YAKULT!!!
Everybody, Everyday...
Sape tak pernah minum yakult? Sape yang tak pernah tu baik korang minum... HEHEHE... Sempena bulan kesihatan dan keselamatan pekerja di company aku ni, semalam aku menghadiri satu health talk pasal yakult... kelmarin shared pasal pemeriksaan tulang, so arini nak shared pasal kesihatan usus pulak... semestinya yakult! HEHEHE...
Actually join dengar health talk tu sebab nak dapatkan 1 daripada 10 cop yang SHE department keluarkan untuk redeem hadiah if dapat collect min 7/10 cop. So ikutlah kak wan masuk ke training room dan dengar akak yakult bercerita mengenai sistem pencernaan sebagai mukadimah, then masuk ke penemu bacteria dan pengasas yakult dan seterusnya camne terhasilnya yakult... banyaklah input2 yang diperoleh tapi disebabkan masuk telinga kanan dan kuar telinga kiri, tak banyak yang dapat disekat supaya terlekat kat otak aku ni... HIHIHI...
Meh baca berapa banyak input yang dapat aku kongsi dengan korang...
1. yakult ada dua jenis jek; yakult ace (botol merah), yakult ace light (botol biru)...
2. yakult ace light lebih mahal dari yakult ace sebab ada fruktosa tapi xde khasiat tambahan macam yang ada dalam yakult ace...
3. yakult mengandungi 30 billion kultur hidup lactobacillus casei shirota strain dari jepun...
4. nama shirota tu diambil dari nama seorang ahli biologi yang menemui bacteria tu...
5. bacteria baik yang diperlukan oleh badan orang dewasa ialah kira2 60 billion sahaja sehari,yakni 2 botol yakult sehari; so untuk kanak2 tu sebotol jela sehari...
6. xde efek kalau minum lebih dari yang diperlukan, cuma rugi la sebab bacteria baik tu tak digunakan oleh badan kita... so kalau nak hilangkan dahaga, minum air lain ye...
7. yakult xde bahan pengawet mahupun pewarna; so satu botol yakult boleh bertahan selama 45 hari sahaja, lebih dari tu, bacteria shirota dalam botol tu akan mati...
8. hanya botol yakult di Malaysia sahaja berbeza dari botol yakult di negara2 lain; why? because yakult lambat masuk ke pasaran Malaysia... and that time vitagen dah masuk dulu... HOHOHO... botol yakult kat luar semuanya bentuk macam botol vitagen...
9. hanya kat Malaysia disediakan straw untuk minum yakult ni... not available kat negara lain; why? because orang Malaysia sangat sopan dan manja... HIHIHI...
10. yakult boleh diberi kepada baby yang berumur 3 bulan ke atas, tapi hanyalah 3 sudu yakult dicampur dengan air... why? why? why? sebabnya dalam badan baby dah ada bacteria2 baik... tapi boleh diberi untuk mengelakkan sembelit...
HUHUHU... cukup la kot 10 input tu... ada lagi tapi dah lupa and ada yang ingat tapi tak sure kesahihannya... kalau nak tahu juga, korang google ye... or boleh terus ke link ni... Yakult Malaysia!
Pssttt: masam ar yakult... HIHIHI...
No comments:
Post a Comment