, mr.abe ajak balik rumah... dalam kereta, aku bagi cadangan untuk pergi tengok dekat tesco manjalara pula... lagipun nak beli beberapa barang keperluan... nasib baik mr.abe setuju... mula-mula dia macam taknak sebab katanya mesti ramai juga sebab cui christmas kan... aku cakap rasanya tak kot... kalau ramai pun orang datang shopping dalam tesco, tengok wayang tak ada la sangat...

HEHEHE... tekaan aku betul... so dapat tengok wayang sebelum bersalin... HAHA! padahal kat rumah pun dah macam hari-hari tengok wayang kot... my baby suka je... wah, macam tahu-tahu pula... kitorang tengok the hobbit sebab rasanya semalam last tayangan kot... separuh jugalah dari hall tu penuh, ingatkan dah tak ada orang nak tengok sebab semalam cerita baru jackie chan keluar kan... fully booked tu aku tengok tiket-tiketnya... takpelah, aku tunggu download jela cerita tu nanti...

even tengok wayang bertiga, eh berempat... dating tetap dating dengan mr.abe dalam wayang... bukan selalu dapat tengok mr.abe romantik... :P





Pssttt: balik rumah terus gi rumah mama, tanya ada lagi tak kari ayam yang mama buat tengahari tadi... teringin sebab tak sempat nak makan... nasib baik ada lagi... :)

Tuesday, December 24, 2013

Update: BSP Result 2013


kalau ikutkan calendar untuk buat test bsp, semalam yang last la untuk tahun ni... next test on 7/1/2014 pula... macam jauh je bunyinya tu kan... 2013... 2014... padahal next 2 weeks je pun... KIKIKI...

so kat atas ni result yang aku dah compile gitu ha... dari minggu pertama aku kena buat bsp, which is masa tu aku still tak faham sebenarnya camne nak buat test ni dengan betul... sebab tu la nampak kan result yang color merah tu ada 2... nurse cakap lepas makan, tunggu 2 jam then test lagi... memang aku tunggu 2 jam, tapi sebelum test boleh agi aku curi-curi makan... tak boleh blah betul... tak pasal-pasal kena marah dengan nurse sebabkan tu je...

untuk membiasakan diri dengan menu diet (diet ke?), ambil masa 3 kali test juga la bacaan yang aku dapat ada yang tak cantik... sepanjang time tu, setiap kali checkup asyik kena bagi peringatan je kena ambil suntikan insulin kalau bacaan still tak bagus... seriau bab nak cucuk perut sendiri ni, terus berusaha control makan apa yang patut... sedaya-upaya ha... bila dah start dapat bacaan yang cantik yakni tak lebih dari had level maksimum yang nurse bagi tu, dah happy gler...

tapi biasalah manusia ni... cepat lupa... tak tahan godaan pun ada... kadang-kadang terlanggar juga diet-diet yang aku dah cuba tu... jangan makan manis sangat, tapi kadang-kadang makan juga... HUHU...





Pssttt: perut ni makin hari rasa makin berat... petang ni ada checkup, hope sangat berat tak naik mendadak macam last checkup 2 minggu lepas... cannot accept dah berat sekarang ni pun... tak pernah-pernah berat aku camni sekali... HAHA!

Tuesday, December 3, 2013

021213: 1st time excident langgar bontot kereta orang :|

wah, dah masuk bulan terakhir tahun 2013 ni, ada juga berita tak menggembirakan... tahun lepas pun sama juga... hurmmm... cuma tahun ni aku rasa lebih bernasib baik even my wugiey dah kena masuk workshop dek menyondol bontot kete orang lain kan... yang penting my baby selamat...

bila dah berlanggar semalam, macam tak ingat camne boleh jadi camtu tapi pegang perut... tak sakit... ada berlaga perut or tak memang tak ingat langsung... so assume ok je sebab nak kena settle kan dengan owner kereta depan tu... nasib baik bila call mr.abe, dia ada berdekatan je, so minta owner kereta tu tunggu sekejap sementara mr.abe sampai... dia ok je... maybe sebab tengok aku yang tengah pregnant ni kot... 

aku minta nak tunggu dalam kereta sebab hujan renyai-renyai... dalam kereta cuba call my mama tapi tak berangkat, tengok bateri phone pun dah kuning, so tak berani nak call lagi... nanti payah pula bila mr.abe ada call lagi... terus usap-usap perut... tak rasa baby bergerak... cuak dah... rasa nak nangis... cuba ingat ada terlanggar perut ke tak, tapi tak boleh ingat juga... bila nampak mr.abe dah sampai, baru rasa lega sikit... aku stay je dalam kereta sementara dia pergi bercakap dengan owner kereta depan... then mr.abe datang suruh follow pergi workshop member dia... nasib la kereta boleh bergerak macam biasa lagi...

dah sampai kat workshop, keluar la dengar apa yang nak kena dibaiki untuk both car... kereta memnag dah kena tinggal akt workshop terus... HUHU... aku usap lagi perut, then baby gerak... lega yang amat time tu... owner workshop tu pun ada tanya baby ok tak, aku cakap la ok... yakin la juga jawab sebab terasa baby tengah gerak-gerak... maybe baby pun sama juga terkejut macam aku... kesian baby...

dalam kereta masa mr.abe hantar balik rumah, dia tanya baby ok tak... aku cakap ok... malam pun dia tanya lagi bila aku suruh dia sapukan minyak kat pinggang sebab rasa lenguh... dia letak telinga kat perut masa aku baring, bila rasa pergerakan baby, baru nampak dia senyum... dia cakap baby gerak... aku iyakan... minta-minta tak ada apa-apa...





Pssttt: dari apa yang aku dengar, seribu lebih juga la kot nak kena sedia untuk semua tu... kering... dahla baru awal bulan... hurmmm... :(

Thursday, September 26, 2013

Result BSP 1 & 2

oleh sebab aku ada diabetes background yakni dari family history (abah), so masa awal antenatal checkup aku dah kena minum air gula... masa tu pregnant 14 week. result darah aku kandungan gula ternyata tinggi, 9.0 kalau tak silap... so aku kena buat bsp...

bsp yang pertama, result memang tak cantik... maybe sebab aku tak faham sangat kot... nurse cakap makan stop pukul ni datang check darah lepas 2 jam... tp boleh plak aku makan gula-gula sebelum check darah tu... HAHA... so antara 4 kali test bsp yang pertama tu, yang paling tinggi 8.0 (tengahari), follow dengan sebelum tidur punya, 7.1... yang pagi dan petang rendah bacaannya, yang time ni memang follow betul-betul punya... bila checkup keesokannya, doktor minta aku buat bsp kali kedua seminggu lepasnya...

bsp kali kedua, pagi cantik sebab malamnya puasa, tengahari cantik juga, petang cantik juga... sebelum tidur yang tak cantik... 7.0... eh, silap...9.0 kot... tapi kat buku merah aku tulis 7.0... HUHU... actually ak dah stop makan pukul 6.30 petang... suppose 2 jam lepas tu buat test darah la kan... tapi kebetulan aku dan mr.abe keluar malamnya... then tetiba dia nak makan mcd... wah sedap! taknak makan rasa rugi la kan, takkan nak tengok je mr.abe dan yaya makan... so aku jamah la sikit... sikit je aku rasa... then bila balik rumah, aku pinjam alat test darah ayah aku la untuk check, tapi aku rest rasanya sejam gitu... bip2 bunyi alat tu, mak aihhh!!! 15.5! cuak sekejap... my mama cakap tunggu lagi sejam, test semula... so sejam kemudian, aku test lagi... 9.0! menurun la sikit tapi still dah lebih dari bacaan yang doktor nak... yang eloknya 4-6.7 je... sebab takut sangat doktor bising, aku tulis la 7.0... HEHEHE...

checkup keesokannya, doktor compare result kedua-dua bsp aku... dia cakap patutnya aku dah kena ambil insulin sebab bacaan tak cantik sangat dan dah kena detect dengan gdm ni time awal pregnancy... cuak dah aku... menahan je dengar nada suara doktor tu macam tinggi sikit... apa la doktor ni... dia siap cakap kalau amik insulin kena bersalin awal, time 36 weeks... HUHU... then dia suruh baring sekejap untuk check heartbeat baby... dia tunjuk heartbeat, nampak la sekejap baby gerak-gerak... rasa seronok je... aku dalam week 16, so doktor tanya dah rasa baby gerak? aku cakap belum la kot... dia cakap takpe, nanti tengok dalam week 18 pula... aku angguk je... pastu doktor buat surat refer hospital untuk buat appointment detail scan pula... lagi cuak dibuatnya...

lepas habis checkup, terus pergi ke hospital sungai buloh bahagian o&g tu... ramai betul orang... ntah apa-apa masalah la yang dorang kena, ingatkan aku la yang bermasalah sangat... tunggu lama la juga kan, mata asyik tengok jam sebab nak kena masuk office lagi lepas tu... pukul 11 pagi camtu baru sampai turn aku ha... appointment lagi 2 minggu, sehari sebelum datang kena buat sekali lagi bsp... aku dah bagitau yang tarikh appointment tu sama dengan tarikh checkup kat kk, tapi nurse tu cakap, datang kat hospital... baiklah... nanti la aku inform kk time buat bsp nanti... tapi dah plan nak beli alat check darah tu sendiri sebab malas nak pergi kk... ke nak tunggu result hospital, baru inform kk? rasanya yang tu lagi baik kot...

sampai kat office pukul 11.33 pagi... nasib baiklah dekat je dengan office kan...





Pssttt: doakan my baby baik-baik saja... kesian kat dia...

Friday, September 20, 2013

Luahanku di hari Jumaat...

setiap kali lepas solat, cuma teringat nak doa untuk baby je... sedih sebab tak tahu baby sihat ke tak... tambah pula dengan keadaan tak sihat macam ni... macam-macam dalam kepala... nak makan ubat pun serba-salah rasanya... tapi tak makan ubat, lambat pula nak baik... demam panas aritu memang tawakal sangat-sangat makan ubat sebab badan terlampau panas... macam mana la baby nak membesar dengan baik kalau diri kita ni sakit kan? bila tanya doktor, dia cakap ok je makan ubat tapi bila tanya orang lain ramai pula cakap jangan makan ubat... kita yang tak ada pengalaman ni rasa tersepit sangat... cuma boleh berserah je dengan Allah... tak apa sakit tu untuk diri aku ni tapi minta-minta baby tak rasa sakit kat dalam... hurmmm...

sekarang ni tambah pula dengan kena gdm ataupun bahasa senangnya kencing manis time pregnant... family history, so nampaknya aku pun dah terkena... doktor suruh diet untuk kawal kandungan gula dalam darah aku sendiri... nak diet macam mana pun aku tak tahu lah... dengan tengah ada selera macam ni, bila fikir pasal tu terpaksa kurangkan mana yang patut... kadang-kadang rasa takut nak makan... tutup mata je nampak kuih-kuih kegemaran... doktor cakap kalau aku masih tak dapat kawal kandungan gula aku sendiri, nanti terpaksa ambil suntikan insulin setiap hari... sangat aku nak elakkan...

dari carian aku kat google, gdm ni bahaya... untuk ibu dan juga baby... banyak sangat kesannya... kadang-kadang terfikir, banyaknya dugaan yang Allah bagi untuk aku... kenapa orang lain nampak senang je mengandung... tak ada apa-apa masalah... dari rasa mual yang buat aku tak larat bangun sampai terpaksa ambil cuti tanpa gaji... demam, batuk, selesema (tengah musim ramai orang sakit)... ni kena kencing manis time mengandung pula... macam mana nak harungi ni? semoga aku lebih kuat dengan dugaan-dugaan ni...





Pssttt: anak ummi sihat tak kat dalam tu?

Monday, July 8, 2013

060713: Rilex...jangan fikir sangat, buat macam biasa je...

masuk je bilik dr.anita, terus dia senyum dan tanya aku... aku cerita mengenai test kit yang aku dah buat 2 kali tu, then dia senyum aje... dia memang dah tau pasal miscarriage yang first tu, so dia dah tahu la serba sedikit. dia cakap, kalau dah 2 kali test sama je resultnya, betul la tu... kenapa nak buat upt test lagi... then bila aku cerita pasal kebimbangan aku, dia cakap dia faham... aku diberi pilihan nak buat upt test or dia scan je terus... oleh sebab mengikut perkiraan aku baru 5 minggu, aku cakap nak upt test je dulu... nak dapatkan confirmation pregnant from doctor... so bila buat upt test kat klinik pun, juga sama... positif 2 clear line! alhamdulillah betul la kan...

for the 3rd time I do the same test... 



dr.anita cakap relax2 je... jangan fikir sangat pasal kandungan yang sebelum ni... mungkin kali ni baru la rezeki untuk aku kan... dia juga bagitau, biasanya sepanjang pregnant, hanya 2 kali je buat scan... tapi kalau aku still nak buat scan banyak kali untuk puaskan hati, boleh datang bila-bila masa katanya...





Pssttt: terima kasih Allah... mr.abe sangat gembira... dia dah bagitau mama dan adik ipar aku tu... semalam mila call ucap tahniah... mekaseh... tengah tunggu anak saudara kuar je ni...

Tuesday, July 2, 2013

010713: 2 line kan?

ikut pengiraan, time ni 4 minggu 3 hari





Pssttt: masa buat pregnancy test ni, aku kat gold coast morib untuk short vacation + advanced 1 year wedding anniversary aku dengan mr.abe... :)

Monday, June 10, 2013

080613: Jauhnya Mersing...

alhamdulillah... perjalanan yag aku rasakan amat jauh masa gi Mersing sabtu aritu... sebab? satunya sebab tak pernah sampai sana, so rasa macam jauh la sangat kan... then banyak sangat persinggahan... lepas ima dan ajie ambil kami kat rumah, ke KL dulu untuk pickup kiki dan komeng... pastu ke lcct pula untuk hantar komeng sebab dia dah nak balik sabah, isnin dah start mengajar kan, tak sempat la nak join kami untuk pergi kenduri kat mersing... lepas tu kami singgah ke bangi pula untuk pickup cik tat... lepas tu barulah sambung perjalanan yang sebenar ke mersing...

fuh! mana tak rasa jauh kan? KIKIKI...

dari pukul 8 pagi la camtu kan aku kuar, pukul 1 pagi camtu baru sampai ke rumah semula... nasiblah esoknya still cuti... dah selesai urusan makan kenduri si dayah, menyinggah lagi ke rumah eypul kejap untuk kenal-kenal rumah, lepas tu melepak di pantai mersing pula... 6.30 camtu baru gerak balik kl, tapi semapt menyinggah kat muadzam syah untuk makan... lepas hantar kiki dan tat kat bangi barulah sambung perjalanan balik ke sungai buloh... kesian kat ajie sebab dia yang drive pergi dan juga balik... HAHA!

si yaya yang aku bawa sekali, nasib baik tak meragam cuma dia mengamuk kejap-kejap sebab abg ipar kesayangan dia mengacau... HIHI... hanginlah juga aku sekejap dengan my hubby tu, suka sangat mengacau si yaya tu bagi menangis la, bagi bengang la... sabo jela...

tido tido tido jela kerja mr.abe...


ima dan ajie jadi driver kami untuk 1 hari...

kiki dan tat



so kat bawah ni gambar kami dengan pengantin...












oleh sebab kami sampai dah dekat pukul 2 petag, so kami tahan dulu pengantin untuk sesi bergambar sebelum lepaskan dorang untuk pergi outdoor photoshoot... jahat kan kami? kami datang dari jauh ooo... KIKIKI...

bawah ni my gambar dengan mr.abe di pantai sri mersing...

ops! terselit my lil sis, yaya... suka dia dapat main kat playground kat pantai tu... :)

muka orang penat sebab duduk je dalam kereta tak buat pape... hihihi...



yang ni pic mr.abe dan yaya time singgah makan...






Pssttt: yaya budak paling gembira sebab dia dapat jalan-jalan... tak sebut pasal mama langsung... ape la yaya ni...

Thursday, June 6, 2013

010613: Selamat Pengantin Baru Emy & Dayah

dah selamat lagi 2 orang kawan aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka... oleh sebab dua-dua buat tarikh yang sama, jadinya dapat pergi 1 je majlis kerana masalah jarak yang jauh... so plannya pergi majlis yang di maran, pahang iaitu majlis emy@maran... minggu ni ingatnya nak ke majlis dayah pula yang sebelah lelaki di mersing, johor... masih dalam perbincangan memandangkan my abah kena masuk wad dah esok sebab tarikh operation bypass jantung adalah selasa nanti... dapat pergi or tak dapat pergi, hope kawanku faham la ye...



ini gambar kami masa di majlis maran...







Pssttt: kami suka ais-krim... arini nak beli ais-krim kacang lagi la...

Monday, May 27, 2013

250513: Dua je yang sempat...

majlis im&hanis + majlis kawan mr.abe

tahniah kepada kawan-kawan aku yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 25/05/2013 yang lalu... tapi hanya sempat pergi yang dekat-dekat je... yang kat perak, johor, kedah tu, minta maaf sangat-sangat... dah hujung bulan lagipun, jadi payah sikit la nak berjalan jauh-jauh kan... harap korang semua memahami la... tapi doa untuk kawan-kawan aku yang sudah masuk ke alam perkahwinan ni sentiasa ada... moga semuanya cepat dapat anak tau... dimurahkan rezeki hendaknya...





Pssttt: next week pun terpaksa pergi satu majlis je... yang lain tak sempat... minta maaf awal-awal...

Friday, May 17, 2013

23? Hok Aloh!

HAHAHA... semalam 16/05/2013 merupakan hari guru kan? juga adalah birthday my 'big' brother, halim aka alim aka bear aka ahkid oppa... :P

happy birhday alim...





untuk makan-makan, kami buat steamboat dan bbq kat rumah aku... cayalah!
















Pssttt: kekenyangan... :)