Sunday, February 26, 2012

Sepetang kami...

Ingatkan arini tak nak gi mana2, tapi sebaliknya pula. Hehe...


Kawan aku cik ime yang dah beberapa hari duk Di rumah sewanya di kepong keboringan... So dia datanglah rumah. Kami kuar la apa lagi...


Lunch di tesco kepong village mall kat manjalara tu. Oh ye, bawak si kecik penyebok, Alya... Kebetulan masa nak kuar dia bangun pula. Nak ikut la apa lagi. Setel makan, teman ime shopping barang keperluan dia, kami pun blah nak balik rumah. Aiyooo, xde sape kat rumah...


Kami pun kuar untuk kali kedua plak. Hehe. Saja bawak ime lepak di tasik biru kundang... Tengok orang sambil makan. Hoho, makan lagi...


Pssttt: before maghrib tadi hantar ime ke busstop damansara damai. Tunggu dia naik bas sebelum balik ke rumah semula...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25, 2012

Ziarah kematian dan ikan patin...

Yoshhh!!! Pagi tadi join group HR company aku gi ziarah kematian bapa staff. Di Kg Paya Pulai,Temerloh...


Dekat kul 8 pagi tadi, Kak wan datang jemput untuk gi tempat kerja kitorang. Sebab plan asal nak gerak dalam pukul 8.30 camtu ha... Tapi campur kami bersarapan, kul 9 camtu la kitorang baru gerak. Aku, Kak wan, abg kamal (driver), dengan 2 lagi staff. Naik kereta company...


Macam biasa Kak wan akan menceriakan suasana, tambah pula yang lain2 sporting. Hehehe... Rasa dilayan macam anak orang kaya sekejap. Hoho, perasan!


Kami sampai ke tempat dituju dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah... Semuanya dah selamat. Hampir sejam lebih kitorang kat situ, kami pun minta diri untuk beransur balik.


Hohoho... Jangan fikir kami terus balik, ada tempat yang dituju... Beli ikan patin!!! Temerloh kan femes ngan ikan patin. Semuanya beli kecuali aku. Nape? Sebab semua orang dalam rumah ni tak makan ikan patin kecuali abah.


Lepas siap membeli-belah, menemuramah dan sebagainya, kami menuju tempat makan plop!


Kedai makan pak usop! Yeahhh...ramai sungguh orang. Femes tempat tu, makanan pun sedap.


Aku? Tak pernah makan ikan patin. Tapi tadi aku cuba rasa sikit. Not bad rasanya. Terus aku beli seekor ikan masak gulai untuk abah. RM20...


Lepas makan kami terus balik. Hehe. Semuanya dah kekenyangan. Tapi sempat berhenti beli buah sebagai pencuci mulut.


Alhamdulillah. Aku sampai kat rumah dalam pukul 3 petang camtu la kot. Tak ingat sebab dah sakit kepala. Terus berehat...


Pssttt: abah belum balik ni. Hope abah suka ikan patin yang aku beli tu. Nanti aku panaskan. Tata uols...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Mission is ON!!!


huhu... wish me luck korang... seminggu... seminggu... seminggu je nak try... tengok mampu ke x mampu nak ber'diet' bab nasi ni. kahkah! kalau seminggu berjaya, nanti boley teruskan lagi...





Pssttt: hari pertama...

Friday, February 17, 2012

Kami makan mee rebus arini...

Hehehe... Time rehat hari jumaat la yang paling best... Sebab lama sikit rehatnya kan... So arini kitorang buat masak2 dan makan2 mee rebus...


Semalam lagi kami plan...collect seorang rm5... Tukang masak utama ialah kak wan... Kami masak di pantry... Hasilnya sangat memuaskan...


Tapi tadi aku masih sakit kepala hasil kebengangan aku kat seseorang semalam... Saborrr jela...




Pssttt: tak merasa spaghetti kak wan... Huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 14, 2012

Jom study!

Hukhuk... Rasa macam kembali ke zaman uni... Mengulangkaji pelajaran ooo... Bukan untuk exam tapi untuk presentation aku esok!


Actually minggu ni memang turn aku jela untuk buat presentation semasa morning assembly kat department aku ha...


Hohoho... Wish me luck korang...


Pssttt: presentation pagi tadi Alhamdulillah berjalan agak lancar walaupun kadang2 diselangi suara serak aku...Haha, gelak sendiri bila fikir semula...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

Besfren ada interbiu...

Hehehe... Balik kerja petang tadi terus gi jemput my besfren, ime kat ktm Sg buloh...


Ime ada interview kerja kat Kepong, so dia akan bermalam kat rumah...


Yeahhh... Dapat jumpa ime agi...


Sebelum balik rumah, kitorg gi makan kat ani sup utara kat damansara damai... Plus sembang2 la pe agi... Balik rumah pun sembang lagi...


Pssttt: ok, presentation sok xde prepare apa2...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

100212: CNY steamboat lunch!

Makan, makan, makan... Siapa tak suka kan? Free lak tu ha... Tapi x best la makan free saja, so tolonglah apa yang patut...




Pssttt: penat ooo nak prepare makan untuk ramai orang dalam masa yang singkat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 9, 2012

Blackstone Resort berhantu ek?


hehehe... saja2 check nuffnang aku ha... ni carian yang dicaptured nuffang ke blog aku bagi bulan lepas...

tahu kenapa aku nak share? "blackstone resort berhantu" sebabnya teringat pengalaman ke kuantan last year dengan akak2 tempat kerja aku... dan kitorang menginap di blackstone resort la...

hihi... dengarlah juga macam2 cerita pasal resort tu tapi ignore ajelah... tak sangka pula ada yang buat carian kat google... before ni tak terfikir pun aku nak cari kebenaran pasal tempat tu after aku sendiri mengalami gangguan semasa kat sana... seyes ni... lepas ni nak menginap kat mana2, aku nak googleING dolooo...

oh ye, entri pasal blackstone resort tu... klik sini ha...





Pssttt: no more vacation after this... last will be 1-3rd march, then concentrate pasal next plan pula...

Tuesday, February 7, 2012

060212: Abah dah 51 tahun...

Semalam birthday my abah yang ke-51 tahun. Alhamdulillah kami dapat sambut dengan buat makan2 kami sekeluarga je.


Masak2 dan goreng2... Kek disumbangkan oleh my adik, bear. Sebab dia tak bagi hadiah, kitorang je. Hehe...


Adik aku si Ada paling excited sebab dah siapkan satu kad birthday dan 2 lukisan. Teringat masa kecil2 dulu, ntah2 aku pun camtu kot. Da seminggu dia siapkan and hari2 tanya bila birthday abah, arini berapa haribulan...macam2 nak menjawabnya.


Apa2 pun semoga my abah masih diberi kesihatan tubuh badan untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada adik2 aku yang still sekolah.


Pssttt: Next birthday dalam family?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 5, 2012

Dinner kami berempat...

Huhu... Ayus ni memang suka wat adhoc perjumpaan kot. Jumpa kat jusco wangsa maju tapi gi makan kat keramat. Layan...


After makan lepak kat umah Ayus kejap sebelum bertolak balik ke rumah masing2.




Pssttt: jalan mrr2 jam sebab thaipusam kat batu caves. Hohoho...


Published with Blogger-droid v2.0.4