Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Monday, April 25, 2016

170416-180416: Celebrate Birthday Ayah Dhia kat Colmar Tropicale

17/04/2016...

Aku dah booking penginapan di Colmar Tropicale masa bulan Januari lagi... so dapatlah harga RM236 termasuk caj perkhidmatan dan GST semua tu... booking di Booking.com melalui TripAdvisor untuk bilik biasa termasuk breakfast.

Kami bergerak dari rumah dah nak dekat pukul 12 tengahari, konon nak gerak pagi-pagi sebab nak berjalan di sekitar Bukit Tinggi sebelum check in... konon ajelah macam selalu bila plan nak berjalan dengan mr.abe ni... tunggu dia bangun dah pukul berapa... haishhh... sampai sana pukul 12.30 macam tu sebab dekat je kan dengan KL... 

Kalau mengikut rules hotel, waktu check-in adalah pukul 3 petang dan check-out pukul 12 tengahari... tapi cuba nasib bertanya dengan receptionist kalau boleh check-in awal... katanya dia boleh buat registration check-in aku dulu, bila room dah ready, dia akan call... so lepas buat payment, kitorang jalan-jalan sekeliling dulu... dapatlah mr.abe bermain kat funfair sekejap dan layan Dhia naik kereta bunyi-bunyi kat arcade games tu... dalam pukul 1 camtu, dapat call dari reception bagitau dah boleh check-in sebab bilik kitorang dah ready...

Bergambar dulu sekeping dua dalam bilik lepas check-in... kami pilih bilik paling tinggi, tingkat 5!

Tiket bayaran masuk ke Bukit Tinggi RM26 orang tapi boleh claim semula sebab stay di sana... mini kek besday untuk Mr.Abe which is Red Velvet... nasib baik Mr.Abe suka... kami makan sambil tengok tv malamnya...

Ingatkan Dhia nak pilih kereta yang besar-besar, nak naik yang kecik comel ni je...

Bergambar kat laluan utama ke gate Colmar Tropicale

Di dalam Colmar Tropicale... ada rasa macam kat oversea tak?

Dhia dan Ummi keluar berjalan berdua sahaja sebab Ayah Dhia sakit kepala dan berehat kat bilik...

Dhia makan ais-krim rama-rama berharga RM3.20

Dhia dan swan putih

pusing-pusing fountain dan berlarian ala Bollywood...

Layan perasaan...

Ummi dan Dhia aje :P





18/04/2016...

Bangun dah pukul 7.45 pagi... cepat-cepat kejut Mr.Abe dan Dhia untuk bersiap dan turun breakfast... ingatkan tak nak mandi tapi fikir-fikir nak jalan-jalan sekitar Colmar Tropicale sekali lagi ambil udara pagi, terus tukar rancangan untuk mandi dulu... Dhia pun kena paksa untuk mandi dulu... tak adanya nak mandi pakai air panas bagai walaupun dah disediakan kat hotel tu, dah memang biasa mandi air sejuk, bukannya sejuk pun kat Bukit Tinggi tu...

Wefie Ummi dan Dhia sebelum breakfast!

Kami bersarapan di Le Blason yang menyediakan menu tempatan dan juga ala-ala French gitu...

Dhia nak naik kereta mainan bunyi-bunyi ni lagi... layankan ajelah ayah oiii... siap buatkan buih-buih mengiringi pergerakan kereta ala sedang terbang di awan tu... kikiki...

Ayah ajak tengok swan sebab petang semalam ayah tak join kami bergambar dengan swan...

Bergambar di depan replika rumah dwarf la kot ni... huhu

Dhia takut nak pergi dekat horse tu walaupun tak hidup... pelik kot dia tengok ada corak macam-macam

Main pistol buih... RM20 seketul ni... mahal... beli kat pasar malam dalam RM10 aje...

Nampak tak macam mana Dhia usung baby dia?

Dhia dah penat berjalan, ayah kena dukung :P

Jalan-jalan keliling...

Jalan siang OK, jalan malam tak mo aihhh...



Nampak lengang... maybe sebab ni hari Isnin... seronok!

Ambil gambar lagi depan gate utama

Balik bilik untuk bersiap sebelum check-out

Happy Birthday Ayah Dhia!!!

Kami singgah ke Japanese Village sebelum bergerak balik KL

Kesayangan Ummi kat belakang tu...


Dalam Japanese mini house...

Macam rumah mainan Dhia... suka betul...

Hilangkan penat memanjat bukit sebelum turun semula...

Babai Bukit Tinggi dan Japanese Village





Pssttt: Kami tak pergi pun tempat-tempat lain memandangkan percutian hujung minggu sahaja... masa banyak dihabiskan di hotel sahaja dan berehat... siap bawa bekal dari rumah sebab tak nak membazir beli makanan kat restoren kat situ... lalala...

Friday, February 5, 2016

040216: Hadiah kahwin untuk officemate dah sampai!

Thanks GoShop sebab hantar hadiah yang dibeli sebelum hari kejadian.

Disebabkan hari sebelumnya GDex ada membuat penghantaran tudung Neng Geulis yang aku beli kat GoShop tapi tak berjaya, jadinya pagi sebelum aku keluar bekerja semalam, dah siap-siap tulis pesanan kat kertas dan tampal kat pintu... minta dorang letak je barang tu dalam bakul yang aku sediakan akt luar rumah tu... siap signature lagi tau kot-kot dia nak ambil sebagai bukti barang dah dihantar. Aku no hal je asalkan barang aku sampai. Nak tunggu aku ada kat rumah time dorang hantar barang, memang tak la kan, hari bekerja kot.

Tengahari aku dah check tracking no GDex sekali lagi, status delivered. So terus tanya mr.abe if dia dah ambil barang tu. Risau la juga kan kalau lama-lama ada kat luar, mana la tahu ada mata yang memerhati dan mengambil kesempatan. Bila baliknya, nampak 2 barang aku dah sampai dalam 2 kotak berlainan. Dan pesanan bertulis aku dah tak ada kat pintu, tak tahulah mr.abe buang or orang GDex yang ambil. Hihihi...

Malam tu terus buka kotak yang aku nak bagi hadiah tu sebab nak keluarkan tax invoice dalam tu. Sambil snap gambar sikit sebagai bukti barang dah diterima oleh aku. Nak update officemate yang lain yang bersama-sama menyumbang wang ringgit untuk beli hadiah ni.


Dhia Nur Syamsina beria dah posing sebelah hadiah :)





Pssttt: mr.abe boleh ingat kami nak ke Kuantan hari ni... silap hari... hahaha!

Monday, February 1, 2016

Ber'GoShop' sakan aihhh arini :P

Bese ni! Orang KL yang cuti, aku yang kerja kat Selangor pun nak cuti... kikiki...

Dari semalam duk fikir-fikir nak beli plain shawl dekat Neng Geulis, siap ke butiknya terus kat Kota Damansara tu... tanya-tanya tak dapat pula harga macam yang kat GoShop, katanya yang jual kat GoShop tak ada di butik, ye la tu... so tak jadi nak beli! takmo lah beli shawl RM100 untuk 3 helai, nampak untung lagi beli shawl RM159 untuk Neng Geulis Tudung Nona Pesona (5 helai plain shawl + 2 helai instant shawl) yang ada kat GoShop tu...

Dijadikan cerita, pagi tadi dah selamat pun membeli... tunggu barang sampai jela ha... rasanya esok!

Nak dijadikan cerita lagi, terbeli sekali hadiah untuk officemate yang akan kahwin Sabtu ni... share-share duit la kan...

Mission accomplished!


hadiah untuk officemate



Pssttt: next target ialah microwave... tapi tengah tunggu customer service GoShop reply pertanyaan pasal camne nak guna GoShop point yang terkumpul tu dulu... so rasanya pembelian hujung bulan or awal bulan 3 nanti...

Thursday, February 13, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Baru je lepas baca update blog kawan aku, ayus... dia join contest ni, so gatal tangan juga la nak join sekali kan... HEHEHE... katanya pemenang dipilih secara cabutan bertuah... bila bab lucky draw ni memang tak pernah nak ada luck, tapi cuba jela untuk suka-suka... mana tau tangan si alisha nak bagi hadiah kat ummi to-be ni kan... :P


Jom go thru syarat-syarat @ cara penyertaan...

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
Ye, aku seorang blogger bukan sepenuh masa yang menetap di Malaysia dan mempunyai alamat di Malaysia (^_^)

2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
Done! Seperti tajuk entry di atas (^_^)

3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
Done! PinkX3... (^_^)

4) Letak link sponsor dalam entry
Done! Boleh klik untuk pergi ke link sponsor ye (^_^)

Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
Awanazstyle Muslimah Shop
The Veil By Ruzaini Rozlan
Scarf Sweethoney
Naylisha Boutique
Huda Collections
Ecadwinkyasha
Rozaimah Zie

5) Hantar link entry ke kotak komen entry IntaNBerliaN
Done! (^_^)

Monday, February 10, 2014

060214: Selamat Hari Lahir Abah yg ke-53 :)

lupa pula nak snap gambar hadiah yang aku bungkus sendiri tu... HEHEHE... sempat belikan baju je untuk abah 2 helai... boleh abah guna untuk bawa teksi... alang-alang ke gene martino untuk belikan kemeja untuk mr.abe, nampak la baju yang sesuai untuk abah juga kat situ... terus la beli ha... dah tak perlu pening-pening merayau kat the store tu lama-lama untuk mencari hadiah untuk abah... kaki ni dah tak larat kot... asyik nak membengkak jek... HEHEHE...





Pssttt: seronok tengok muka abah happy...


Thursday, January 9, 2014

060114: Cabutan hadiah Christmas 2013

oleh kerana hujung tahun 2013 ramai sangat colleagues aku yang menghabiskan cuti dorang, so program menukar-nukar hadiah Christmas ditunda ke awal tahun 2014... so kat bawah ni antara gambar yang berjaya diambil...

kitorang ada berapa belas orang je semuanya, so ini jela hadiah yang terkumpul...

dalam kepala terfikir nak hadiah paling besar tu tapi tak jadi nak pegang pun...

alahai... ambil jela mana-mana hadiah pun...











ambil gambar dulu before buka hadiah

masing-masing tunjuk hadiah apa yang dapat


my boss yang bernasib baik dapat lucky draw...

acson punya tupperware





Pssttt: rasa macam pucat je muka aku dalam gambar...