Wednesday, November 2, 2016

Berkepuk!

Assalamualaikum...

HAHAHA! HIHIHI! HUHUHU! HOHOHO!

Last entry yang aku post pasal adik aku kahwin, so dah lebih 6 bulan aku tak jenguk blog ni dan update something... banyak yang nak share tapi masa tak ada... bukan masa tu hilang tapi berlalu begitu saje... dengan busy kerja, urusan kat rumah... meeting sana projek due date yang itu yang ini...

Hasilnya, bisnes tengah slow dan kerja tak juga habis-habis... tapi masa untuk anak tetap ada... alhamdulillah kat situ :)

Insyaallah akan kuatkan jari ni nak menaip dan update sesuatu kat blog ni supaya benda-benda penting dalam life aku ni tercoret untuk tatapan masa hadapan...

Tata dulu...

Monday, May 16, 2016

140516: Adikku si Bear dah selamat bernikah...

bergambar selepas majlis akad nikah Bear & Bella

Aksi-aksi Dhia disamping CekSu Yaya dan Mak Uteh

Ayah Dhia + Ummi Dhia + Dhia

Mr. Abe bergambar bertiga dengan pengantin baru...

Monday, April 25, 2016

170416-180416: Celebrate Birthday Ayah Dhia kat Colmar Tropicale

17/04/2016...

Aku dah booking penginapan di Colmar Tropicale masa bulan Januari lagi... so dapatlah harga RM236 termasuk caj perkhidmatan dan GST semua tu... booking di Booking.com melalui TripAdvisor untuk bilik biasa termasuk breakfast.

Kami bergerak dari rumah dah nak dekat pukul 12 tengahari, konon nak gerak pagi-pagi sebab nak berjalan di sekitar Bukit Tinggi sebelum check in... konon ajelah macam selalu bila plan nak berjalan dengan mr.abe ni... tunggu dia bangun dah pukul berapa... haishhh... sampai sana pukul 12.30 macam tu sebab dekat je kan dengan KL... 

Kalau mengikut rules hotel, waktu check-in adalah pukul 3 petang dan check-out pukul 12 tengahari... tapi cuba nasib bertanya dengan receptionist kalau boleh check-in awal... katanya dia boleh buat registration check-in aku dulu, bila room dah ready, dia akan call... so lepas buat payment, kitorang jalan-jalan sekeliling dulu... dapatlah mr.abe bermain kat funfair sekejap dan layan Dhia naik kereta bunyi-bunyi kat arcade games tu... dalam pukul 1 camtu, dapat call dari reception bagitau dah boleh check-in sebab bilik kitorang dah ready...

Bergambar dulu sekeping dua dalam bilik lepas check-in... kami pilih bilik paling tinggi, tingkat 5!

Tiket bayaran masuk ke Bukit Tinggi RM26 orang tapi boleh claim semula sebab stay di sana... mini kek besday untuk Mr.Abe which is Red Velvet... nasib baik Mr.Abe suka... kami makan sambil tengok tv malamnya...

Ingatkan Dhia nak pilih kereta yang besar-besar, nak naik yang kecik comel ni je...

Bergambar kat laluan utama ke gate Colmar Tropicale

Di dalam Colmar Tropicale... ada rasa macam kat oversea tak?

Dhia dan Ummi keluar berjalan berdua sahaja sebab Ayah Dhia sakit kepala dan berehat kat bilik...

Dhia makan ais-krim rama-rama berharga RM3.20

Dhia dan swan putih

pusing-pusing fountain dan berlarian ala Bollywood...

Layan perasaan...

Ummi dan Dhia aje :P





18/04/2016...

Bangun dah pukul 7.45 pagi... cepat-cepat kejut Mr.Abe dan Dhia untuk bersiap dan turun breakfast... ingatkan tak nak mandi tapi fikir-fikir nak jalan-jalan sekitar Colmar Tropicale sekali lagi ambil udara pagi, terus tukar rancangan untuk mandi dulu... Dhia pun kena paksa untuk mandi dulu... tak adanya nak mandi pakai air panas bagai walaupun dah disediakan kat hotel tu, dah memang biasa mandi air sejuk, bukannya sejuk pun kat Bukit Tinggi tu...

Wefie Ummi dan Dhia sebelum breakfast!

Kami bersarapan di Le Blason yang menyediakan menu tempatan dan juga ala-ala French gitu...

Dhia nak naik kereta mainan bunyi-bunyi ni lagi... layankan ajelah ayah oiii... siap buatkan buih-buih mengiringi pergerakan kereta ala sedang terbang di awan tu... kikiki...

Ayah ajak tengok swan sebab petang semalam ayah tak join kami bergambar dengan swan...

Bergambar di depan replika rumah dwarf la kot ni... huhu

Dhia takut nak pergi dekat horse tu walaupun tak hidup... pelik kot dia tengok ada corak macam-macam

Main pistol buih... RM20 seketul ni... mahal... beli kat pasar malam dalam RM10 aje...

Nampak tak macam mana Dhia usung baby dia?

Dhia dah penat berjalan, ayah kena dukung :P

Jalan-jalan keliling...

Jalan siang OK, jalan malam tak mo aihhh...



Nampak lengang... maybe sebab ni hari Isnin... seronok!

Ambil gambar lagi depan gate utama

Balik bilik untuk bersiap sebelum check-out

Happy Birthday Ayah Dhia!!!

Kami singgah ke Japanese Village sebelum bergerak balik KL

Kesayangan Ummi kat belakang tu...


Dalam Japanese mini house...

Macam rumah mainan Dhia... suka betul...

Hilangkan penat memanjat bukit sebelum turun semula...

Babai Bukit Tinggi dan Japanese Village





Pssttt: Kami tak pergi pun tempat-tempat lain memandangkan percutian hujung minggu sahaja... masa banyak dihabiskan di hotel sahaja dan berehat... siap bawa bekal dari rumah sebab tak nak membazir beli makanan kat restoren kat situ... lalala...

Wednesday, April 6, 2016

300316: Movie Date Bertiga Dengan Tiket Wayang Percuma


250316: Dhia kena jangkitan kuman sebab demam lama sangat


Kesian anak ummi... sepanjang Dhia on off demam, hati seorang mak ni tak pernah rasa senang hati... buat kerja kat office pun tak selesa jadinya, asyik teringat kat anak je...

Habis je kerja hari Jumaat, terus bawa Dhia pergi KK Sungai Buloh... ambil darah... meraung satu KK suara Dhia saje... sedih benar hati ummi ni dengar Dhia nangis... tapi kena jugalah tahan kan sayang?

Habis semua orang ditunjuknya tangan dia yang kena cucuk tu... kelakar pula rasa... doktor cakap dah ada jangkitan kuman so kena ambil antibiotik... ha yela doctor, asalkan jangan masuk hospital sudah ler...

balik rumah memang kena paksa lah makan ubat tu...