Jadinya bermulalah pengembaraan TripAdvisor yang ada kat dalam phone ni... ha ada pun kegunaannya... cari punya cari berkenan untuk booking kat Nova Highlands Resort & Residence memandangkan hotel-hotel bajet di area pekan dah penuh, kalau ada pun mahal sangat harganya dah macam duduk hotel yang tak berapa nak bajet orang panggil. Alang-alang tengok harga dah mahal gitu, baik duduk kat hotel betul-betul kan? Puas hati!
01/01/2016
Memandangkan tahun baru jatuh pada hari Jumaat, ambil berkat memulakan perjalanan selepas mr.abe balik dari sembahyang Jumaat. Kami bergerak dalam pukul 3 petang, sempat singgah membeli makanan-makanan ringan risau lapar dalam perjalanan nanti. Dhia dan ummi yang paling excited dalam kereta, siap menyanyi-nyanyi lagi ha... suka sangat moment yang macam ni memandangkan mr.abe sangat payah nak meluangkan masa kekeluargaan macam ni. Huhu...
Kami akhirnya sampai dekat pukul 7.30 malam selepas mengharungi liku-liku jalan raya kat Tapah tu yang kami rasakan sangatlah lama nak sampai ke atas dek kerana jalan sesak dengan pengunjung-pengunjung lain yang turut memilih Cameron Highlands untuk bercuti. Nasib baik hotel dah booking, kalau tak tak tahu lah macam mana nak mencari hotel dengan keadaan yang sesak macam tu...
Oleh kerana sampai dah gelap, sangat cantik pemandangan kat Cameron Highlands dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Selepas parking kat basement hotel, terus bergegas untuk check-in kerana perancangannya nak ke muzium 3D yang berada di hotel pada malam tu juga. Esok hari hanya untuk berjalan-jalan sekitar Cameron Highlands selepas check-out dari hotel sebelum memulakan perjalan balik. Nasib baik muzium tu tutup pukul 10 malam, jadinya sempatlah kami bergambar sakan sampai menangis-nangis Dhia kena sakat dengan ayahnya. Kesian anak ummi tau! Ayah jahat!
Perut yang lapar cepat-cepat kami isi. Layan hot chocolate kat Old Town White Coffee di hotel tu juga sambil melayan kedinginan malam... Actually, Dhia yang habiskan semua hot chocolate ummi... huwaaa!!!
Melayan Dhia bermain kat fun fair dalam hotel tu dulu sebelum naik ke bilik untuk mandi, tengok tv, tidur... kroh kroh kroh...
02/01/2016
Of course la ummi yang akan bangun pagi dahulu setiap hari pun... cuti-cuti pun akan terbangun awal juga... hirup-hirup dulu udara segar dari balkoni bilik hotel, layan cerita yang ada kat tv, tengok anak tidur, tengok mr.abe tidur... seronok... then berlama-lama di bawah pancuran air panas... best sangat! tak berkejar-kejar mandi macam selalu sebab dhia tengah sedap tidur lagi dengan ayahnya...
Bila dah siap bermekap-mekap, baru kejutkan mr.abe dan dhia... bersiap-siap untuk pergi breakfast! sejuk-sejuk boleh buat perut cepat lapar tau... nasib baik tak perlu menapak jauh-jauh... turun lif then ke cafe hotel je untuk breakfast ala kadar... kemudian naik semula ke bilik...
Mr.abe macam biasalah tak tahan sejuk... naik bilik sambung tidur... so tinggallah ummi dengan Dhia je... kami tengok tv, mengemas pakaian, makan... then Dhia kejutkan ayahnya semula untuk bangun dan mandi. Dah bosan la tu kan... Kami check-out dalam pukul 12 tengahari!
Keluar je dari hotel, singgah ke CH Butterfly Garden dulu... tengok-tengok bunga, rama-rama, dan bermacam lagi... asalkan Dhia happy, ummi dan ayah pun happy!
Meneruskan perjalanan ke Big Red Strawberry Farm yang orang kata paling best tu... bagi kami, biasa-biasa sahaja sebab orang sangat ramai... nak makan di kafe situ pun kena beratur panjang, so kami decide untuk beli strawberry kat tepi-tepi jalan jela senang... sama juga... lagipun tak berpuas hati dengan pekerja mereka yang sangat lambat buat kerja... timbang strawberry pun lambat! kami yang pada mulanya turut beratur sebab nak mencuba makanan di kafe situ rasa macam tak bergerak langsung barisan! lain kali tak nak datang situ lagi... setakat nama je yang gah tapi servis tak bagus, baik pergi je strawberry farm lain rasanya...
Jalan-jalan lagi sampai dah penat, dalam pukul 3 petang camtu, kami dah bergerak turun... tapi sempat singgah di tepi jalan membeli madu, barangan rotan dan macam-macam lagi... kopak duit!
Alhamdulillah, dalam pukul 7.30 malam kami akhirnya sampai ke rumah... macam janji-janji ke perjalanan pergi dan balik sama masanya... hahaha!
No comments:
Post a Comment