Wednesday, December 16, 2015

O2D World Class Journey


finally selesai tugasan aku untuk hari ni... kena jadi ursherer untuk company change name ceremony... merangkap penjaga traffic waktu lunch pekerja tadi...

today, OYLM dah tak ada... DAMA is here...



Sunday, October 25, 2015

Alkisah si anak dan ayahnya...

Masa ummi tengah lipat kain, ada bunyi lagi dhia duk bermain dalam bilik... tak sampai 5 minit, senyap sunyi plop!

Ummi gi check la dhia duk buat apa sampai khusyuk sangat... eh, tertido rupanya...

Alahai anakku rindu ayah rupanya sampaikan nak tidur sebelah ayah, dah tak cari ummi dah...

OK, touching time dah tamat. Masa untuk ummi sambung buat kerja rumah. Esok kerja!

Thursday, September 10, 2015

090915: Dhia dan checkup untuk umur 18 bulan

Alhamdulillah... walaupun first time pergi checkup dhia berdua je sebab ayah Dhia ada hal lain semalam, selesai juga proses checkupnya...

Semalam halfday, keluar je dari office, terus balik rumah... ingat nak singgah kedai Acheh dulu beli biskut untuk bekalan Dhia, tapi parking pula tak ada... so terus jela balik rumah dulu sambil whatsapp ibu Dhia pukul berapa aku nak datang ambil Dhia untuk pergi checkup...

Dekat rumah, kemas apa yang patut... kebetulan sebelum keluar rumah, orang GDex ketuk pintu sebab nak hantar barang yang aku order di GoShop... terus la buka kan... eh eh satu barang silap hantar... aku order set jahit, yang sampainya mesin jahit mini tu... ha lantaklah... siapa suruh salah... dapat barang yang mahal dari apa yang aku bayar... kikiki...

Tepat 1.30 petang terus pergi ambil Dhia kat rumah ibunya... siap pesan suruh behave... macamlah budak tu nak dengar cakap aku kan... layankan jela... singgah kedai dulu beli biskut... eh eh meragam pula dalam kedai... rupa-rupanya masa masuk kedai dia nampak lolipop kegemarannya... patutlah bagi biskut pun dia buang... kuat manis betul budak Dhia ni!

Dalam kereta, bercakap-cakap dengan Dhia bagi dia tak bosan... rasa lama juga la nak sampai ke KK tapi sampai la akhirnya kan... parking agak jauh, so berpayung la kami anak beranak dalam panas terik tu ke KK... melampau tau dorang ni tutup pintu tak bagi masuk selagi belum pukul 2 petang... geram jek hati!

Bila dah dapat masuk, ambil nombor giliran, agak awal tapi nombor tak naik-naik juga... ni satu lagi yang aku tak gemar bila bagi nombor tapi panggilnya langkau-langkau... didahulukan orang kawasan katanya even datang lambat tapi dorang yang siap dulu... kesabaran sangat-sangat... Dhia dah merata-rata berlari, tak larat nak kejar dah...

dekat 2 jam baru kena panggil... time tu Dhia dah start meragam... tak nak duduk diam la... nak main sana, cuit situ sini... nurse pula suruh aku jawab soalan yang dalam buku Dhia tu... manalah aku dapat concentrate dengan nak jaga Dhia lagi... bila habis jawab, tengok-tengok semua aku jawab YA! dah nurse kena review balik dekat soalan yang tricky yang dorang nak monitor tu... HUHU...

Lepas tu masuk ke bilik suntikan pula... Dhia boleh pula nak pergi main dengan segala macam jarum, ubat, suis yang dia nampak... weh buas betul anak aku ni...bila nurse suruh pangku, Dhia boleh gelak sebab dia tengok ramai orang dekat dengan dia macam nak bergurau... sekali jarum kena kat paha tu, mak aihhh... satu KK tu dengar suara anak dara Mr. Abe ni ha... umminya berpeluh-peluh nak pujuk... mencari kunci kereta pula tak jumpa dengan tangan sebelah lagi dukung Dhia yang taknak duduk dah lepas kena cucuk... habis aku punggah barang dalam beg baru jumpa... barulah berpayung semula balik ke kereta...

Dalam kereta, tenangkan Dhia dulu sampai dia dah tak ingat bab paha kena cucuk tadi... bila nampak dia dah start bermain semula, baru aku drive balik rumah...



masa menunggu KK buka





Pssttt: next checkup Dhia tahun depan pula... checkup untuk umur 2 tahun...

Thursday, August 13, 2015

Beg Tangan Murah Online


Rasanya semua orang pun tahu yang beg tangan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! 

HEHEHE...






Kenapa ye?

Ini kerana wanita di seluruh dunia dengan tidak mengira umur sangat obses dengan beg tangan. Setiap wanita pastinya akan cuba mendapatkan handbag kegemaran mereka mengikut cita rasa mereka dan semestinya hanya memilih yang terbaik untuk dibeli. Mereka menganggap beg tersebut adalah seperti satu investment buat mereka. Beg tangan yang berkualiti tinggi akan tahan lama dan boleh dipakai untuk bertahun-tahun lamanya dan ini adalah sejenis ‘idea pelaburan’ yang cukup bijak dan bagus serta menjimatkan wang anda.

Terdapat banyak pilihan beg tangan yang boleh didapati di luar sana. Antara jenis-jenis beg wanita ialah shoulder bags, tote bags, sling bags, wallet, purses, clutches dan backpacks. Handbag bukan sekadar digunakan sebagai aksesori yang melengkapkan penampilan wanita malah sebagai pelaburan yang cukup berguna.

Beg adalah antara item paling penting buat wanita kerana ianya bukan sekadar melengkapi persalinan anda namun turut memainkan peranan yang lebih penting iaitu digunakan untuk meletak barang-barang penting ketika keluar. Selain daripada itu handbag turut menggambarkan personaliti seseorang dan menyerlahkan cita rasa seseorang itu juga.

Selain terdapat banyak variasi rekaan yang berbeza, anda juga pasti sedar ianya datang dengan saiz, bentuk dan warna yang pelbagai bagi menepati cita rasa setiap wanita di luar sana. Terdapat banyak butik fesyen online atau website online shopping Malaysia di internet yang menawarkan beraneka pilihan handbag murah daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan. Tidak perlu risau tentang kualiti kerana mereka menyediakan handbag wanita murah yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi.

Kini dengan adanya kemudahan seperti itu, anda berpeluang untuk merasai mengalaman membeli-belah secara online yang menyeronokkan! Jadi apa tunggu lagi? Beli koleksi beg tangan murah online hari ini juga!

Tuesday, August 11, 2015

Homemade Ice-Cream

Mission accomplished!

Nak cuba buat ais-krim je tapi banyak betul halangan... especially from my daughter, Dhia Nur Syamsina tu la... HAHAHA!

Korang yang suka makan ais-krim tu, bolehlah cuba resipi yang diambil dari facebook... simple and easy gitu... tapi menjadi punya...

Apa yang korang perlukan?

susu sejat 1 tin

susu cair 4 sudu ( kalau sukat guna sudu mcd, guna 8 sudu... tapi kalau nak kurang pun boleh...)

ovalette 1 sudu

esen vanila 2 penutup penuh

gula 2 sudu (tak perlu kot sebab dah manis dengan susu)

Kalau ikut resipi kena mixer 20 minit tapi tak ada mixer kat rumah, guna je blender tu ha... tak pun kacau je guna pengacau... manual... baru la betul-betul handmade n homemade...

Kalau nak buat perisa coklat, blend sekali dengan serbuk koko ye korang...

Selamat mencuba!

Monday, May 18, 2015

Preloved novel untuk dijual separuh harga!




Dalam proses mengemas stor...preloved novel to let go... bagitahu kalau berminat!

Novel yang dibalut kulit:
√ Misteri Julia
√ Pergilah Sepi
√ Suara Hati
√ Sedetik Cinta
Kau Yang Satu Sold
√ Impian Kasih
√ Kabus Kasih
√ Air Mata Kasih
√ Badai Di Hati
Manisnya Cinta Sold
Sesuci Cinta Sold
√ Pasrah Kasih
√ Hati Seorang Wanita
√ Jendela Hati
√ Kasih Seimbas Pandang
√ Sleeping Beauty

Novel yang tak dibalut kulit:
√ Hati Yang Terusik
√ Cinta Pertama
√ Sehangat Asmara
√ Ombak Rindu

Saturday, May 16, 2015

Lelong novel terpakai untuk kosongkan stor

Siapa berminat dengan novel ni?

Hehehe... Nak let go dengan separuh harga dari harga asal... tak ada masa nak baca novel dah sekarang... nak buang sayang, so kalau ada orang beli, at least puas hati sebab ada next pemilik...

Keadaan fizikal novel masih tiptop, tak ada terlipat-lipat pun... Memang novel ni diterbitkan dengan kertas kekuningan cuma yang tepi-tepi tu dek dimamah hari... hihihi...

Harga: RM12.50 (tak termasuk postage)

Tuesday, May 12, 2015

110515: Dhia dah semakin pandai bermain gelongsor

Anak ummi dah semakin besar...

bermain gelongsor ketika berhenti rehat di R&R semasa otw balik ke KL

100515: Melawat Adik Sepupu di HUSM Kubang Kerian


Sepupu aku ni baru berumur 4 tahun kalau tak silap (boleh pula tak sure)... dia ddisahkan menghidap leukimia tahap 2... sekarang tengah menjalani rawatan di HUSM Kubang Kerian... semoga Nik Iman cepat sihat... kesian tengok dia macam bosan duduk di wad... menangis bila kami nak balik...

Kesian juga kepada anak-anak mak cik aku ni yang kat rumah sebab dah lama berjauhan dengan maknya... masa aku balik kampung ni, salah seorang demam sebab rindu agaknya... sedih tapi apa yang aku mampu buat, tolong sekadarnya sahaja...





Pssttt: Sabar ye Mok Na, tak tertanggung rasa pengorbanan seorang ibu untuk menjaga anak yang sakit dan di masa yang sama berjauhan dengan anak-anak yang lain...

090515: Selamat Pengantin Baru Imot!

Bergambar dengan pengantin di Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak


Tahniah kawanku!

Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan
semoga cepat mendapat baby! 

HIHIHI



Thursday, May 7, 2015

030515: Kami di Zoo Negara






Pssttt: dari pagi sampai ke petang di zoo negara... balik dengan super headache... tidur sampai ke pagi baru lega rasa sakit kepala...


020515: Bawa Dhia mandi-mandi di Ulu Yam

anak manja ayah la katakan... 

cuti panjang 4 hari yang lepas kitorang tak balik kampung pun... nasib baiklah sebab memang dah agak jalan akan jem... lagipun aku memang dah plan dengan mama nak balik kampung pada minggu ni... alang-alang nak pergi kenduri kahwin kawan baik di grik, so terus jela balik kampung sekejap...

sabtu tu sepatutnya kami kena pergi kenduri kahwin saudara mr.abe tapi tak faham mr.abe cancel last minute sebab diajak kawan sekerja untuk pergi ulu yam, bermandi-manda... aku tak kisah pun sebab bukan aku yang kena menjawab, mr.abe sendiri... hahaha!

dhia sangat excited sejak dari rumah... macam tahu-tahu je nak main air... tapi bila sampai sana, dhia tidur pula... tapi tak lama la, lepas tu bangun terpinga-pinga sebab tiba-tiba ada dalam hutan kan... bagi makan kenyang-kenyang sikit, lepas tu bawa dhia masuk air...

happy bukan kepalang lagi... baru masukkan kaki dalam air, dah mengekek... sejuk kot... then masukkan lagi sampai tenggelam badan... suka betul... konon nak ajar berenang, tapi ummi dhia sendiri tak reti berenang... so ala-ala jela... hehehe...

bila dah rasa lapar semula, naik makan... then masuk air lagi... sampai dah kecut-kecut jari tangan dan kaki dhia, dah menggigil sejuk... barulah naik dan tukarkan baju dhia... tapi masa tu pun dah hampir nak balik baru naiknya...






Pssttt: apa-apa pun, seronok bila dapat tengok anak gembira kan?

Wednesday, April 29, 2015

Selfish Parking!






Pssttt: siaplah satria neo ngan 'x ingat' malam kang... pembalasan!

Tuesday, April 21, 2015

Dhia nak promote Pakej Kad Imbas (^_^)


Nampak tak betapa khusyuknya Dhia Nur Syamsina dengan kad imbas
yang pelbagai warna tu? Ummi panggil pun dah tak layan sebab
tengah asyik sangat kan... Agaknya Dhia tengah berfikir kenapa
bila belek kad imbas sebelah tu nampak warna lain, belek sebelah 
lagi satu, eh warna lain pula... KIKIKI...

Biarpun Dhia belum pandai bercakap (baru setahun) tapi sebagai ummi
Dhia, Shida berasa sangat bersyukur bila anak menunjukkan perkembangan
pembelajaran yang positif dan cergas dari hari ke hari.

Ibu bapa yang inginkan anak-anak yang sebaya dengan Dhia supaya cepat belajar
tapi dalam masa yang sama dapat bermain, bolehlah cuba perkenalkan
PAKEJ KAD IMBAS ini. 











Kenapa PAKEJ KAD IMBAS ini berbaloi untuk anda dan anak-anak anda?

(1) Dapat 3 jenis kad imbas iaitu:
    > kad imbas abjad/huruf kecil (a sehingga z) + bentuk asas
    > kad imbas nombor (1 sehingga 20)
    > kad imbas jawi/hijaiyah (alif sehingga ya)
(2) Percuma Buku Mewarna Upin-Ipin
(3) Berwarna-warni pada setiap permukaan kad imbas
(4) Kepingan kad imbas yang tebal dan tidak mudah koyak walaupun anak anda suka gigit/makan (macam Dhia sebab ingat makanan kot)
(4) Saiz kad imbas tidak terlalu kecil mahupun besar memudahkan anak anda untuk pegang
(5) Anak-anak tidak akan berebut kerana ada pilihan untuk belajar menggunakan kad imbas yang mana dahulu (kalau ada lebih dari seorang anak)
(6) Lebih jimat berbanding beli 3 jenis kad imbas ini secara 
    berasingan





Berapa harga PAKEJ KAD IMBAS?

Berpatutan!

Hanya RM32.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)





Anda tunggu apa lagi? 
Jom beli dengan Shida (^_^)

Friday, April 17, 2015

150415: Kena saman parking plop!

Baru balik dari klinik dan dapat MC, so mr.abe ajak pergi makan sebab dah hampir tengahari belum makan... jadinya kami singgah la di TSB Sg Buloh. Pusing-pusing tak tahu nak makan katne, sekali decided ke Old Town White Coffee...

Mula-mula mr.abe ajak makan kat luar je sebab katanya senang nak tengok kalau ada MBSA yang datang menyaman tapi sebab rasa hot sangat cuacanya, ajak makan kat dalam juga... sedap-sedap makan terkejut sebab mr.abe bangun tiba-tiba meluru keluar... adehhh... menyaman dah...

Pasrah je aku ni... terus je sambung makan... then mr.abe kembali dengan bengang sambil membebel lagi... KIKIKI... lantaklah malas nak fikir... bila tengok saman, hanya perlu bayar rm10 kalau dibayar dalam masa 24 jam... ape lagi, terus jela gi bayar kan... geram pulak rasa even rm10, boleh buat duit makan tu... HUHU...





Pssttt: ok, stop membebel kat blog... esok birthday mr.abe...

Monday, March 16, 2015

150315: Happy 27 to me (^_^)

Alhamdulillah... masih diberi kesihatan tubuh badan sepanjang 27 tahun ni...
No birthday party untuk aku yang dah bergelar ummi kepada dhia... cuma more to self reward... hihi... bermula dengan spa session on 14/03/2015, then on special date 15/03/2015... bermalasan depan tv, shopping, makan-makan, bawa dhia jalan-jalan kat mall... then akhiri dengan movie date with hubby...

Monday, March 9, 2015

070315: Birthday Party untuk Dhia The Explorer


alhamdulillah... lega dah selesai birthday party untuk anakku dhia yang dah setahun umurnya... ummi dan ayah sayang dhia, so buatkan party yang simple untuk dhia sempena dah masuk angka tahun, takde guna bulan dah kan... hihihi...

preparation mengambil masa agak lama sebab buat serba sedikit di malam hari lebih kurang 2 minggu sebelumnya... siang bekerja, jadi malam je ada masa... then kemuncak preparation ialah jumaat malam then berterusan sampai majlis selesai... jumaat malam dapat tidur pukul 5 pagi sebab sibuk duk bakar kek dan gantung decoration dan belon-belon... bangun pagi terus continue memasak... nasib baik ada mama yang menolong, kalau tak macam tak siap pula makanan... hahaha...

excited sungguh dhia sampaikan tak nak tidur pagi macam biasa lepas mandikan dia, bermain je keje... then bila rumah dah open, dah start meragam... terpaksa tiup lilin awal sikit sebab risau dhia tidur then tak sempat nak tiup kek dora dia tu... nasib dah ada yang datang awal, so bolehla tiup lilin... umminya yang tolong tiupkan... hahaha...

banyak kali cuba tidurkan dhia tapi tak juga tidur... last sekali biar je dhia bermain sebab umminya dah busy melayan tetamu... dhia pun tak segan menempek kat orang, manja-manja pula... hadoiii... seronok tengok dhia happy sebab ramai orang yang raikan birthday dia... dapat banyak hadiah dan duit poket pula tu... untunglah dhia... ummi dan ayah pun tumpang happy juga...

sepatutnya party dari pukul 2 sampai 6 petang je tapi drag sampai ke malam sebab ada saudara yang terpaksa datang lewat disebabkan kerja siangnya... pukul 10 lebih baru dapat tutup pintu rumah, kikiki...





Pssttt: bila dah baring, sangatlah malas nak bangun... tapi terpaksa bangun untuk mandi juga lepas tidurkan birthday girl... ummi dah bau masyem...

060315: My Birthday Girl

Happy birthday anakku Dhia Nur Syamsina

Sunday, February 22, 2015

190215: Riadah Keluarga Kecil Abe

Alhamdulillah diberi kesihatan tubuh badan untuk menjaga sesama sendiri keluarga kecil kami...
Plan asal kami nak balik kampung sempena cuti raya cina... tapi dek kerana beberapa perkara, terpaksa batalkan... kesian dhia... huuu...
Dah satu rumah dhia ni menjelajah sampai dah rasa bosan agaknya... so ajak mr.abe untuk pergi taman... nasib baik mr.abe ok dengan cadangan aku tu... tak ada la sentap hati si isteri ni... hehe...
Dhia sangat happy dapat keluar dan beriadah... tambahan pula ummi dan ayah ada depan mata luang masa dengan dia... selalunya jumpa malam je... kesiannya anak aku bila fikir-fikir...

Monday, January 12, 2015

First day Dhia kat rumah pengasuh

10 bulan 6 hari umur anakku dhia... hari ni first day gi hantar dhia kat rumah pengasuh... padahal aku cuti arini... tapi sebab nak sesuaikan dhia ngan environment baru, cekalkan hati pergi hantar pagi tadi...

Kul 5.00 pagi dah bangun... layan dhia bermain kejap, then tidurkan dhia semula...

Lepas solat subuh, terus ke dapur siapkan bubur nasi untuk bekalkan dhia... barang-barang lain dah siapkan malam tadi... rasmi dah bekas makanan thermos dhia yang beli semalam... then risau anak lapar, bekalkan juga waffle dan biskut... air masak pun dah siap letak dalam bekas air dhia untuk senang minum... last sekali bekalkan air panas in case susu ebm yang aku bekalkan dah habis, boleh sambung dengan susu tepung pula...

Lepas je hantar dhia, terus balik rumah... perkara pertama, minum jus perawan dherbs... kemudian mengemas rumah... habis kemas, sambung memasak pula... siap memasak, baru mandi dan bercantik-cantik untuk suami... ececece...

Tengahari lepas siap lunch, sambung jemur kain kat ampaian... then menggosok baju-baju kerja aku dan mr.abe... lega bila habis gosok... bila mr.abe dah pergi kerja, baru dapat tarik nafas lega untuk bermalas-malasan... hehehe...

Sekarang? Tak tahu nak buat apa... tengok tv tak ada cerita best... baring-baring sambil tengok playtent si dhia ni jela...



Pssttt: ummi rindu dhia...