Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Friday, April 17, 2015

150415: Kena saman parking plop!

Baru balik dari klinik dan dapat MC, so mr.abe ajak pergi makan sebab dah hampir tengahari belum makan... jadinya kami singgah la di TSB Sg Buloh. Pusing-pusing tak tahu nak makan katne, sekali decided ke Old Town White Coffee...

Mula-mula mr.abe ajak makan kat luar je sebab katanya senang nak tengok kalau ada MBSA yang datang menyaman tapi sebab rasa hot sangat cuacanya, ajak makan kat dalam juga... sedap-sedap makan terkejut sebab mr.abe bangun tiba-tiba meluru keluar... adehhh... menyaman dah...

Pasrah je aku ni... terus je sambung makan... then mr.abe kembali dengan bengang sambil membebel lagi... KIKIKI... lantaklah malas nak fikir... bila tengok saman, hanya perlu bayar rm10 kalau dibayar dalam masa 24 jam... ape lagi, terus jela gi bayar kan... geram pulak rasa even rm10, boleh buat duit makan tu... HUHU...





Pssttt: ok, stop membebel kat blog... esok birthday mr.abe...

Monday, March 16, 2015

150315: Happy 27 to me (^_^)

Alhamdulillah... masih diberi kesihatan tubuh badan sepanjang 27 tahun ni...
No birthday party untuk aku yang dah bergelar ummi kepada dhia... cuma more to self reward... hihi... bermula dengan spa session on 14/03/2015, then on special date 15/03/2015... bermalasan depan tv, shopping, makan-makan, bawa dhia jalan-jalan kat mall... then akhiri dengan movie date with hubby...

Thursday, September 11, 2014

060914: Department Trip to Sg Chiling Waterfall

minggu yang memenatkan sekali lagi... minggu sebelumnya ke Gambang, which is family trip... semalam department trip pula... akhirnya berjaya juga kami buat aktiviti outdoor bersama-sama... actually officemate yang lain dah ber outdoor awal tahun aritu, paintball... tapi aku tak dapat join sebab dah memboyot... HAHAHA...

tinggalkan dhia dengan nekma dhia... time beraktiviti dengan officemate dan juga hubby tersayang...

sampai ke tempat pendaftaran dan hampir pukul 10 pagi... then segera melalukan pendakian merentasi sungai-sungai check point, sampailah ke puncak yang ada waterfall... kalori banyak dah yang terbakar, tapi banyak juga dikumpul semula selepas turun ke base... bbq time... paling seronok, aktiviti bagi makan ikan... and of course, menyeberang sungai...

sampai rumah dah hampir pukul 6 petang... sangat penat dan sakit badan-badan sebab dah lama tak buat aktiviti lasak orang kata... pukul 8 lebih dah totally hanyut dalam mimpi...

beberapa gambar kami... yang lain dalam simpanan sendiri...

kami dah sampai ke pintu masuk...

mr. & mrs. abe

we at sg. chiling waterfall

lamb chop bbq ooo...

auuu... rasa macam outing time weekend masa belajar dulu... 


daftar dulu... RM1

nasib baik tak hujan...


yehaaa!!!





Pssttt: seronok gler tengok ikan sekeliling... terpijak seekor masa mengharung sungai tapi still survive...

Wednesday, February 26, 2014

Bila baby nak keluar ni?

38 minggu 4 hari...

HUHU... mr.abe setiap hari bagitau yang dia rasa makin tak sabar nak tengok baby keluar... nak peluk-peluk, nak gomol-gomol katanya... alahai, bukan ayahnya saja tak sabar, ummi dia pun sama ni... cuak, excited, tak sabar... semua rasa ada ni...

tambahan pula bila tergolong dalam gdm case, sangat risau makin lama baby kat dalam, makin besar dia nanti... last tahu berat baby dah nak 3kg, time tu baru masuk 8 bulan kalau tak silap... time tu juga last checkup kat hospital, so bila continue checkup kat klinik je, tak adalah doc kat klinik check dah berapa berat baby...

masih boleh datang kerja, adalah rasa sakit sikit-sikit... tapi tahankan aje la... cuma dah tak drive sendiri sekarang, my mama yang tolong hantarkan alang-alang dia kuar pagi untuk hantar adik-adik aku pergi sekolah... so tumpang sekali la... semalam terpaksa drive sendiri sebab bangun lambat, my mama tak boleh tunggu sebab sekolah kan masuk awal... tawakal jela time drive... tak bawa laju pun... memang agak tak selesa sebab rasa macam bagi tekanan kat perut... nasib baby tak meragam kat dalam... cuma kaki je terasa macam nak cramp...

