Sunday, April 15, 2012

140412: Penat tak? Penat ar...

HAHAHA! Aku rasa sangat2 penat semalam. Suppose ada satu program aje nak buat semalam iaitu berjumpa dengan someone untuk aku sign beberapa document berkenaan pembelian rumah.


rasa nak merajuk pun ada bila bangun2 je pagi dapat mesej dari si dia, tak dapat temankan aku pasal appointment tu sebab dia ada football match, start dari pagi sampai petang... huwaaa!!!


mood pagi dah hilang, xtau nak ajak siapa untuk tolong temankan. my friend, ime pun x dapat tolong temankan sebab dia kerja. dia dah cancel cuti sebab x jadi pergi kenduri our friend kat johor sana. oh ye, selamat pengantin baru ekin!


Tengah duk fikir nak ajak siapa, si dia minta aku datang tengok dia main bola. aduiii, kelemahan aku yang tak boleh disangkal2 agi, aku xtau jalan. even aku macam tau je katne tempatnya tapi tak yakin... teruk kan? Keyakinan tu penting tau!


mula2 ingat taknak pergi, nak pergi setelkan yang appointment aku tu je even xde sape teman pun, tapi gayanya macam dah ada yang merajuk... tak sampai hati sangat... HUHU...


aku pergi juga la... di padang angkasapuri lawannya... berpeluh2 mendukung si alya sebab kereta parking kat luar, kena berjalan sikit untuk sampai ke padang. korang boleh bayang tak, aku dengan my adik paling bongsu yang baru umur berapa tahun tu pergi tengok si dia main bola. confirm2 ramai ingat tu anak kitorang dah. HAHA... memang betul pun, ada yang fikir camtu. tapi tak kesah la, sweet plak rasanya. HEHE...


alya pun macam seronok je tengoknya, terus minta tukar appointment kat sana je. nasib baik tak ada masalah, dapatlah diselesaikan cepat. tak perlu nak pening kepala cari jalan ke tempat yang janji sebelumnya. bukan tak boleh guna gps, tapi gps ni kadang2 boleh buat aku lagi stress. HUHUHU... sabar jela...


ingatkan sikit yang perlu di sign, gler banyak kot... dari sign aku nampak kemas je, terus dah jadi macam cacing2 gayanya, buruk betul. tambah pula masa tu alya dah buat perangai, mengantuk... hadoiii, nasib ada si dia tolong jagakan sekejap.


dah selesai urusannya, aku terus bawak alya balik. tak dapat nak tunggu sampai game habis. tu pun dalam kereta aku dah cukup stress nak layan fiil si alya yang meragam nangis2. Dah tak larat nak pujuk, aku biarkan aje. tengok2 je dia dah tertidur... aman!


sampai je rumah, penat yang amat rasanya... boleh pula sampai tertidur, padahal ingat nak baring2 sekejap je nak hilangkan penat...


kepenatan aku tu tak menghalang niat untuk baca novel. yes! Dengan tekun even berlalu something yang dah merosakkan mood aku, still nekad tu nak habiskan. resultnya, pukul 4 pagi khatamlah sebuah lagi novel... aku hebat! dapat habiskan novel dalam satu malam je... riak ni... HAHA!


Pssttt: sakit2 badan bila bangun pagi tadi... mode hari ahad datang dah, kemalasan tahap maksima!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: