Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Monday, May 16, 2016

140516: Adikku si Bear dah selamat bernikah...

bergambar selepas majlis akad nikah Bear & Bella

Aksi-aksi Dhia disamping CekSu Yaya dan Mak Uteh

Ayah Dhia + Ummi Dhia + Dhia

Mr. Abe bergambar bertiga dengan pengantin baru...

Monday, February 17, 2014

150214: Selamat Pengantin Baru Ima...

tahniah buat kedua-dua kawanku, ima dan ajie di atas perkahwinan korang... ni antara gambar yang sempat di ambil...



2 2 ni tengah nebes... :P


ha salam tangah suami tu...

sarung cincin ke jari isteri...

sarung cincin ke jari suami...

2 orang yg depan bakal ibu... bagi aura kat pengantin baru ni... kikiki...

ima dengan kami...

nak meraikan 2 orang sebelah penagntin sebenarnya gambar ni...

kesian mama dengan adik-adik aku kena tunggu aku habis reunion dengan kawan-kawan...

ceh, boleh pula budak ni menyelit kat gambar kitorang tau...





Pssttt: selamat semuanya... yang penting aku nampak gemuk gler... HAHAHA! 37 weeks!





Thursday, June 6, 2013

010613: Selamat Pengantin Baru Emy & Dayah

dah selamat lagi 2 orang kawan aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka... oleh sebab dua-dua buat tarikh yang sama, jadinya dapat pergi 1 je majlis kerana masalah jarak yang jauh... so plannya pergi majlis yang di maran, pahang iaitu majlis emy@maran... minggu ni ingatnya nak ke majlis dayah pula yang sebelah lelaki di mersing, johor... masih dalam perbincangan memandangkan my abah kena masuk wad dah esok sebab tarikh operation bypass jantung adalah selasa nanti... dapat pergi or tak dapat pergi, hope kawanku faham la ye...



ini gambar kami masa di majlis maran...







Pssttt: kami suka ais-krim... arini nak beli ais-krim kacang lagi la...

Tuesday, November 27, 2012

Dah ada geng!

Alhamdulillah... tahniah to my sis in-law, mila n her husband, fahar... congratsX3 sebab mila dah pregnant... mengikut perkhabaran di twitternya, dah 5 weeks! cool...

maksudnya aku dah ada geng!!!



my pregnancy test result on 13/11/2012 (6 weeks 5 days)

14/11/2012 -  do confirmation pregnant result at Clinic Leong, Tanah Merah, Kelate... that was my 4th month wedding anniversary's gift with mr.abe...



arini kandungan aku dah 8 weeks 5 days... HUHU... sekejap je rasa masa berlalu kan? dah rasa seluar keje ni penuh jek... bila duduk rasa tak selesa... oh kena cepat buat kad merah ni, nak apply uniform untuk pregnant staff plak... kesihatan pun masih tak baik-baik lagi ni... batuk, malam-malam je demam... selesema...

oh ye, tadi baru lepas call KK Sg Buloh... tanya pasal nak gi buat kad merah tu la... bila boleh buat, hari apa, pukul berapa, nak kena bawa apa... macam-macam nak tanya... HEHE... excited plak! walaupun nurse yang jawab call aku tadi agak menjengkelkan aku, aku still maintain bersuara konon-konon baik gitu... punyalah baik aku tanya, lain macam jek nada suara menjawab ye... malas-malas je... nak kerja ke xnak kerja tu misi?

oleh sebab klinik tu je yang paling dekat dengan aku la rasanya, aku sabar jela... tak boleh terus pergi buat kad katanya ha... kena pergi sana buat appointment dulu... tengok tarikh mana yang ada kekosongan untuk aku datang buat kad merah... leceh kan? ramai sangat ke orang nak buat kad merah sekarang ni ek? saja nak buang masa aku nak pergi banyak-banyak kali... macamlah ada cuti tahunan banyak lagi kan... HUHU... kan best kalau banyak duit, private jek... KIKIKI...

dah tnaya mr.abe bila nak pergi buat appointment tu, katanya esok pun boleh... oh skang pening nak pergi pagi or petang ye? nak kena save cuti, ada balance 1.5 days je lagi ni... dah apply 2 hari untuk cuti 10hb dengan 24hb nanti... jadinya kena apply halfday only... kena simpan 1 day leave tu untuk hari buat kad merah nanti, should be in Dec la kan sebab time tu dah around 3 month...





Pssttt: emosi sangat tak stabil... nak marah, cepat terasa hati... hurmmm... petang nanti mesti pergi cari juga kebab kat pasar malam!


Tuesday, August 14, 2012

Hepi SEBULAN Eniveseri...


Alhamdulillah... tak sangka masa tu kejap je berlalu, arini 14 haribulan dah pun, means dah sebulan aku kahwin wei korang... HUHU...

perasaan? aku rasa bahagia sangat... bersyukur dikurniakan seorang suami yang dapat membimbing aku even luaran mr.abe tu nampak gege yang amat... korang yang dah pernah jumpa dengan my hubby, mr.abe tu... mesti setuju dengan apa yang aku cakap ni. KIKIKI... dia menggegekan hidup aku...

sebulan dah berlalu... ada sebulan 7 hari lagi sebelum sampai ke hari persandingan kami... tak sabarnya nak setelkan cepat2, nak move ke next stage pula... HIHI...

persediaan? in progress... balik dari beraya nanti baru bertungkus lumus siapkan goodies... WEEEEWEWEWEWEWEWE...













Pssttt: inai lum hilang lagi... nanti sebelum habis pakai lagi utk sanding plop!


Friday, July 20, 2012

140712: Jamuan kesyukuran sempena pernikahan...

after selesai akad nikah dan sedikit bergambar dengan ahli keluarga di masjid, masa untuk bergambar di khemah makan pula... ada jamuan sedikit tanda kesyukuran majlis akad nikah kami dah berjalan dengan baik dan selamat...

thanks kepada jemputan yang hadir... semuanya berjalan lancar, alhamdulillah... mana yang tak sempurna di mata sesiapa tu, minta maaf la ye... tak disengajakan...



coursemate: ayus

ramai-ramai...

cousin from johor

the cutiest aunty from johor

mak long ana

mok su and kids

practical members: aep and nik

youngest uncle: pok su lan



before family jauh balik ke kelantan, bergambar dulu...










Pssttt: gambar-gambar lain tak sempat nak cari sebab pengantin kena basuh periuk belanga yang ditinggalkan oleh tukang-tukang masak... HAHAHA...

140712: Husband and Wife...

alhamdulillah... ada hikmahnya pernikahanku dipercepatkan dari plan asal... thanks to mek and tok ayoh kami yang telah banyak membantu kami... memandangkan majlis persandingan kami selepas habis bulan untuk beraya, banyak mende nak kena buat... part akad nikah dah settle, so boleh fokuskan untuk kenduri time bersanding nanti je...

HEHE... tak pernah sangka tahun lepas merupakan tahun terakhir beraya sebagai anak dara gitu... HUHU... still teringat pertemuan kami bermula dengan kenen2 aje oleh mek kami ha... raya tahun lepas... tak sangka raya tahun ni kami akan beraya bersama sebagai suami isteri... syukur sangat... :)

aku dapat orang sebelah kampung je ha... suka3... tak payah berebut nak balik raya nanti... satu destinasi je kami...

untuk korang-korang yang kenal aku ni sebagai kawan korang, dijemput datang ke majlis persandingan aku dengan my hubby pada 22/09/2012 nanti... jemputan mulut awal sikit dari kadnya... insyaallah bulan 8 nanti baru kad akan diedarkan... skang ni fokus kepada berpuasa ya semua...



shida dan abe









































selesai majlis akad nikah... 
masa untuk bergambar...



oh kami belum ready nak bergambar...



bergambar kenangan dengan keluarga...








kami semua pengantin baru!



bergambar dengan mereka juga...





snap2 sikit luar masjid sebelum pergi makan dan outdoor session...



our official fotographer :)





Pssttt: tak sabar rasa nak bersanding cepat2... hihihi...