setiap kali lepas solat, cuma teringat nak doa untuk baby je... sedih sebab tak tahu baby sihat ke tak... tambah pula dengan keadaan tak sihat macam ni... macam-macam dalam kepala... nak makan ubat pun serba-salah rasanya... tapi tak makan ubat, lambat pula nak baik... demam panas aritu memang tawakal sangat-sangat makan ubat sebab badan terlampau panas... macam mana la baby nak membesar dengan baik kalau diri kita ni sakit kan? bila tanya doktor, dia cakap ok je makan ubat tapi bila tanya orang lain ramai pula cakap jangan makan ubat... kita yang tak ada pengalaman ni rasa tersepit sangat... cuma boleh berserah je dengan Allah... tak apa sakit tu untuk diri aku ni tapi minta-minta baby tak rasa sakit kat dalam... hurmmm...
sekarang ni tambah pula dengan kena gdm ataupun bahasa senangnya kencing manis time pregnant... family history, so nampaknya aku pun dah terkena... doktor suruh diet untuk kawal kandungan gula dalam darah aku sendiri... nak diet macam mana pun aku tak tahu lah... dengan tengah ada selera macam ni, bila fikir pasal tu terpaksa kurangkan mana yang patut... kadang-kadang rasa takut nak makan... tutup mata je nampak kuih-kuih kegemaran... doktor cakap kalau aku masih tak dapat kawal kandungan gula aku sendiri, nanti terpaksa ambil suntikan insulin setiap hari... sangat aku nak elakkan...
dari carian aku kat google, gdm ni bahaya... untuk ibu dan juga baby... banyak sangat kesannya... kadang-kadang terfikir, banyaknya dugaan yang Allah bagi untuk aku... kenapa orang lain nampak senang je mengandung... tak ada apa-apa masalah... dari rasa mual yang buat aku tak larat bangun sampai terpaksa ambil cuti tanpa gaji... demam, batuk, selesema (tengah musim ramai orang sakit)... ni kena kencing manis time mengandung pula... macam mana nak harungi ni? semoga aku lebih kuat dengan dugaan-dugaan ni...
Pssttt: anak ummi sihat tak kat dalam tu?
No comments:
Post a Comment