Friday, April 27, 2012

First time aku submit e-Filing kot...

Oh! tahukah bahawasanya semalam aku telahpun menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja kat Malaysia ni... mengemaskini e-Filing berdasarkan EA form untuk tahun 2011... KAHKAHKAH... seyes aku blur sangat... tapi aku isi and hantar jugalah memandangkan dah last minutes sangat dah... dah nak close. Aku isi submit semalam sebab risau hari ni aku terlupa...

After aku isi2 semua, oh ada terlebih bayar la tax aku... tunggu dorang masukkan la nanti... orang kata memang biasalah kalau terlebih bayar ni... Gitu ek? aku pun tak sure. EA form yang aku dapat tahun sebelumnya, aku tak ada update e-Filing pun, tak ada siapa2 ingatkan aku... HEHE... boleh gitu?

Aku tak tahu betul ke x isinya, kalau dapat panggilan dari LHDN nanti3, maknanya ada la tu yang salah or x kena kat mana-mana... No need to worry k Shida!





Pssttt: tengah tunggu turn nak masuk jumpa boss ni... ambil surat tet tet tet...


Thursday, April 26, 2012

Nak lari-lari ke jalan-jalan???

Korang, nampak gayanya tak jadi nak lari2 macam kat entri sebelum ni... sebab officemate aku juga, dia ada bagi cadangan lain untuk lari2 yang lagi pendek jaraknya and siap dapat hadiah untuk setiap participation lagi tu ha...

My boss dengan colleagues yang lain macam berminat. Oleh sebab ramai tak nak lari2 ni, so kitorang decide nak berjalan jek nanti... department walk gitu... HOHO... Nak join ke x ek? nantilah aku decide, sekarang ni jom usya apa yang ada!








Pssttt: kalau aku nak pergi putrajaya tu sorang2, memang tak lah... nak ajak siapa ek? hehehe...

Tuesday, April 24, 2012

Lama dah tak main lari-lari...

HUHUHU... semalam officemate yang paling muda merangkap adik bongsu kat department aku ni send satu invitation kat kitorang... ajak join lari2 Adidas King of the Road as a department run untuk memantapkan lagi teamwork sesama kitorang ni... wah gitu!

Arini our boss dah tanya if ada siapa2 dah register untuk event tu... HOHO!  boss macam support je idea ni... cayalah!

Korang2 pun kalau berminat boleh la join. Details as below:

Date: 09/09/2012 (Sunday)
Time: 6:45 AM
Venue: Sunway Pyramid, PJ

Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini...





Pssttt: if satu department sporting nak join, aku pun sporting gak nak join... HEHEHE...

Friday, April 20, 2012

Sharing hari ini: Discover 90/10 Principle



sekadar sharing yang aku rasa berguna untuk korang2 dalam menjalani kehidupan seharian... HEHE... key point ialah?



P.O.S.I.T.I.F





















Pssttt: sabar, rasional, bla3... banyak lagi sifat2 yang boleh dikaitkan dengan situasi kat atas kan?

Wednesday, April 18, 2012

180412: Sweet 25!

My dear Abe, selamat ulangtahun kelahiran yang ke-25 tahun...

Monday, April 16, 2012

110412: Layang-layang terputus talinya...


HAHAHA... mari main layang2 di waktu petang... aktiviti ni kami buat after selesai picnic... tambah seorang lagi ahli, dayah... dia datang after balik kerja...




after main layang-layang? hehehe... perut lapar dah ar...





Pssttt: dapat wedding invitation card dari ayus masa kitorang tengah lepak kat padang... happy for them!







110412: Old River pun boleylaaa...


the only girls yang join picnic ke Sungai Tua dekat dengan Ulu Yam itu ari, anjuran sendirian berhad punya, bebudak palapes ukm batch 29... kikiki... terasa kecomelan buat kami berdua... WAHAHAHA...




next ialah para perut2 boncet sekalian... HEHE...




makan times...




macam2 perangai dorang2 ni, tu la lama sangat tak jumpa dorang kan... ingatkan after picnic selesai, terus nak balik lah, rupanya ada plan sampingan lepas tu... layankan aje!





Pssttt: next, layang2 terputus talinya...














Sunday, April 15, 2012

140412: Penat tak? Penat ar...

HAHAHA! Aku rasa sangat2 penat semalam. Suppose ada satu program aje nak buat semalam iaitu berjumpa dengan someone untuk aku sign beberapa document berkenaan pembelian rumah.


rasa nak merajuk pun ada bila bangun2 je pagi dapat mesej dari si dia, tak dapat temankan aku pasal appointment tu sebab dia ada football match, start dari pagi sampai petang... huwaaa!!!


mood pagi dah hilang, xtau nak ajak siapa untuk tolong temankan. my friend, ime pun x dapat tolong temankan sebab dia kerja. dia dah cancel cuti sebab x jadi pergi kenduri our friend kat johor sana. oh ye, selamat pengantin baru ekin!


Tengah duk fikir nak ajak siapa, si dia minta aku datang tengok dia main bola. aduiii, kelemahan aku yang tak boleh disangkal2 agi, aku xtau jalan. even aku macam tau je katne tempatnya tapi tak yakin... teruk kan? Keyakinan tu penting tau!


mula2 ingat taknak pergi, nak pergi setelkan yang appointment aku tu je even xde sape teman pun, tapi gayanya macam dah ada yang merajuk... tak sampai hati sangat... HUHU...


aku pergi juga la... di padang angkasapuri lawannya... berpeluh2 mendukung si alya sebab kereta parking kat luar, kena berjalan sikit untuk sampai ke padang. korang boleh bayang tak, aku dengan my adik paling bongsu yang baru umur berapa tahun tu pergi tengok si dia main bola. confirm2 ramai ingat tu anak kitorang dah. HAHA... memang betul pun, ada yang fikir camtu. tapi tak kesah la, sweet plak rasanya. HEHE...


alya pun macam seronok je tengoknya, terus minta tukar appointment kat sana je. nasib baik tak ada masalah, dapatlah diselesaikan cepat. tak perlu nak pening kepala cari jalan ke tempat yang janji sebelumnya. bukan tak boleh guna gps, tapi gps ni kadang2 boleh buat aku lagi stress. HUHUHU... sabar jela...


ingatkan sikit yang perlu di sign, gler banyak kot... dari sign aku nampak kemas je, terus dah jadi macam cacing2 gayanya, buruk betul. tambah pula masa tu alya dah buat perangai, mengantuk... hadoiii, nasib ada si dia tolong jagakan sekejap.


dah selesai urusannya, aku terus bawak alya balik. tak dapat nak tunggu sampai game habis. tu pun dalam kereta aku dah cukup stress nak layan fiil si alya yang meragam nangis2. Dah tak larat nak pujuk, aku biarkan aje. tengok2 je dia dah tertidur... aman!


sampai je rumah, penat yang amat rasanya... boleh pula sampai tertidur, padahal ingat nak baring2 sekejap je nak hilangkan penat...


kepenatan aku tu tak menghalang niat untuk baca novel. yes! Dengan tekun even berlalu something yang dah merosakkan mood aku, still nekad tu nak habiskan. resultnya, pukul 4 pagi khatamlah sebuah lagi novel... aku hebat! dapat habiskan novel dalam satu malam je... riak ni... HAHA!


Pssttt: sakit2 badan bila bangun pagi tadi... mode hari ahad datang dah, kemalasan tahap maksima!


Published with Blogger-droid v2.0.4