huhu... baru ada masa untuk buka blog aku ni... rasanya dah beberapa hari tak berupdate... banyak dah aktiviti yang nak dikongsi dengan semua tapi bila dah melepasi bebrapa hari berikutnya ni, aku dah terasa malas sangat nak update pasal aktiviti2 tu... tapi untuk entri kali ni, aku gagahkan juga untuk update... sebab apa? sebab hari ni ha hari special untuk semua kaum ibu...
selamat hari ibu!!!
maybe agak lambat la sebab dah lewat malam baru nak buat entri pasal ni kan? tapi takpe, asalkan aku buat gak!
actually semalam, aku keluar dengan my adik, ayuni and my friend, isyad... ke one utama... ada urusan rasmi ke sana sebenarnya... alang2 dah selesaikan urusan rasmi tu, aku pun mula la buat urusan tak rasmi... hehe... movie time... kitorang layan fast and furious 5 (2d)...oleh sebab masa tayangan agak lama la juga kalau nak tunggu melangut je kat depan gsc tu, pergilah kami merayau...kononnya nak carikan hadiah untuk mama la...dah penat berjalan still tak ada yang berkenan kat hati, hasrat terpaksa la dilupakan... terpaksa juga mama sendiri yang pilih hadiah untuk diri mama sendiri la jadinya...after kenyang melantak mcd, apa lagi, masuk panggung la... kikiki...
punya syok layan cerita tu,tak sedar jam dah pukul 8 lebih masa kami keluar dari panggung tu... patutlah aku rasa dah tak senang duduk kat dalam tu... rasanya dah lebih 10 kali betulkan kedudukan... tapi mata still melekat dekat hero yang tengah beraksi gitu... hahaha...
ok2, dah melalut...actually point aku cerita hal semalam tu sebab nak bagitau ada niat nak carikan hadiah untuk mama... hehehe...
masuk hari ni punya cerita semula... pagi tadi after balik dari joging berseorangan (aku tak sure motifnya aku bagitau pasal ni), of course aku terus wish my mama... and tanyakan mana dia nak pergi hari ni... mama senyum jek, tapi mama kata ikut la aku nak bawa ke mana pun... ni yang aku lemah, aku tak plan pula aku nak bawa ke mana sempena hari ibu ni... tapi memandangkan aku dengan ayuni nak belikan juga hadiah untuk mama, aku bawa je mama and adik2 ke the curve...
kami masuk je sana, dah didendangkn dengan bunyi piano... agak lama kitorang layan bunyi2an tu... memang bersemangat lelaki tu, ekspresi muka memang takleh blah, penuh penghayatan... macam2 lagu yang dia mainkan... punya semangat dia petik gigi2 piano tu, berpeluh mencurah2 rasanya walaupun dalam aircond... hahaha... nice melody... bestnya kalau ada someone mainkan khas untuk aku kan... kikiki, aku nak perasan jap!
...
after makan, kitorang jalan2... layan adik2 aku main binatang2 mainan... oh ye, kitorang dah jumpa hadiah yang nak diberi pada mama... kami suruh mama pilih handbag yang dia suka... nasib la berkongsi duit dengan adik aku, kalau tak tak dapat nak hadiahkan mama apa2...harga pun memang 'boleh tahan la'... tapi macam biasa, aku ni cepat tertarik dengan beg or kasut2 ni... pakaian kurang sikit la... so bila dah dikelilingi beg2 yang bermacam corak and warna ni, keinginan aku pun mula mengada la...promoter pula dah mainkan peranan dorang, lagi la aku kalah... aishhh... akhirnya dari nak beli hanya satu beg, dah beli tiga beg! satu untuk mama, satu untuk ayuni and satu lagi untuk aku ler...
arghhh!!! tapi yang paling best, settle je urusan kat kaunter pembayaran, terus aku ajak balik... kalau dah dalam purse tinggal beberapa ringgit ni, tak sedap pula nak stay lama2... hahaha... kalau dah duit tarak dalam purse, balik rumah duk diam2 la jawabnya... wink!
Pssttt: my mama dah bagi hint something untuk birthday... erk! kena kumpul duit da... 2 month to go... sempat2, chaiyok shida!
No comments:
Post a Comment