Tuesday, May 6, 2014

Pengalaman semasa bersalin...

kepada korang-korang yang belum baca kisah aku sebelum masuknya ke stage labour room ni, silalah baca pengalaman sakit perut sebelum bersalin...

sebelum sampai ke labour room, aku cuma rasa katil aku kena tolak je... then berhenti, nurse minta aku pindah ke katil dalam labour room... macam-macam bunyi la yang datang... dengar orang meneran kat bilik sebelah... tambah dengan nurse tengah siapkan peralatan yang patut... mulut aku tak habis-habis tanya mana hubby aku dekat nurse yang ada... katanya ada dekat luar, nanti bila aku dah nak bersalin dorang akan panggil... tapi aku memang dah nak bersalin rasanya, apalah salah panggil je terus...

dengar doc tanya soalan macam-macam kat aku... blur-blur nak menjawab dengan aku tengah sakit tu... ak patut betul dorang ni menanya soalan dalam keadaan pesakit dah nak bersalin kot... macamlah tak ada rekod yang dorang boleh refer, padahal soalan-soalan tu dah ditanya kat aku sebelum ni... bila dah habis kecoh-kecoh dorang buat kerja, eh tetiba senyap... aku tengok dorang macam relax je... tunggu apa lagi wahai nurse dan doc, bukan korang bawa aku ke labour room untuk bersalin ke?

then aku bagitau la dorang yang aku dah tak tahan, rasa nak teran sangat-sangat dah... bila dorang check dengarlah dorang cakap macam dah nampak rambut baby je ni... ha? kelam-kabut dorang pergi panggil doc yang pergi sambut kelahiran kat bilik lain... then nurse tu masuk ngan seorang sister, katanya doc kat bilik lain dulu... sister tu yang akan sambut katanya... aku tak kesah doc or sister, bagi aku lebih baik sister yang ada pengalaman dari doc baru yang baru nak berpengalaman...

dorang ada bagi instruction cara-cara nak teran, tapi macam dengar tak dengar... aku cuma ingat apa yang nenek aku ajar je... so itu la yang aku buat... bila contraction datang, tarik nafas dan teran, kepala angkat dan rapatkan ke arah perut masa meneran, jangan angkat punggung, tangan kekal pegang buku lali kaki... sekali teran dengar sister cakap dah nampak kepala baby... time tu juga my hubby masuk dan dia pergi ke tepi katil untuk bagi semangat... tapi tak hirau dah kat dia time tu, fokus aku nak keluarkan baby je cepat-cepat...

2 kali teran yang next tu baru keluar semuanya... time tu rasa macam satu perasaan lega yang amat sangat... tak termampu ucap apa-apa... nampak my hubby cakap "dah kuar baby kita yang..." tengok jam pukul 12.50 pagi... 6/3/2014...

dengar suara baby menangis... nurse datang tanya jantina baby apa, aku cakap perempuan... then lepas tu sister datang letakkan baby atas dada... rasa nak menangis pegang my baby time tu... terasa indah sangat moment tu... aku akan ingat sampai bila-bila... next baby pun aku nak moment yang tu datang camtu juga... lepas tu nurse ambil semula untuk cucikan baby dan buat apa yang patut sementara aku menjalani proses mengeluarkan uri, dijahit dan ditukarkan baju yang bersih... my hubby kena keluar semula tunggu kat luar, nanti nurse panggil untuk ambil uri je nanti...oh ye, dapat minum air milo secawan rasa macam dah lama gler tak minum air... thanks nurse tolong buatkan air...

bila uri dah selesai dikeluarkan, masa untuk dijahit pun tiba...tengah dijahit tu baby pun dibawa masuk untuk disusukan tapi dek aku belum siap dijahit, aku cuma dapat tengok jela dan pegang jari-jari halus my baby... kesian dia menangis nak susu... bila dah siap dan nurse keluar untuk bagi masa untuk aku berdua je dengan baby, baby merajuk la pula... dia taknak susu... so aku peluk jela dia yang tengah tidur tu... my hubby pun dapat masuk sekejap je untuk ambil uri, dah kena balik... tak boleh tunggu dah nurse cakap... kena datang esok la pula time waktu melawat...

sejam lepas tu, aku dibawa ke wad... bermulalah kisah aku sebagai seorang ummi malam tu walaupun badan masih sakit-sakit... ikutkan badan memang tak larat serba-serbi time tu tapi tengok ibu-ibu lain yang semacam aku juga menahan sakit but still kuat nak uruskan anak yang menangis malam-malam, aku pun dapat semangat tu juga...





Pssttt: as a woman, me must proud! HAHAHA!


No comments: