Wednesday, March 7, 2012

010312: Hari 1 di Bandung

Alhamdulillah... aku, maran, kak has dan kak azie yang naik flight AK1328, berlepas jam 0635 am dari LCCT ke Bandung telah selamat mendarat di Bandara Husein Sastranegara Bandung Airport pada jam 0740 am, waktu tempatan. Wow! 20 minit awal dari jangkaan sampai. Air Asia memang begitu rasanya. Suppose sampai jam 0800 am waktu tempatan yakni pukul 9 waktu Malaysia. HAHA!


sejuk woo turun2 je dari flight...

sempat lagi tu aku pusing untuk amik gambar...


Perkongsian pengalaman untuk hari 1 sampailah hari 3 akan dinyatakan mengikut waktu tempatan di sana. Itupun kalau masih ingat masanya lah kan... Ada lah buat note sikit sebagai persediaan untuk menaip entri after balik. Gler excited nak bercerita ni. FYI, waktu di sana 1 jam lambat dari di Malaysia ni. If sini pukul 8 pagi, kat sana pukul 7 pagi la ha... perbezaan yang ciput tu pun dah boleh buat kami blur habis... KIKIKI... jom teruskan pembacaan...



Cerita dalam flight:


Masa pergi ni aku dapat duduk tepi tingkap. Sebelah aku ialah maran. Sebelah dia pakcik mana entah. Kak has dan kak azie plak duduk seat depan kitorang. Seat tengah dorang kosong sebab tu seat ayus sepatutnya. Tapi disebabkan dia cancel pergi dan tak boleh diganti oleh orang lain sebab tiket kami tu dibeli waktu promosi tahun lepas. HUHU... rugi sangat2 kan? Tapi nak buat camne...


aku dan maran...

Oh ye, gler cantik view dari malam nak ke siang bila ditengok dari atas. Memang mata aku tengok aje kat luar tingkap tu sampai flight kitorang dah makin tinggi dan tak nampak apa2 dah sebab dah ditutupi awan. Ha... time ni la baru mata aku dah rasa tak boleh nak buka dan menguap ntah berapa puluh kali pun tak tahu lah... tapi before tidur, aku dengan maran dah siap isi borang2 yang diberi akak pramugari cantik Air Asia. Tolong promote untuk lelaki yang nak cari awek cantik... KAHKAHKAH!

HUHU...view berkabus ni je yang jelas...

marilah kita mengisi borang...



Pak Supir:

Nama je sampai awal, tapi dapat kuar dari airport Bandung tu sejam selepas tu rasanya. Apsal? Sebab airport tak besar... imagine la nak lepas sorang2 kat bahagian imigrasi tu camne. Aku siap singgah ke toilet pun tak sampai2 lagi turn aku untuk berjumpa and kenyit mata kat pak imigrasi. HAHAHA...

Kuar2 je dah nampak pak supir kami tengah setia menunggu kami. Terus dibawa ke keretanya, plat no tak ingat... tapi ada no 1005... HUHU, lupa pula nak snap gambar kijang yang kami naik tu. Nama pak supir kami pak tedi... baik orangnya... total bayaran untuk pak tedi sepanjang 3 hari kami di Bandung ialah Rph 1,150,000... tak sampai RM400 pun. Kiranya dalam Rph300,000 la setiap seorang. Tak sampai RM100 pun. Murah la tu kan? Dalam 12 jam setiap hari kena jadi pemandu kami, kena ambil dan hantar ke tempat2 yang kami nak pergi. Pula tu kena tunggu kami habis shopping bagai.

So... tempat pertama kami ialah Pasar Baru... gler kan kami, sampai2 terus gi shopping... Horeee!!! Shopping3... Duit3...

kak has menemani pak tedi... KIKIKI...



Pengalaman berada di jalan Bandung:

Pagi2 lagi dah sesak jalan2 di Bandung, seram pula kitorang tengok dorang ni selamba badak jek berjalan biarpun kereta ke motor ke tengah lalu. Paling sinonim jalan raya ngan dorang ni bunyi hon la. Hon kat sana bukannya hon marah tapi hon minta jalan gitu ha. Tak berani aku nak drive kat sana, dahla jalan kecil, ish boleh pula kereta2 pun main selit2. Hadoiii... yang paling tak boleh blah ialah dorang ni kalau berhenti tepi jalan bagi signal then terus berhenti. Maybe kat sana bahu jalan takde kot, so rasa macam dorang stop kat tengah2 jalan. HIHIHI...



Pasar Baru:

0840 am kami sampai di Pasar Baru... parking di lantai 7 then turun ke lantai 6 untuk sarapan. Pak Tedi suggest satu gerai untuk kami. Katanya yang lain2 pun kalau dibawanya mesti ke gerai tu, kenalan dia barangkali. Xpe, aku tak kesah asalkan berpatutan dan sedap... Kami berempat order nasi goreng kalimantan dengan air aqua. HEHEHE... time ni bajet lagi bab perbelanjaan. Belum biasa. Total cuma rph21,000... Dah kenyang perut, kami memulakan sesi bershopping di Pasar Baru.

nasi goreng kalimantan...

Ke lantai 1... tempat yang banyak jual telekung sembahyang yang pelbagai corak dan warna... Buang masa je nak survey harga sebab confirm korang jadi blur nak ingat harga2 yang dorang sebut. So better cari je kedai yang korang berkenan dan terus dengan sesi pemilihan dan penawaran. Yup! Memang seronok... Nampak gaya first kedai aku dah habiskan rph1,100,000 untuk telekung sahaja... takpe, puas hati. Eh, sebenarnya menyesal sebab tak beli banyak2 lagi... HUHU...

Next kami ke lantai berapa yek? Tapi yang pasti pergi cari kain batik dan kain sarung... Pesanan mama mesti didahulukan... kalau tak merajuk pula kan... sesi yang sama berlangsung, kecoh kami membuat tawar-menawar... after tu kami berempat dah berpecah 2 group. Aku dengan maran ke kedai kain ela manakala kak has dengan kak azie duk pilih kain untuk buat baju. Kat sana korang boleh tempah baju, esoknye gerenti siap. Memang betul ni... dorang siap hantar ke hotel lagi... service terbaik!

Kain ela bermacam2 corak, warna, design dengan sulam-sulaman... memang rambang mata lah... Sini aku rasa menyesal lagi sebab beli 1 jek kain ela untuk diri sendiri. Tu la problem bila matawang sama beribu2... tak kuasa nak convert2 ke matawang RM. Mesti pening peniaga sana sebab kitorang asyik tanya ulang2 kali, "berapa ni ya?" or "yang ini berapa ya tadi?" HAHAHA... Time ni la buku kecil aku sangat2 membantu sebab aku dah buat note beberapa anggaran tukaran duit dorang dengan duit kita. Laris sebab asyik berpindah tangan antara aku dengan maran.

Tak cukup duit rupiah? xpe... ada money changer kat Pasar Baru. Ada 2 ha... first day pun kami dah pergi tukar duit. Actually masih ada balance tapi saja tukar sebab rasa macam tak cukup... HEHEHE... Rasa2 macam dah selesai bershopping di Pasar Baru, kami pun berkumpul semula di tempat parking untuk ke next destinasi...



simPATI:

HEHEHE... plan taknak beli simcard sana tapi beli juga lah sebab mama dah pesan kan... rph25,000 untuk 1 simPATI, dah ada rph5,000 topup dalam tu. simPATI tu nama simcard untuk Celcom... Terus mesej ke orang Malaysia. Memang tak plan nak topup pun sampailah balik. Yang lain dah siap tambah topup, aku maintain cuba untuk bagi rehat kepada diri sendiri.

After tu kami ke Toko Tiga, tempat famous untuk beli jeans. Takde dalam list, so xdela aku berminat untuk membelinya walaupun agak murah kan...



Pasar Kosambi:

Kalau nak beli kerepek2 tu, ke sini ye korang... Ni cadangan pak tedi, kami OK aje. Shopping kerepek dan kekacang sikit untuk dibawa pulang... Beli sale pisang, sedap... Pernah rasa di Malaysia, so bila dah sampai sendiri ke Bandung, mestilah beli kan... Ole2 Bandung...



Outlet di Dago:

Mostly outlet2 yang kami pergi di Dago tu boleh dibeli di Pasar Baru juga. Cuma kualiti saja lah kot yang berbeza. Takde sangat yang kami shopping kat outlet2 ni, tapi masuk2 la juga tengok apa yang ada... at least merasa macam apa yang dibaca di blog2 orang... HIHI.



Dinner di Restoren Sederhana Masakan Padang:

HEHEHE... dah puas bershopping, merayau... lapar btol perut kami tau... terus minta pak tedi bawa kami ke tempat makan yang jual nasi padang... HUHU, ni duk menaip entri ni pun tiba2 perut berbunyi... masih terasa kesedapannya... Restoren Sederhana Masakan Padang... mesti korang dah tau cara dorang ni kan... makanan hanya dicaj untuk apa yang kita makan aje. Mana lauk yang korang rasa taknak tu, letak je tepi terus... makan je mana yang nak...

semua lauk akan dihidangkan...

Siap tambah nasi 2 kali rasanya kot time ni... lapar wei... kebetulan masa kami dah siap makan tu, ada datang satu group lelaki ni... orang Malaysia la... kecoh juga dorang... sampai makanan terus melahap ha... KIKIKI, terdengar slang kelate dorang...

kak has dengan kak azie tengah pilih lauk untuk dimakan...

muka kekenyangan... HAHAHA...

Kat restoren ni ada disediakan surau... so no need to worry. Lepas makan, boleh gi solat... Pastu teruskan shopping lagi... WEEE... Ke Rumah Mode yok!



Rumah Mode:

Sini memang tempat yang wajib dikunjungi kalau ke Bandung... tapi pelik sebab aku tak shopping pape pun kat sini... HUHU... sebab tak tahu nak shopping baju apa kot... or maybe sebab aku dah kepenatan sangat2... so habiskan masa ambil gambar dan lepak2 dengan maran... dah terasa bosan masuk balik ke rumah mode untuk membelek2 pakaian... HAHA... Kak has dan kak azie memang shopping sakan kat sini...

bergambar before hujan turun dengan lebatnya...

Actually Rumah Mode merupakan destinasi terakhir kami untuk hari 1 di Bandung... sebab lepas ke situ, kami terus pergi ke hotel untuk check-in.



Check-in di Grand Setiabudi Hotel & Apartment:

Dalam pukul 8 malam kalau tak silap kitorang sampai di hotel. After turunkan barang2 shopping dari kijang kami, mas agus dah sedia dengan troli untuk dibawa ke apartment kami...

marilah kita men check in kan diri...

HEHEHE... banyak tak hasil tangkapan kami?

Comel betul receptionist hotel masa kitorang check-in tu. Macam pelakon dah aku tengok... Ingatkan aku sorang je yang perasan, maran pun sama... hadoiii... mencari2 kami hari ke 2 da ke 3 untuk tengok lagi kot ada, HUHU... xde pun... orang lain plak... snap gambar pun tak jelas tau...

tak jelas... HUUU...

Janji dengan pak tedi kul 8.30 pagi nak kuar dah esoknya...



