Thursday, July 10, 2014

Plan for your annual leave kata boss...

HOHOHO... duk tengok calendar yang company punya ni berulang-kali... ada balance cuti 11 hari lagi yang kena habiskan dalam tahun ni juga... bila ye nak apply? setiap bulan kena spend cuti untuk pergi klinik, checkup dhia... ada 5 hari la untuk checkup dhia sampai bulan 12 nanti... tapi macam banyak sangat nak guna 5 hari semata-mata untuk pergi klinik kan? dahla raya puasa tahun ni tak balik kelantan, so raya haji nak kena guna cuti untuk balik sana lagi...

perancangannya?

nak buat appointment checkup dhia sebelah petang... so boleh halfday je... untuk bulan 8,9,10,11,12... total cuti yang akan digunakan ialah 2.5 hari... half dari 5 hari yang akan dikorbankan kalau follow plan asalnya...

11 - 2.5 = 8.5 hari

raya haji jatuh pada hari ahad, jadinya isnin dah memang declare sebagai public holiday kan sebab ganti public holiday tu... jadinya nak kena guna 4 hari kat situ... 7,8,9,10 Oktober kena ambil cuti... raya puas-puas kat kampung, nak melawat saudara-saudara yang berlambak time tu la juga... HEHE...

8.5 - 4 = 4.5 hari

simpan untuk emergency leave... kalau tak ada emergency, habiskan pada bulan 12 la kot...





Pssttt: perancangan je...