Thursday, November 27, 2014

Dan-dan tayar bocor kan?

Hadoiii... baru terdetik nak gi buat allignment tayar minggu lepas, petang tadi tayar wugiey buat hal... bocor!

Esok baru gaji tapi sehari sebelum dah minta belanja? Kesabaran... nasib mr.abe tunjukkan kedai tayar secondhand, habis RM100 je lepas kawtim untuk 2 biji tayar...

Lega...

Esok lepas kerja plan nak pergi buat allignment and chamber tayar...

Pssttt: member mr.abe yang perasan kereta aku rosak ingatkan ada abang sadooo tolong tukar tayar... siap report tu... kikiki

Wednesday, November 19, 2014

Dhia kena demam campak rupanya :(

HUHU... rupa-rupanya on off demam selama dua minggu ni disebabkan dhia nak kena demam campak... semalam bila my sis, ayuni bagitau yang badan-badan dhia ada macam ruam merah, so terus google...

wah ceteknya pengetahuan aku sebagai ummi kepada dhia... terus ingat semula bila aku jadi hangin dengan peel dhia yang tiba-tiba asyik nak menangis, merengek-rengek... dari suka dengan air, jadi takut dan menangis macam kena pukul bila aku mandikan dia... badan dhia berasa bahang sangat bila demam, dengan selesema tak baik-baik... boleh pula aku ingat sebab nak tumbuh gigi la... sebab nak berjalan la... hadoiii... then 2 malam ni dhia macam meracau pastu tak boleh nak tidur...

bila aku dah tau simpton campak tu, semalam bila dhia meragam lagi, aku teringat ada bedak buatan thailand yang aku beli kat kampung aritu masa dhia dalam hari... aku campur dengan air jadikan macam bedak sejuk dan sapu ke seluruh badan dhia... aku pakaikan pampers je kat dhia, risau badan dia lagi gatal kalau pakaikan baju... alhamdulillah lepas tu dhia boleh tidur... ada juga terjaga semula bila kesan sejuk dari bedak tu dah hilang kot, so aku sapukan bedak tu lagi...

pagi tadi masa nak pergi kerja, dhia still tidur... plan petang ni lepas balik kerja, nak bawa dhia pergi kk untuk sure kan betul or tak dhia kena demam campak... if betul, nak belikan air kelapa muda untuk dhia minum and mandikan dhia... hopefully semua campak tu akan keluar habis dan sembuh dnegan cepat...





Pssttt: dengan aku sekali menangis bila tengok dhia menangis tak boleh tidur malam tadi... sambil mulut berdoa rasa gatal-gatal tu hilang atau berikan pada ummi dhia ni... Ya Allah, begitu sekali naluri keibuan yang Kau berikan pada hambaMu ini...

Wednesday, November 5, 2014

Mama call cakap Dhia demam... :(

Ya Allah... cepatlah masa... nak balik... tak senang duduk dah ni buat kerja... tengahari tadi mama call bagitahu dhia demam... then dengar suara dhia macam merengek... kesiannya...

semua ni salah aku la ni... pergi biarkan dhia tidur tak berbaju malam tadi... temperature macam panas malam tadi, so dhia macam selesa tidur tak berbaju... pula tu, dhia bangun berjaga pukul 3 pagi sampailah pukul 6 pagi baru tidur semula...

khamis... jumaat... ada dua hari lagi hari bekerja... cuti tinggal 2 hari je lagi yang belum apply... macam nak kena ambil emergency leave je rasanya kalau demam dhia tak kebah malam ni...

snap pagi tadi sebelum pergi kerja... kesian anakku :(





Pssttt: dah pesan dekat mr.abe untuk bawa dhia pergi klinik dulu petang ni...





Saturday, November 1, 2014

Sekeh dahi sendiri la...

6/11/2014 ni dhia dah masuk 8 bulan... cepat masa berlalu... dah makin besar pun dhia ni... ngan lajunya merangkak... tak terkejar...

What are you thinking shida? Ni la akibat kalau berfikir selepas benda dah berlaku kan? HUHU...

tak boleh bayang if diri ni pregnant sekali lagi... ngan dhia lagi...ngan dalam perut agi... tak terlayan rasanya...

berharap sangat kalau nak lekat untuk next baby ni, biarlah dhia masuk setahun dulu... setahun lebih ke kan... tapi kalau dah ditakdirkan Allah nak bagi adik cepat dekat dhia, aku terima juga... anak itu amanah Allah, rezeki Allah...



Pssttt: nebes plak rasanya!