Monday, March 21, 2016

200316: Tengok Zootopia kat MBO guna 2 x Birthday Free Movie Tickets

Wefie sebelum dan selepas balik dari menonton wayang di MBO Cinema kat Kepong Village Mall semalam...





Pssttt: Zootopia memang best! Dhia layan awal-awal dan 10 minit yang terakhir. Tengah-tengah dah ketiduran disebabkan kesan ubat batuk... haha!

150316: Sweet 28th Shida!

Hadiah daripada adikku Bear dan tunangnya

Friday, March 18, 2016

140316: Tak jadi balik KL?

Pendekkan cerita:

Alkisahnya dah siap bersalam dengan ahli keluarga dan bergerak balik... tapi baru setengah jam atas jalan raya, tak sedap hati sebab mr.abe kata kereta macam ada problem... so kami patah balik... nak bawa ke bengkel dulu tengok apa yang rosak, sekali mampus tengah jalan juga... nasib ler deka dengan kedai orang... fuh! terus telefon orang yang ada kat rumah untuk datang pickup sementara mr.abe bawa kereta pergi baiki...





Pssttt: pomen tak dapat siapkan hari yang sama, so terpaksalah kami balik keesokannya... aishhh... sabo ajela...

130316: Bekwoh Sepupu kat Kampung










Pssttt: Seronoknya tengok pelamin kat kampung... dapat pelamin cantik dengan harga yang super jimat! Jeles!

120316: Makan nasi minyak dekat Cameron Highlands...

Tahniah Pn. Zaza dan suami... first time dapat merasa makan nasi minyak dekat Cameron Highlands... kikiki...

Dhia jumpa kawan: Insyirah, Irdina dan Iman

Layan perasaan bak berada di obersi... hahaha!

Anak kesayangan Ummi dan Ayah :)





Pssttt: bergerak balik ke Jeli, Kelantan dalam pukul 4 petang untuk bekwoh sepupu keesokannya...

060316: Sweet 2nd Dhia Nur Syamsina!

Preparation bermula sehari sebelum untuk siapkan kek pelangi untuk anak ummi yang seorang ni...

Ni rupa kek pelangi Dhia bila dah kena potong...


Ummi, ayah, nekma, dan ahli keluarga yang lain nyanyikan lagu birthday untuk Dhia :)


Potong kek!!!


Ummi suka bila anak ummi happy...


Ummi dan Dhia :)


Hadiah birthday daripada ummi, bawa Dhia pergi melawat baby Aunty Ima... namanya Ainul Qalesya 

Hadiah birthday daripada Ayah, bawa Dhia dan Ummi pergi makan McD kegemaran kami anak beranak :)





Pssttt: Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang sihat, solehah dan cerdik... aminnn...


050316: Dhia layan Boboiboy The Movie

Dhia bergambar dengan CekSu Yaya, Mak Da dan Pak Tam selepas habis tengok Boboiboy The Movie di Brem Mall