Tuesday, December 19, 2017

141217: Ummi & Kakak Dhia movie date

Ummi ambil cuti sebab Ibu Zura perlu cuti dek kerana dia nak pergi ambil result PT3 anak dia...jadinya ummi dah promise Mek Dhia untuk pergi tengok wayang... hahaha... boleh pula Ayah Dhia cakap tak boleh keluar sebab dia risau memandangkan ummi berdua je, nanti tak terkejar anak dara dia ni sebab tengah pregnant... adehhh...

Ummi tunggu keesokannya dan bertanya lagi... lama tunggu Mr. Abe reply wasap. Dah berpeluh sebab dah bersiap awal dah, confident sangat dapat keluar... lastly, wasap masuk and Mr.Abe reply "OK, tapi hati-hati..."

berjaya keluar berdua selepas dapat green light daripada Mr.Abe :)


Layan movie Ferdinand kat MBO Kepong Village Mall

Aktiviti ummi dan kakak Dhia:

[1] tengok wayang
[2] ummi makan sambil tengok kakak bermain
[3] shopping


Ummi cuba spend time untuk anak ummi ni sementara adik belum keluar... nanti adik dah ada, kita kuar bertiga pula untuk ummi-anak day out!

Tuesday, December 12, 2017

101217: Baby mengidam nak makan steamboat BBQ :)

Dua orang makan habis RM70+- Mek Dhia free lagi sebab baru 3 tahun

Alhamdulillah... tertunai dah bab mengidam nak makan steamboat bbq dari minggu lepas... hahaha... mula-mula Mr.Abe cakap akan temankan makan tapi sebab ada geng yang boleh temankan, so Mr.Abe cakap dia bagi duit ajo la... dia pergi makan sekali buat rugi je katanya sebab dia tak minat steamboat... kikiki...

Terima kasih la kat bini sepupu ni, sanggup temankan mengade mak buyung ni... hahaha... yang penting 2 orang makan macam 4 orang makan, so puas hati!

Mek Dhia pula just layan aiskrim dan coklat ajela... takpelah, yang penting anak ummi pun happy juga :)

Overall, puas hati sebab boleh makan daging banyak-banyak... kebetulan pergi masa orang belum ramai, so senang hati nak memilih makanan... rasa macam 3 jam duk kat dalam kedai baru balik. Sesiapa yang belum cuba Restoran Sukee Sukii Stimbot & BBQ, boleh la cuba di TSB Sungai Buloh!