Monday, May 28, 2012

Buat susah-susah jer...


HEHEHE... dapat souvenir dari abg jep... penanda buku didatangi khas dari Turkey... Thank you!!!

Diarrhea la pula kitorang...

adoiii... payah juga kalau ambil catering ni kan? tak tahu macam mana cara dorang memasak... memang sedap tapi kalau akhirnya memberi kesan kat orang ramai yang makan hidangan tu, memang rasa "ish3, geramnya aku dengan catering..." 

ha, tang sini la yang buat aku rasa gotong-royong memasak kenduri kat kampung lagi best!

aku kena cirit-birit ooo... ingatkan aku sorang je, mr.abe pun... eh2, my mama pun... HUHU... orang kata la kan, bukan aku kata... kalau makan daging yang dimasak catering ni memang selalu la juga dengar problem-problem macam ni... tu belum lagi dengar ada yang mengata dorang masukkan itu la ini la nak bagi sedap... macam-macam kan?

tapi lumrah manusia, lantaklah dorang nak bubuh apa pun asalkan bila makan rasa sedap... barulah orang ynag datang majlis tak mengata... aku pun layan gitu...

tapi tak bestnya kan korang, kena cirit-birit pukul 3 pagi... pastu, boleh tertidur dalam toilet lagi tu sebab dah tak larat nak ulang-alik... HIHI... buang tabiat betul kan tidur dalam toilet? KAHKAHKAH!!!





Pssttt: hope orang yang memasak akan masak dengan ikhlas, jangan nak cari keuntungan je semata-mata...

Saturday, May 26, 2012

Tahniah Ayus dan Awie...

Selamat pengantin baru korang... Semoga berbahagia sampai bila-bila...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

220512: MC kali ketiga...


semalam datang kerja... tapi rasa sangat tak larat... kepala berdenyut-denyut, rasa nak muntah, badan panas, ulcer mulut lagi...gigi pun dah jadi berdenyut-denyut juga... hurmmm...

9:30 pagi aku pun turun la ke klinik panel kat company aku ni... macam biasalah doktor akan pesan makan ubat, jangan minum ais, minum air suam banyak-banyak dan bla3... dah habis jumpa doktor, ambil ubat... HEHEHE... dapat MC! ni MC aku yang ketiga bagi tahun ni...

balik ke office, scan MC untuk aku isi di portal company... aku nak balik rumah la, berehat... haishhh, tang tu juga lah bos besar takde, bos second besar meeting pula... takpelah, boleh minta kebenaran balik dari senior... tapi datang lagi problem... server down! hadoiii... kenalah tunggu sekejap... after server dah kembali normal, kena check samada semuanya berjalan seperti sediakala or tak...

dah settle semuanya, aku balik la... drive balik pun dalam kepala yang berdenyut-denyut... seram jek rasanya... macam-macam timbul dalam kepala... sampai ke tak kat rumah ni? HUHU... alhamdulillah sampai dengan selamat...

aku tak sure lepas makan ubat, tertidur pukul berapa... yang sure, azan maghrib baru aku terjaga... memang berat gler kepala aku time tu... lepas mandi segarkan badan semua, mama buatkan sup sayur untuk aku... then abah pula buat roti telur... wah, sedap3...

oleh sebab dah lama tidur, so payah pula nak tidur semula... apa lagi, tengok tv la sampai tertidur semula... HIHIHI...





Pssttt: sempat lagi singgah ke pejabat pos semalam... plan nak gi pasaraya terpaksa ditunda ke hari ni, after kerja...

Monday, May 21, 2012

190512: Kelate gomo Sime Darby FC


HEHEHE... kelantan menang ke atas sime darby fc 1-0...

siapa yang tak terbaca lagi pasal hal aku nak ke stadium ni, sila klik sini dan baca...

yes3! berbaloi pergi ke stadium walaupun berlaku perkara yang tak disangka-sangka... gler betul aku boleh tinggal tiket masuk ke stadium dalam kereta? tak pepasal mr.abe kena berpatah balik untuk ambil tiket tu... nasib baiklah kitorang pergi naik lrt dari lrt cheras, imagine kalau kitorang parking kereta kat lrt yang lagi jauh ke kan? memang terus balik la...










dek kerana kecuaian aku tu, kami masuk agak lambat... then tahu la kan, memang payah nak dapt seat la ha... berpeluh-peluh aku mem follow kan diri di belakang mr.abe mencari seat untuk kami... dapat! tapi untuk itu aku kena panjat turun dari celah pagar kat stadium tu... hadoiii... gayat nak mampus! rasa menggigil jugalah bila keayuan terpaksa diketepikan seketika... ceewahhh... nasib time nak kuar dari tempat tu, senang pula la aku memanjat naik... ternyata gayat tu menyeramkan ooo...

kami dapat seat kat bahagian paling atas tingkat dua stadium... so tak terlalu tinggi or terlalu duk bahagian bawah... tahu jela ore-ore kelate kan memang bersemangat bab sorak-menyorak ni... terlebih sorakan kadang-kadang tu...

seronok tengok banyak kapal terbang kertas melayang-layang dari atas turun ke bawah... HIHI... yang mercun pun ada juga... oh, yang itu tak patut dicontohi... kena perbaiki sikap yang itu ye wahai penyokong-penyokong sekalian...

pekak jugalah telinga aku ha sementara nak tunggu game habis... HUHUHU... mengantuk pun ada juga sebab sangat-sangat panas bila orang ramai camtu... tiket dijual lebih dari bilangan seat kat stadium, camtulah jadinya...

happening yang amat bila ramai-ramai buat ombak... berulang-ulang kali... memang sporting habis la semua... weee... sepanduk macam-macam jenis pun ada... sempat jugalah merakam sedikit video untuk kenang-kenangan di bawa balik ke rumah... bergema satu stadium... mr.abe tak dilupakan, snap gambar orang tengah bersemangat bersorak!





Pssttt: pengalaman yang menarik buat pertama kali aku ke stadium menyaksikan perlawanan bola...