Monday, April 2, 2012

Risiko sederhana osteoporosis?


alamak!!! baru lepas buat pemeriksaan tulang oleh anlene sempena bulan kesihatan kat company aku ni... hasil pemeriksaan kaki kanan aku menunjukkan aku keadaan tulang dalam badan aku ni berada pada paras risiko sederhana untuk mendapat osteoporosis... walaupun belum masuk zon berisiko tinggi, tapi rasa cuak dah... huwaaa!!! kena paksa diri minum susu jugak lepas ni...

-1.2... tu result bone health check aku... untuk pengetahuan korang, risiko rendah untuk dapat osteoporosis ni adalah dalam julat -1 hingga 2. manakala risiko sederhana dari -2.5 sampailah ke -1. means -1 ni antara risiko rendah dan juga risiko sederhana la... risiko tinggi untuk kita smeua mendapat osteoporosis di usia muda adalah dari -2.5 hingga -4. so -2.5 juga merupakan bacaan bagi risiko sederhana dan juga risiko tinggi... tak sure pula ada tak bacaan mesin -4 ke atas, yang pasti kalau ada itu dah confirm2 dah kena osteoporosis kot...

tak pernah buat bone test pun sebelum ni, ni first time... dah dapat result yang tak menyenangkan hati... tambah lak after dengar wakil anlene duk bercerita pasal osteoporosis ni kat aku tadi...

katanya if dapat amalkan pengambilan susu before umur 30 ke atas, dapat memperbaiki lagi ketahanan tulang dalam badan kita ni... after peringkat pertumbuhan tulang ni, memang tak dapat dah, time tu kena maintain aje... kalau tak memang akan masuk zon bahaya la... OSTEOPOROSIS!

perempuan terutamanya... korang, jom minum susu! mana yang suka minum susu tu, teruskan... macam aku yang tak suka minum susu ni, aku pilih susu chocolate... tadi test minum susu coklat yang dah dibancuh, aku rasa tekak aku boleh terima... cuma maybe agak pening2 sikit sebab aku ni memang tak boleh dengan coklat sangat, cepat sakit kepala... HUHU...

kat sini aku nak share 5 petua untuk kesihatan tulang bersama:

1) minum susu berkalsium tinggi seperti anlene; 4 sudu x 2 gelas sehari
2) amalkan senaman menanggung berat seperti berlari, joging, berjalan dan aerobik
3) hadkan minuman beralkohol dan berkafeina
4) sentiasa lakukan pemeriksaan tulang (at least setahun sekali)
5) jumpa doktor anda jika ada pertanyaan atau persoalan mengenai kesihatan tulang

oh ye, ada dinyatakan kat customer copy masa isi borang untuk buat pemeriksaan tadi... sila baca ye korang...



NOTA PENTING:

Keputusan ujian anda hanya sekadar suatu petunjuk am mengenai kesihatan tulang anda, dan tidak seharusnya dijadikan pengganti kepada nasihat dan diagnosis perubatan profesional. Segala usaha telah diambil untuk memaksimumkan ketepatan keputusan daripada peralatan pengimbas tulang yang digunakan. Namun, seperti juga dengan semua peralatan pengukuran, mungkin terdapat sedikit perbezaan dan kesilapan dalam ukuran yang dilakukan secara berulang-ulang.

Oleh kerana itu, anda tidak seharusnya bergantung kepada keputusan ujian ini (walaupun keputusan menunjukkan risiko rendah) dan anda harus mendapatkan nasihat sewajarnya daripada ahli profesional perubatan anda.





Pssttt: ketinggian juga mempengaruhi osteoporosis?

2 comments:

nedy abrahaman said...

erkkkk yeke shishi..pergh takut gila..tp kan tak bias ke result tu? i mean, the test was did by the anlene team kan, sama ada mmg marketing strategy dia nak suh org minum anlene jer agaknya..but i dunno la kan just pape pon jgn la risau sgt..cuma minum susu tu mmg penting pon..xleh masuk susu cokelat, amik susu strawberry hihihiii..=)

shIdA said...

bias tu of coz la nene... mestilah dorg nak lariskan produk dorang kan... shishi nak start minum susu ni pun sebab untuk kesihatan tulang shishi jugak... paksarela untuk diri sendiri. shishi ase xdela teruk sgt da tulang shishi ni, still boleh angkat benda berat agi... hoho!

cuba dulu dengan anlene ni, if x ngam jek ase, shishi nak cuba susu jenama lain plop. kikiki...