hari-hari kat office lepas buat kerja sikit, sibuk menggoogle macam-macam pasal kandungan... baca blog-blog lain untuk tahu pengalaman dorang especially time nak bersalin... seronok, seram semua adalah... kadang-kadang tak boleh nak gambar pun macam yang dorang describe tu sebab belum rasa lagi...

contraction? tak tahulah aku dah merasa ke belum even false contraction ke tak kan... pengalaman pertama la katakan... semua macam blur-blur je lagi...

apa tanda-tanda yang aku ada rasa sekarang?

yang paling banyak aku rasa ialah perut asyik mengeras... malam lagi kerap... sakit la juga kadang-kadang tu kan... pastu asyik ulang-alik masuk toilet sebab nak buang air kecil... kerap juga rasa macam nak membuang tapi bila bertapa kat toilet, tak nak la pula... KIKIKI... memang stress... nak meneran takut, kang lain jadinya... bontot kalau dah duduk, pastu nak bangun... hadoiii... memang menguji ketahanan mental sungguh rasanya... sakit yang amat... siap boleh dengar tulang-tulang bontot aku setiap kali gagah nak berdiri... pinggang pun sakit-sakit... kaki bengkak tak payah cakap la, kadang-kadang jalan macam penguin... rasa satu badan dah macam bengkak-bengkak...

banyak lagi la kalau bab nak mengadu ni kan... tahan sendiri jela... nak mengadu lebih-lebih dengan mr.abe tak dapat, dia cepat panik... pastu mula la dia tak boleh buat kerja... aku pula yang naik serabut nanti... so baik diam je... time nak tidur jela manja-manja sikit mengadu sakit situ sakit sini... minta tolong urutkan belakang... usap perut tak nak bagi rasa gatal... tidur nak berbantalkan lengan la... macam-macam la time tu... pastu bila terjaga pagi, dah menjauh perginya aku dari dia, panas punya pasal... tak nak dekat dengan mr.abe sebab dia boleh siap berselimut ha musim-musim panas camni... HAHAHA...





Pssttt: still mengharap dapat bersalin sebelum due date... tak nak kena induce...

Monday, February 17, 2014

150214: Selamat Pengantin Baru Ima...

tahniah buat kedua-dua kawanku, ima dan ajie di atas perkahwinan korang... ni antara gambar yang sempat di ambil...



2 2 ni tengah nebes... :P


ha salam tangah suami tu...

sarung cincin ke jari isteri...

sarung cincin ke jari suami...

2 orang yg depan bakal ibu... bagi aura kat pengantin baru ni... kikiki...

ima dengan kami...

nak meraikan 2 orang sebelah penagntin sebenarnya gambar ni...

kesian mama dengan adik-adik aku kena tunggu aku habis reunion dengan kawan-kawan...

ceh, boleh pula budak ni menyelit kat gambar kitorang tau...





Pssttt: selamat semuanya... yang penting aku nampak gemuk gler... HAHAHA! 37 weeks!





Wednesday, February 5, 2014

KK Kelana Jaya la pula... Boleh tak nak KK Paya Jaras je?

pagi tadi pergi checkup pregnancy untuk week 35 kat kk sg buloh... giliran yang first, so kul 9 dah siap... alhamdulillah la, sampai office pukul 9.15... cepat pagi ni sikit...

tapi masa dalam bilik tengah ambil darah kat lengan, nurse tu bagitau pasal kes patient yang buat report kat kementerian pasal kk sg buloh punya perkhidmatan lembab dan crowded sampai minta nurse-nurse dekat situ berhenti kerja... bila check rekod, rupanya patient luar kawasan lebih ramai dari patient yang dalam lingkungan kawasan dorang... jadinya kk sg buloh dah buat decision untuk tak ambil lagi patient daerah lain kat situ untuk checkup...

sob3... kalau ikut alamat rumah, aku daerah petaling which is tergolong dalam kategori luar kawasan kk sg buloh... nurse bagitau disebabkan aku dah di akhir-akhir pregnancy, so dikecualikan sekejap untuk habiskan checkup dekat kk sg buloh je... tapi after dah deliver, kena lapor kelahiran baby dan checkup baby kat kk kelana jaya katanya... ha? kat ceruk mana pun aku tak tahu la... tapi yang pasni mesti sangat-sangat menyusahkan nanti...

tapi nurse tu ada cakap pasal kk paya jaras juga... cuma tak terang panjang lebar pasal tu... asyik bagitau pasal problem dorang dengan kk kelana jaya... HUHU... aku mengiyakan aje la... siapa tak panas hati kan bila ada orang complaint sampai macam tu sekali...

then dijadikan cerita, bila sampai office, aku pun membuat carian google dekat mana la letaknya kk kelana jaya tu... pastu baca blog-blog pengalaman bakal2 ibu yang checkup kat situ... wah banyaknya masalah dari apa yang aku baca tu... lagi lembab servisnya disebabkan ramai orang... camne ni?

google lagi kk daerah petaling... nampak kk paya jaras pun tersenarai dekat situ... jadinya macam nak kena tanya nurse lagi la bila next checkup nanti boleh tak kalau aku nak lapor kelahiran baby kat kk tu je... at least lebih dekat and aku tahu kat mana... pernah follow my mama masa checkup adik aku yang bongsu dulu...

ni belum bagitau kat mr.abe pasal ni... mesti dia bising... HEHEHE...





Pssttt: mr.abe cakap mata dia bengkak sebelah... alahai kesian... skodeng awek kat luar ler tu... KIKIKI :P

Monday, January 20, 2014

Chinese Gender Predictor kata...

HEHEHE... saja-saja mencuba predict baby gender guna chinese gender predictor...scan dengan doc aritu katanya girl, tapi sekali jela... tak ada try tanya doc lain dah pastu... yang ini aku dapat girl ngan boy... HAHA! tengoklah keluar nanti yang mana betul...

rupanya kalau ikut chinese month, umur aku dah 27 ye? itu kalau aku pilih predict gender baby guna due date la... tapi kalau aku pilih ikut conception date, umur aku 26 pula... yang penting makin tua dari umur sekarang... KIKIKI... tapi tak faham apsal result tak sama antara guna calculation based on conception date dengan due date tu... due date memang akan dapat 1 tarikh jela based on calculation dari tarikh first period last kan... so result baby is boy... tapi conception date maybe tak sure bila ovulasi yang betulnya berlaku, aku cuba sebarang tarikh dari awal sampai akhir bulan Jun ( first day last period 1/6/2013), tetap dapat result baby is girl...KIKIKI...

masa berkumpul dengan family mr.abe time menguruskan jenazah dan tahlil datuk saudara kat klang aritu pun macam-macam tekaan yang kitorang dapat... ada yang cakap akan dapat baby boy... baby girl... sebab tengok perut camtu camni, muka camtu camni... macam-macam orang tua ni kan... petua pelbagai...

mr.abe pula excited je muka bila ada yang sebut kitorang akan dapat baby boy... alahai kesiannya hubby aku ni... mengharap sangat dia nak baby boy untuk anak first... tapi aku sentiasa ingatkan jangan berharap sangat, nanti kecewa... kena terima apa je rezeki yang Allah dah tentukan untuk kami... :)



Predict Your Baby's Sex




Kalau kira mengikut conception date (aku ambil 2 weeks after first day of menstrual)...


The Chinese chart says you're having a girl!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 26 and the Chinese lunar month in which you conceived was May. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound



Kalau kira mengikut due date...


The Chinese chart says you're having a boy!
We converted the dates for you: Your Chinese lunar age at pregnancy was 27 and the Chinese lunar month in which you conceived was October. Find the place on the chart where these values meet – it reveals your baby's sex!

Remember, this tool has a 50-50 chance of being right (and it's just for fun). If you're pregnant and really want to know whether you're having a boy or a girl, talk to your doctor about getting a mid-pregnancy ultrasound





Pssttt: boy ke girl, tetap anak ummi ngan ayah...

Thursday, December 5, 2013

041213: Gugurl katanya... :)

alhamdulillah... selepas masuk keluar macam-macam jenis klinik yang ada perkhidmatan ultrasound, sekali ke pmc juga ha untuk scan baby after excident beberapa hari lepas... pelik betul aku dengan klinik yang jelas-jelas tulis ada perkhidmatan ultrasound tapi bila tanya, tak ada la...waktu bekerja sajalah... malam nanti la... esok la... haishhh...

sebetulnya malam sebelumnya dah pergi ke pmc ni tapi nurse cakap scan sampai sebelum maghrib je... so aku datanglah semalam selepas kerja ditemani my mama... oleh sebab dah ada rekod kat pmc ni masa buat dnc gugur tahun lepas, nurse cakap scan dengan dr.marsha boleh ke sebab dr.zarul tak ada... aku cakap ok je... asalkan boleh scan bagi lega hati aku ni... even memang agak yakin baby tak ada apa-apa sebab baby bergerak aktif je...tapi lebih baik dapatkan kepastian doktor pakar kan...

tunggu tak adalah lama sangat, then dah kena panggil untuk jumpa doktor... doktor tanya la apa yang patut dan aku pun cerita pasal kemalangan tu... dr.marsha tanya lagi ada bleeding tak? perut terhentak ke tak? macam-macam lagi la... then nurse ambil tekanan darah segala bagai... doc tengok mata... katanya everything look just fine tapi lebih baik scan juga untuk kepastian... :)

bila scan memang nampak sangat baby tengah gerak-gerak... doc cakap lagi, saiz baby ok, berat pun dia sebut semalam tapi aku tak ingat berapa gram... HEHE... air ketuban cukup...kedudukan uri pun kat atas... kepala baby dekat bawah... KIKIKI... detail la dia explain... then aku tanya lagi boleh nampak ke jantina sebab belum tahu lagi... doc bagitau nampak macam gugurl ni... dia tunjuk bahagian paha baby... kalau girl akan nampak garis antara dua paha tu... kalau boy boleh nampak ada bulat kat tengah-tengah tu... HIHIHI... kelakar pula rasa time tu... tapi hati rasa senang sikit...

doc pesan kalau nak tahu ada problem ke tak dengan kandungan, akan terasa sakit perut macam orang nak bersalin dah... eh, mana lah aku tau sebab belum pernah bersalin lagi, ni first time nak rasa... HEHE... kalau tak rasa sakit kat perut, should be fine... tapi kalau ada rasa sakit tu, cepat-cepat pergi hospital katanya... baik doc!

mesej mr.abe bagitau dah selesai jumpa doc and scan baby... cepat je dia tanya dapat tahu ke anak lelaki ke perempuan? aku cakaplah perempuan... ada nada frust sikit mesej yang dia balas... HIHI... lebih kurang gini la maksudnya: tak kisah la girl pun, tak ada rezeki lagi nak dapat boy... nanti kena jaga elok-elok, jangan bagi terikut sangat dengan dunia sekarang... nak kena beli rotan letak kat rumah, kena jadi ayah yang tegas... HAHAHA... tergelak-gelak aku baca mesej tu... punyalah serius hubby aku ni ha...





Pssttt: time mr.abe balik rumah, aku dah tidur tapi tersedar masa dia usap-usap perut... ummi tahu ayah sayang baby... :)

Monday, July 8, 2013

060713: Rilex...jangan fikir sangat, buat macam biasa je...

masuk je bilik dr.anita, terus dia senyum dan tanya aku... aku cerita mengenai test kit yang aku dah buat 2 kali tu, then dia senyum aje... dia memang dah tau pasal miscarriage yang first tu, so dia dah tahu la serba sedikit. dia cakap, kalau dah 2 kali test sama je resultnya, betul la tu... kenapa nak buat upt test lagi... then bila aku cerita pasal kebimbangan aku, dia cakap dia faham... aku diberi pilihan nak buat upt test or dia scan je terus... oleh sebab mengikut perkiraan aku baru 5 minggu, aku cakap nak upt test je dulu... nak dapatkan confirmation pregnant from doctor... so bila buat upt test kat klinik pun, juga sama... positif 2 clear line! alhamdulillah betul la kan...

for the 3rd time I do the same test... 



dr.anita cakap relax2 je... jangan fikir sangat pasal kandungan yang sebelum ni... mungkin kali ni baru la rezeki untuk aku kan... dia juga bagitau, biasanya sepanjang pregnant, hanya 2 kali je buat scan... tapi kalau aku still nak buat scan banyak kali untuk puaskan hati, boleh datang bila-bila masa katanya...





Pssttt: terima kasih Allah... mr.abe sangat gembira... dia dah bagitau mama dan adik ipar aku tu... semalam mila call ucap tahniah... mekaseh... tengah tunggu anak saudara kuar je ni...

Tuesday, July 2, 2013

010713: 2 line kan?

ikut pengiraan, time ni 4 minggu 3 hari





Pssttt: masa buat pregnancy test ni, aku kat gold coast morib untuk short vacation + advanced 1 year wedding anniversary aku dengan mr.abe... :)

Monday, June 24, 2013

Berjerebu luar sana tu kan?

mesti ramai yang alami masalah pedih mata, sakit tekak, batuk-batuk, susah nak bernafas... banyak algi la yang seangkatan dengan simpton-simpton ni... semuanya sebab jerebu... dah macam musim pun jerebu ni, setahun sekali mesti ada... haishhh...

kelmarin bila bangun pagi, aku tengok kat luar macam berkabus pun ada... langit macam blur-blur... rupanya jerebu dah sampai ke kawasan aku dah... tapi tetap kena keluar sebab nak pergi riki kedai untuk beli baju raya... pastu basuh kereta dan vakum... last sekali beli lauk kat kedai aceh... sakit-sakit tekak aku ni even dah tahan tak bernafas sangat kan... gler cool sbb tahan-tahan nafas... penutup mulut malas beli, tu la jadinya... mata pun pedih je... bila dah balik rumah, terus tak nak keluar-keluar dah... tapi still dalam rumah tu boleh bau macam bau asap camtu ha... make sure minum air masak dalam kuantiti yang banyak ye korang... aku pun tengah cuba ni... tapi dari pagi tadi, sebotol pun belum habis... HEEEEE...

kelmarin gak my adik ipar sakit perut... dia rasa macam nak bersalin tapi bila pergi hospital, doktor cakap bukaan tak ada lagi... so dia cucuk painkiller je... kalau ikutkan due dia bulan depan, lebih kurang sebulan lagi la tarikhnya... tiba-tiba teringat kat pregnancy aku dulu... suppose due pun bulan 7 juga... HUHU... belum ada rezeki, Allah nak bagi peluang berhoneymoon lagi dengan mr.abe... KIKIKI...

sabtu? tak ada pergi mana rasanya... aku duduk kat rumah je layan program-program ka tv tu... dah puas tengok tv, aku tengok movie... batman collection... HEHE...

jumaat lepas balik kerja, pergi jemput mr.abe kat rumah, then ke kuang... makan steamboat bbq... makan la banyak-banyak, ada orang belanja kan... then seronok sebab tak payah masak... usya tayangan movie kat mbo, ada masa yang sesuai untuk kitorg tengok... so mr.abe ajak pergi tengok wayang la kan... kami tengok world war z... best3... seronok berdating dengan husband sendiri... :P





Pssttt: tak sabar nak tunggu ahad... nak pergi short honeymoon...

Thursday, June 6, 2013

010613: Selamat Pengantin Baru Emy & Dayah

dah selamat lagi 2 orang kawan aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka... oleh sebab dua-dua buat tarikh yang sama, jadinya dapat pergi 1 je majlis kerana masalah jarak yang jauh... so plannya pergi majlis yang di maran, pahang iaitu majlis emy@maran... minggu ni ingatnya nak ke majlis dayah pula yang sebelah lelaki di mersing, johor... masih dalam perbincangan memandangkan my abah kena masuk wad dah esok sebab tarikh operation bypass jantung adalah selasa nanti... dapat pergi or tak dapat pergi, hope kawanku faham la ye...



ini gambar kami masa di majlis maran...







Pssttt: kami suka ais-krim... arini nak beli ais-krim kacang lagi la...

Tuesday, May 7, 2013

060513: Mr. Abe happy dapat PS3 :)

HAHAHA... sabar ajelah my hubby tu... PS3 punya pasal, sanggup nak gi lowyat juga even tengah demam, selesema bagai...

alkisahnya, my bonus untuk last year punya dah masuk masa dia kat kampung. so, aku bagitau la dah boleh belikan dia ps3 yang dia nak sangat tu... so, ahad malam lepas mengundi, terus dia balik ke KL dengan bas. pagi sabtu tu, subuh-subuh dah menunggu bas mr.abe sampai kat putra... kesian, demam...selesema... sampai rumah dia terus sambung tidur...

paginya sikit, bila aku pun dah bangun siapkan sarapan, ajak dia makan sekali... tanya semula, nak pergi juga ke lowyat? sebab kan selangor cuti, so boleh pergi awal... kalau tak kena tunggu weekend la bila tak bekerja... dengan muka tak larat, dia cakap jom pergi... terus pergi mandi, then tunggu aku bersiap pula... tak jadi ajak epan sekali sebab masa mr.abe pergi rumah mama, katanya belum bangun lagi... pukul 11 pagi macam tu, kami bergerak... oleh sebab mr.abe asyik bersin jek, tak larat katanya... jadi aku lah yang kena drive...

sampai je kat lowyat, dah ok sikit condition mr.abe, terus kami pergi tanya kedai yang ada jual ps3 crack... mostly tak ada sebab keluaran terbaru ps3 semuanya dah tak boleh crack dorang kata... kalau ada yang jual ps3 lama, ada kedai yang boleh tolong crack... so kami melilau lagi, sampailah jumpa satu kedai ni... dia cakap dia still ada stock ps3 yang crack punya... kami pun apa lagi, terus la deal... beli external hard disk tambahan, then bagi kat dia untuk install game ikut list yang mr.abe dah bagi... katanya around pukul 6 siaplah... jadi kami cuba riki-riki harga kat kedai lain pula... ternyata keputusan untuk ambil kat kedai tadi yang paling terbaik... tempat lain ada juga bila kami dah tanya banyak kedai, tapi agak mahal katanya... lebih mahal dari harga yang kami dapat kat kedai tadi... aku bayar deposit, then selebihnya bila semuanya dah siap...

pergi la shopping baju sikit... tak banyak yang berkenan, kasut banyak la yang aku suka tapi sebab dah beli kat ou beberapa hari yang lepas, so tutup mata je... tak boleh membazir duit bonus ni, kot tiba-tiba ada emergency, boleh guna kan... dapat 2 helai baju je, itupun lepas dah mendapat kelulusan dari mr.abe... maklumlah, dia sangat cerewet... kalau yang dia tak berkenan, dia cakap jangan pakai tu maknanya janganlah pakai sampai bila-bila dah... HAHA!

dah puas jalan-jalan, makan-makan, mr.abe pun dah kembali lemah tak bermaya badannya... dia duduk je berehat sementara aku sambung melilau tengok gadget pula... seronok je tengok, tapi harganya pun seronok juga... kami pergi semula ke kedai ps3 tu untuk tengok dah siap ke belum... masih ada game yang tak habis download, so mr.abe sempat test bermain kat situ dulu...





Pssttt: mr.abe tak tidur malam tadi bermain ps3... kena marah la dengan aku kan? bese ni! macam budak-budak kaki games!

Saturday, May 4, 2013

010513: Iron Man 3

Heh! Baru nak update... Ni pun sebab boring gler dah xtau nak buat apa sorang-sorang kat umah ni... Tengah tunggu mesin basuh stop. KIKIKI...

Mr.abe dah blk ke kampung untuk mengundi dari hari rabu aritu... Dia naik bas malam, so sempat gi menghantar dia ditemani my mama sebab risau nak bawa kereta sorang malam-malam... Bas dahla pukul 9.30 kan... HUHU...

Oleh sebab 1 Mei adalah cuti umum, dah beli tiket awal-awal untuk tengok iron man 3 kat OU... Nak dijadikan cerita, kami stuck dalam jem lebih kurg sejam juga la... Lepas tu parking pula tak ada... Macam biasa, mr.abe sangat tak menyabar, marah-marah dah sebab asyik tak jumpa mana nak parking...

Bila mr.abe cakap nak turun parking kat bawah, terus minta dia drop aku kat pintu gsc... Jam pun dah nak ke waktu kami untuk tengok wayang... Pergi ke kaunter untuk ambil tiket yang dah dibeli tu, terus beratur untuk beli popcorn...

Orang sangatlah ramai... Cutilah katakan... Nasib mr.abe sampai cepat, kiranya masuk panggung tak perlu tengok iklan lama-lama la... Biasalah gsc kan... HEHE...

Keseluruhan cerita adalah best even awalnya agak slow sikit... Tapi bila sampai bahagian action, menarik... Siap orang boleh gelak-gelak lagi... So enjoy la... Siap kena berlari pergi toilet kejap sebab minum air banyak sangat... Nasib sempat catch up semula cerita... HUHU...

Pssttt: beli 2 tiket gsc dapat voucher glitters ngan zalora...tapi x guna pun... HAHA!

Tuesday, April 23, 2013

180413: Happy 26th Birthday My Dear...

my hubby dah berumur 26 tahun sekarang... aritu sempatlah sama umur dengan dia sekejap kan sebab my birthday sampai dulu... untuk tahun ni, memandangkan mr.abe dah jadi husband gitu, so bila birthday dia kena la bercuti dari kerja... bukan ada special celebration sangat pun, cuma sekadar meluangkan masa dengan yang tersayang... HIHIHI... lagipun menurut my hubby gak, dia memang tak biasa pun sambut birthday ni... so tu lagi la membuatkan aku nak sangat sambut birthday dia even sekadar memasak, potong kek, tengok wayang je... HEHEHE...

bangun pagi, tak terus memasak sarapan ke apa sebab mr.abe dah cakap dia nak bangun pukul 11 pagi sebab dia tidur lambat malamnya... so aku berkemas la apa yang patut... sapu sampah, basuh pinggan mangkuk... ececece... rajinlah kononnya sebab bercuti kan... tak payah pergi kerja... tapi yang tak bestnye, aku tak berapa sihat plak masa tu... tekak, telinga dah rasa semacam, nak demam dah... tapi gagah-gagah jela...

before mr.abe bangun, aku siapkan makan tengahari kitorang... sebab lepas makan nak keluar tengok wayang pula... mr.abe request nak makan ikan masak serai... so buatlah aku ha ala-ala stim gitu... sambil tunggu ikan masak, aku pergi la mandi... lepas mandi, pergi tengok kat dapur, xpe...kejap agi angkat... sekali boleh tak ingat ikan kat dapur kan... HAHAHA... hangit sikit ikan sebab airnya dah kering... geram betul... dah siap angkat, terus bawa kat mr.abe minta maaf sambil tunjuk ikan tu... mr.abe cakap tak apa... sedap lagi rasanya... huwaaa... nasib baik... thanks dear...

time atas dapur sedap je baunya sebab ada serai kan... :)

ikan ni memang dah dikerat dua sebab periuk tak muat nak letak seekor ikan siakap terus... yang perang-perang tu la bahagian bawah yang hangit tu... tapi sedap ooo... :P

tambahan menu, kentang sambal sebab kat dapur ada sebiji je lagi kentang... so lebih baik masak daripada dia buruk je kan...





dah siap semuanya, kami pun bergerak menuju ke OU untuk menonton wayang... dah siap beli awal-awal, couple seat... sengaja ambil seat no.3 dan no.4... aku duk seat no.3, mr.abe duk seat no.4... HEHEHE... dah lama tak dating-dating tengok wayang... HAHA! kami tengok cerita oblivian... nasib ceritanya best... 




balik dari tengok wayang, rehat-rehat je sementara tunggu petang... tunggu adik-adik balik dari sekolah, so boleh makan kek sama-sama... sementara tunggu mama pergi ambil dorang, goreng la sikit-sikit apa yang ada... tak rasa nak goreng bihun or mee sebab kenyang makan nasi dah... tunggu punya tunggu, mama tak balik lagi... rupa-rupanya mama pun beli juga kek untuk mr.abe... baik tak mama? HEHE...

cake from me... :)


ni kek yang mama beli... :)

hepi besday my dear...

28hb ni birthday yaya pula...

mama, boboy, ada, yaya

semuanya ada... :) boboy sesat takde dalam gambar ni...

yaya dengan abe loh nya...






Sunday, April 14, 2013

Ikan tiga rasa + nasi goreng sardin + tasik biru

Pagi ahad, bangun awal sikit... Goreng nasi dan ikan kering kembung kecil untuk sarapan... Minum air susu coklat hl... Kenyang...

Oleh sebab awal sarapan, ada banyak masa sebelum masak untuk lunch... Lepak-lepak, pastu mandi... Lepas tu baru masuk dapur semula untuk masak siakap tiga rasa untuk lunch... Mr.abe cakap sedap... Weee...







Lepas zuhur, teman mr.abe pergi beli tiket bas kat putra... Tinggal 1hb je, 2,3,4hb dah habis... Lepas tu gerak ke ampang untuk pergi potong rambut pula... Elok benar la,rimas btol tengok rambut dia yang panjang dah tu...










Dah sudah, bergerak balik semula... Oleh sebab bawa si yaya, jadi terus ke tasik biru, kundang... Beriadah la konon... HEHEHE...











Pssttt: penatnya hari ni... Buat jagung rebus je untuk dinner...