Wednesday, February 24, 2016

Kek Milo 3 Minit + Irfan Cocoa Goat

Banyak sangat ternampak menu di fb dan blog pasal kek milo 3 minit, jadinya aku pun nak cuba!!!
Semua ni gara-gara sekarang dah ada microwave oven yang aku beli di GoShop aritu la ni ha... gedix nak cuba masak yang simple dan tak makan masa yang lama...

Untuk resipi kek milo 3 minit Dhia:
● 4 sudu tepung gandum
● 4 sudu gula kastor
● 4 sudu milo
● 4 sudu minyak jagung
● 4 sudu Irfan Cocoa Goat (dah dibancuh)
● 1 penutup esen vanilla
● 1 biji telur
● 1 sudu kecil baking powder/soda bikarbonat

Caranya:
[1] Campurkan semua dan gaul rata
[2] Tuang dalam mangkuk/cawan
[3] Masukkan dalam microwave selama 3 minit dan set pada high level
Hasil selepas 3 minit?
Unbelievable!!! Rugi tak cuba...

Pssttt: makin bersemangat nak cuba resipi ringkas yang lain :)

Monday, February 22, 2016

210216: First Trial Buat Kek Guna Microwave Oven


Not bad buat aku yang first time nak belajar buat kek... lepas tu boleh pula berangan nak buat kek harijadi untuk Dhia yang akan turn 2 years old tak sampai 2 minggu je lagi ni...hehehe,,, gedix seorang ummi :P

Semuanya ikut resipi je... tak adalah ikut sebijik sebijan, ikut kesesuaian tekak la... nasib baik hasilnya sedap, tak terlalu manis la kan... cuma dek kerana tak biasa dengan penggunaan microwave oven, jadi layer kek yang pertama sekali dibakar, dah hangus keras... lawak betul bila fikir balik... lupa nak snap gambar kek yang dah selamat msuk tong sampah semalam...

Alhamdulillah layer kedua dan seterusnya menjadi cuma tak lah naik dengan cantik... tak apa, boleh improve lagi ni...

Bila dah siap membakar, tiba masa mendekoret kek ni, bermasalah dengan whipping cream... selepas di google, rupanya terbeli yang dairy whipping cream, no wonder bila makin lama pukul, eh macam mencair... sabo ajelah... nasib baik pukulan kedua menjadi, siap pasang pemasa lagi tu... ni memang tak layak masuk masterchef tau!

In the end, siap juga kek trial ni... hopefully kek yang akan dibuat nanti menjadi... aminnn...





Pssttt: target is rainbow cake 6 layers... mesti berjaya!

Friday, February 19, 2016

180216: BFF Farewell untuk anakku Dhia dan kawannya Emir

Kesian pula kat Dhia sebab lepas ni dia tak ada kawan dah kat rumah pengasuh... tinggal dia dengan baby je... macam mana lah nak berkawan macam tu, baby masih kecil kot... sebelum ni ada Emir, memang kawan bergaduh dan bermain bersama-sama... tapi kawan Dhia ni dah nak pindah sebab parent dia dapat tinggal kat kuarters Polis dah... Aku pun agak sedih sebab dah rasa sayang dengan si Emir budak sado ni... huhu...

Jadinya malam tadi ajak Kak Zura dan budak dua orang tu kelaur makan McD jela sempena farewell untuk Emir... dorang masih kecil, tak tahu lagi rasa sedih kawan nak pindah tapi rasanya mesti Dhia akan tertanya-tanya lah juga kan dua tiga hari mana si Emir ni takde datang rumah Ibu Zura dia dah... she will be sad :(

suka gambar ni :)

comel je bila tengok budak berdua ni...

mari dekat-dekat kita wefie berempat...

first time kami dapat keluar bersama...





Pssttt: hope lepas ni ada la kawan baru yang akan dijaga oleh Kak Zura supaya Dhia tak rasa sunyi :)