Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Mama call cakap Dhia demam... :(

Ya Allah... cepatlah masa... nak balik... tak senang duduk dah ni buat kerja... tengahari tadi mama call bagitahu dhia demam... then dengar suara dhia macam merengek... kesiannya...

semua ni salah aku la ni... pergi biarkan dhia tidur tak berbaju malam tadi... temperature macam panas malam tadi, so dhia macam selesa tidur tak berbaju... pula tu, dhia bangun berjaga pukul 3 pagi sampailah pukul 6 pagi baru tidur semula...

khamis... jumaat... ada dua hari lagi hari bekerja... cuti tinggal 2 hari je lagi yang belum apply... macam nak kena ambil emergency leave je rasanya kalau demam dhia tak kebah malam ni...

snap pagi tadi sebelum pergi kerja... kesian anakku :(





Pssttt: dah pesan dekat mr.abe untuk bawa dhia pergi klinik dulu petang ni...





Tuesday, September 23, 2014

Dhia punya Aset (^_^)

wah gitu... even ummi dhia tak kaya, tapi tetap nak buat list aset untuk anaknya... HAHAHA!


  • tilam kekabu
  • bantal busuk dhia
  • breastfeeding pillow
  • stroller
  • baby carrier
  • electronic baby cradle
  • bouncer
  • walker
  • playgym
  • playtent
  • puzzle mat
  • double sided playmat
  • playyard
  • colourful balls
  • wooden bricks
  • teething toys
  • plush toy





Pssttt: updated on 23/9/2014

Wednesday, August 27, 2014

260814: Dhia tergolek jatuh tilam?

HAHAHA... sangat kelakar aku rasa malam tadi... dari mengandungkan dhia, sampailah dah bersalin, berpantang dan sekarang dhia dah nak masuk 6 bulan, kitorang tidur dekat living hall depan tv... dhia tak nak tidur atas katil dalam bilik, menangis... sebelum ni guna toto jek, last week gatal tangan gi beli tilam kekabu... macam empuk sangat la pula...

terjadilah kisah malam yang gelap dek lampu semua dah tutup, then tv pun dah off juga... dhia terjaga macam biasalah kan dekat-dekat mata aku ni nak lelap... dia meniarap je selalunya... tapi sekarang dah tambah dengan berguling-guling... tak lama lepas tu, gedebuk bunyi something jatuh... gagau-gagau tangan, eh mana anak aku? terus ambil phone then suluh... mak aihhh, nampak 2 biji mata tengah terkedu pandang aku dengan badan dia terbaring mengadap siling... anak aku tergolek!

aku pun macam terkedu... konon macam tunggu dhia meraung ke menangis sikit-sikit ke... tak ada pun... maybe terkejut jela kot kalau ada pun... baru aku ambil dhia dan dukung... baringkan semula atas tilam, pastu peluk dia... tanya sakit ke tak... KIKIKI... pastu dengar dhia macam bercakap-cakap ala baby semula... abbabababa... peluk lagi dhia sampai tak perasan bila entah aku tertidur...





Pssttt: lupa nak snap gamba dhia mata bulat dalam gelap tu... HAHAHA

Monday, May 19, 2014

090414: Cucuk 1 bulan Dhia...

lepas beberapa hari balik dari kampung, dapat call dari kk sg buloh bertanyakan butir-butiran kelahiran my baby... nurse tanya juga berpantang di mana, daftar kelahiran kat kk mana, ada nurse datang melawat ke tak masa dalam pantang, macam-macam lagi la... aku jawab la soalan-soalan nurse tu... then nurse bagitau boleh datang checkup kat sana untuk 1 bulan punya, lepas tu kena continue kat kk daerah yang sepatutnya seperti dalam alamat rumah aku...

tarikh: 09/04/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk sg buloh

pada tarikh tu pergilah aku ditemani mama untuk checkup dan cucuk 1 bulan dhia mengikut jadual imunisasi yang kkm keluarkan... so untuk 1 bulan punya suntikan hepatitis b dos 2... dos 1 dah diberi selepas lahir bersama-sama dengan bcg... meraung jugalah kejap si dhia tu kena cucuk kat paha, tapi tak lama pun... budak baik la katakan... asalkan pujuk dengan susu badan, settle kerja!


berjumpa dengan doc juga untuk review perkembangan dhia... alhamdulillah semua ok... cuma doc cakap lambatnya bcg dhia nak jadi, tak bernanah pun lagi... tapi doc cakap tak perlu risau, maybe lambat sikit kesannya dengan dhia... HUHU...

untuk next checkup, aku pergi buat appointment untuk follow up checkup dhia kat kk paya jaras je memandangkan lokasi lagi dekat berbanding kk kelana jaya tu...

tarikh: 14/05/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk paya jaras





Pssttt: masuk je kerja semula selepas 2 bulan bercuti, terus apply cuti untuk checkup dhia yang seterusnya...

Friday, May 9, 2014

080314: Masuk wad dek demam kuning

06/03/2014 - dhia lahir
07/03/2014 - dhia dah boleh balik rumah
08/03/2014 - dhia kena tahan di NICU sebab jaundis

baru je balik rumah, dah kena masuk wad semula... badan aku yang tengah sakit lagi tu ditahan-tahan je berulang-alik camtu... macam mana boleh tahu kena jaundis?

ceritanya begini...

masa dapat balik ke rumah pada 7 haribulan tu, cuaca memang panas semacam... rumah aku plak memang jenis tak ada aircond, so bila check suhu badan dhia pada 8 haribulan tengahari tu, macam tinggi... so assume demam... terus bawa pergi klinik untuk kepastian... bila doc check, dia cakap kena demam kuning ni... kena pergi hospital katanya sebab kalau kena jaundis dan demam, agak bahaya... memang nak terus pergi hospital tapi mr.abe cakap pergi kk dulu. if betul kena masuk wad, dorang akan buat refer letter, so tak adalah nak kena daftar dan ikut prosedur dan menunggu lama nanti... memang betul pun, kitorang dapat refer letter so boleh terus pergi bahagian separa kritikal di hospital sg buloh... bukan sebabkan jaundis tu tapi sebab demam...


masa kat rumah

bila sampai hospital

sebelum diletakkan bawah lampu biru

kena duduk bawah lampu tanpa berbaju... :(

benda alah ni lebih besar dari tangan dhia

kesian anak ummi...

dhia dah rasa sihat sikit... :)

tunggu masa nak balik rumah semula...

bila sampai sana, dah check serba-sedikit, dorang masukkan aku dan dhia ke nicu... dhia kena duduk bawah lampu dan kena inject antibiotik... kesian sangat tengok dhia menangis... baru 3 hari kot... memang naluri keibuan terserlah la tiba-tiba... even aku masa tu berjalan macam orang nak mati sebab belum berurut kan, perut pun dah bengkak sangat-sangat, tapi berusaha susukan dhia setiap 2 jam macam yang doc suruh... sekali lagi terasa kekuatan dari ibu-ibu yang senasib dengan aku...

akhirnya selepas 2 hari di nicu, kami dibenarkan balik tapi kena follow up di kk sampai kuning dhia betul-betul baik... dan episod berulang-alik ke kk pun bermula la... di samping tu, macam-macam cara dah aku cuba praktikkan untuk buat kuning dhia cepat hilang... oleh sebab pernah duduk bawah lampu biru, bacaan ujian darah mesti bawah dari kebiasaan baby yang kena kuning tapi tak duduk bawah lampu kata doc...

time balik ke kampung untuk bercukur dan akikah, kuning dhia masih ada dan sambung ubatkan dhia kat kampung pula sampai sembuh... alhamdulillah...





Pssttt: nanti kongsi pasal majlis cukur rambut dan akikah dhia pula...

Wednesday, May 7, 2014

060314: Dhia Nur Syamsina (^_^)

Baby of Noor Shahida Binti Mohd Said
06/03/2014
12:50 AM
3.40 kg
Hospital Sungai Buloh



Tuesday, May 6, 2014

Pengalaman semasa bersalin...

kepada korang-korang yang belum baca kisah aku sebelum masuknya ke stage labour room ni, silalah baca pengalaman sakit perut sebelum bersalin...

sebelum sampai ke labour room, aku cuma rasa katil aku kena tolak je... then berhenti, nurse minta aku pindah ke katil dalam labour room... macam-macam bunyi la yang datang... dengar orang meneran kat bilik sebelah... tambah dengan nurse tengah siapkan peralatan yang patut... mulut aku tak habis-habis tanya mana hubby aku dekat nurse yang ada... katanya ada dekat luar, nanti bila aku dah nak bersalin dorang akan panggil... tapi aku memang dah nak bersalin rasanya, apalah salah panggil je terus...

dengar doc tanya soalan macam-macam kat aku... blur-blur nak menjawab dengan aku tengah sakit tu... ak patut betul dorang ni menanya soalan dalam keadaan pesakit dah nak bersalin kot... macamlah tak ada rekod yang dorang boleh refer, padahal soalan-soalan tu dah ditanya kat aku sebelum ni... bila dah habis kecoh-kecoh dorang buat kerja, eh tetiba senyap... aku tengok dorang macam relax je... tunggu apa lagi wahai nurse dan doc, bukan korang bawa aku ke labour room untuk bersalin ke?

then aku bagitau la dorang yang aku dah tak tahan, rasa nak teran sangat-sangat dah... bila dorang check dengarlah dorang cakap macam dah nampak rambut baby je ni... ha? kelam-kabut dorang pergi panggil doc yang pergi sambut kelahiran kat bilik lain... then nurse tu masuk ngan seorang sister, katanya doc kat bilik lain dulu... sister tu yang akan sambut katanya... aku tak kesah doc or sister, bagi aku lebih baik sister yang ada pengalaman dari doc baru yang baru nak berpengalaman...

dorang ada bagi instruction cara-cara nak teran, tapi macam dengar tak dengar... aku cuma ingat apa yang nenek aku ajar je... so itu la yang aku buat... bila contraction datang, tarik nafas dan teran, kepala angkat dan rapatkan ke arah perut masa meneran, jangan angkat punggung, tangan kekal pegang buku lali kaki... sekali teran dengar sister cakap dah nampak kepala baby... time tu juga my hubby masuk dan dia pergi ke tepi katil untuk bagi semangat... tapi tak hirau dah kat dia time tu, fokus aku nak keluarkan baby je cepat-cepat...

2 kali teran yang next tu baru keluar semuanya... time tu rasa macam satu perasaan lega yang amat sangat... tak termampu ucap apa-apa... nampak my hubby cakap "dah kuar baby kita yang..." tengok jam pukul 12.50 pagi... 6/3/2014...

dengar suara baby menangis... nurse datang tanya jantina baby apa, aku cakap perempuan... then lepas tu sister datang letakkan baby atas dada... rasa nak menangis pegang my baby time tu... terasa indah sangat moment tu... aku akan ingat sampai bila-bila... next baby pun aku nak moment yang tu datang camtu juga... lepas tu nurse ambil semula untuk cucikan baby dan buat apa yang patut sementara aku menjalani proses mengeluarkan uri, dijahit dan ditukarkan baju yang bersih... my hubby kena keluar semula tunggu kat luar, nanti nurse panggil untuk ambil uri je nanti...oh ye, dapat minum air milo secawan rasa macam dah lama gler tak minum air... thanks nurse tolong buatkan air...

bila uri dah selesai dikeluarkan, masa untuk dijahit pun tiba...tengah dijahit tu baby pun dibawa masuk untuk disusukan tapi dek aku belum siap dijahit, aku cuma dapat tengok jela dan pegang jari-jari halus my baby... kesian dia menangis nak susu... bila dah siap dan nurse keluar untuk bagi masa untuk aku berdua je dengan baby, baby merajuk la pula... dia taknak susu... so aku peluk jela dia yang tengah tidur tu... my hubby pun dapat masuk sekejap je untuk ambil uri, dah kena balik... tak boleh tunggu dah nurse cakap... kena datang esok la pula time waktu melawat...

sejam lepas tu, aku dibawa ke wad... bermulalah kisah aku sebagai seorang ummi malam tu walaupun badan masih sakit-sakit... ikutkan badan memang tak larat serba-serbi time tu tapi tengok ibu-ibu lain yang semacam aku juga menahan sakit but still kuat nak uruskan anak yang menangis malam-malam, aku pun dapat semangat tu juga...





Pssttt: as a woman, me must proud! HAHAHA!


Monday, May 5, 2014

I'm back!

HEHE... after 2 bulan tepat yakni 60 hari dalam mode maternity leave, hari ni aku dah kembali menjejakkan kaki ke office tercinta aku ni... boleh pula hari ni general morning assembly untuk bulan 5, baru ingat nak menyorok sikit dah ramai yang tahu aku dah kembali bekerja... maknanya lepas ni bertimpa-timpa la panggilan telefon dari user untuk mengadu, merepot itu ini... HUHU!

tak tahu perli or what but my boss and a few people cakap aku KURUS!!! aku pakai girdle la wei... nak sorok perut yang tak berapa nak slim agi ni... KIKIKI...

kerja? emel? oh berlambak... buat satu persatu la kan... orang pun faham kita baru balik bekerja... 

rindunya kat dhia my gugurl... dengar dhia menangis tadi masa call hubby... dhia taknak minum susu dalam botol... pagi tadi sebelum aku keluar pun dia dh tunjuk muka comel ajak bercakap ngan dia macam selalu aku buat... pastu bila aku sua botol susu kat mulut, dia lelehkan semula susu... dia buat muka sedih minta susu badan, tak tahan tengok kecomelan anak, ummi dhia ni pun bagi la sekejap... tak tunggu sampai dhia betul-betul puas sebab dah lewat, so terus masukkan dhia dalam buaian... kesian sungguh anakku... :(

suppose aku kena ambil my adik dari sekolah petang ni sebab mama yang jaga dhia kat rumah kan... tapi tiba-tiba mama call cakap balik terus la lepas habis office hour sebab mama yang nak ambil dorang, lagipun mama nak ke kedai katanya... wah seronok... tak sabar nak jumpa dhia... sabar ye anakku sayang... kejap lagi ummi sampai...

hopefully dhia tak meragam dah esok-esok





Pssttt: oh ye, tengah cari mood untuk share pasal pengalaman bersalin dan berpantang... tunggu ye korang entri tu nanti...

Wednesday, February 26, 2014

Bila baby nak keluar ni?

38 minggu 4 hari...

HUHU... mr.abe setiap hari bagitau yang dia rasa makin tak sabar nak tengok baby keluar... nak peluk-peluk, nak gomol-gomol katanya... alahai, bukan ayahnya saja tak sabar, ummi dia pun sama ni... cuak, excited, tak sabar... semua rasa ada ni...

tambahan pula bila tergolong dalam gdm case, sangat risau makin lama baby kat dalam, makin besar dia nanti... last tahu berat baby dah nak 3kg, time tu baru masuk 8 bulan kalau tak silap... time tu juga last checkup kat hospital, so bila continue checkup kat klinik je, tak adalah doc kat klinik check dah berapa berat baby...

masih boleh datang kerja, adalah rasa sakit sikit-sikit... tapi tahankan aje la... cuma dah tak drive sendiri sekarang, my mama yang tolong hantarkan alang-alang dia kuar pagi untuk hantar adik-adik aku pergi sekolah... so tumpang sekali la... semalam terpaksa drive sendiri sebab bangun lambat, my mama tak boleh tunggu sebab sekolah kan masuk awal... tawakal jela time drive... tak bawa laju pun... memang agak tak selesa sebab rasa macam bagi tekanan kat perut... nasib baby tak meragam kat dalam... cuma kaki je terasa macam nak cramp...

hari-hari kat office lepas buat kerja sikit, sibuk menggoogle macam-macam pasal kandungan... baca blog-blog lain untuk tahu pengalaman dorang especially time nak bersalin... seronok, seram semua adalah... kadang-kadang tak boleh nak gambar pun macam yang dorang describe tu sebab belum rasa lagi...

contraction? tak tahulah aku dah merasa ke belum even false contraction ke tak kan... pengalaman pertama la katakan... semua macam blur-blur je lagi...

apa tanda-tanda yang aku ada rasa sekarang?

yang paling banyak aku rasa ialah perut asyik mengeras... malam lagi kerap... sakit la juga kadang-kadang tu kan... pastu asyik ulang-alik masuk toilet sebab nak buang air kecil... kerap juga rasa macam nak membuang tapi bila bertapa kat toilet, tak nak la pula... KIKIKI... memang stress... nak meneran takut, kang lain jadinya... bontot kalau dah duduk, pastu nak bangun... hadoiii... memang menguji ketahanan mental sungguh rasanya... sakit yang amat... siap boleh dengar tulang-tulang bontot aku setiap kali gagah nak berdiri... pinggang pun sakit-sakit... kaki bengkak tak payah cakap la, kadang-kadang jalan macam penguin... rasa satu badan dah macam bengkak-bengkak...

banyak lagi la kalau bab nak mengadu ni kan... tahan sendiri jela... nak mengadu lebih-lebih dengan mr.abe tak dapat, dia cepat panik... pastu mula la dia tak boleh buat kerja... aku pula yang naik serabut nanti... so baik diam je... time nak tidur jela manja-manja sikit mengadu sakit situ sakit sini... minta tolong urutkan belakang... usap perut tak nak bagi rasa gatal... tidur nak berbantalkan lengan la... macam-macam la time tu... pastu bila terjaga pagi, dah menjauh perginya aku dari dia, panas punya pasal... tak nak dekat dengan mr.abe sebab dia boleh siap berselimut ha musim-musim panas camni... HAHAHA...





Pssttt: still mengharap dapat bersalin sebelum due date... tak nak kena induce...

Monday, February 24, 2014

38 minggu 2 hari...

wah seksanya penantian... hari-hari duk tunggu apa la tanda-tanda yang jadi akt aku supaya ada reason nak ke hospital... KIKIKI... rasa tak sabar dah nak tengok my baby keluar... tapi bila terfikir suasana kat dewan bersalin aritu, adoiii... seriau pun ada... cuak tak payah cakap la kan, dah macam-macam benda aku cuba buat supaya tak terfikir sangat... tapi bila datang sakit perut kekadang tu, wah rasa nak menangis pun ada... yang datang kejap-kejap gitu pun terasa dah sakitnya, agak-agak bila nak dekat bersalin nanti, aku tak tahulah kesakitan tu tahap berapa dah... HUHU...

dek kerana diri aku ni kena gdm time mengandung, rasa macam nak deliver cepat-cepat... tak sanggup nak menyerah diri kat doktor if minggu depan pun belum ada tanda-tanda nak bersalin... doktor dah pesan, tak boleh lebih due date, nanti bahaya kat baby dalam perut... kena datang sehari sebelum due date... itu yang berharap sangat dapat bersalin sebelum due date sampai...

seram sungguh bila fikir-fikir... setiap jam kalau tak rasa baby gerak, aku dah cuak... duk panggil-panggil baby kat dalam perut ni... gosok-gosok perut... picit-picit la... tekan-tekan... semata-mata nak baby respons... bila perut rasa mengeras or berombak-ombak bila baby gerak, baru lega rasa hati... maksudnya dia ok kat dalam... selalu pesan kat baby, kalau rasa tak selesa dah, rasa nak keluar, tolonglah bagi isyarat kat ummi dia ni tanda-tanda yang jelas supaya ada reason yang kuat untuk aku pergi ke dewan bersalin hospital secepat mungkin... takkan la setiap kali rasa sakit sikit, terus nak pergi hospital kan, nanti doktor menyampah pula tengok muka... HAHAHA!

bila kat office, senang sikit nak kira pergerakan baby sebab pen ada je atas meja... rasa gerak je, tanda pukul berapa... bila dah cukup or lebih 10 kali dari masa baby patut gerak tu, senang hati la... tapi bila kat rumah, macam rajin pula nak pegang pen ngan kertas kan... so main agak-agak je... tu yang asyik tak senang hati... HUHU...





Pssttt: doakan semuanya selamat ye korang... takut... bila mengadu dengan mr.abe, asyik suruh relax-relax je... macam dia pula yang rasa semuanya... :P

Wednesday, February 12, 2014

110214: Loya di minggu 36 preggy...

semalam kandungan aku masuk 36 minggu 3 hari... tapi sejak beberapa hari kebelakangan ni, sakit kepala menjadi-jadi... pastu tekak dah loya semula... dah plan malamnya kalau bangun pagi rasa berat je kepala, nak ambil mc je...

so paginya bila bangun, kepala still rasa berat... maybe sebab tak cukup tidur sangat... beberapa jam je... bila dah terjaga pagi-pagi buta, dah tak boleh nak sambung tidur semula... bermasalah la gitu sebab akan bagi efek kat bacaan hemoglobin aku yang tak penah nak naik sampai 11 tau setiap kali checkup... sedih... doc asyik tegur je pasal Hb aku tu...

dah confirm nak mc, terus hantar mesej dekat officemate dan bos untuk update pasal ketidaksihatan aku tu... HEHE... lepas tu siap call my mama tolong belikan nasi untuk aku sarapan alang-alang mama keluar untuk hantar adik aku pergi sekolah kan... sebab terasa lapar gler tu... nak masak macam tak larat...

bila mama dah balik, aku ke rumah mama untuk bersarapan... nasib la sebelah rumah je... KIKIKI... habis sebungkus nasi lemak... rasa tak begitu selesa sangat tekak time tu... so mama suruh pergi mandi, nak bawa aku pergi klinik untuk ambil mc pula...

lepas siap sementara menunggu mama bersiap, aku minta adik aku si ayuni untuk tolong urutkn belakang sekejap sebab terasa tak selesa amat... angin banyak kot rasanya, jadi tak larat sangat...muka pun dah pucat mama cakap... tak sampai seminit dia tolong urutkan, mama yang tengah lalu-lalang depan kitorang yang duk sendawa... KIKIKI... maybe sebab angin dah keluar kot, macam kena tolak-tolak je nasi lemak yang aku makan sebelumnya tu... terus aku lari gi toilet la... tak sempat masuk toilet betul2, depan pintu toilet juga aku dah termuntah semua yang aku makan tu... kesian my mama sebab tolong cucikan muntah aku pula... hadoiii... itulah pengorbanan seorang ibu kan? tak berkira dengan anaknya...

sampai sekarang tak tahu lagi aku dah ada contraction ke tak... memang ada kadang-kadang rasa sakit sangat bila baby mengeras, tapi duk mengeluh macam tu jela... bajet bukan contraction kot... HEHE... then malam-malam semakin tak selesa untuk tidur, tak lena jadinya... asyik terjaga sebab nak kencing, membuang... kadang-kadang terjaga rasa basah-basah, tapi rasanya maybe disebabkan keputihan yang semakin menjadi-jadi jela kot...

tak sabar nak tunggu checkup minggu depan... if belum ditakdirkan bersalin awal la... nak tengok bacaan scan ok ke x... paling risau sekarang ni kalau ada leaking air ketuban jela kan... hope semuanya ok dah berjalan lancar terutamanya time nak bersalin nanti... sampai sekarang tak tahu bila nak start minum air selusuh tu... seingat yang nenek melur pesan, minum bila perut terasa sakit... maksudnya bila contraction la kan... aduh, bila tu...





Pssttt: maybe minggu depan bolehla start minum air selusuh kan? nak kena make sure mesti bersalin paling lewat on due date... if tak habislah aku kena czer paksaan nanti dek gdm punya pasal... HEHE...

Saturday, February 8, 2014

070214-080214: Doc Junior bikin hati cuak...

1cm? Biar betik doc ni... aku datang sebab kes lain, sekali yang tu dia dapat lepas menyeluk? Sakit ooo... ngilu rasa... terus rasa nak balik time tu juga sebab rasa belum ready nak bersalin... tapi dia tak bagi balik pula... alasan tunggu bos dia yakni doc senior datang check pula... keputihan tu memang ada and biasa katanya tambah-tambah lagi sebab aku ni kategori tag kuning... tapi leaking air ketuban tak sure pula sebab masa check tak ada katanya...aishhh...

rasa berlengas yang amat sebab terus ke hospital lepas habis waktu kerja... kalau aku tau punya lama nak tunggu, dah balik mandi semua dulu tau... pesakit ramai yqng datang dengan macam-macam hal, lepas tu doc tak cukup... beraya lagi ke apa dorang tu...

Dah masuk bahagian pac, kena menunggu... sambil menunggu tak tahu berapa banyak jeritan orang nak bersalin yang aku dengar... senyap-senyap berhenti menjerit, dengar suara baby nangis... senyum-senyum kitorang yang tengah menunggu ni... tumpang gembira... macam-macam gelagat la yang boleh nampak, ada yang relax, resah, menahan sakit... semua ada... siap habis berkenalan dan tanya masalah memasing dek penat menunggu...

Buat ctg... ok la kot, nurse dan doc berpuas hati je nampaknya... then kena masuk untuk diperiksa oleh doc junior... lepas tu diperiksa dengan doc senior... lepas tu tunggu surat discharge... ambil ubat kat farmasi... semua proses tu ambil masa berjam-jam... start masuk pac pukul 6 petang, balik dalam pukul 4 pagi... 10 jam? HEHEHE... memang menguji kesabaran mental beb...

Dapat balik juga ke rumah lepas dah confirm tak ada water leaking and bukaan macam yang doc junior cakap... lega yang amat... sebab mental memang tak ready lagi time tu... setiap kali dengar orang mengerang dengan meneran, damn cuak habis! Dalam kepala duk fikir camne la aku nanti... rasa nak nangis... teringat kat mr.abe yang tengah tunggu kat luar lagi... baby macam faham-faham je ummi dia ni yang belum ready time tu... KIKIKI...



Pssttt: baby bagi ummi nak makan kenduri kawan ummi dulu ye sayang... minggu depan je lagi... lepas dari tu memang ummi yang excited nak baby kuar cepat2...

Wednesday, February 5, 2014

KK Kelana Jaya la pula... Boleh tak nak KK Paya Jaras je?

pagi tadi pergi checkup pregnancy untuk week 35 kat kk sg buloh... giliran yang first, so kul 9 dah siap... alhamdulillah la, sampai office pukul 9.15... cepat pagi ni sikit...

tapi masa dalam bilik tengah ambil darah kat lengan, nurse tu bagitau pasal kes patient yang buat report kat kementerian pasal kk sg buloh punya perkhidmatan lembab dan crowded sampai minta nurse-nurse dekat situ berhenti kerja... bila check rekod, rupanya patient luar kawasan lebih ramai dari patient yang dalam lingkungan kawasan dorang... jadinya kk sg buloh dah buat decision untuk tak ambil lagi patient daerah lain kat situ untuk checkup...

sob3... kalau ikut alamat rumah, aku daerah petaling which is tergolong dalam kategori luar kawasan kk sg buloh... nurse bagitau disebabkan aku dah di akhir-akhir pregnancy, so dikecualikan sekejap untuk habiskan checkup dekat kk sg buloh je... tapi after dah deliver, kena lapor kelahiran baby dan checkup baby kat kk kelana jaya katanya... ha? kat ceruk mana pun aku tak tahu la... tapi yang pasni mesti sangat-sangat menyusahkan nanti...

tapi nurse tu ada cakap pasal kk paya jaras juga... cuma tak terang panjang lebar pasal tu... asyik bagitau pasal problem dorang dengan kk kelana jaya... HUHU... aku mengiyakan aje la... siapa tak panas hati kan bila ada orang complaint sampai macam tu sekali...

then dijadikan cerita, bila sampai office, aku pun membuat carian google dekat mana la letaknya kk kelana jaya tu... pastu baca blog-blog pengalaman bakal2 ibu yang checkup kat situ... wah banyaknya masalah dari apa yang aku baca tu... lagi lembab servisnya disebabkan ramai orang... camne ni?

google lagi kk daerah petaling... nampak kk paya jaras pun tersenarai dekat situ... jadinya macam nak kena tanya nurse lagi la bila next checkup nanti boleh tak kalau aku nak lapor kelahiran baby kat kk tu je... at least lebih dekat and aku tahu kat mana... pernah follow my mama masa checkup adik aku yang bongsu dulu...

ni belum bagitau kat mr.abe pasal ni... mesti dia bising... HEHEHE...





Pssttt: mr.abe cakap mata dia bengkak sebelah... alahai kesian... skodeng awek kat luar ler tu... KIKIKI :P

Wednesday, January 22, 2014

Sebelah cucuk ambil darah, sebelah lagi dos ke-2 kancing gigi...

lenguh tangan arini... nak angkat tangan pun rasa tak ada tenaga...tapi tetap datang kerja kot... ala... nak cuti... tak sabar tunggu rabu minggu depan, checkup akt hospital appintment pukul 10 pagi, so ada alasan kukuh nak minta MC... then direct cuti keesokannya sampai 3 feb sebab raya cina... seronok dapat cuti? seronok!!! HAHAHA...

bsp result semalam boleh tahan lagi la... 4.1, 5.3, 6.0, 6.6... tang malam hampir ke borderline juga ha... tengok result minggu depan pula macam mana... minta-minta tak ada yang hampir or lebih borderline... kalau tak memang doktor kat hospital tu paksa ambil insulin injection la nanti... takmo!!!

oleh sebab minggu depan checkup kat hospital, so doc akt kk kata tak payah scan la arini... dia tanya pergerakan baby ok ke tak... then vitamin ada lagi ke... sembang-sembang jela...





Pssttt: sedang makan limau raya cina... alahai manisnya...


Monday, January 20, 2014

Chinese Gender Predictor kata...

HEHEHE... saja-saja mencuba predict baby gender guna chinese gender predictor...scan dengan doc aritu katanya girl, tapi sekali jela... tak ada try tanya doc lain dah pastu... yang ini aku dapat girl ngan boy... HAHA! tengoklah keluar nanti yang mana betul...

rupanya kalau ikut chinese month, umur aku dah 27 ye? itu kalau aku pilih predict gender baby guna due date la... tapi kalau aku pilih ikut conception date, umur aku 26 pula... yang penting makin tua dari umur sekarang... KIKIKI... tapi tak faham apsal result tak sama antara guna calculation based on conception date dengan due date tu... due date memang akan dapat 1 tarikh jela based on calculation dari tarikh first period last kan... so result baby is boy... tapi conception date maybe tak sure bila ovulasi yang betulnya berlaku, aku cuba sebarang tarikh dari awal sampai akhir bulan Jun ( first day last period 1/6/2013), tetap dapat result baby is girl...KIKIKI...

masa berkumpul dengan family mr.abe time menguruskan jenazah dan tahlil datuk saudara kat klang aritu pun macam-macam tekaan yang kitorang dapat... ada yang cakap akan dapat baby boy... baby girl... sebab tengok perut camtu camni, muka camtu camni... macam-macam orang tua ni kan... petua pelbagai...

mr.abe pula excited je muka bila ada yang sebut kitorang akan dapat baby boy... alahai kesiannya hubby aku ni... mengharap sangat dia nak baby boy untuk anak first... tapi aku sentiasa ingatkan jangan berharap sangat, nanti kecewa... kena terima apa je rezeki yang Allah dah tentukan untuk kami... :)



Predict Your Baby's Sex




Kalau kira mengikut conception date (aku ambil 2 weeks after first day of menstrual)...


The Chinese chart says you're having a girl!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 26 and the Chinese lunar month in which you conceived was May. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound



Kalau kira mengikut due date...


The Chinese chart says you're having a boy!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 27 and the Chinese lunar month in which you conceived was October. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound





Pssttt: boy ke girl, tetap anak ummi ngan ayah...

Wednesday, January 15, 2014

140114: Melawat si Piya

last jumpa anak saudara aku ni masa sebelum adik ipar aku berangkat ke australia... time tu piya kecil agi... sekarang dah besar dah... HIHIHI... oleh sebab adik ipar, mila dengan anaknya transit kat kl sementara suami dia selesaikan tugas kat germany, so aku dan mr.abe gunakan masa cuti semalam untuk pergi melawat dorang ni... alahai seronoknya nak tunggu our baby keluar... nanti piya ada cousin la... :)


maklong ngan paklong sayang piya...

aku ngan adik ipar ni sebaya...
dia kahwin awal seminggu dari kami, aku lekat pregnant sebulan awal dari dia, tapi rezeki dia dulu jadi ibu...

kacau piya tidur, muka dah stress... hihi 



pandang cam sayang... maklong nak balik dah ni...

ala sedih... nak balik dah... ntah bila lagi dapat jumpa piya...





Pssttt: piya jangan lupa makan budu tau kat australia... hahaha

Monday, January 13, 2014

110114-120114: Dating bertiga dalam bas :)

HEHEHE... first time naik bas berdua dengan mr.abe... eh, tak berdua sangat la kan, macam bertiga je sebab baby kami asyik bergerak-gerak je sepanjang perjalanan dari KL ke Tanah Merah dan sebaliknya... maybe kurang selesa bila bas bergoyang-goyang, so dia pun buat aksi la kat dalam perut ummi dia ni... yang menahan rasa tentulah bakal ummi ni... layankan ajela si kecil dalam perut ni... :)

lenguh bontot tak payah cakap la kan even vip seat pun... kaki pun jadi bengkak berjam-jam duk dalam bas... penuh kesabaran demi menemani mr.abe untuk balik ke kampung sehari dua... kalau ikutkan hati tak kuasa memenatkan diri sebab isnin kerja lagi tapi berkorban sikit la untuk kesayangan hati...

sepanjang perjalanan hujan je memanjang... sampai pun dalam hujan... dan berterusan la hujan sampailah pagi ahad, hujan stop... tak hujan sampailah kami naik bas untuk balik ke KL dan sampai KL pagi tadi pun tak hujan... bukan main lagi ye... kitorang nak berjalan-jalan pun tak boleh dek hujan... HUHU... tapi sempat juga curi masa lari ke Jeli sekejap untuk tengok mek ngan tok ayoh aku dan mek mr.abe sebelum bergegas ke Tanah Merah semula untuk urusan havoc sangat tu dengan tok ayoh mr.abe...

balik ke kampung naik bas darul naim... balik ke kl pula naik bas perdana... next time ada lagi tak nak cuba bas yang lain? HOHOHO...
baby yang asyik tak duk diam dalam ni... :)

wah sembabnya mata... :P

mr.abe yang selalu control kemachoan tapi main candy crush pun boleh berperang... :P





Pssttt: bila tak tahu, curious sangat nak tahu... tapi bila dah tahu kebenaran yg memeritkan, rasa macam kalau aku tak tahu lagi baik!

Wednesday, January 8, 2014

Borderline...

Taknak ambil insulin lagi tak apa, saya boleh tutup mata untuk hari ni, tapi next appointment kalau camni juga, mesti ambil...no excuse...

Wah teringat ayat doctor masa checkup tadi... masih gerun tengok muka mr.abe masa pandang dia kat dalam bilik doctor tadi... lepas ni jangan mengada nak makan ikut suka ati, makan roti ngan biskut kering je... wah seyesnya muka dia... takut...

Lagi takut sebab dengar doc cerita kesan kalau gula aku still tak terkawal... klu baby besar sangat, kena operation... kalau baby tak cukup besar pun, maybe ada complication time bersalin normal... sebab katanya ibu yang ada gdm buatkan bahu baby agak besar, boleh sebabkan tersangkut time nak keluar katanya... bila tersangkut dah doc kena usaha keluarkan juga... boleh buat bahu baby jadi lemah... kalau tak bernasib baik boleh patah tulangnya... seram tak? Hurmmm...

Dari apa yang doc cakap, berat my baby sekarang 1.8 kg, still normal beratnya... alhamdulillah... ummi cuba kawal lagi diet ye baby... kesian kat baby nanti...

Result bsp lepas lunch semalam, 6.7... which is kat borderline... HUHU... next appointment kat hospital ialah 29/1/2014 ni... appointment kat kk plak 22/1/2014... usaha lagi shida... boleh punya kawal paras gula kan... seyes cuak!

Pssttt: pray for my baby... ummi sayang baby sangat...

Thursday, January 2, 2014

010114: Lenggang perut @ 30 weeks

1st entry untuk tahun 2014...

Selamat tahun baru 2014 untuk semua... azam tahun lepas dah tercapai ke? Ke sambung azam tu ke tahun ni pula? HEHE... Tak kisahlah kan, asalkan azam tu sesuatu yang positif untuk diri kita...

1/1/2014, my baby dah 30 minggu 3 hari dalam kandungan... aku gunakan kesempatan cuti kerja untuk melenggang perut... ni adat ye korang, tak nak buat pun tak apa... parent aku suruh juga buat sebab kandungan dah 7 bulan lebih... ada la google untuk tahu macam mana prosesnya, macam-macam juga pendapat orang pasal adat yang satu ni... curiga juga tapi bila aku tanya dengan nenek melur yang aku lantik sebagai mak bidan mengurut aku ni, tak adalah fully macam yang dulu-dulu dah... lega sikit...

Actually main reason buat lenggang perut ni untuk jamah perut bagi membetulkan kedudukan baby supaya senang untuk bersalin nanti... ada orang kata boleh tahu jantina baby dengan cara ni tapi nek melur kata sekarang kan dah ada scan, canggih lagi... HIHI... tak tahulah betul ke tak pasal boleh tahu jantina tu tapi aku tak adalah tanya, nek melur pun tak bagitahu apa-apa... cuma dia tanya dah tahu ke jantina? So aku bagitahu la apa yang doktor cakap...

Memang ada proses tarik kain batik yang dialas masa nek melur jamah perut tapi sehelai jela... tak adalah sampai 7 helai yang aku pernah baca tu... jimat dah kat situ, tak kena beli kain batik baru yang tak berjahit banyak sangat... KIKIKI... then ada juga nek melur lalukan buah kelapa muda dekat perut, sejuk-sejuk rasa sebab kulit kelapa tu kan agak licin teksturnya, tambah lak dah semalaman duk kat dapur... then nek melur cakap nanti minum la air kelapa tu... kongsi dengan mr.abe... baikkk... dah selesai masuk perut dah...

Nek melur ada buatkan air selusuh juga untuk aku... so nanti bila rasa sakit perut, bolehlah minum... nek melur juga cakap kalau belakang rasa sakit-sakit pun bolehlah disapukan sikit dengan air selusuh ni... faham nek melur... dah letak atas peti ais and maklumkan kat mr.abe supaya jangan diminum pula air tu... kang silap orang yang bersalin pula... HIHI...

Oh ya, sebelum nek melur jamah perut, dia buatkan air untuk mandi bunga... bunga-bunga aku beli kat minachi jual bunga kat tepi jalan... senang je nak cari bunga, cuma kena kuarkan duit la... kalau kat kampung boleh petik-petik je tepi rumah... mandi bunga ni bagus, boleh segarkan badan... tok ayah aku pun selalu suruh aku mandi bunga dengan limau purut, buat sendiri je katanya... mode macam kat spa la ha... HEHEHE... macam rajin sangat la kan nak amalkan selalu...

Time mr.abe nak hantar nek melur balik, kirimkan sekali pulut kuning yang mama buat untuk nek melur bagi pada anak yatim area rumah dia... then baki aku bagi kat jiran, sedara-dara terdekat je... simple-simple je...






Pssttt: menghitung hari la ni... 10 minggu je lagi, cepatnya masa kan?

Thursday, December 26, 2013

251213: Dating dengan Mr. Abe ditemani adik ipar :P

dah lama tak keluar dating dengan mr.abe... setakat keluar beli barnag dapur kat tesco setiap bulan tu rasanya tak consider sebagai dating la kan... HEHEHE... oleh sebab semalam cuti, dah bagitau awal-awal nak pergi tengok wayang... dah lama rasanya tak keluar tengok wayang... mr.abe ok je...

tiba-tiba pagi semalam, my mama in-law call mr.abe minta kami bawa adik bongsu dia jalan-jalan sebab ahad ni dia nak balik ke kelantan semula dah... dia datang sempena cuti sekolah dari last week untuk jumpa mama tapi mama pun busy sebab kerja kan, tak dapat nak teman dia sangat...

mula-mula mr.abe cakap gi tengok wayang dulu, pastu baru jemput adik dia datang rumah... tapi tengah otw nak pergi tengok wayang, tiba-tiba mr.abe cakap pergi ambil adik dia dulu la, pastu pergi tengok wayang sama-sama... at least ada juga aktiviti untuk dia dari terus bawa balik rumah je... aku setuju je, tak kisah mana-mana pun asalkan niat nak tengok wayang tercapai... macam mengidam la plak nak tengok wayang... HAHA!

dah pergi ambil adik dia kat cheras, alang-alang kami ke viva mall je... dahla mencari parking dah dekat sejam, bila naik nak beli tiket, ramai pula orang tengah beratur... aku faham sangat dah dengan mr.abe punya perangai, dia kurang sabar bab tunggu menunggu ni... so dia cakap cancel tengok wayang... jom gi lepak rumah c.su dia kat ampang... sedikit kecewa tapi still ada harapan la sebab masih awal kan... boleh pujuk lagi mr.abe nanti...

bila sampai depan rumah c.su, eh berkunci pula... tanya dengan jiran sebelah, katanya balik ke melaka... so melepak la dalam sejam kat rumah jiran tu... memang kami kenal la juga... dah puas sembang-sembang, mr.abe ajak balik rumah... dalam kereta, aku bagi cadangan untuk pergi tengok dekat tesco manjalara pula... lagipun nak beli beberapa barang keperluan... nasib baik mr.abe setuju... mula-mula dia macam taknak sebab katanya mesti ramai juga sebab cui christmas kan... aku cakap rasanya tak kot... kalau ramai pun orang datang shopping dalam tesco, tengok wayang tak ada la sangat...

HEHEHE... tekaan aku betul... so dapat tengok wayang sebelum bersalin... HAHA! padahal kat rumah pun dah macam hari-hari tengok wayang kot... my baby suka je... wah, macam tahu-tahu pula... kitorang tengok the hobbit sebab rasanya semalam last tayangan kot... separuh jugalah dari hall tu penuh, ingatkan dah tak ada orang nak tengok sebab semalam cerita baru jackie chan keluar kan... fully booked tu aku tengok tiket-tiketnya... takpelah, aku tunggu download jela cerita tu nanti...

even tengok wayang bertiga, eh berempat... dating tetap dating dengan mr.abe dalam wayang... bukan selalu dapat tengok mr.abe romantik... :P





Pssttt: balik rumah terus gi rumah mama, tanya ada lagi tak kari ayam yang mama buat tengahari tadi... teringin sebab tak sempat nak makan... nasib baik ada lagi... :)