Tuesday, January 26, 2016

240116: Kami ke Star Avenue Mall

Mentang-mentang ada macam-macam pasar raya berdekatan, semua nak cuba... last week pergi ke Stellar Grocer dekat Sungai Buloh  sempena Grand Opening... siap beratur nak beli beras RM5 untuk 5kg tau! Hahaha lawak betul bila ingat semula...

Then Ahad aritu, kami ke Star Avenue dekat Subang Bestari... actually nak pergi hari Sabtu lagi, tapi boleh pula mr.abe nak follow isteri dia ni pergi shopping barang dapur kan? buang tabiat ler tu... selalunya taknak pun ikut... ajak dah nak pergi ke sana tapi dia kata taknak la, nanti jem la... nak pergi yang dekat je katanya... so kitorang beli barang dapur kat Pasaraya Syed jela kat TSB Sg. Buloh... pilihan juga tu kalau nak beli barang dapur, harga berpatutan dan selalu ada promosi...

Sambung pasal kami ke Star Avenue mall tu ye... aku pergi dengan mama dan adik-adik aku la macam biasa bila jalan-jalan cari makan ni... pergi dah petang dah sebab taknak berpanas kononnya... pergi pun sebab ada Giant kat situ, nak banding la yang mana lagi best dari Giant Kota Damansara yang selalu kami pergi tu... pilihan tempat shopping barang dapur yang baru... suasana pun macam menarik even kedai belum buka sepenuhnya...siap ada Brand Outlet lagi tu... lepas ni takyah ke OU dah... Hihihi!

Dhia bergambar dengan CekSuYaya dan MakDa dan monkey!






Pssttt: Sebelum balik, belanja mereka makan dekat Texas Chicken :)

No comments: