Tuesday, March 23, 2010

Yang Terbaik Untuk Kita Sayang...



Pada satu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya, "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Dan macam mana nak kasih sayang tu kekal?"

Cikgu menjawab, "Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Bawa rumput tu ke kelas."

Apabila pelajar tersebut balik ke kelas, tiada rumput yang dibawa. Cikgu bertanya mengapa tiada rumput yang dipilih? Pelajar itu menjawab, "Tadi masa berjalan, saya cari rumput yang paling CANTIK. Memang banyak yang cantik tapi cikgu nak yang paling CANTIK. Jadi saya terus ke hujung padang tanpa menoleh. Jadi, tiada rumput yang dipetik kerana saya rasa rumput paling CANTIK ada di antara rumput yang di belakang saya." 

Cikgu menjawab, "Itulah jawapannya. Apabila kita telah berjumpa seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita harus hargai orang yang berada di hadapan kita sebaiknya. Jangan sekali-kali menoleh ke belakang untuk mencari yang terbaik. Ingat, orang yang kita sayang adalah yang TERBAIK."




Pssttt: someone give dis story to me...

No comments: