Tuesday, January 26, 2016

250116: Luang masa dengan MIL

Cuti pada hari Isnin memang perlu plan betul-betul kalau ada hal yang perlu diselesaikan sebab my MIL hanya bercuti pada hari Isnin ni jela selalunya... so disebabkan cuti ganti Thaipusam, dapatlah kami pergi melawat dia semalam...

Gerak dari rumah dalam pukul 2 petang, jalan agak lengang... ramai orang bercuti kat rumah je kot... rumah MIL kat Cheras je, so tak ada la sampai lama sangat nak sampai kan... lepak-lepak tengok tv sambil makan ayam goreng... layan... Dhia dah habis menggelebah seluruh pelosok rumah wan dia bermain amcam-macam...


Malamnya kami pergi makan dekat Sup Meletup kat Bandar Sri Permaisuri tu je sebab wan Dhia nak belanja... kami ikutkan jela... Dhia pun seronok sebab dapat makan nasi ayam...






Pssttt: singgah ke Damansara Perdana hantarkan MIL ke rumah adik ipar den sebelum balik ke rumah... Dhia touching sebab ingat kami pun nak singgah sekali sampai taknak tata kat wan dia... Huhu...

No comments: