Showing posts with label anakku dhia. Show all posts
Showing posts with label anakku dhia. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

141217: Ummi & Kakak Dhia movie date

Ummi ambil cuti sebab Ibu Zura perlu cuti dek kerana dia nak pergi ambil result PT3 anak dia...jadinya ummi dah promise Mek Dhia untuk pergi tengok wayang... hahaha... boleh pula Ayah Dhia cakap tak boleh keluar sebab dia risau memandangkan ummi berdua je, nanti tak terkejar anak dara dia ni sebab tengah pregnant... adehhh...

Ummi tunggu keesokannya dan bertanya lagi... lama tunggu Mr. Abe reply wasap. Dah berpeluh sebab dah bersiap awal dah, confident sangat dapat keluar... lastly, wasap masuk and Mr.Abe reply "OK, tapi hati-hati..."

berjaya keluar berdua selepas dapat green light daripada Mr.Abe :)


Layan movie Ferdinand kat MBO Kepong Village Mall

Aktiviti ummi dan kakak Dhia:

[1] tengok wayang
[2] ummi makan sambil tengok kakak bermain
[3] shopping


Ummi cuba spend time untuk anak ummi ni sementara adik belum keluar... nanti adik dah ada, kita kuar bertiga pula untuk ummi-anak day out!

Monday, October 9, 2017

071017: Minum air gula perisa oren :)


Hari Sabtu yang lepas, pagi-pagi dah bersiap gerak Mek Dhia bangun sebab ummi nak kejar masa gi PMC untuk test air gula... beberapa hari sebelum tu dah call tanya kena buat appointment ke kalau nak minum air gula sebab checkup di KK tapi dek kekurangan cuti tahunan dah, kena buat test bukan hari bekerja... Nurse PMC kata tak perlu buat appointment boleh walk in terus tapi make sure puasa dari pukul 10 malam, then datang minum air gula tu pukul 8 pagi...

Jadinya sampai tepat2 pukul 8 pagi, register dan tunggu nurse panggil... sebelum minum air gula nurse ambil bacaan gula dalam darah dulu... so masa tu bacaan is 4.5, kiranya normal la untuk ibu mengandung bacaan gula dalam darah banyak tu time awal2 pagi belum makan apa2... then masuk bilik untuk minum air gula... dari pengalaman lepas nurse bagi air gula segelas kat KK, so imagine akan nampak segelas air le dalam bilik tu... tapi eh nampak warna oren... hahaha...

Nurse cakap minum air oren sebotol tu sampai habis tapi lepas tu sambung puasa...tapi air masak boleh minum katanya... so habiskan air masak segelas then ajak mek Dhia keluar dulu... kena datang semula lepas 2 jam... ingatkan nak teman Dhia makan dulu takut dia lapar tapi dia cakap xnak makan, nak gula-gula je... apemende la anak dara tu makan gula-gula time pagi... haha...

2 jam tu macam pendek sangat masa kalau nak balik rumah, so melilau jela pergi sana-sini... lepas 2 jam pergi semula ke PMC untuk test darah semula... debar juga takut bacaan 7 ke atas sebab dulu sangkut masa awal-awal lagi minum air gula... tengok dekat alat tu 6.1 je... so terus tanya bacaan ni kira ok ke tak? nurse kata ok lagi... so terus la hilang risau pasal nak kena pergi KK hari Isnin nya sebab nurse KK dah pesan kalau bacaan x cantik kena datang terus hari Isnin, kalau OK datang time next checkup je... fuhhh...

Rasanya nanti mesti kena minum air gula lagi sebab first pregnancy ada GDM, tapi hopefully tak sangkut juga la kan... teringat jari hari2 rasa sakit sebab jadi doktor duk cucuk 4 kali sehari selagi tak beranak... pastu ulang-alik ke hospital lagi selang-seli dengan checkup KK...

Alhamdulillah buat setakat ini... harapnya pregnant kali ni dipermudahkan urusan selain isu nak tukar KK je jadi masalah tak dapat-dapat... Mr.Abe dah bising suruh checkup kat PMC je, bersalin nanti je gi hospital kerajaan... Insyaallah kalau tak sangkut GDM ni bolehlah checkup kat PMC je, jimat cuti den!

Monday, September 25, 2017

220917-240917: Trip to Sabah Yillek!

Supposedly Jumaat lepas aku dan mek Dhia follow geng Daikin gi jalan-jalan ke Sabah tapi paksa-rela tak pergi disebabkan keadaan aku yang tak mengizinkan... kira hanguskan duit saje2 la... HAHAHA!

Dahla dah bagitau mek Dhia nanti nak bawak dia naik kapal terbang, dia pun dah excited la kan... alahai kesian bila ingat time bagitau tak jadi pergi, menangis air mata... siap marah ummi dia ni cakap jadi lah nak gi... kakak nak naik kapal terbang... hurmmm...

Terpaksalah sayang... bukan saja-saja ummi nak cancel burn duit beribu dah bayar semua sekali penginapan bagai... haishhh... takpe insyaallah tahun depan jadi... kalau tak ke Sabah, kita gi tempat lain asalkan dapat bawa mek Dhia tu merasa naik kapal terbang...

Monday, April 25, 2016

170416-180416: Celebrate Birthday Ayah Dhia kat Colmar Tropicale

17/04/2016...

Aku dah booking penginapan di Colmar Tropicale masa bulan Januari lagi... so dapatlah harga RM236 termasuk caj perkhidmatan dan GST semua tu... booking di Booking.com melalui TripAdvisor untuk bilik biasa termasuk breakfast.

Kami bergerak dari rumah dah nak dekat pukul 12 tengahari, konon nak gerak pagi-pagi sebab nak berjalan di sekitar Bukit Tinggi sebelum check in... konon ajelah macam selalu bila plan nak berjalan dengan mr.abe ni... tunggu dia bangun dah pukul berapa... haishhh... sampai sana pukul 12.30 macam tu sebab dekat je kan dengan KL... 

Kalau mengikut rules hotel, waktu check-in adalah pukul 3 petang dan check-out pukul 12 tengahari... tapi cuba nasib bertanya dengan receptionist kalau boleh check-in awal... katanya dia boleh buat registration check-in aku dulu, bila room dah ready, dia akan call... so lepas buat payment, kitorang jalan-jalan sekeliling dulu... dapatlah mr.abe bermain kat funfair sekejap dan layan Dhia naik kereta bunyi-bunyi kat arcade games tu... dalam pukul 1 camtu, dapat call dari reception bagitau dah boleh check-in sebab bilik kitorang dah ready...

Bergambar dulu sekeping dua dalam bilik lepas check-in... kami pilih bilik paling tinggi, tingkat 5!

Tiket bayaran masuk ke Bukit Tinggi RM26 orang tapi boleh claim semula sebab stay di sana... mini kek besday untuk Mr.Abe which is Red Velvet... nasib baik Mr.Abe suka... kami makan sambil tengok tv malamnya...

Ingatkan Dhia nak pilih kereta yang besar-besar, nak naik yang kecik comel ni je...

Bergambar kat laluan utama ke gate Colmar Tropicale

Di dalam Colmar Tropicale... ada rasa macam kat oversea tak?

Dhia dan Ummi keluar berjalan berdua sahaja sebab Ayah Dhia sakit kepala dan berehat kat bilik...

Dhia makan ais-krim rama-rama berharga RM3.20

Dhia dan swan putih

pusing-pusing fountain dan berlarian ala Bollywood...

Layan perasaan...

Ummi dan Dhia aje :P





18/04/2016...

Bangun dah pukul 7.45 pagi... cepat-cepat kejut Mr.Abe dan Dhia untuk bersiap dan turun breakfast... ingatkan tak nak mandi tapi fikir-fikir nak jalan-jalan sekitar Colmar Tropicale sekali lagi ambil udara pagi, terus tukar rancangan untuk mandi dulu... Dhia pun kena paksa untuk mandi dulu... tak adanya nak mandi pakai air panas bagai walaupun dah disediakan kat hotel tu, dah memang biasa mandi air sejuk, bukannya sejuk pun kat Bukit Tinggi tu...

Wefie Ummi dan Dhia sebelum breakfast!

Kami bersarapan di Le Blason yang menyediakan menu tempatan dan juga ala-ala French gitu...

Dhia nak naik kereta mainan bunyi-bunyi ni lagi... layankan ajelah ayah oiii... siap buatkan buih-buih mengiringi pergerakan kereta ala sedang terbang di awan tu... kikiki...

Ayah ajak tengok swan sebab petang semalam ayah tak join kami bergambar dengan swan...

Bergambar di depan replika rumah dwarf la kot ni... huhu

Dhia takut nak pergi dekat horse tu walaupun tak hidup... pelik kot dia tengok ada corak macam-macam

Main pistol buih... RM20 seketul ni... mahal... beli kat pasar malam dalam RM10 aje...

Nampak tak macam mana Dhia usung baby dia?

Dhia dah penat berjalan, ayah kena dukung :P

Jalan-jalan keliling...

Jalan siang OK, jalan malam tak mo aihhh...



Nampak lengang... maybe sebab ni hari Isnin... seronok!

Ambil gambar lagi depan gate utama

Balik bilik untuk bersiap sebelum check-out

Happy Birthday Ayah Dhia!!!

Kami singgah ke Japanese Village sebelum bergerak balik KL

Kesayangan Ummi kat belakang tu...


Dalam Japanese mini house...

Macam rumah mainan Dhia... suka betul...

Hilangkan penat memanjat bukit sebelum turun semula...

Babai Bukit Tinggi dan Japanese Village





Pssttt: Kami tak pergi pun tempat-tempat lain memandangkan percutian hujung minggu sahaja... masa banyak dihabiskan di hotel sahaja dan berehat... siap bawa bekal dari rumah sebab tak nak membazir beli makanan kat restoren kat situ... lalala...

Wednesday, April 6, 2016

300316: Movie Date Bertiga Dengan Tiket Wayang Percuma


250316: Dhia kena jangkitan kuman sebab demam lama sangat


Kesian anak ummi... sepanjang Dhia on off demam, hati seorang mak ni tak pernah rasa senang hati... buat kerja kat office pun tak selesa jadinya, asyik teringat kat anak je...

Habis je kerja hari Jumaat, terus bawa Dhia pergi KK Sungai Buloh... ambil darah... meraung satu KK suara Dhia saje... sedih benar hati ummi ni dengar Dhia nangis... tapi kena jugalah tahan kan sayang?

Habis semua orang ditunjuknya tangan dia yang kena cucuk tu... kelakar pula rasa... doktor cakap dah ada jangkitan kuman so kena ambil antibiotik... ha yela doctor, asalkan jangan masuk hospital sudah ler...

balik rumah memang kena paksa lah makan ubat tu...

Monday, March 21, 2016

200316: Tengok Zootopia kat MBO guna 2 x Birthday Free Movie Tickets

Wefie sebelum dan selepas balik dari menonton wayang di MBO Cinema kat Kepong Village Mall semalam...





Pssttt: Zootopia memang best! Dhia layan awal-awal dan 10 minit yang terakhir. Tengah-tengah dah ketiduran disebabkan kesan ubat batuk... haha!

Friday, March 18, 2016

060316: Sweet 2nd Dhia Nur Syamsina!

Preparation bermula sehari sebelum untuk siapkan kek pelangi untuk anak ummi yang seorang ni...

Ni rupa kek pelangi Dhia bila dah kena potong...


Ummi, ayah, nekma, dan ahli keluarga yang lain nyanyikan lagu birthday untuk Dhia :)


Potong kek!!!


Ummi suka bila anak ummi happy...


Ummi dan Dhia :)


Hadiah birthday daripada ummi, bawa Dhia pergi melawat baby Aunty Ima... namanya Ainul Qalesya 

Hadiah birthday daripada Ayah, bawa Dhia dan Ummi pergi makan McD kegemaran kami anak beranak :)





Pssttt: Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang sihat, solehah dan cerdik... aminnn...