Hehehe... baru nak update pengalaman hari ke-2 aku di Bandung... siapa yang belum baca pengalaman hari 1 di Bandung, boleh baca di sini ye...
Mari baca sambungan hari 2...
Dah terbiasa bangun pukul 6 pagi, kat sana pun terjaga pukul 6 pagi gak. Means pukul 5 pagi kat sana... HUHU... cuba sambung lagi tidur tapi akhirnya bangun juga... Buka tv and layan morning show apa ntah ha... seronok juga...
After bersiap, turun breakfast kat hotel punya restoren... Pilih jela makanan apa yang terasa macam menarik and boleh mengenyangkan...sebab plan nak makan lewat2 petang sikit... shopping and berjalan2 tu penting... HEHEHE...
Tangkuban Perahu:
Semasa pak tedi hantar kami ke hotel untuk check-in, dah janji nak gerak ke Tangkuban Perahu dalam pukul 8:30 pagi tapi terlewat sikit... 8:45 pagi baru kami bergerak dari perkarangan hotel menuju ke kawasan perlancongan femes kat Bandung tu. Adalah dalam sejam kot dari hotel kami tu. Fee masuk untuk seorang ialah Rph50,000... plus fee kenderaan Rph15,000 lagi. Kat sini musykil sikit sebab apa2 fee kenderaan, parking ke dah termasuk dalam duit bayaran pak supir. tapi kenapa kami juga yang kena bayar Rph15,000 tu ek? HUHU... xpela...
Yeahhh... sampai je kat atas, terus turun dan menikmati keindahan Tangkuban Perahu tu... lepas tu baru memulakan sesi bergambar... Ada pakcik dari Malaysia jugalah beria sungguh nak tolong kami ambilkan gambar. Kami OK aje...
Dah puas bergambar, shopping plak kat deretan gerai cenderahati... sangat merambangkan mata korang... nasib la hujan turun, at least membantutkan niat bershopping souvenir kat situ. Kalau tak mahunya kena kuarkan duit lagi dalam bank. HAHA...
Outlet di Jalan Riau, FOS, Heritage dsb:
Okeh! bila dah bercampur tajuk kecil tu maksudnya dah malas nak huraikan satu2... Inilah problem aku kalau nak update entri yang dah beberapa hari... kemalasan yang amat!
Semua tempat2 kat atas tu tempat shopping la... pilih and bayar ajelah ye... KIKIKI...
Paris Van Java:
Bandung juga dikenali dengan panggilan ni... tapi kalau kat sana, korang sebut nak pergi Paris Van Java, korang akan dibawa ke satu kawasan yang agak besar... shopping complex yang nampak macam sebijik2 kedai jenama terkenal... nama pun 'Paris' kat depan tu... HEHEHE...
Nak shopping ke? aku tak... tapi maran ada shopping something kat sini... takyah risau, sini boleh guna kad gores... KIKIKI...
Restoren Sangkuriang:
Kami makan malam agak awal... dahla tengahari sempat menyental lagi makanan semasa shopping kat Heritage. Kali ni makan nasi timbel plak. HAHA... time makan yang ini lah berlakunya tragedi mengira duit untuk dibayar... empat2 dah jadi blur mengira failed bila nak bayar ikut menu masing2 berdasarkan bil yang dibawa... Tapi memang kami gelak besar la bila ingat semula pengalaman tu.
Rumah Mode lagi la kami ni...
Cuaca hujan tak membantutkan keinginan kami untuk ke Rumah Mode lagi... but supprisely, kali kedua pergi pun aku tak shopping juga... maybe sangat2 penat dah... tengok je orang duk membeli-belah... pinggang aku dah terasa macam nak patah! nasib ada banyak kerusi2, boleh la duduk kan? Ngeee...
Indonesian Idol yang menggelikan hati dan perut...
HAHAHA... nak tapi pasal subtajuk ni, tengah menahan gelak... macam hari 1, malamnya kami di bilik aje... melayan televisyen channel indonesia... Dah selesa after mandi dan sebagainya, aku dengan maran lepak2 di sofa sambil menonton rancangan Indonesian Idol. Tak tahulah kot siri yang sebelumnya tak berapa best, tapi kena siri yang kami tengok tu memang menggelikan perut betul...
Yang sedih ada... tapi yang kelakar tu lebih banyak... yang buat kami pula yang malu pun ada tengok peserta2 tu tengah diuji bakat... hadoiii... kak has dengan kak azie masa tu tengah berspa, mesti tension dengar kitorang gelak sakan... sabar jela... HAHA...
Berkemas jangan sampai ada barang tertinggal...
Before tidur kitorang dah berkemas apa yang patut sebab keesokkan paginya terus nak check-out hotel... bukan sebab flight pagi tapi sebab nak sambung shopping di Pasar Baru, taknak la kelam kabut nak patah balik ke hotel semula...
Tunggu next entri pasal day 3 ye korang...
Pssttt: Tidur tak berapa nak lena sebab dah nak balik and duk fikir pasal duit cukup ke x untuk shopping hari terakhir... senget betul!
No comments:
Post a Comment