HEHEHE... bila aku nak sangat daat MC bila jumpa dengan doktor, macam jarang sangat boleh dapat... tapi kalau niat aku jumpa doktor just untuk dapatkan ubat je ke apa ke, aishhh cepat pula doktor ni bagi MC... suh balik rumah rehat katanya...
semalam merupakan hari pertama aku kembali ke offfice di tahun 2013 ni selepas 2 minggu berpantang@bercuti di rumah... tup tup pergi jumpa doktor in-house, disuruhnya aku balik? kalau aku tau dia nak bagi MC, aku dah pergi awal-awal pagi...
alkisahnya aku boleh dapat MC ni disebabkan kecuaian aku juga... mentang-mentang elok berpantang kat rumah, bila dah nak habis MC dua minggu aritu, rajin datang la pula... tahu aku buat apa? HUHU... basuh lantai dapur... huwaaa... balasannya, lantai yang basah memakan diri... aku jatuh terlentang tau... sakit gler... menjerit2 aku panggil mr.abe...
dengan sakitnya lepas cuci gugur belum nak elok betul-betul, tambah pula dengan jatuh... pastu kena marah dengan mr.abe lagi sebab gatal-gatal fi buat kerja berat-berat katanya... adoiii, menyesal betul... leher sakit, tangan sakit, kaki sakit... yang paling sakit sangat tulang punggung ngan pinggang aku ni... :(
mr.abe bawa aku pergi mengurut la sebab tak tahan pula sakitnya kan... duh mengaduh aje... nasiblah makcik yang mengurut tu aku kenal-kenal la juga daripada mr.abe juga... sambil kena urut, macam-macam la kena bebel juga kan... dengan nasihatnya lagi... cakap orang tua kena dengar... baik...baik...baik...
so nak dijadikan cerita, masa jumpa doc tu aku bagitau la apa dah jadi dengan aku... pasal gugur, cuci, jatuh, urut... then sekali lagi kena marah... doc pula marah... dia cakap jangan buat kerja berat sebab sekali dah gugur, chances untuk gugur lagi selepas tu tinggi if tak jaga betul-betul... basuh kain pun jangan katanya... ok doc...
Pssttt: time macam ni la rindu kat mama... cepatlah cuti raya cina... nak balik kampung... :(
No comments:
Post a Comment