Wednesday, February 24, 2016

Kek Milo 3 Minit + Irfan Cocoa Goat

Banyak sangat ternampak menu di fb dan blog pasal kek milo 3 minit, jadinya aku pun nak cuba!!!
Semua ni gara-gara sekarang dah ada microwave oven yang aku beli di GoShop aritu la ni ha... gedix nak cuba masak yang simple dan tak makan masa yang lama...

Untuk resipi kek milo 3 minit Dhia:
● 4 sudu tepung gandum
● 4 sudu gula kastor
● 4 sudu milo
● 4 sudu minyak jagung
● 4 sudu Irfan Cocoa Goat (dah dibancuh)
● 1 penutup esen vanilla
● 1 biji telur
● 1 sudu kecil baking powder/soda bikarbonat

Caranya:
[1] Campurkan semua dan gaul rata
[2] Tuang dalam mangkuk/cawan
[3] Masukkan dalam microwave selama 3 minit dan set pada high level
Hasil selepas 3 minit?
Unbelievable!!! Rugi tak cuba...

Pssttt: makin bersemangat nak cuba resipi ringkas yang lain :)

No comments: