Thursday, May 7, 2015
030515: Kami di Zoo Negara
Pssttt: dari pagi sampai ke petang di zoo negara... balik dengan super headache... tidur sampai ke pagi baru lega rasa sakit kepala...
Label
anakku dhia,
family,
holiday,
riadah,
sharing is caring,
weekend
020515: Bawa Dhia mandi-mandi di Ulu Yam
![]() |
anak manja ayah la katakan... |
cuti panjang 4 hari yang lepas kitorang tak balik kampung pun... nasib baiklah sebab memang dah agak jalan akan jem... lagipun aku memang dah plan dengan mama nak balik kampung pada minggu ni... alang-alang nak pergi kenduri kahwin kawan baik di grik, so terus jela balik kampung sekejap...
sabtu tu sepatutnya kami kena pergi kenduri kahwin saudara mr.abe tapi tak faham mr.abe cancel last minute sebab diajak kawan sekerja untuk pergi ulu yam, bermandi-manda... aku tak kisah pun sebab bukan aku yang kena menjawab, mr.abe sendiri... hahaha!
dhia sangat excited sejak dari rumah... macam tahu-tahu je nak main air... tapi bila sampai sana, dhia tidur pula... tapi tak lama la, lepas tu bangun terpinga-pinga sebab tiba-tiba ada dalam hutan kan... bagi makan kenyang-kenyang sikit, lepas tu bawa dhia masuk air...
happy bukan kepalang lagi... baru masukkan kaki dalam air, dah mengekek... sejuk kot... then masukkan lagi sampai tenggelam badan... suka betul... konon nak ajar berenang, tapi ummi dhia sendiri tak reti berenang... so ala-ala jela... hehehe...
bila dah rasa lapar semula, naik makan... then masuk air lagi... sampai dah kecut-kecut jari tangan dan kaki dhia, dah menggigil sejuk... barulah naik dan tukarkan baju dhia... tapi masa tu pun dah hampir nak balik baru naiknya...
Pssttt: apa-apa pun, seronok bila dapat tengok anak gembira kan?
Label
2015,
activities,
aku,
anakku dhia,
cuti,
family,
sharing is caring,
ummi-ayah,
weekend
Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, April 21, 2015
Dhia nak promote Pakej Kad Imbas (^_^)
Nampak tak betapa khusyuknya Dhia Nur Syamsina dengan kad imbas
yang pelbagai warna tu? Ummi panggil pun dah tak layan sebab
tengah asyik sangat kan... Agaknya Dhia tengah berfikir kenapa
bila belek kad imbas sebelah tu nampak warna lain, belek sebelah
lagi satu, eh warna lain pula... KIKIKI...
Biarpun Dhia belum pandai bercakap (baru setahun) tapi sebagai ummi
Dhia, Shida berasa sangat bersyukur bila anak menunjukkan perkembangan
pembelajaran yang positif dan cergas dari hari ke hari.
Ibu bapa yang inginkan anak-anak yang sebaya dengan Dhia supaya cepat belajar
tapi dalam masa yang sama dapat bermain, bolehlah cuba perkenalkan
PAKEJ KAD IMBAS ini.
Kenapa PAKEJ KAD IMBAS ini berbaloi untuk anda dan anak-anak anda?
(1) Dapat 3 jenis kad imbas iaitu:
> kad imbas abjad/huruf kecil (a sehingga z) + bentuk asas
> kad imbas nombor (1 sehingga 20)
> kad imbas jawi/hijaiyah (alif sehingga ya)
(2) Percuma Buku Mewarna Upin-Ipin
(3) Berwarna-warni pada setiap permukaan kad imbas
(4) Kepingan kad imbas yang tebal dan tidak mudah koyak walaupun anak anda suka gigit/makan (macam Dhia sebab ingat makanan kot)
(4) Saiz kad imbas tidak terlalu kecil mahupun besar memudahkan anak anda untuk pegang
(5) Anak-anak tidak akan berebut kerana ada pilihan untuk belajar menggunakan kad imbas yang mana dahulu (kalau ada lebih dari seorang anak)
(6) Lebih jimat berbanding beli 3 jenis kad imbas ini secara
berasingan
Berapa harga PAKEJ KAD IMBAS?
Berpatutan!
Hanya RM32.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)
Anda tunggu apa lagi?
Jom beli dengan Shida (^_^)
Label
anakku dhia,
bisnes,
dropship,
sharing is caring
Friday, April 17, 2015
150415: Kena saman parking plop!
Baru balik dari klinik dan dapat MC, so mr.abe ajak pergi makan sebab dah hampir tengahari belum makan... jadinya kami singgah la di TSB Sg Buloh. Pusing-pusing tak tahu nak makan katne, sekali decided ke Old Town White Coffee...
Mula-mula mr.abe ajak makan kat luar je sebab katanya senang nak tengok kalau ada MBSA yang datang menyaman tapi sebab rasa hot sangat cuacanya, ajak makan kat dalam juga... sedap-sedap makan terkejut sebab mr.abe bangun tiba-tiba meluru keluar... adehhh... menyaman dah...
Pasrah je aku ni... terus je sambung makan... then mr.abe kembali dengan bengang sambil membebel lagi... KIKIKI... lantaklah malas nak fikir... bila tengok saman, hanya perlu bayar rm10 kalau dibayar dalam masa 24 jam... ape lagi, terus jela gi bayar kan... geram pulak rasa even rm10, boleh buat duit makan tu... HUHU...
Pssttt: ok, stop membebel kat blog... esok birthday mr.abe...
Mula-mula mr.abe ajak makan kat luar je sebab katanya senang nak tengok kalau ada MBSA yang datang menyaman tapi sebab rasa hot sangat cuacanya, ajak makan kat dalam juga... sedap-sedap makan terkejut sebab mr.abe bangun tiba-tiba meluru keluar... adehhh... menyaman dah...
Pasrah je aku ni... terus je sambung makan... then mr.abe kembali dengan bengang sambil membebel lagi... KIKIKI... lantaklah malas nak fikir... bila tengok saman, hanya perlu bayar rm10 kalau dibayar dalam masa 24 jam... ape lagi, terus jela gi bayar kan... geram pulak rasa even rm10, boleh buat duit makan tu... HUHU...
Pssttt: ok, stop membebel kat blog... esok birthday mr.abe...
Label
2015,
aku,
kesihatan,
makanan,
suami isteri
Subscribe to:
Posts (Atom)