Cerita dalam apartment:

Kat hotel tu kami duduk di apartment. 1 bilik untuk kak has dan kak azie, 1 bilik lagi untuk aku dan maran... then ada pintu yang menyambungkan bilik kitorang... Memang kepenatan tapi masih ada masa untuk tengok2 cerita2 indon menarik di televisyen sambil membuat kira2 semula perbelanjaan untuk hari pertama...

ni bilik kami sepanjang 3 hari di Bandung...

kepenatan sangat, malas sungguh nak kemas!

siapa yang dah berkahwin jangan letak tuala merata2 ye... kena marah nanti... HAHAHA...

terbaik untuk layan channel indon... sangat selesa bermanjaan di atas sofa...

HUHUHU... perbelanjaan yang aku dah catit dengan balance yang ada tak tally. Kenapa? Rasanya kami dah tersilap bagi duit ni tau... banyak sangat 0 kat belakang... walau dah tengok banyak2 kali pun note duit tu, still blur jadinya... macam orang bodoh je tengok duit banyak2... HAHAHA... camne la kalau ada duit banyak2 camtu dalam ringgit ek? mesti aku blur camtu gak...



Selamat malam Bandung:

Kami tidur awal... awal ke? ntahla, tapi rasa memang awal la... masa dah bersiap nak tidur tu, masih dengar kak has dengan kak azie duk bersembang... sembang la akak berdua, kami nak tidur... HUHU... Layan tidur dalam kenyamanan bilik...





Pssttt: Day 2 mesti bangun awal...


20 comments:

puteri said...

Salam, blh x sy nak hp number pak tedi tu. Sy pun nk g bandung gak bln 5 ni tp blm dpt tranport ag huhuhu

shIdA said...

yeke? boleh... bagi email k, nnt sy bg no pak tedi tu...

Anonymous said...

Salam Shida,


Boleh tak email kan details apartment ni (harga, distance dr tmpt yg biasa pegi dkt Bandung tu) dgn contact no Pak Tedi tu? Bru nak survey2 utk ke Bandung bulan feb thn depan..Email sy afiqah.nadzirah@gmailcom.

Thanks ya for ur help.

shIdA said...

dah reply kat emel. sorry tak byk membantu...

hanan said...

salam shida,

bley x bagi details pak supir + hotel kat sy jugak...nk ke bandung bln 3/2013 nie..my email: smilz.2508@gmail.com

thankss yaa...

shIdA said...

hanan, dah reply tau... tp psl pak tedi, memang tak dapat membantu sbb sy xde contact no nya... huhu

Anonymous said...

slam sis, boleh tak emailkan sy no supir and detail tmpat u duduk tue....sweetrosespink@gmail.com....

shIdA said...

dah reply...

Mz_Sally said...

emailkan saya no pak tedi
mz_sally90@yahoo.com

shIdA said...

reply dah kat email... FYI, actually dah xde no pak tedi tp try google nama pak tedi, ade juga yg share kat blog dorg... cuba la ye korang...

Unknown said...

share ngn sue brape rate untuk satu mlm u dok kat aprtmt tu?n bleh bg no pak tedi..tq
putikapas@yahoo.com

shIdA said...

Dah reply kat emel.

Duke of Eastaring said...

Salam ,
ble minta num pak tedi x? kira2 hujung tahun ni nak g bandung...ni email sy..
eastaring86@gmail.com

thanks ya

shIdA said...

wsalam...

minta maaf ye... sy memang dah tak ada no telefon pak tedi tu... cuba la google, ramai juga yang share pasal pak supir nama pak tedi ni... mungkin tu orang yang sama...

Anonymous said...

salam, boleh bagi cntct no tau email add tau facebook, Pak supir tu keep zuhrin76@yahoo.com. tk


shIdA said...

wsalam... dah add kat fb...

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Anonymous said...

awak.boleh tak bg alamat apartment tu? pastu bagi no tpn pak tedi.

email sy hasbulharun@yahoo.com
fb : Hasbul Hisyam

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Free & Eazy Program Tour (up to you)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Kereta Taip Daily/14 hour

Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000


Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

preorder pisang sale, pisang bolen, bagelen, brownies kartikasari & brownies amanda fresh from bandung.whatsapp ina 0192633431 @ IG dazlina daud