Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Birthday Untuk Adikku Si Bear!


sabtu yang lepas, aku bersama mama and adik (kecuali ayu) ke Kuantan, melawat adik aku si bear, halim... tujuannya lebih pada nak sambut birthday dia pada 16/05/2011 iaitu hari isnin tapi disebabkan sepupu aku pun join gak, tak kesampaian la... sebabnya pula ialah dia kerja hari isnin tu... padahal aku dengan epan dah apply cuti... ikutkan hati boleh aje suruh dia balik dengan bas ke kl sendiri tapi memikirkan sepupu aku ni tak biasa hidup kat area ni, mengalah la kitorang... balik la juga hari ahad ke sini...

kiranya tak berbaloi la apply cuti... tapi takpelah, sekurang2nya aku dapatlah juga berehat walaupun sehari... sehari sebab isnin tu walaupun dah bercuti tapi sebenarnya jadi driver untuk abah ke putrajaya...serius rasa penat yang amat sebab dah penat weekendnya tu, tambah pula sehari lagi kepenatan tu... badan pun dah rasa macam bakl demam jek... tapi tak boleh, kena kuat! banyak kerja menanti aku esok kat office... so cara yang paling terbaik boleh aku fikirkan ialah berehat pada hari ni sempena public holiday ni dengan sepuas2nya... aku tak keluar rumah pun... hahaha...

ok, mari dengar cerita kami ke kuantan tu...

kitorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi... hahaha, bukan main lagi cakap dengan bear nak gerak pukul 8 pagi... alih2 pukul 8 tu tengah mengemas2 lagi... oleh sebab aku rasa dah agak panas masa kitorang gerak tu, mula la memecut... tapi kitorang sempat berhenti kat karak tu sekejap untuk sarapan nasi lemak yang mama beli... ok, boleh bayang tak yang aku bakal mengantuk? kikiki...oleh sebab kitorang berhenti agak lama, sejam juga la... apa yang kitorang buat sampai lama sangat tu pun aku dah tak ingat... wink*

then kitorang teruskan perjalanan... macam biasa,kat highway yang banyak lurus dari bengkok tu aku berani la tekan minyak lebih dari 120... kalau balik kampung memang bawah dari tu la yang aku berani... dengan percubaan aku untuk tak mengantuk tu, alhamdulillah kitorang sampai dalam pukul 2 petang... sampai tu pula tak sempat berehat lagi, kena tolong mama masak dulu... hehehe, mama dah bawa semua kelengkapan memasak dari rumah kot... cayalah mama... dah selamat semuanya, aku pun selamatlah juga... kroh kroh la pe lagi... penat kot... bangun2 dah petang sangat dah pun tapi sebab adik2 aku nak ke pantai juga, ke pantai la kami... sekejap je pun perginya, sekadar tengok boboy and ada main air je... then kami balik sebab ada rencana lain malamnya tu...

bbq!!! after goreng bihun, kitorang ber bbq bersama2 housemate adik2 aku tu... yang ni aku tak penat sebab aku just tunggu ayam siap and ngap! masuk mulut suda... hahaha!!!

keesokannya pagi2 aku dah terjaga... siapkan apa yang patut untuk sarapan dah bersiap... misi terakhir sebelum kami bergerak balik ke kl... pergi gambang water park! kitorang gerak dah pukul 11 lebih kot masa tu... so sampai dalam pukul 12 tengahari... haha, memang panas tapi aku tak sangka ramainya orang kat sana... korang yang tak perbah ke sana boleh usya dengan mr. google pasal tempat ni... sesuai la untuk pergi dengan keluarga mahupun kawan2... oh ye, masa aku ber google pasal tempat ni, diberitahu bayaran masuk untuk dewasa ialah rm19.90...tapi waktu kami ke sana dah naik harganya...maybe sebab tempat tu dah ramai yang tahu, sedaplah dorang naikkan harga kan... sekarang dah rm21.90 seorang... yang budak pun dah naik la juga... tapi takpe, kitorang dah cuba main sepuas yang boleh tapi tetap tak puas kerana kesuntukan masa...

kitorang berpecah dengan my adik tu kat traffic light... bear straight dengan motornya untuk balik ke rumah dan kami ke kiri untuk keluar dekat tol gambang ke kl... dari tol gambang dah pukul 6 petang gitulah and kami sampai ke rumah pukul 8 suku camtu... agak terganggu perjalanan kami kat beberapa tempat sebab hujan yang lebat sangat... tapi alhamdulillah kami selamat juga sampai...












Pssttt: happy birthday for my brother, halim... sweet 21 years old...

No comments: