Thursday, December 26, 2013

251213: Dating dengan Mr. Abe ditemani adik ipar :P

dah lama tak keluar dating dengan mr.abe... setakat keluar beli barnag dapur kat tesco setiap bulan tu rasanya tak consider sebagai dating la kan... HEHEHE... oleh sebab semalam cuti, dah bagitau awal-awal nak pergi tengok wayang... dah lama rasanya tak keluar tengok wayang... mr.abe ok je...

tiba-tiba pagi semalam, my mama in-law call mr.abe minta kami bawa adik bongsu dia jalan-jalan sebab ahad ni dia nak balik ke kelantan semula dah... dia datang sempena cuti sekolah dari last week untuk jumpa mama tapi mama pun busy sebab kerja kan, tak dapat nak teman dia sangat...

mula-mula mr.abe cakap gi tengok wayang dulu, pastu baru jemput adik dia datang rumah... tapi tengah otw nak pergi tengok wayang, tiba-tiba mr.abe cakap pergi ambil adik dia dulu la, pastu pergi tengok wayang sama-sama... at least ada juga aktiviti untuk dia dari terus bawa balik rumah je... aku setuju je, tak kisah mana-mana pun asalkan niat nak tengok wayang tercapai... macam mengidam la plak nak tengok wayang... HAHA!

dah pergi ambil adik dia kat cheras, alang-alang kami ke viva mall je... dahla mencari parking dah dekat sejam, bila naik nak beli tiket, ramai pula orang tengah beratur... aku faham sangat dah dengan mr.abe punya perangai, dia kurang sabar bab tunggu menunggu ni... so dia cakap cancel tengok wayang... jom gi lepak rumah c.su dia kat ampang... sedikit kecewa tapi still ada harapan la sebab masih awal kan... boleh pujuk lagi mr.abe nanti...

bila sampai depan rumah c.su, eh berkunci pula... tanya dengan jiran sebelah, katanya balik ke melaka... so melepak la dalam sejam kat rumah jiran tu... memang kami kenal la juga... dah puas sembang-sembang, mr.abe ajak balik rumah... dalam kereta, aku bagi cadangan untuk pergi tengok dekat tesco manjalara pula... lagipun nak beli beberapa barang keperluan... nasib baik mr.abe setuju... mula-mula dia macam taknak sebab katanya mesti ramai juga sebab cui christmas kan... aku cakap rasanya tak kot... kalau ramai pun orang datang shopping dalam tesco, tengok wayang tak ada la sangat...

HEHEHE... tekaan aku betul... so dapat tengok wayang sebelum bersalin... HAHA! padahal kat rumah pun dah macam hari-hari tengok wayang kot... my baby suka je... wah, macam tahu-tahu pula... kitorang tengok the hobbit sebab rasanya semalam last tayangan kot... separuh jugalah dari hall tu penuh, ingatkan dah tak ada orang nak tengok sebab semalam cerita baru jackie chan keluar kan... fully booked tu aku tengok tiket-tiketnya... takpelah, aku tunggu download jela cerita tu nanti...

even tengok wayang bertiga, eh berempat... dating tetap dating dengan mr.abe dalam wayang... bukan selalu dapat tengok mr.abe romantik... :P





Pssttt: balik rumah terus gi rumah mama, tanya ada lagi tak kari ayam yang mama buat tengahari tadi... teringin sebab tak sempat nak makan... nasib baik ada lagi... :)

No comments: